Assalamualaikum.....
Kepada semua sahabat blog, tidak terlambat untuk saya mewarwarkan tentang pesta buku yang sedang berlangsung di PWTC KL.Kepada sahabat blog yang tinggal berdekatan, rugi jika kalian hadir kerana harga buku yang ditawarkan berpatutan. Pesta buku ini akan berakhir pada 28/03/2010.
Saya dan isteri sempat hadir ke sana pada hari semalam 23/03/2010. Kami amat berpuashati dengan pengurangan harga yang diberi.
Di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat blog yang berasal dari Pahang atau dari mana sahaja yang berminat dengan sejarah Pahang.
Buku bertajuk 'Mencari Sejarah' sususan Suzana Hj.M.Osman.Beliau merupakan ahli persatuan sejarah Malaysia, cawangan Johor.
Apa yang menarik tentang buku ini adalah beliau telah memaparkan 'sisi lain' dalam pensejarahan 'Perang Saudara' yang berlaku di Negeri Pahang satu ketika dahulu. Buku tersebut memberi peluang kepada kita dalam menilai sejarah daripada 'kaca mata' sebelah pihak lagi.
Semua orang boleh menulis sejarah, tetapi sejarah tidak boleh menipu. 'Pencari kebenaran' akan menilai mana-mana sumber yang boleh mengaitkan tentang sesuatu peristiwa. Perlu diingat, sejarah ditulis oleh mereka-mereka yang menang. Menang tidak semestinya benar, benar tidak semestinya menang.
Kita perlu adil dalam penghakiman, jika tidak, anak cucu kita akan menghakimi kita kelak.
N/B: Saya tiada kaitan dengan penulis buku tersebut, cuma berminat untuk mengetahui sejarah negeri sendiri daripada pelbagai sumber samada dalam bentuk lisan, dokumen dll.
Buku tersebut boleh didapati di gerai buku Crescent dengan harga RM 20/-. Sekian terima kasih

11 ulasan:
slm tuan rumoh,
t kasih bkongsi info. agak2 dah ada ke buku tu dkedai2 buku biasa? maklum lah nak ke sana mungkin xbkesempatan dlm shari dua ni. ralat juga...
Bagus juga buka ini sebagai pengetahuan dan rujukan, saya menyokong kata-kata sejarah tidak boleh menipu. Minat juga buku ini keknya nak kesana x manpulah kome nei.
Salam Pasifist..
terima kasih for info
koi senang nati kesana
nak cari jugak buku2 baru nie
salam..
Thanks info..
Salam pasifist..
Membaca jambatan ilmu..meningkatkan ilmu minda..
salam semua,
EnPie-buku tu cetakan thn 2001,bergantung pd kedai buku,cube aok try test tanye.buku ini menarik utk dikaji.lebih2 lg anok2 phg,yg nok ngener sejaroh sendiri
EnYassin-walaupun sejaroh xleh berkate-kate, die ttp xleh diubah..
EnZul-selamat berpesta..
EnMazru-same-same merase
EnReleven-dgn ilmu kita mengenal diri,dgn ilmu kita tidak tertipu.
Saiyidina Ali r.a ada menukilkan:
"jika kita berharta,kita terpaksa menjaganya,jika berilmu,dia yg menjaga kita"
emm, penah tengok (YM) suzana ni memang kontroversi dibuatnya negeri pahang ni.. apa pon elok le baca untuk renungan bagi umat melayu yang tak sudah berpecahnya
terima kasih kerana sudi berkongsi info..
sejarah pahang..
menarik untuk diselami tapi bagaimana nak dapatkan info yang tepat kalau penulis buku tak adil... ermm
salam,
EnCemomoi-ianya bermula dgn kontrovesi dan akan berakhir dgn kontrovesi.walaupun ianya sudah lama berlaku,sekurangnya kita ambil tahu atas apa yg berlaku
EnAnn-terima kasih,sejarah utk kita mengambil pengajaran daripadanya,moga penulis2 sejarah lebih adil dlm penulisannya,walaupun kebenaran amat memeritkan.situ terletaknya integriti kita
Salam Pacifist
terima aksih atas informasi ini.
sungguh Pahang memang mempunyai sejarah yang amat banyak,sejarah yang mahal harganya,yang ada di anataranya belum diterokai dengan lebih meluas..terutama berkaitan arkeologi...
salam,
saya dah ke pameran buku tu. lama di gerai crescent mencari buku tu tp tak ke temu. tak ada rezeki nampaknya.
Catat Ulasan