-
Selasa, Mac 09, 2010
DI MANA ISTIMEWANYA KARTIKA?
Pada mulanya,saya tidak mahu membuat artikel berkenaan isu sebat Kartika,tetapi selepas menonton buletin utama pada malam tadi(08/03/10).Saya mengambil keputusan untuk memberi pandangan serba sedikit tentang isu tersebut,walaupun telah banyak komentar mengenainya.Dimana istimewanya Kartina? Wajahnya, gayanya, @ kontrovesinya? Pada pandangan saya isu ini tiada istimewanya,kerana sebelum ini sudah ada individu yang disebat kerana pelbagai kesalahan.Adakah kerana Kartika seorang perempuan? Bukankah ada NGO yang mempromosikan kesaksamaan jantina? Jadi,jika lelaki boleh disebat,mengapa tidak wanita?oh,wanita insan yang lemah,tahu pula kamu wanita insan yang lemah.jadi mengapa menentang ajaran agama yang telah meletakkan wanita pada tempat/had yang sewajarnya.Kenapa ada individu yang beria-ria meminta Kartika membuat rayuan dan sebagainya. Bukankah tuan empunya badan sudah bersedia untuk disebat kerana menyesali tindakannya sebelum ini? Kalau beliau mahu merayu,sudah lama beliau akan merayu kepada mahkamah. Nampaknya bunga-bunga Islam tidak akan dibiarkan berkembang oleh golongan yang mengaku dirinya Islam Moderat,Islam Progesif dan bermacam-macam lagi istilah yang digunakan untuk menyedapkan halwa telinga. Di mana moderatnya, progesifnya, jika perkara asas dalam agama dikesampingkan seperti kewajipan menutup aurat dan lain-lain. Kenapa golongan ini menilai agama sendiri mengikut pandangan barat? hebat sangatkah barat itu? sudah terbukti negara2 mereka berkecamuk dengan pelbagai masalah sosial,dan sekarang baru mereka mencari agama selepas dicandukan oleh fahaman komunis dan liberal. Tahukah mereka ini,bahawa Barat sedang mengkaji/menggunakan pendekatan Islam dalam merawat jiwa manusia? Benarlah kata-kata Lord Cromer - Gabenor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jajahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat ". Saya merasakan mereka lebih tahu daripada saya kerana mereka ini golongan cerdik pandai dan datang dari keluarga baik-baik.Pada pendapat saya,mereka ini dipergunakan,merelakan diri dipergunakan @ mereka telah terkeliru dengan Tassawur Islam(Pandangan hidup). Akhir kata,walaupun manusia tiada hak menghakimi sesama manusia,sekurang-kurangnya kita nampak dengan mata zahir jalan mana yang dipilih mereka.Kalau yang mengikut jalan lurus pun belum tentu masuk syurga,bagaimana pula mereka yg mengikut jalan berliku? Sesungguhnya,Kartika menjadi mangsa keadaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
kembali kepada ajaran Islam..
salam saudaraku..
Bravo..bersemangat..
Politik MENGHALALKAN CARA..ada tangan ghaib di belakang ini..mereka yang berkedudukan tertinggi sekali dari segi keselamatan negara pun pernah bergambar denagn tin beer..pasti saudara pernah lihat gambarnya di internet..manakan mungkin membiarkan hukuman ini dilaksanakan,kerana mereka sebahagian darinya..pasti mereka juga akan menerima hukuman yang sama selepas itu..pasti mereka tak akan membiarkannya..
salam..
akak pun heran apa yang tak kena dgn kes ni. kawan akak yg involve dlm kes ni pun no komen n have no idea..
smthing wrong smwhere..
sejak mula diperkenalkan 'sis', aku dah tak berkenaan... macam ada sesuatu di sebalik mee yang cuba melindungi udang.
koi sokong oak
salam kenal. saya follow blog nya ya :)
istimewanya kartika ialah beliau bjaya mmbuka ketempangan yg blaku dlm sistem perundangan (sy xmau katakan sbg syar'iyah) d msia dan kejujurannya mngakui kesalahan diri.
salam semua,
EnMazru-itukah kebenaran hakiki
EnZul-betul mereka malu alah,umpama meludah ke langit,terkena muka sendiri.
CikkokIntan-mmg kes ni menarik,dan menjadi bahan bualan seantero dunia
EnCemomoi-memang ada sesuatu.mee yg cuba melindungi udang telah dimkn oleh udang itu sendiri-dlm bhs buku,berlaku pengkhianatan atas nama agama.sis sedang menguji sensitiviti umat islam. kite sokong menyokong sesama kite
EnRakun-salam perkenalan,sy ikut kamu kembali. terima kasih,kita berkongsi apa yg patut
EnPie-tahniah!aok berjaya mencari keistimewaan kartika.kes beliau berjaya membuka mata kita semua,setakat mana Islam didaulatkan di sebuah'Negara Islam'
terima kasih kpd semua atas perkongsian ini
Satu kes yang mempunyai tamparan yang amat mendalam buat kita semua bukan sekadar berfikir apa yg telah terjadi lebih hebat apa yang bakal terjadi. siapa kita dan siapa mereka kemanakah haluan kita semua?
salam ziarah..
agreed with piewahid..
jika tidak meletup, ramai yG tidak perasan..atau buat2 tidak perasan..
ketempangan sistem yG menimbulkan banyak pers0alan..sudahnya makin celaru & keliru..hingga kini tak tahu mana arah yG hendak dituju..
kiri salah..kanan pun salah
Tahniah dan syabas kartika. Moga ia terus istiqomah .
Semuga Kartika terus istiqamah dengan keputusannya..
EnYassin-mmg satu tamparan pd kita semua,satu sandiwara yg digubah begitu baik.mereka pandai menjenamakan sesuatu.penuh dgn slogan dan simbol,ttp pengisiannya amat mendukacitakan
EnAzrai-tinggalan penjajah masih dipegang erat.
EnAbu,EnMie-mudah-mudahan,amin...
Catat Ulasan