LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Memaparkan catatan dengan label Iklan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iklan. Papar semua catatan

Khamis, April 29, 2010

MENJAWAB TAG CIK FATIN

Saya telah di'tag' oleh sahabat blog Cik Fatin
Terima kasih atas ingatan ini, moga ukhwah berpanjangan.



Jawapan untuk soalan anda:


1.APA YANG ANDA AKAN BUAT BILA ANDA TAHU KAWAN ANDA TIKAM BELAKANG ANDA?

-Saya akan tanya dia" eh kenapa tikam saya? apa yang telah saya lakukan hingga awk/enka/engkau/kau/hang/demo/mu/ sanggup menikam saya?"

-Saya akan harap beliau berubah, kerana saya jenis yang susah memutuskan persahabatan, kerana dia pernah menjadi sahabat saya.sekali bersahabat,terus bersahabat.

2. 6 ORANG DI HATI ANDA?

Semua yg pernah hadir di hati saya adalah mereka yang sentiasa/selalu di hati termasuklah sahabat-sahabat blog. Bersyukur atas kurniaanNya.

3. ANDA RASA ANDA COMEL?

Tidak kot, kerana umur makin meningkat, kecomelan pun hilang, yang timbul hanyalah kematangan sesuai dengan peredaran zaman.

4. SINGLE OR TAKEN?

Sudah berkahwin dan insya'Allah jika ada rezeki akan mendapat cahayamata pertama dalam bulan 6 ini (tolong doakan semoga segala berjalan lancar)

5. BLOG YANG ANDA SUKA?

Semua jenis blog, kerana pengisiannya yang berbeza-beza. Mungkin kita dapat manfaat darinya.

6. ADAKAH BILIK ANDA KEMAS SETIAP HARI?

Sudah tentu ya, kerana saya kini telah mempunyai teman hidup. Teman hidup yang dapat melengkapi kekurangan yang ada

7. LAGU TERAKHIR YANG ANDA DENGAR?

Merah saga (lagu tentang palestin)

8. LAST TEXT MESSAGE

kepada isteri, tanya beliau sama ada mahu makan berger atau tidak.

9. LAST PHONE CALL

Juga kepada isteri, selepas mesej tidak dijawab. Telefon untuk mendapatkan kepastian.

10. HARI TERAKHIR ANDA MENANGIS

Biarlah tersimpan di hati saya sahaja.

11. 5 LIST WARNA KEGEMARAN ANDA

Hijau, biru, coklat, hitam dan putih

BONUS

Pacifist ialah:
-Melayu/islam/pahang
-Berumur 29 tahun

-Bukan lulusan agama, tetapi berminat dengan agama
-Pernah menuntut di sebuah kolej-mengambil jurusan psikologi
-Pernah mengajar di Pusat Pendidikan Khas (untuk mereka yang mempunyai masalah Autisme)
-Meminati bidang Sains Sosial/Sains kemanusiaan (politik, sejarah, psikologi, sosiologi, falsafah)
-Palestin sentiasa di hati
-Bercita-cita untuk berkelana suatu hari nanti

Ahad, April 25, 2010

TERIMA KASIH KEPADA KALIAN


Salam kepada semua sahabat. Disini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Aimi dan Cik Tasya kerana memberi anugerah persahabatan kepada saya. Saya amat-amat menghargainya.Mari kita berkenalan dengan mereka:

Cik Aimi pemilik laman blog Hanya Hati Berbicara seorang muslimat yang bersemangat. Beliau ialah " insan yg menyintai Senyuman...dan Mengharapkan Senyuman ini mampu Menerbitkan kebahagiaan kpd Orang lain... Insyaallah....."

Cik Tasya pemilik laman blog mengenal_diri seorang muslimat yang tidak megenal erti putus asa. Beliau merupakan lepasan Kolej Islam Pahang (KIPSAS) dalam jurusan syariah dan undang-undang.

Juga tidak lupa kepada Uncle yang merupakan sahabat ke 100. Beliau merupakan pemilik laman blog uncle punya blog. Beliau "dah kawin, ada sorang anak comel, tapi AWAS !!, masih lagi belum ilang bisa dalam menggedikz !!"

Dengan ucapan,terima kasih kerana menambahkan jumlah kenalan blog saya.

Semoga usaha kecil kita semua dalam memberi pendapat/pandangan akan memberi impak yang besar pada masa depan.

Sabtu, April 03, 2010

CERAMAH PALESTIN

Assalamualaikum,
kepada semua sahabat blog, sesiapa yang ada kelapangan bolehlah hadir ke ceramah palestin di masjid Saidina Ali KW, yang terletak di Kg.Padang Balang Sentul KL. Ceramah akan diadakan pada tarikh dan waktu seperti tertera di atas. Sekian, harap maklum

Isnin, Mac 29, 2010

TERIMA KASIH SAHABAT 2

Assalamualaikum....
Terima kasih kepada sahabat blog Cik Janet
kerana sudi memberi anugerah persahabatan ini kepada saya. Saya amat menghargainya, semoga persahabatan yang terjalin di 'dunia jalur lebar' ini akan berlarutan ke 'dunia fizikal',
Insya'Allah.
Dengan rezekiNya kita bertemu dan dengan rezekiNya kita berpisah.

Rabu, Mac 24, 2010

IKLAN


Assalamualaikum.....
Kepada semua sahabat blog, tidak terlambat untuk saya mewarwarkan tentang pesta buku yang sedang berlangsung di PWTC KL.Kepada sahabat blog yang tinggal berdekatan, rugi jika kalian hadir kerana harga buku yang ditawarkan berpatutan. Pesta buku ini akan berakhir pada 28/03/2010.
Saya dan isteri sempat hadir ke sana pada hari semalam 23/03/2010. Kami amat berpuashati dengan pengurangan harga yang diberi.
Di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat blog yang berasal dari Pahang atau dari mana sahaja yang berminat dengan sejarah Pahang.
Buku bertajuk 'Mencari Sejarah' sususan Suzana Hj.M.Osman.Beliau merupakan ahli persatuan sejarah Malaysia, cawangan Johor.
Apa yang menarik tentang buku ini adalah beliau telah memaparkan 'sisi lain' dalam pensejarahan 'Perang Saudara' yang berlaku di Negeri Pahang satu ketika dahulu. Buku tersebut memberi peluang kepada kita dalam menilai sejarah daripada 'kaca mata' sebelah pihak lagi.
Semua orang boleh menulis sejarah, tetapi sejarah tidak boleh menipu. 'Pencari kebenaran' akan menilai mana-mana sumber yang boleh mengaitkan tentang sesuatu peristiwa. Perlu diingat, sejarah ditulis oleh mereka-mereka yang menang. Menang tidak semestinya benar, benar tidak semestinya menang.
Kita perlu adil dalam penghakiman, jika tidak, anak cucu kita akan menghakimi kita kelak.

N/B: Saya tiada kaitan dengan penulis buku tersebut, cuma berminat untuk mengetahui sejarah negeri sendiri daripada pelbagai sumber samada dalam bentuk lisan, dokumen dll.
Buku tersebut boleh didapati di gerai buku Crescent dengan harga RM 20/-. Sekian terima kasih

TERIMA KASIH SAHABAT


Assalamualaikum....
Terima kasih kepada sahabat blog Shameel Iskandar
kerana sudi memberi anugerah persahabatan ini kepada saya. Saya amat menghargainya, semoga persahabatan yang terjalin di 'dunia jalur lebar' ini akan berlarutan ke 'dunia fizikal',
Insya'Allah.
Dengan rezekiNya kita bertemu dan dengan rezekiNya kita berpisah.

Khamis, Mac 04, 2010

IKLAN


Salam kepada semua sahabat.Saya bukanlah ahli Hisbut Tahrir,cuma saya berminat untuk melihat perspektif dari pelbagai pendokong aliran Islam.Lebih-lebih lagi ianya berkait dengan Khilafah dan sejarahnya.Jadi saya mengajak sahabat-sahabat yang mempunyai masa terluang @ yang tinggal berhampiran untuk kita hadir bersama bagi mendengar pendapat dan fakta berkaitan tajuk seminar.Manalah tahu seminar ini mampu menjana minda kita ke arah 1 Islam 1 Khalifah
Related Posts with Thumbnails