LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"

KARTUN HOLOCAUST

Isnin, Julai 26, 2010

SOALAN DAN JAWAPAN

Bagaimanakah kita mahu membebaskan bumi Palestin? Apakah cara yang perlu digunakan? Adakah kita selama ini telah melakukan sesuatu? Banyak persolan yang perlu dijawab. Lebih-lebih lagi umat Islam yang mengaku bersaudara dari sudut akidah.
Berdasarkan pemerhati saya pasca serangan LL4G di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini . Ramai umat Islam tanpa segan silu meninggalkan jejak di premis yang dicanangkan menyumbangkan dana kepada kelangsungan hayat yahudi Zionis seperti McD, Starbuck dll. Amat mendukacitakan disaat rakyat Palestin merintih pertolongan kita, ramai diantara kita bersuka ria menikmati perkhidmatan yang disediakan.
Ini bukan tuduhan membuta tuli dan mahu merosakkan ekonomi peniaga Islam (francais Muslim) tetapi berdasarkan kajian yang dibuat oleh badan-badan antarabangsa yang memantau aliran tunai yang mengalir kepada Yahudi Zionis. Perubahan yang dibuat memerlukan keazaman yang tinggi semua pihak. Sebelah pihak perlu berkorban jika mahu menunaikan hak sesama muslim. Saya tahu implikasi yang akan berlaku, tetapi apa pilihan kita? berubah @ rebah.
Ada orang hanya bersandar kepada doa semata-mata. Ramai yang menganjurkan supaya kita berdoa untuk kemenangan mereka tanpa melakukan tindakan susulan. Sepatutnya doa+usaha+tawakkal =kejayaan (insya'Allah). Saya tidak menafikan fadilat berdoa, dan Allah juga mampu memakbulkan doa kita. Malahan Allah juga mampu mengirimkan burung Ababil untuk memusnahkan Yahudi Zionis, tetapi cukupkah hanya dengan berdoa? Dan ada yang mengatakan jihad hawa nafsu lebih penting/utama/besar. Bukankah orang yang mahu berperang sudah berjaya menundukkan nafsunya daripada menetap didalam daerah yang penuh tipu daya?(harta/pangkat/anak isteri dll) Nabi dan para sahabat berjihad hawa nafsu selepas kembali dari medan perang, bukan menidakkan perang. Kalau hanya berdoa menjadi sandaran, bukankah doa Nabi lebih mustajab daripada doa kita? Tetapi kenapa Nabi turut berperang dan mendapat kecederaan? Itu menunjukkan peperangan juga satu jalan. (hingga ke hari ini) bukan hanya menjadi subjek sejarah untuk dikenang oleh umat Islam. Mengapa takut menyatakan perang adalah jawapan kepada kebiadapan Zionis? Kita bukan tidak mampu, tetapi kita dihinggapi penyakit 'cinta dunia takut mati' .Lihatlah kemewahan yang dilimpahkan kepada negara Arab/Islam, tetapi masih tidak dapat menggegarkan Zionis. Malahan menjadi talibarut mereka dengan menyediakan pengkalan tentera asing/kafir . Anjuran untuk membentuk kekuatan dalaman individu muslim itu satu kaedah dan tidak dapat dinafikan tetapi perang adalah jawapannya. Bila sudah menemui jawapannya. Terpulanglah kepada kita untuk berorganisasi/mempersiapkan diri @ lebih selesa dengan pengertian jihad yang kita pegang/yakini.
Jarum yahudi juga meresap dalam gerakan Islam. Contoh: sebuah gerakan kerohanian telah menggugurkan rukun jihad menentang penjajah di India suatu masa dahulu, atas alasan taat kepada pemerintah. Sedangkan British pada waktu itu adalah penjajah! Sebab itu mereka (gerakan tadi) dibiarkan bebas di mana-mana negara, kerana mereka bukan menjadi ancaman kepada Imperialis.mereka ‘asyik’ dengan ibadat tanpa mempedulikan nasib yang menimpa saudara seagama. Hinggakan seorang abid (ahli ibadah) yg berjuaraian airmata beribadat di dalam masjid ditegur kerana asyik beribadat tanpa mempedulikan masalah umat.
Saya tertarik dgn frasa’ yahudi tidak takut kepada umat Islam jika saf solat subuhnya tidak penuh’(kita terima bulat-bulat dakwaan mereka?). Jika penuh sekalipun tanpa diterapkan semangat jihad dan masalah umat, jadilah juga mereka seperti ahli ibadah tadi.
-Adakah penghantaran bantuan yang berupa makanan, ubat-ubatan, bahan binaan kepada rakyat Palestin menggegarkan Yahudi Zionis?
-Ya, bantuan itu meringankan penderitaan mereka tetapi kita mahu membebaskan tanah air mereka @ kita hanya menghantar/mengirimkan bekalan sara hidup kepada banduan di penjara? (mereka terpenjara/banduan di negara sendiri)
-Apa tekanan dunia Islam kepada Yahudi Zionis di peringkat antarabangsa? boikot? sekatan ekonomi? @ sekadar mesyuarat/sidang tergempar?
-Bagaimana kita mahu memahamkan mereka (Zionis) jika mereka sendiri yang mahu memusnahkan Palestin.
-Saya tidak menafikan bantuan yang diberikan selama ini, cuma persoalannya. Apakah sikap sebenar dan harapan kita pada Palestin? dan dimanakah kesungguhan kita melawan/mengekang Yahudi Zionis?

N/B: Saya yang menulis ini pun bukannya ilmu penuh di dada dan gagah perkasa. Cuma ingin memberi pandangan tentang cara penyelesaian tragedi ini. (saya rasa semua tahu jawapannya, cuma telah dipesongkan/memesongkan makna jihad/menyempitkan/meninggalkan sebahagiannya kerana mengejar jihad yang memberi habuan mengikut selera masing-masing dan bersikap lunak kepada orang kafir yang memerangi kita) Apabila semua sudah jelas. Barulah tindakan susulan akan menyusul kerana kita telah menemui jawapannya.
Wallahu'alam.

12 ulasan:

piewahid berkata...

salam sahabat,
semoga sentiasa dlm redha ilahi.

cantik sekali hujah dan pandangan sahabat. saya menyokongnya.

dlm berjuang, kita kadangkala berdepan perbezaan pendekatan. sebagai seorang pejuang, kita wajib menyampaikan dan hanya Allah yang mampu mengubah hati dan pandangan manusia. berbaik sangka kepada Allah, sesama sahabat dan teruskan perjuangan. jgn sesekali berputus asa!

kesempurnaan pula hanya milik Allah. sekurang2nya ianya menjadi satu ibadah dalam berdakwah. kita jalankan peranan masing2.

secara peribadi, sahabat berjaya membuktikan apa yang sahabat perjuangkan dan yakini. tidak ramai org yang tahu apa sebenarnya yang mereka perkatakan seperti sahabat. apatah lagi jika kita berada di zon selesa.

blueCITY® berkata...

salam,

yup,
ramai yg saya jumpa semua memilih dunia atau memilih benci dlm hati (sperti saya mungkin)
setakat yg saya mampu juga hanya boikot barang2 yg saya tahu itu milik yahudi zionist atau milik usa yg termampu saya lakukan, menderma setakat mampu jika ada program2 di surau2 atau di pejabat, juga menyokong program2 yg di buat yg mudah saya sertai juga sedikit kempen di blog. apa lagi yg saya seorng rakyat biasa ni mampu buat?
saya juga punya rasa benci dlm hati kepada mana2 pihak berkuasa kita atau lain2 negara islam yg tak mampu nak tolong saudara kita di palestine. apa lagi yg saya mampu buat?

saya juga merasa benci dlm hati bila melihat masih berduyun2 org melayu islam makan2 di restoren mcd, kfc dan membeli barang2 mereka di tesco dan sebagainya.

kadang2 kita seperti tiada pilihan,
walau berada di negara islam malaysia?
semua yg benda disekelilingi yg mudah dapat dan lebih murah kebanyakkannya meragukan/ was2 ...

wallahualam...

cemomoi berkata...

kerana terikut-ikut (ada kepentingan) dengan dakyah yahudi, 'memerangi pengganas' (jihad), 'ektremis/pelampau agama'
memesongkan arah aliran jihad kepada jihad nafsu, ekonomi, pendidkan dan sebagainya kerana ia tak selari dengan ancaman kuasa dunia dan sebaginya menyebabkan kita gagal

senang crita, nabi peringatkan kita melalui doa yang baginda ajar tentang dikuasai orang (qahrir rijal) "... a'uzubika minal jubni wal buhli wa na'uzubika min ghalibatid daini wa qahrir rijal'

shameel Iskandar berkata...

Salam buat sahabat.
Menarik sekali hujah yg sahabat lontarkan. harap2 dapat memabangkitkan org2 kita yg masih lena dan mengejutkan org2 kita yg masih leka.

saya trtarik skali dgn gerakan kerohanian di india yg sahabat maksudkan. Saya rasa tekaan saya betul ttg pergerakan ini( maaf x boleh sebuat nama gerakannya nnt melenting pula diorg). Bukan setakat zaman penjajahan Bristish sahaja malah zaman kerajaan hindu skrg pun gerakan ini 'dibelai dgn manjanya.'

zulkbo berkata...

salam sahabat..
aok menjawab betul belaka
persoalan itu..tak tahulah
mengapa kita masih lagi alpa
dalam memperjuangkan saudara
kita sedangkan keselesaan kita
di sini "menyedapkan'..membuatkan kita lupa belaka..sedih bila
melihat pak arab makan MCD di KLCC
lagi haru ada yang minum2 kat Starbuck dalam berpakaian seorang
bangsa Arab,apa nak jadi ni??Bila
sebangsa mereka pun alpa apalah lagi kita yang jauh amat susur galur pertalian darah dengan saudara kita di Palestin..wallahualam..

Ibnu Jamaluddin berkata...

umat kini sudah lari daripada pegangan...
umat kini sudah tidak mempedulikan saudara tetangga...
umat kini sudah tak ingat wasiat Junjungan...
umat kini sudah benar-benar lari!
umat kini SUDAH BENAR-BENAR INGAT DUNIA!
=(

Hisyam Muhibah berkata...

ternyata lain orang lain tanggapannya terhadap isu Palestin. tanggapan yg saya perhatikan setakan ini : 1) palestin ialah isu kemanusiaan 2) palestin ialah isu politik antara negara 3) palestin ialah isu agama dan ummat Islam. perbezaan tanggapan akan menjurus kepada perbezaan tindakan. Masih ramai yang simpati dengan kesengsaraan saudara di Palestin tetapi tidak boleh menerima Jihad Boikot di bumi sendiri!!

LIPISLADY berkata...

Assalamualaikum,
Rasanya tidak ramai yang faham tentang Jihat Boikot disebabkan tiada pendedahan secara terbuka, dan kalau ada pun yang tahu tapi masih tidak boleh menerimanya secara menyeluruh.
Sikap tidak perihatin dan kurang berjaya menjinakkan nafsu juga menyumbang kepada kegagalan Jihat Boikot. Yang jelasnya Jihat Boikot ini banyak bergantung kepada kesedaran individu itu sendiri.

Abu Luqman berkata...

salam ziarah tgh hari.....kita perlu diri kita dan keluarga boikot brangan Isrel terlebih dahulu..kita sokong boikot ye

yastro berkata...

Satu hujah yang sangat menarik dari seorang sahabat..setuju dgn Abu Luqman,boikot tu perlu bermula dr diri dan keluarga kita dulu...kalau nk harapkan pihak yg berkuasa,kita sendiri boleh tau dh jawapannya..teruskan!!!

✿nenek moden✿ berkata...

pakcik..hmm...takut sangat tengok komen2 panjang lebar dekat atas ni..err...nak tanya..what should i do?

Lana~Bulu berkata...

Bersamalah dalam usaha mengurangkan bantuan in-direct ni..
sekalipun mmg kita tak boleh lari 100 % ..

Related Posts with Thumbnails