LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"

KARTUN HOLOCAUST

Ahad, Februari 28, 2010

BANGSA YANG SELESA



Kita bangsa yang selesa
berselindung di sebalik agama
membiarkan tersiksa saudara
sesekali tersentak
– kita menukar jenama
sedangkan dalam ruang selesa
kita berganjak tiada
– bimbang tertumpah air muka.

Usai musim memulau jenama
kita kembali berahi kepadanya
antara fardhu ain dengan kifayah
kita pilih bermain aksara
telefon bimbit kejap dalam genggaman
kerana yang menyanyi itu juga seagama.
Mengapa masih malu memulau hedonisme
Masih lagi menjadi hamba hawa nafsu
Terus alpa membenarkan eksperimen 5-S janaan mereka
Berjaya mengabui inti perjuangan sebenar
Sex!
Smoke!
School!
Sport!
Screen & Song!
Siapakah mangsa sebenar keadaan ini
Mereka yang berada di bumi Palestina
Ataukah kita yang lebih hina
Anak siapa mengandung sebelum akad
Anak siapa bibirnya berpuntung asap
Anak siapa ke sekolah tapi fikiran melayah
Anak siapa qiamulail bersama Manchester, Liverpool dan Chelsea

Anak siapa berbondong-bondong berpesta
Lebih kenal artis daripada ulama
Lebih hafal lirik daripada doa
Dengan ilmu sedalam lantai tempayan
Kita mencari munasabah melabuhkan sauh persoalan
di situ bahtera karam
lidah kalam tenggelam dalam
sorai ketawa
jenaka alpa.

Justeru kita bangsa yang selesa
gemar berselindung di sebalik agama.
II
Kita bangsa yang selesa
masih berselindung di sebalik agama
di sini

bangga terhimpun di laman berkolam mini
batu-batu tersusun indah memaknakan erti seni
sedangkan batu yang serupa
nilainya lebih berharga
di sana

menjadi peluru menghentam angkuh bangsa.
Pernahkah kita menafsir iktibar
daripada derita sebuah bangsa
bala yang tumpah ke atas Palestina
peritnya melimpah ke pelusuk atma
pun benarkah kita benar-benar percaya.
Sesekali peti hitam itu menayangkan sengsara
simpati melaut mencecah pantai hati
ataukah kita tak terpandang
raungan ibu

hiba ayah
titis jernih anak-anak bermata bundar
lalu segera mengalihkan berita derita
rela menonton sebaris calon penyanyi hiba
tidak cukup undi percaya; dan
kita pun sama berduka.

Sedangkan di bumimu, Palestina
apakah masih ada harga air mata
setelah setiap saat ia mengalir

bersama darah pejuang
bergaul debu petualang
III
Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
enggan berselindung di sebalik agama
iktibar daripadamu, Palestina
adalah untuk kami dakap kejap pada jiwa
bumi bertuah ini lebih empat ratus tahun
pernah bertukar milik

- Portugis, Belanda, Inggeris,
- Jepun dan komunis
kini Zionis!

Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
enggan mudah percaya dengan apa yang ada
kami gali kebenaran dari tanahmu
kami hayati perjuangan syuhadamu
kami tidak rela kiblat yang pertama itu
menjadi harta bangsa penjarah darah saudaraku.

Ayuh,
Pinjamlah semangat Salahuddin Al-Ayubi
biar mengalir ke seluruh pembuluh tubuh ini
kita rebut semula Baitul Muqaddas
kerana setiap yang hak itu punya batas
kita bukan mahu dendam berbalas
kita mahu menjadi bangsa yang peduli

Berjuang!
Walau bukan dengan ketul-ketul kerikil
dengan pena
dengan doa
dengan percaya
bahawa kita bersaudara
setiap kali bedilan singgah di laman rumahmu
gegarnya terasa di anjung semenanjung

Justeru
Kita bukan bangsa yang selesa
Tidak pernah berselindung di sebalik agama
Dengan agama jiwa nurani teguh
Dengan agama iman ini terpasak utuh.
Dengan agama kita gagalkan eksperimen durjana

Kita bina agama dan bangsa bermaruah
Membiarkan Ad-Din mengalir ke setiap pembuluh darah
Merapatkan peribadi dengan Rasulullah
Setiap satunya kembali kepada Allah.

Inna lillah
Wa inna ilaihi
Raji’un.

Nisah Haji Haron
Ampangan – USM – Ampangan

1 – 5 Sya’ban 1430 H
23 – 27 Julai

Jumaat, Februari 26, 2010

HANYA DIA


Ku susuri sejarahmu
Ku dekap dirimu
Ku alami kisah sahabatmu
Ku rasa hatiku bersamamu
Yang ku pohon selalu

Ku sedar akhir zaman
Ku sedar aku umatmu
Ku riang fitnah dunia
Tak ku sedari
Ku sesatkan diri sendiri

Ku resapi rasa cinta
Ku akur kalam Allah
Ku reaksi sunnahmu
Meneladani seluruh hidupku

Seandainya ku tidak alpa
Cinta suci yang membawa
Senyumanmu membalas senyumku
Diriku bertemu dirimu

Hasil nukilan Roslan Isa(Setapak KL)

Rabu, Februari 24, 2010

KENALI MEREKA

Rasanya belum terlambat untuk saya mempamerkan watak-watak penting(di atas) dalam pembunuhan tokoh HAMAS iaitu:


Mahmud Mabhuh.beliau dibunuh di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan perancangan rapi oleh agen-agen Israel(Mossad).Ketahuilah bahawa Yahudi Zionis adalah musuh kita yang nyata.Tidak salah untuk kita menggunakan kecanggihan teknologi ciptaan mereka seperti komputer dan sebagainya dalam membongkar dan menentang segala dakyah mereka.(mengikut kemampuan kita)Mati itu pasti.cuma kita tidak tahu bila,di mana dan bagaimana kita akan mati.Biarlah kematian kita kematian yang terhormat.

Syahid atau kemenangan

Al-Fatihah untuk mereka yang gugur di jalan Allah

Isnin, Februari 22, 2010

BILA EMOSI TERJELMA






Kata/PeribahasaTakrifSumber
emosi/émosi/ 1. perasaan jiwa (batin) yg kuat spt sedih, marah dll. 2. keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pd seseorang. Kamus Pelajar
emosi(émosi) perasaan jiwa yg kuat, spt sedih, gembira, takut, dll: masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ yg kurang sihat; ada juga beberapa perkara lagi yg perlu diketahui oleh bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~, ketawa, dan menangis;beremosi mempunyai emosi: peluang komunikasi spt itu, lagi tepat dan jelas, lagi tidak ~.Kamus Dewan Edisi Tiga
emosi(émosi) perasaan jiwa yg kuat, spt sedih, gembira, takut, dll: masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ yg kurang sihat; ada juga beberapa perkara lagi yg perlu diketahui oleh bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~, ketawa, dan menangis; beremosi mempunyai emosi: peluang komu-nikasi spt itu, lagi tepat dan jelas, lagi tidak ~.Kamus Dewan Edisi Empat
emosi/émosi/ 1 perasaan jiwa (batin) yg kuat spt sedih, marah. 2 keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pd seseorang. beremosi dgn emosi; emosional: Penceramah begitu ~ dlm menyuarakan pendapatnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua

N/B: Bagaimana emosi kalian setelah melihat gambar2 di atas?adakah kalian berkongsi emosi dengan mereka?bagaimana pula emosi kalian apabila ajaran agama/umat Islam dipermainkan,dihina dan dilabelkan sebagai ganas dan tidak bertamadun oleh mereka yang memusuhi Islam(kafir) dan juga dikalangan umat Islam sendiri yang mentafsirkan agama dengan akal semata-mata dan memahami Islam daripada perspektif Barat.Begitu juga mereka yang masih mengagungkan perundangan penjajah walaupun zaman penjajahan telah berlalu.Negara kita sudah merdeka tetapi ada jiwa yang masih terbelenggu.

Ya,sekarang ini saya sedang beremosi atas apa yang berlaku tetapi masih rasional kerana saya percaya kebenaran dan kejayaan adalah milik mereka-mereka yang bersabar.

Jumaat, Februari 12, 2010

DIALAH PENGKIANAT ITU









MUSTAFA KAMAL ATATURK
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
Dari sumber lain pula, mencerita kan?Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.
  1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
  2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
  3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
  4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
  5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
  7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
  10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
  12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
  17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia seperti
  • Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  • Sakit jantung
  • Penyakit darah tinggi
  • Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!". Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

N/B:Secebis kisah yang telah berlaku dan menjadi sejarah.Kisah seorang manusia yang menolak agama sebagai cara hidup dan lebih teruk lagi menghina/memburuk/merendahkan martabat agamanya sendiri.Walaupun ada pendapat yang mengatakan beliau adalah ciptaan golongan tertentu,pembalasan tetap pembalasan.Janji Allah tetap pasti.Semoga kita semua sentiasa di bawah naunganNya.Kepada pemimpin di luar sana, sementara masih bernafas renunglah setiap tindakan supaya tidak terkeluar dari landasan.Sejarah akan berulang!

Ehsan daripada:(redkijang.blogspot.com) dengan sedikit suntingan

Isnin, Februari 08, 2010

PEPECAHAN DAN KESATUAN


Sejak awal penciptaan manusia,telah terjadi perpecahan.Dinyatakan dalam satu firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Telah Aku jadikan manusia itu berbilang bangsa dan suku kaum supaya mereka saling mengenali antara satu sama lain dan yang paling baik antara mereka adalah yang bertakwa"
Jadi perpecahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.pepecahan melangkaui sempadan negara,bangsa,agama dan lain-lain.Kita selalu mendegar seruan bersatu! bersatu! bersatu!,tetapi kesatuan kita atas dasar apa?Adakah kesatuan kita disebabkan oleh persamaan bangsa,negara dan agama?Manusia itu akan berhijrah kepada kumpulan @ kelompok yang mereka rasa cocok dengan jiwa dan fitrah mereka.Bukankah Allah berfirman"mereka yang bertakwa"?jadi penghijrahan yang paling baik adalah kepada kelompok yang bertakwa.Tiada satu negara,bangsa dan agama dalam dunia ini yang bersatu,kerana mereka semua mempunyai citra yang berbeza.Pepecahan yang sebenar adalah penghijrahan daripada yang batil kepada yang hak.Berpecahlah daripada golongan yang berpaling, bersatulah kepada golongan yang mengharap redha Ilahi.Bagaimana pula mahu mengetahui golongan itu berpaling dan megharap redha Ilahi?Jawapannya ada di dalam kitab Al-Quran,kitab yang memperincikan perihal manusia yang beriman kepada seluruh isi kitabnya @ mengambil sebahagian daripadanya dan menolak sebahagiannya lagi.(mereka ini adalah golongan yang menurut hawa nafsu).Jadi kita semua di dalam golongan mana?Tepuk dada tanya iman.

N/B: Tulisan ini bukan untuk menghukum sesama manusia,sekadar untuk berkongsi cetusan minda yang lahir di tengah-tengah kemelut umat.Sesungguhnya ilmu itu datang dari Allah.Nyatakan kebenaran walaupun pahit,kerana yang pahit itu boleh jadi ubat bagi yang mahu menerimanya.Setiap sesuatu ada jawapannya, bergantung kepada sesiapa yang mahu mencarinya.Jangan kita butakan mata dan pekakkan telinga kerana kita semua akan dipertanggungjawabkan di hadapanNya nanti.

Jumaat, Februari 05, 2010

PEJUANG @ PENGKIANAT



Gambar tokoh-tokoh di atas pernah dan sedang mewarnai pentas pergolakkan di sekitar dunia Islam.Ada yang sudah meninggalkan kita,ada yang masih menjadi misteri dan ada yang masih berusaha mempertahankan hak diri.Persoalannya,adakah mereka ini seorang perjuang @ pengkianat?Kita sebagai penyokong,penentang dan berkecuali akan memberi tafsiran yang sesuai dengan fahaman kita.Hanya Allah S.W.T yang mengetahui isi hati sebenar mereka.Kita juga boleh meyokong,menentang dan berkecuali,tetapi haruslah menilai dari pelbagai sudut dan berlandaskan permahaman agama.Ini kerana, agama ada menggariskan kriteria-kriteria manusia yang memilih jalanNya @ jalan yang sesat.Apa yang pasti,kebenaran akan muncul.Cuma kita sahaja yang tidak tahu bila,bagaimana dan di mana ianya akan muncul.

"Ya Allah,Engkau berilah kemenangan kepada mereka-mereka yang berjuang di jalanMu"

"Ya Allah,Engkau ampunilah dosaku,kebodohanku serta hal-hal yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku"

PALESTIN MEMANGGIL KITA PULANG KEPADA ISLAM

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]

Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.
Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]

Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.
Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.
Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.
Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil.Itulah ’sumbangan’ Yahudi.Kerosakan demi kerosakan.
Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.
Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?
Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.Tindakan pertama, adalah dengan mengecam.
Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.
Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai binatang ternak.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” [al-A'raaf 7: 179]

Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu makan, minum, kerja, rehat dan kahwin.
Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka.
Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Arahan Nabi Muhammad sallalaahu ‘alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk mengubah keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.
Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas mengecam adalah mencegah.Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk.
Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.
Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.
Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.
Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.
Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya” [Al-Israa' 17: 6]

Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.
Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.
Laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.
Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.
Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.
Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat mengubah.Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua.

Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?

Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?

Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu,seperti" anjing menyalak bukit". Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?
Apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti”� (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah)�, al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.
Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung pemimpin tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil? Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?
Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.
Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.
Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.
Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan.
Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.
Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Palestin adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..” [al-Israa' 17: 8]

Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!

Ehsan:ABU SAIF @ www.saifulislam.com(dengan sedikit suntingan)



Rabu, Februari 03, 2010

SATU








Apakah yang cuba disampaikan oleh gambar-gambar di atas.SATU apakah yang cuba dimaksudkan.Mungkin kalian juga ada penafsiran sendiri.Apa yang penting,kita sebagai umat Islam mestilah.......

Isnin, Februari 01, 2010

HARI WILAYAH


Selamat Hari Wilayah kepada semua permastautin yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan.Semoga kita semua diberkati dan diberi hidayah oleh Allah S.W.T hendaknya.
Related Posts with Thumbnails