LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"

KARTUN HOLOCAUST

Khamis, Julai 15, 2010

BIAR GAMBAR INI BERBICARA

JANGAN BUTAKAN MATA PEKAKKAN TELINGA



SAMPAI BILA? DARI GENERASI KE GENERASI


DENGAN HARTA, JIWA DAN SEGENAP KEPUNYAAN


ADAKAH PELURU INI SEBAHAGIAN DARIPADA SUMBANGAN KITA?

Ada suara menyeru supaya tidak perlu gundah gulana di atas apa yang berlaku, kerana semua sudah tertulis dan satu masa nanti yahudi akan hancur.
soalan saya, adakah kita tahu zaman yang dinantikan itu dan perlukah kita hanya berdiam diri sambil menunggu kedatangan Nabi Isa A.S dan Imam Mahdi?
Tentu ada perbezaan jika kita bertindak daripada hanya berdiam diri.
Walaupun kita kalah sekalipun, perjuangan tidak harus terhenti disini, kerana Allah S.W.T melihat usaha dan kesungguhan kita.
Apa yang saya lihat selama ini, tiada satu tindakan yang konkrit/bersepadu yang diambil oleh negara umat Islam dalam menghadapi Yahudi Zionis.
Ya, sudah tentu perpaduan sesama umat Islam menjadi punca. Mengapa kita tidak bersatu? Pada pandangan saya yang naif ini, kerana kita tidak kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan pada peringkat individu tetapi peringkat kenegaraan/kepimpinan. Lihatlah ideologi yang dianuti oleh negara umat Islam. Semuanya menganut fahaman ciptaan manusia seperti fahaman Baath dll. Begitu juga Arab Saudi yang kononnya begitu menjaga persoalan Bidaah (furu), dalam persoalan ibadah sehingga merobohkan monumen sejarah/tinggalan Nabi, tetapi amat berlembut dengan negara Kafir bahkan membenarkan pangkalan tentera asing di negara meraka.(digunakan untuk menyerang negara umat Islam)-memalukan

16 ulasan:

piewahid berkata...

salam sahabat,

maklumat tambahan tanda sokpongan:

hukum membantu sesama muslim adalah
fardhu ain (wajib ke atas setiap individu) kepada penduduk negara islam yang diserang untuk mempertahankannya dan menjadi hukum fardhu kifayah (kewajipan umum) ke atas umat islam yang lain yang berada di luar negara tersebut.

bagaimanapun, sekiranya penduduk sesebuah negara tidak berkemampuan untuk menghadapi musuh, maka kewajipan meluas kepada kaum muslimin yang berdekatan dengan negara tersebut, dan seterusnya jika belum mampu juga, ianya menjadi fardu ain bagi yang berdekatan negara tersebut sehingga terbina kekuatan yang mampu menewaskan musuh. sekiranya belum memadai juga, maka jihad menjadi fardu ain bagi seluruh kaum muslimin di seluruh dunia.

“seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (hr. al bukhari dan muslim).

kata dr yusuf qardawi:
"di antara cara membantu umat islam di palestin adalah dengan memboikot barangan musuh dengan sempurna (bukan pilih-pilih). setiap ringgit dan sen yang kita gunakan untuk membeli barangan mereka adalah dianggap peluru yang menembusi dada-dada saudara dan anak-anak kita di palestin”

dan sy stuju bahawa jihad qital adalah perlu!

Pacifist berkata...

salam en pie.
terima kasih kerana melengkapkan entri ini.apa yang en pie katakan benar belaka.

zulkbo berkata...

salam sahabat..
persoalannya kini
kenapa yahudi begitu kuat
kenapa kita orang islam lemah?
rasanya semua tahu kenapa?
kita hidup pun dalam sistem ekonomi
yang di cipta oleh Yahudi..cara hidup yang di cipta Yahudi..byk melalaikan byk membazir..semakin pentigkan diri sendiri..cuba aok tengok bila kita memandu di jalan..bila berkereta besar sikit..memandu macam nak membunuh orang memandu kancil di hadapan contohnya..terjah orang macam dia sorang je nak cepat..itu contoh paling kecil..ubah sikap kita mengenai perkara itu baru dapat kita membicara soal penyatuan umat di palestin..sedangkan kita di sini bila mewah..akulah raja.aku nak cepat ni,korang miskin kereta kecik..syohhhh..ketepi..macam tu bagaimana kita nak sepakat boikot barangan yahudi bila tuan punya atau share holder orang melayu kita?(franchise)..jadi saya sokong saudaraku begitu bersemanagat..cuma koi sedih bila la orang kita nak berubah..??

endiem berkata...

salam zairah..syabas, pacifist, piewahid dan zulkbo..

relevan berkata...

Salam rodong..

Keganasan semakin menyemarak selagi kuasa nafsu terus bermaharajalela..

Mrkolumpo berkata...

selagi kite menganut ajaran demokrasi dan bukan khilafah..selagi itu umat islam terpecah belah...dibahagi2kan dgn sempadan negara dan bendera..asal dulu tiada malaysia,thailand,indonesia,iran,iraq....dahulu kita satu negara..negara khilafaj islamiyah dibawah khalifah di turki.

tunggu lah...
sungai di galelea semakin kering

tunggu lah....
imam mahdi akan muncul

tapi sampai bila kita harus tunggu?

tanpa berbuat sesuatu???

Abd Razak berkata...

Salam...

Apa yang termampu hanya berdoa..

Guna senjata yang paling ampuh ketika jauh begini..

Cik SHiNJU berkata...

Kalau tanye org kat sekeliling kita ni,semua berdegar2 kutuk Zionis...tp selagi msg2 x serius boikot produk yg ade kaitan ngn yahudi,selagi itulah mereka turut sama menyumbang sumber kewangan utk yahudi bunuh saudara d Palestine tu...

Ibnu Jamaluddin berkata...

insyaAllah, masa itu pasti tiba, janji Allah adalah benar

maCy berkata...

stuju dgn abg dan piewahid..

tidak terkata lagi~

Mazru Majid berkata...

salam sahabat....

rania berkata...

btul kata cik shinju..
org kita taw kutuk zionis jer...
tp dlm masa yg sama dok beli brg depa...mcm2 alasan diberi utk boikot brg2 yahudi... apa nk jadi?
Alhamdulillah sy dan family trus brusaha memboikot product yahudi.
sama2lah kita...

shameel Iskandar berkata...

salam sahabat.

Sy tertarik dgn kebodohan negara Arab yg rata ritinya adalah hamba kuasa kuffar.fahaman Baath, antaranya adalah ciptaan kuffar yg bersendikan dasar sosialis. Antara penganut fahaman ini almarhum saddam hussin(moga Allah memaafkannya).

Sbnrnya, negara arab amat kuat jika bersatu(itu belum lagi penyatuan seluruh umat islam di dunia) tapi mereka terlalu memikirkan kedudukan masing2. Lihat sahaja kerajaan mesir yg turut mmebunuh pelarian islam palestin. malah kekejaman kerajaan mesir sama tarafnya dgn zionis yahudi.

Jordan sndri sudah beberapa kali menutup kem pelarian palstin di negaranya malah turut mengharamkan mana-mana pertubuhan yg pro hamas di negaranya.

Yahudi ada 12 juta jer kat dunia ni( bancian tahun 2001). lebih kurang 6 juta jer kt israel. tapi krn negara arab/islam tak bersatu, maka 6 juta org ini mnjdi trlalu kuat dan perkasa.

MissXYZ a.k.a Abaikan berkata...

mereka btol2 kuat sdgkn kita terkelar jari sendiri pun dh mengaduh...

doakn kemenangan islam amin

Ibn Razi Al-Kelantani berkata...

salam sahabat.. sudah ketentuan fitnah yang menimpa umat akhir zaman, tiada siapa yang mampu lari melainkan akan terkena tempiasnya..

cinta dunia dan takut mati, maka lahirlah cakap2 yang menyindir dan mempertikai pendirian mereka yang berjuang.. nasihat saya, biarkanlah mereka dengan angan2 sehigga Allah bukakan hati mereka atau sebaliknya.. yakin dan percaya bahawa hanya mereka yang layak sahaja akan dipilih Allah untuk menegakkan kalimahnya.. teruskan berjuang walau dengan pena dan berdoa semoga terpilih untuk bersama barisan para mujahidin.. sentiasa berdoa dan berharap agar bisa menyusul kelak..insyaAllah..

pernah suatu ketika belajar di matrikulasi UIA, ketika itu saya dan para sahabat mengadakan kutipan amal, jumpa la pakcik sorang tu,
saya: "pakcik, minta sumbangan untuk palestin"
pakcik: "nak buat ape?"
saya: "bantu diorang yang kene kepung kat sana"
pakcik: "kenapa nak tolong diorang, pernah ke die tolog kite"
saya: "tak, tapi dia kan saudara kite pakcik"
pakcik: "nah ambik singgit"
saya: "senyum kambing"...
pakcik tu berlalu pergi...
huhu.. kesian pakcik tu.. nah, bahayanya tipu daya dunia, bahananya tak mengira siapa, sehingga saudara seagamapun tidak kenal rasa simpati.. wallahua'lam, sekadar renungan bersama..

TUKANG KATA berkata...

ya,pada saya kita perlu ada usaha untuk bebaskan palestin tercinta dari belenggu zionis..

sekurang2nya bila kita bertemu Allah,bila Dia bertanya pada kita,sudahkah kita tunaikan hak kita pada saudara muslim yg lain,kita punya jawapan..tidaklah terdiam seribu kata dihadapanNya nnti..

Allahu A'lam..

p/s menarik komen anda di blog saya tentang entri nyamuk..tersentuh hati membaca..betapa hebat perancangan Allah bukan? Moga anda berbahagia selalu bersama keluarga tercinta..ameen!

Related Posts with Thumbnails