LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"

KARTUN HOLOCAUST

Sabtu, Mac 13, 2010

KENALI PERTUBUHAN PEJUANG PALESTIN


Fatah atau "Harakat at-Tahrir al-Wathani al-Filasthini" atau Gerakan Nasional Pembebasan Palestin, adalah sebuah parti politik di Palestin yang didirikan pada tahun 1958. Parti ini memiliki tujuan untuk mendirikan negara Palestin di daerah yang sedang menjadi tempat konflik Israel dan Palestin. Fatah sebenarnya secara teknik bukan merupakan parti politik, namun adalah pertubuhan terbesar dalam PLO, sebuah gabungan pelbagai pertubuhan.
Fatah didirikan oleh sekelompok warga Palestin yang belajar di Kaherah, Mesir; salah satunya Yasser Arafat. Setelah Perang Enam Hari pada tahun 1967, Fatah muncul sebagai kekuatan yang dominan dalam dunia politik di Palestin. Pada akhir 1960-an, Fatah bergabung dengan PLO dan pada tahun 1969 menjadi pemimpin dalam PLO. Sejak saat itu, Arafat menjadi pemimpin PLO dan Fatah hingga meninggal dunia pada tahun 2004. Kelompok ini terlibat konflik dengan Hamas setelah kemenangan Hamas pada pilihanraya parlimen tahun 2006 lalu di Palestin.
Organisasi perjuangan ini berhaluan nasionalis – sekular. Para pegawainya banyak yang korup dan perjuangan organisasi ini lebih banyak menggunakan cara-cara 'persuasif'. Ini di tandai dengan bersedianya Fatah menjalin komunikasi dan berdamai serta mengakui Israel. Saat ini Fatah dipimpin oleh Mahmud Abbas – sama seperti pendahulunya Yaser Arafat, Abbas juga 'lunak' terhadap Israel.
Fatah memiliki sayap militer bernama Briged Martyr Al-Aqsha yang merupakan gabungan para pejuang yang seideologi dengan Fatah di Tebing Barat.
Pada waktu serangan militer Israel ke Gaza, Brigad Martyr Al-Aqsha turut berjuang dan melawan Israel dan menurut informasi mereka juga bergabung dalam barisan pejuang-pejuang Palestin di Gaza. hal ini cukup mengejutkan kerana pimpinan Fatah sendiri mengecam serangan-serangan ke Israel.

Hamas adalah akronim dari “Ḥarakat al-Muqāwamat al-Islāmiyyah”, yang bermaksud "Gerakan Perlawanan Islam" - adalah organisasi Islam Palestin yang meliputi organisasi sosial dan politik serta militer.
Hamas di dirikan pada tahun 1987 oleh Syeikh Ahmad Yassin dan enam orang sahabat dan juga merupakan murid-muridnya. DR.Ibrahim al Bazuri, Muhammad Syam'ah (perwakilan kota Gaza), Abdul Fatah Dakhan (Perwakilan wilayah Tengah), Dr Abdul Aziz Ar-rantisi ( Perwakilan Khan Younis), Isa an Nasyar (perwakilan kota Rafah), Shalah Syahadah (perwakilan wilayah utara).
Hamas mendapat banyak kritikan oleh kawan seperjuangan di Palestin dan tokoh-tokoh Al-Qaeda, sewaktu mereka memutuskan untuk menyertai pilihanraya di Palestin kerana mereka dianggap telah 'terpesong' dari nilai-nilai perjuangan Islam dengan turut serta dalam Demokrasi.
Hidayatullah.com melaporkan, meskipun menggunakan media demokrasi, Hamas selalu tunduk pada tuntunan para ulamanya dari hal-hal yang sifatnya besar dari masalah diplomasi dan kenegaraan sampai hal-hal terkecil.
Para pemimpin Hamas tunduk pada ulama, karena ulamanya berjihad, dan bukan sebaliknya ulama dipaksa tunduk pada kepentingan politik.

Hamas memiliki sayap militer yang dinamakan Briged Izzuddin Al-Qassam. Briged Al-Qassam di dirikan pada tahun 1992 di bawah arahan seorang jurutera bernama Yahya Ayyash. Yahya Ayyash sendiri termasuk pencipta 'Bom Syahid” yang banyak menyerang sasaran-sasaran Israel dengan aksi “bom syahid” nya.
Dalam serangan militer Israel baru-baru ini ke Gaza, sayap militer Hamas ini mendakwa berhasil membunuh 80 orang askar zionis Israel, dan melukai ratusan orang – juga berhasil menghancurkan 47 kereta kebal merkava, serta menjatuhkan 4 helikopter dan satu pesawat pengintip dan berhasil menembakkan ratusan roket Al-Qassam ke Israel. Seperti yang dinyatakan didalam laman rasmi mereka pada tanggal 19/01/2009.

Jihad Islami (The Palestinian Islamic Jihad ) Gerakan Jihad Islam Palestin atau “Harakat al-Jihad al-Islami fi Filastīn” - adalah organisasi perlawanan dan perjuangan rakyat Palestin terhadap pendudukan Zionis Israel di Palestin. Jihad Islami sendiri secara rasmi dianggap sebagai kelompok teroris oleh Amerika Syarikat. Tujuan gerakan Jihad Islami adalah menghancurkan Zionis Israel, dan membentuk sebuah negara Islam Palestin dibawah payung Syariah Islam.
Jihad Islami secara signifikan lebih kecil dari Hamas. Jihad Islami dibentuk di Jalur Gaza dalam tahun 1970-an oleh Fathi Syaqaqi dan Abdul Aziz Al Awda sebagai cabang dari Jihad Islam Mesir, sebuah organisasi yang saat ini dipimpin oleh Muhammad Abdullah Ramadhan Shallah.
Berbeza dengan Hamas, Jihad Islami menolak untuk mengikuti pilihanraya yang di adakan di Palestin. Secara ideologi perjuangan mereka lebih merujuk ke perjuangan Usamah bin Laden dengan Al-Qaeda.
Seperti halnya Hamas, Jihad Islami juga memiliki sayap militer yang dinamakan Briged Al-Quds. Sayap militer Jihad Islami telah menyatakan bertanggung jawab atas berbagai serangan serangan di Israel, termasuk serangan “bom syahid” ke wilayah Israel.
Briged Al-Quds telah memiliki kemampuan mengembangkan peralatan tempur dan juga kemudahan bom yang sama seperti roket Katyusha yang dimiliki oleh Hizbullah (Lubnan).

Komite Perlawanan Rakyat (The Popular Resistance Committees )atau “Lijan Muqawwamah Sya'biyyah” adalah organisasi perlawanan rakyat Palestin yang beroperasi di Jalur Gaza dan juga dianggap sebagai organisasi teroris oleh Israel dan Amerika Syarikat.
Organisasi ini didirikan pada bulan september tahun 2000 oleh Jamal Abu Samhadana - yang telah syahid pada tanggal 8 Jun 2006, sewaktu serangan udara Zionis Israel bersama dengan tiga anggota KPR lainnya.
KPR merupakan mantan-mantan pejuang Fatah dan Briged Syuhada' al-Aqsa. Sayap militer organisasi ini bernama Briged Nashir Shalahuddin, sebagai simbol perlawanan mengikuti jejak dari Salahuddin Al-Ayyubi.
Briged Nashir Shalahuddin mempunyai kemahiran menanam bom pinggir jalan untuk menyerang konvoi militer Israel di jalur Gaza.

Barisan Rakyat Untuk Pembebasan Palestin (Popular Front for the Liberation of Palestine ) atau Al-Jabhah Al-Sha `biyyah li-Tahrir Filasṭīn adalah organisasi berideologi Marxist-Leninist, sekular, nasionalis dan merupakan organisasi politik yang juga bersifat kemiliteran, didirikan pada 1967 .
FRPP sebagai kelompok 'kiri' Palestin - mengambil sikap garis keras dan menentang sikap moderat yang dilakukan oleh Fatah.
Tetapi di tahun 1999, kelompok ini datang untuk membuat kesepakatan dengan kepemimpinan PLO mengenai perundingan dengan Israel. Sayap militer kelompok ini bernama Briged Abu Ali Mustapha .


Barisan Demokrasi untuk Pembebasan Palestin (Democratic Front for the Liberation of Palestine ) atau Al-Jabha al-Dimuqratiya Li-Tahrir Filastin adalah organisasi politik dan militer Palestin yang berideologi Marxist-Leninist, dan sekular. Kelompok ini termasuk sebahagian daripada dari PLO.
Kelompok ini juga sering disebut sebagai Barisan Demokrasi atau al-Jabha al-Dimuqratiyah.

N/B: Inilah serba sedikit pengenalan tentang pertubuhan-pertubuhan yang wujud di Palestin.Mereka berjuang dengan misi yang sama tetapi dengan visi yang berbeza.Ada diantara mereka yang mahu memerangi Zionis Israel secara habis-habisan,ada juga yang mahu berkompromi dan bersedia untuk membahagikan negara Palestin.Ada yang mahu membentuk negara Paletin dengan ideologi tertentu.Ada juga yang menolak daripada menyertai pilihan raya dengan andaian ianya bukan daripada sistem Islam.Lalu,dengan pelbagai permasalahan,bagaimanakah mereka akan bersatu? Persoalan yang sukar di jawab kerana kita sendiri yang telah memecahbelahkan ajaran/saranan yang terkandung didalam kitab suci Al-Quran.Kita sendiri yang memisahkan/mengambil sebahagian dan menolak sebahagian intipatinya.Kita juga ketiadaan seorang pemimpin/khalifah/wakil yang akan bertindak sebagai pemutus kata.

Ehsan:satuumat.blogspot.com(dengan sedikit suntingan)

11 ulasan:

piewahid berkata...

slm sahabat. sangat infomatif. jujur koi ngaku, kala aok tak terangkan ni, koi bkn berapa fhm ngat. t kasih byk2. trase jahil dan lemahnya diri...

Mazru Majid berkata...

Salam..

Selama ni koi cuma tau beberapa aje contoh hamas,fatah...

rupenye banyak lg..terima kasih sharing.

zulkbo berkata...

salam Sahabat..
allahhuakbar..
fisabilillah..
teruskan perjuangan mu
di ruang siber ini..

Insan Marhaen berkata...

muga satu hari nanti Allah beri kemenangan kepada Palestin.

para berkata...

terima kasih atas maklumat...sebelum ni cuma tahu pasal fatah dengan hamas je...rupanya byk lagi...nice info.

Miecyber @ Sudu berkata...

Allah Hu Akabar....semuga yang ikhlas berjuang kerana Allah akan menang.

ijoks2009 berkata...

Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di Palestin.

Pacifist berkata...

salam sahabat,

EnPie-tiada yg jahilnya,pengetahuan masing2 terhad,kita berkongsi setakat pengetahuan kita.beri dan terima

EnMazru-terima kasih kembali

EnZul-sesama kita peduli masalah palestin.masalah seluruh umat islam

EnPara-terima kasih kembali

EnMie dan EnIjok-Itu yg kita harapkan.semoga mereka tabah walaupun pemimpin negara umat islam banyak berdolak-dalih

al-mankaraqi berkata...

fatah sudah patah?

Fathi Baik berkata...

Hamas adalah contoh organisasi yg istiqamah dalam perjuangan.Semoga pengorbanan para syuhada' dari HAMAS di terima ALLAH S.W.T.

Pacifist berkata...

salam,

EnMankaraq- ya, fatah dah lama patah,kerana telah dipatahkan oeh pemimpin mereka yg bersengkokol dgn musuh mereka sendiri.

EnFathi-tepat sekali,ia rentetan daripada perjuangan ikhwanul muslimin selepas kejatuhan daulah usmaniyyah.satu gerakan yg cuba mengembalikan semula sistem kekhalifahan

Related Posts with Thumbnails