LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Rabu, Mac 31, 2010

YAKIN DAN PERCAYA


Kita sebagai seorang Islam percaya adanya Allah s.w.t dengan sifat 20 yang wajib, sifat 20 yang mustahil dan 99 nama-namaNya (asmaul husna), namun kita kurang yakin dari segi:

REZEKI
Kita takut rezeki kita tiada sedangkan rezeki kita telah ditentukan kadarnya sejak azali. Yakin hanya dengan pekerjaan/kerjaya tertentu sahaja akan memberikan kita rezeki sedangkan rezeki Allah s.w.t meliputi langit dan bumi, janji kita berusaha dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.
Takut ditukar/dibuang kerja jika menyatakan kebenaran, mengkritik, membongkar penyelewengan dan berlepas tangan daripada persubahatan-jika bekerja dengan kerajaan @ majikan, jika bekerja swasta @ perniagaan akan merosot jika bekerja sendiri.

MATI
Takut mati syahid, sedangkan mati itu pasti dan kematian boleh datang dengan pelbagai cara, tidak semestinya kematian menjemput sewaktu berperang membantu saudara seislam yang ditindas dan membela agama Allah. Kita juga tidak mengetahui bila, di mana, dan bagaimana kita akan mati.
Kerana kurang yakinlah kita lemah dari segala segi, kerana kita yakin manusialah yang menentukan perjalanan dan hala tuju hidup kita.
Jika kita benar-benar yakin dan percaya, hidup, mati, jodoh, rezeki di tangan Allah s.w.t, kita tidak akan bergantung/berharap/takut sesama manusia. Cukuplah Allah sebaik-baik penolong, perbendaharaanNya meliputi seisi alam (tidak pernah berkurang), tiada daya upaya melainkan Dia, daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali kerana nyawa kita berada di genggamanNya.
wallahu a'lam

Isnin, Mac 29, 2010

TERIMA KASIH SAHABAT 2

Assalamualaikum....
Terima kasih kepada sahabat blog Cik Janet
kerana sudi memberi anugerah persahabatan ini kepada saya. Saya amat menghargainya, semoga persahabatan yang terjalin di 'dunia jalur lebar' ini akan berlarutan ke 'dunia fizikal',
Insya'Allah.
Dengan rezekiNya kita bertemu dan dengan rezekiNya kita berpisah.

Ahad, Mac 28, 2010

MELAKA DAHULU DAN SEKARANG


Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.
Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. Hukum Kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.
Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.
Antara contoh lain iaitu hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf(menuduh seseorang melakukan zina tanpa mengemukakan saksi), merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Ini adalah sedikit dari contoh-contoh hukum hudud yang telah dijalankan di zaman dahulu yang pada masa ini amat digeruni bukan sahaja oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri yang takut kepada HUKUM yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat ini.

N/B: Apa alasan kita untuk menidakkan hukum Islam di Malaysia? Sedangkan dahulu kita mempunyai sistem yang menjamin kesejahteraan rakyat. Adakah ianya hanya harus dikenang sebagai subjek Sejarah semata-mata? seperti pengertian kita tentang jihad,(menceritakan Sejarah Nabi berperang mempertahankan Islam), tetapi kini subjek tersebut menjadi perkara taboo (larangan/pantang) untuk dibincangkan. Sungguh sedih melihat gelagat pemimpin Islam yang kononnya berjuang membela agama, bangsa dan negara. Negara sudah lama merdeka tetapi jiwa mereka masih dibelenggu oleh kisah silam. Jadi, dimanakah ukuran kemerdekaan itu?

MELAKA SEKARANG, klik disini tempat lain pun sama,cuma sekadar contoh, sesuai dengan artikel di atas.


Ehsan:hikmatun.wordpress dengan sedikit tambahan

Jumaat, Mac 26, 2010

BRUNEI LEBIH TAKUT LAKNAT ALLAH


Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat tuhan.
"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukan sahaja tapi semua yang berada di negara ini"
"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak"
"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnyanya.-AP

N/B: Negara kita bagaimana?

Ehsan: Harian Metro (24/03/2010)

Rabu, Mac 24, 2010

IKLAN


Assalamualaikum.....
Kepada semua sahabat blog, tidak terlambat untuk saya mewarwarkan tentang pesta buku yang sedang berlangsung di PWTC KL.Kepada sahabat blog yang tinggal berdekatan, rugi jika kalian hadir kerana harga buku yang ditawarkan berpatutan. Pesta buku ini akan berakhir pada 28/03/2010.
Saya dan isteri sempat hadir ke sana pada hari semalam 23/03/2010. Kami amat berpuashati dengan pengurangan harga yang diberi.
Di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat blog yang berasal dari Pahang atau dari mana sahaja yang berminat dengan sejarah Pahang.
Buku bertajuk 'Mencari Sejarah' sususan Suzana Hj.M.Osman.Beliau merupakan ahli persatuan sejarah Malaysia, cawangan Johor.
Apa yang menarik tentang buku ini adalah beliau telah memaparkan 'sisi lain' dalam pensejarahan 'Perang Saudara' yang berlaku di Negeri Pahang satu ketika dahulu. Buku tersebut memberi peluang kepada kita dalam menilai sejarah daripada 'kaca mata' sebelah pihak lagi.
Semua orang boleh menulis sejarah, tetapi sejarah tidak boleh menipu. 'Pencari kebenaran' akan menilai mana-mana sumber yang boleh mengaitkan tentang sesuatu peristiwa. Perlu diingat, sejarah ditulis oleh mereka-mereka yang menang. Menang tidak semestinya benar, benar tidak semestinya menang.
Kita perlu adil dalam penghakiman, jika tidak, anak cucu kita akan menghakimi kita kelak.

N/B: Saya tiada kaitan dengan penulis buku tersebut, cuma berminat untuk mengetahui sejarah negeri sendiri daripada pelbagai sumber samada dalam bentuk lisan, dokumen dll.
Buku tersebut boleh didapati di gerai buku Crescent dengan harga RM 20/-. Sekian terima kasih

TERIMA KASIH SAHABAT


Assalamualaikum....
Terima kasih kepada sahabat blog Shameel Iskandar
kerana sudi memberi anugerah persahabatan ini kepada saya. Saya amat menghargainya, semoga persahabatan yang terjalin di 'dunia jalur lebar' ini akan berlarutan ke 'dunia fizikal',
Insya'Allah.
Dengan rezekiNya kita bertemu dan dengan rezekiNya kita berpisah.

Isnin, Mac 22, 2010

KENALI PERTUBUHAN YAHUDI

1.Temple Mount Rabbinical Court
lanya merupakan sebuah pertubuhan pengganas Yahudi yang bermotifkan agama. Mereka bergerak di kalangan rabbi-rabbi Yahudi yang beriman dengan kewajipan menegakkan Haykal sebelum kedatangan Messiah dan bukan selepas kemunculannya.
Mereka mempunyai pengaruh yang amat signifikan ke atas golongan terpelajar agama Yahudi. Ianya dianggotai oleh para rabbi yang begitu obsessed untuk mendirikan semula Haykal seperti Dov Lior, Nahman Kahane dan Israel Ariel. Pada bulan Ogos 2000, pertubuhan ini telah mengeluarkan fatwa mereka kepada orang-orang Yahudi untuk merempuh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa yang mereka dakwa sebagai tapak Haykal yang dijanjikan Tuhan Yahweh untuk bangsa Yahudi.

2. Ateret Cohanim
Merupakan sebuah “non-profit” NGO (Amutot) yang bertugas untuk membeli tanah-tanah dan segala hartanah di al-Quds dan juga kawasan sekitar “Mountof Temple” (Masjid al-Aqsa). Mereka berpusat di al-Quds dan aktif membeli hartanah dari kalangan warga Arab yang materialistik. Ditubuhkan oleh anggota kumpulan Yeshivat HaGolan pada tahun 1978 sebagai Yeshiva (pusat pengajian agama Yahudi) untuk mempelajari hukum hakam berkaitan dengan kohanim dan upacara penyembelihan.
Dua kali dalam setahun, iaitu ketika perayaan”Passover” dan juga perayaan “Sukkoth’. Pertubuhan ini dan kementerian agama rejim Yahudi akan bersama mempelajari dan mengulang kaji semula hukum-hakam berkaitan dengan Haykal dan upacara ritual di dalamnya. Rabbi Shlomo Aviner iaitu rabbi di dalam pertubuhan ini mengatakan bahawa pengajian mengenai Haykal adalah untuk menjadikan Haykal itu sentiasa bersama dengan orang-orang Yahudi di dalam jiwa, spiritual dan intelektual mereka sebelum ianya dibina.

3. Shofar Benim
Sebuah kumpulan pengganas radikal yang mempunyai persenjataan dan mengambil pendekatan yang radikal untuk membina semula Haykal. Kumpulan ini mempunyai rangkaian kerjasamanya dengan kumpulan-kumpulan radikal sepertinya, antaranya ialah kumpulan YESHA (singkatan dari perkataan Yehuda, Samaria dan Gaza), kumpulan Zo Artzenu, Mateh MAAMATZ dan juga beberapa kumpulan-kumpulan lain yang dianggotai oleh individu-individu dan juga para hakham Yahudi.

4. Shocharey HaMikdash (Temple Lovers Group)
Ianya merupakan sebuah pertubuhan yang menghimpunkan beberapa pertubuhan Yahudi yang mempunyai aspirasi untuk membina kembali Haykal. Ianya juga dianggap sebagai pertubuhan yang paling berpengaruh dalam kalangan kumpulan-kumpulan radikal dan pengganas Yahudi yang bergerak dalam negara haram Israel. Pertubuhan ini diketuai oleh Profesor Hillel Weiss.Menurut Yehuda Etzion, seorang aktivis radikal Yahudi, cita-cita pertubuhan ini adalah untuk menghimpunkan semua kumpulan pengganas Yahudi yang bercita-cita untuk membina Haykal di bawah satu payung front yang besar agar semua usaha mereka dapat diselaraskan. Antara individu yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam organisasi ini ialah Hakham Baruch Kahane, anak kepada Hakham Meir Kahane, pengasas kumpulan radikal dan pengganas yang paling agresif di dalam negara rejim Zionis, iaitu kumpulan “Kach”.(gambar)
Ketika perhimpunan agungnya pada tahun 1999, kumpulan ini telah dibiayai oleh Kementerian Agama kerajaan rejim Zionis. Pada asal penubuhannya pertubuhan ini kurang mendapat sambutan, sehinggalah lima tahun kebelakangan ini, keahliannya meningkat secara mendadak dan mendapat sokongan dari ramai rakyat rejim.

5. The Temple Establishment Movement
Di awal penubuhannya ia diketuai oleh David Elbaum, Kini ianya diketuai oleh Rabbi Yosef Elbaum. Aktivisnya yang paling menonjol ialah Yoel Lerner. Pertubuhan ini ditugaskan khas untuk menjaga dan mengajarkan kepada para penjaga Haykal tatacara ibadat di dalam Haykal. Para penjaga Haykal dipilih berdasarkan keturunan mereka.
Mereka juga pada asal penubuhannya telah mengkaji dan menyusun semula tatacara ibadat-ibadat yang sepatutnya dilakukan di dalam Haykal. Ini adalah sesuatu yang rumit, kerana orang Yahudi telah kehilangan apa yang mereka dakwa sebagai “Haykal” (kedua) semenjak hampir 2000 tahun yang lalu. Mereka juga pada waktu ini sedang mempersiapkan pakaian para kohanem (paderi) dan rabbi yang akan berkhidmat di dalam Haykal, menyiapkan segala perhiasan-perhiasan di dalam Haykal dan juga menyusun jadual kerja para kohanem.

6. Machon HaMikdash (Temple Institute)
Ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Rabbi Israel Ariel, Moshe Neiman dan Michael Ben Horin di kawasan penempatan Yahudi dalam kota Baitul Maqdis. Rabbi Ariel merupakan orang nombor dua dalam gerakan Kach pada tahun 70-an, namun pada 1980 beliau telah dikeluarkan dari pertubuhan tersebut kerana mengeluarkan idea yang radikal berkenaan pembinaan semula Haykal.
Dalam Persidangan Haykal yang diadakan pada tahun 1998 di International Conference Center, Baitul Maqdis, beliau telah menyeru agar para peserta menyertai persidangan itu pada tahun berikutnya. Pada tahun berikutnya, beliau telah datang dengan memakai baju pekerja buruh binaan dengan katanya, “Saya bersedia untuk membinanya sekarang!”. Tindakan beliau ini didorong oleh ideanya bahawa Haykal mestilah dibina sekarang dan bukannya dibina oleh Messiah.
Manakala Neiman dan Ben Horin merupakan bekas ahli pertubuhan Kach yang aktif, mereka turut mempunyai aspirasi yang sama dengan Ariel. Pertubuhan ini telah membina pasu (balang) untuk mengisi kitab suci (200 commandments), namun ia hanya boleh digunakan apabila terbinanya Haykal.
Pertubuhan ini mendapatkan dana dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Pendidikan rejim Zionis dan pertubuhan Sherut Leumi, iaitu pertubuhan wanita-wanita beragama Yahudi. Mereka juga menerima bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan Kristian Protestan dari Amerika dan Eropah yang bercita-cita untuk menubuhkan Haykal.

7. Hai Ve Kayam (Enduring)

Ditubuhkan pada tahun 1990 oleh sekumpulan aktivis radikal dan pengganas Yahudi bawah tanah. Di antara penggerak mereka ialah Yehuda Etzion dan sekumpulan ekstremis dari kawasan penempatan Yahudi di Bat Ayin, Gush Etzion. Kumpulan ini mendakwa bahawa mereka adalah kumpulan yang telah ditugaskan oleh Tuhan untuk membina semula kegemilangan “Negara Israel” dan mereka juga mendakwa bahawa kehidupan mereka adalah berdasarkan adat istiadat “Haykal ketiqa”.

Di antara aktivis mereka yang terkenal ialah Yoav Lerner, orang yang bertanggungjawab menubuhkan gerakan radikal bawah tanah Yahudi ekstrimis yang bernama Gal. Kumpulan Gal mempunyai matlamat untuk menubuhkan sebuah negara “agama” Yahudi berdasarkan ajaran Halachah dan juga bercita-cita untuk meletupkan Masjid al-Aqsa yang didakwa sebagai sebuah bangunan “haram” yang didirikan di atas tanah Haykal.
Beliau telah ditangkap sebanyak tiga kali oleh pihak rejim kerana percubaan meletupkan Masjid al-Aqsa dari tahun-tahun 70 an sehingga tahun 90-an. Di antara anggota lain kumpulan Hai Ve Kayam yang terkenal adalah dari kalangan tokoh-tokoh radikal dan pengganas Yahudi seperti Kapten Moti Karpel dan Noam Livnat (saudara Limor Livnat) yang merupakan seorang penuntut di sebuah institut pengajian agama Yahudi radikal yang terkenal iaitu “Joseph’s Tomb Yeshiva” di Hebron.

N/B: Haykal @ Haikal Sulaiman (dinamakan demikian kerana didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s) ini mengikut pengertian mereka (Yahudi) ia adalah rumah ibadat pertama Yahudi di Baitulmaqdis. (tapak di mana Masjid Al-Aqsa sekarang !). Oleh kerana itu, usaha pencerobohan dan perobohan Masjid Al-Aqsa giat dijalankan sehingga sekarang.

Ehsan: (sahabatpalestin) dengan sedikit suntingan

Jumaat, Mac 19, 2010

MEREKA YANG DICURIGAI



Mereka yang sering dicurigai adalah:
  • Mereka yang selalu membicarakan perihal Islam.
  • Mereka yang selalu merujuk kepada agama dalam membahaskan sesuatu isu.
  • Mereka yang selalu mengatakan Islam itu cara hidup (pendekatan holistik).
  • Mereka yang mahu Islam ditegakkan secara total dalam negara.
  • Mereka yang menyokong parti siasah (politik) selain daripada yang diamalkan oleh pemerintah.
  • mereka yang selalu membicarakan perihal khalifah dan kewajipan mendirikan semula khilafah Islamiyyah.
  • Mereka yang membicarakan perihal Jihad dan peranannya dalam masyarakat, lebih-lebih lagi apabila menyentuh tentang perlunya kita berjihad melawan kaum kaffir yang menentang dan menindas umat Islam walau dimana mereka berada.
Kita juga tidak setuju dengan keganasan dan pembunuhan yang dilakukan atas nama agama, jika tindakan itu terkeluar daripada suruhan agama.
Apa yang ditekankan adalah, adakah kita sedar dengan anjuran itu,@ kita masih terlena dengan segala macam dakyah yang 'dikurniakan' oleh para orientalis?
Nampak macam pelik jika membicarakan perihal sedemikian pada zaman moden, tetapi jika kita menyusuri akarnya, barulah kita tahu kemerdekaan dan kebebasan yang kita kecapi adalah keringat dan air mata darah umat terdahulu.
Kita tidak perlu takut untuk mengatakan yang hak, walaupun kita dikelilingi musuh yang tidak diketahui samada dari dalam @ luar negara.
Kita perlu yakin perancangan Allah lagi hebat daripada perancangan mereka. Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik penolong, Allah yang menentukan hidup dan mati kita dan dibumi mana kita akan mati, kita mengharapkan redha Ilahi bukan pujian dan kejian daripada manusia. DaripadaNya kita datang kepadaNya kita akan kembali.Yakin dan percaya adalah kekuatan kita.Mudah-mudahan kita dapat mengharungi segala yang menanti, Amin...

Rabu, Mac 17, 2010

MARI KITA INGAT TARIKH INI

Belum terlambat bagi saya untuk berkongsi tarikh yang amat 'istimewa' bagi umat Islam. Satu tarikh yang sering dilupakan @ kita memang tidak tahu @ kita tidak mahu ambil tahu. Di saat kebanyakkan umat Islam mengetahui tarikh 14 Februari, 1 April(April Fool), Hari Wanita, Hari Ibu dan pelbagai hari lagi, marilah kita kenang dan bermuhasabah diri untuk mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Tanggal 3 Mac pada setiap tahun merupakan satu tarikh yang amat meruntun jiwa bagi setiap umat Islam di zaman moden ini.
Demikian menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar ketika ditanya mengenai ulangtahun kejatuhan Khilafah Islamiyah di bawah pemerintahan Kamal Attaturk laknatullah.
Menurut beliau, tarikh 3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan Khilafah Uthmaniyah yang mana pada detik itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW.
Perkara ini sepatutnya amat mendukacitakan buat seluruh umat Islam di dunia. Tiada lagi kekuasaan menghalang kemungkaran dan juga kekuatan membela agama Allah di dunia ini. Islam dinodai dengan berbagai-bagai pengharaman ciptaan manusia yang bernama Mustafa Kamal Attaturk untuk menghalang penguasaan kerajaan Allah di muka bumi. Namun demikian, setelah lama dibuai mimpi, kesedaran mulai timbul dari pengajaran yang cukup pedih buat umat Islam ketika itu.
Kesedaran tentang kewajipan mewujudkan khilafah Islamiyah, yang mana tidak dapat tidak, wajib wujudnya khilafah ini yang memerintah dunia mengikut syariat Allah.
Maka, bermula pada tahun 1928, atas inisiatif seorang insan bernama Imam Hasan al-Banna telah merintis jalan untuk mengembalikan khilafah Islamiyah dengan menubuhkan satu jamaah Islam yang dinamakan Ikhwanul Muslimin.
Penubuhan Ikhwanul Muslimin ini telah mendorong penubuhan jamaah-jamaah Islam lain di serata dunia. Islam mulai bertebaran di serata dunia selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Benarlah janji Allah SWT di dalam al-Quran ” Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang ” – Al Maidah : 56

Ayat di atas menerangkan tentang janji Allah SWT yang tidak ada syak padanya. Kemenangan Islam telah dijanjikan oleh Allah SWT. Hanya mereka yang berpegang teguh kepada agama Allah dijanjikan kemenangan olehNya. Hasil daripada penubuhan Ikhwanul Muslimin, Malaysia juga tidak ketinggalan untuk sama berada di dalam gelombang usaha menegakkan kembali khilafah Islamiyah. Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah bersama dengan Ikhwanul Muslimin untuk menegakkan khilafah Islamiyah khususnya di Malaysia.
Berpegang kepada aqidah yang satu, gerakan Islam di seluruh dunia meyakini khilafah minhaj ’alan Nubuwwah pasti akan kembali untuk mentadbir muka bumi Allah SWT. Allah tidak akan membiarkan manhaj ciptaan manusia untuk terus memerintah muka bumiNya.
Menurut Ustaz Abu Bakar lagi, sebagai umat Islam, kita wajib meyakini kemenangan Islam. Cuma pada ketika ini, ujar beliau, kita tidak tahu negara mana yang akan menjadi Daulah Khilafah. Kita juga masih tidak tahu siapa khalifahnya untuk dibai’ah. Sebagai umat Islam, kita wajib berjuang memerah setiap titik keringat dan darah yang ada untuk memenangkan Islam. Sebagai akhirnya, beliau menyatakan, Allah tidak akan bertanyakan tentang hasilnya, akan tetapi Allah akan bertanya apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Ehsan: http://perak.pas.org.my/ dengan sedikit suntingan

Isnin, Mac 15, 2010

KEMUSNAHAN KAABAH AKHIR ZAMAN

Terdapat beberapa hadis dan athar mengenai kemusnahan Kaabah pada akhir zaman,antaranya:

-Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Kaabah akan dimusnahkan oleh Zul al-Suwaiqatain (lelaki berkaki kurus) dari Habsyah (kini Ethopia").Al-Bukhari no 1591

-Daripada Ali r.a berkata:"Lakukanlah tawaf di rumah (Kaabah) ini sebanyak mungkin sebelum kamu di halang daripada melakukannya.Seolah-olah aku dapat melihatnya (seorang lelaki dari Habsyah) dengan kepala dan telinga yang kecil menghancurkannya (Kaabah) dengan cangkulnya."(Al-Fakihi,Akhbar Makkah 1/194 no.313 (sanadnya sahih),dan Fath al-Bari 3/538)

-Oleh Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:"seolah-olah aku dapat melihatnya,hitam dan berkaki tempang.Dia meruntuhkan batunya (Kaabah) satu persatu."(Al-Bukhari no.1595)

N/B: Satu keadaan yg perlu dilalui oleh umat akhir zaman,dengan pelbagai fitnah dan kemungkinan.Kita berdoa agar kita sabar/tabah/redha untuk mengharunginya.

Ehsan: Solusi isu no.10

Sabtu, Mac 13, 2010

KENALI PERTUBUHAN PEJUANG PALESTIN


Fatah atau "Harakat at-Tahrir al-Wathani al-Filasthini" atau Gerakan Nasional Pembebasan Palestin, adalah sebuah parti politik di Palestin yang didirikan pada tahun 1958. Parti ini memiliki tujuan untuk mendirikan negara Palestin di daerah yang sedang menjadi tempat konflik Israel dan Palestin. Fatah sebenarnya secara teknik bukan merupakan parti politik, namun adalah pertubuhan terbesar dalam PLO, sebuah gabungan pelbagai pertubuhan.
Fatah didirikan oleh sekelompok warga Palestin yang belajar di Kaherah, Mesir; salah satunya Yasser Arafat. Setelah Perang Enam Hari pada tahun 1967, Fatah muncul sebagai kekuatan yang dominan dalam dunia politik di Palestin. Pada akhir 1960-an, Fatah bergabung dengan PLO dan pada tahun 1969 menjadi pemimpin dalam PLO. Sejak saat itu, Arafat menjadi pemimpin PLO dan Fatah hingga meninggal dunia pada tahun 2004. Kelompok ini terlibat konflik dengan Hamas setelah kemenangan Hamas pada pilihanraya parlimen tahun 2006 lalu di Palestin.
Organisasi perjuangan ini berhaluan nasionalis – sekular. Para pegawainya banyak yang korup dan perjuangan organisasi ini lebih banyak menggunakan cara-cara 'persuasif'. Ini di tandai dengan bersedianya Fatah menjalin komunikasi dan berdamai serta mengakui Israel. Saat ini Fatah dipimpin oleh Mahmud Abbas – sama seperti pendahulunya Yaser Arafat, Abbas juga 'lunak' terhadap Israel.
Fatah memiliki sayap militer bernama Briged Martyr Al-Aqsha yang merupakan gabungan para pejuang yang seideologi dengan Fatah di Tebing Barat.
Pada waktu serangan militer Israel ke Gaza, Brigad Martyr Al-Aqsha turut berjuang dan melawan Israel dan menurut informasi mereka juga bergabung dalam barisan pejuang-pejuang Palestin di Gaza. hal ini cukup mengejutkan kerana pimpinan Fatah sendiri mengecam serangan-serangan ke Israel.

Hamas adalah akronim dari “Ḥarakat al-Muqāwamat al-Islāmiyyah”, yang bermaksud "Gerakan Perlawanan Islam" - adalah organisasi Islam Palestin yang meliputi organisasi sosial dan politik serta militer.
Hamas di dirikan pada tahun 1987 oleh Syeikh Ahmad Yassin dan enam orang sahabat dan juga merupakan murid-muridnya. DR.Ibrahim al Bazuri, Muhammad Syam'ah (perwakilan kota Gaza), Abdul Fatah Dakhan (Perwakilan wilayah Tengah), Dr Abdul Aziz Ar-rantisi ( Perwakilan Khan Younis), Isa an Nasyar (perwakilan kota Rafah), Shalah Syahadah (perwakilan wilayah utara).
Hamas mendapat banyak kritikan oleh kawan seperjuangan di Palestin dan tokoh-tokoh Al-Qaeda, sewaktu mereka memutuskan untuk menyertai pilihanraya di Palestin kerana mereka dianggap telah 'terpesong' dari nilai-nilai perjuangan Islam dengan turut serta dalam Demokrasi.
Hidayatullah.com melaporkan, meskipun menggunakan media demokrasi, Hamas selalu tunduk pada tuntunan para ulamanya dari hal-hal yang sifatnya besar dari masalah diplomasi dan kenegaraan sampai hal-hal terkecil.
Para pemimpin Hamas tunduk pada ulama, karena ulamanya berjihad, dan bukan sebaliknya ulama dipaksa tunduk pada kepentingan politik.

Hamas memiliki sayap militer yang dinamakan Briged Izzuddin Al-Qassam. Briged Al-Qassam di dirikan pada tahun 1992 di bawah arahan seorang jurutera bernama Yahya Ayyash. Yahya Ayyash sendiri termasuk pencipta 'Bom Syahid” yang banyak menyerang sasaran-sasaran Israel dengan aksi “bom syahid” nya.
Dalam serangan militer Israel baru-baru ini ke Gaza, sayap militer Hamas ini mendakwa berhasil membunuh 80 orang askar zionis Israel, dan melukai ratusan orang – juga berhasil menghancurkan 47 kereta kebal merkava, serta menjatuhkan 4 helikopter dan satu pesawat pengintip dan berhasil menembakkan ratusan roket Al-Qassam ke Israel. Seperti yang dinyatakan didalam laman rasmi mereka pada tanggal 19/01/2009.

Jihad Islami (The Palestinian Islamic Jihad ) Gerakan Jihad Islam Palestin atau “Harakat al-Jihad al-Islami fi Filastīn” - adalah organisasi perlawanan dan perjuangan rakyat Palestin terhadap pendudukan Zionis Israel di Palestin. Jihad Islami sendiri secara rasmi dianggap sebagai kelompok teroris oleh Amerika Syarikat. Tujuan gerakan Jihad Islami adalah menghancurkan Zionis Israel, dan membentuk sebuah negara Islam Palestin dibawah payung Syariah Islam.
Jihad Islami secara signifikan lebih kecil dari Hamas. Jihad Islami dibentuk di Jalur Gaza dalam tahun 1970-an oleh Fathi Syaqaqi dan Abdul Aziz Al Awda sebagai cabang dari Jihad Islam Mesir, sebuah organisasi yang saat ini dipimpin oleh Muhammad Abdullah Ramadhan Shallah.
Berbeza dengan Hamas, Jihad Islami menolak untuk mengikuti pilihanraya yang di adakan di Palestin. Secara ideologi perjuangan mereka lebih merujuk ke perjuangan Usamah bin Laden dengan Al-Qaeda.
Seperti halnya Hamas, Jihad Islami juga memiliki sayap militer yang dinamakan Briged Al-Quds. Sayap militer Jihad Islami telah menyatakan bertanggung jawab atas berbagai serangan serangan di Israel, termasuk serangan “bom syahid” ke wilayah Israel.
Briged Al-Quds telah memiliki kemampuan mengembangkan peralatan tempur dan juga kemudahan bom yang sama seperti roket Katyusha yang dimiliki oleh Hizbullah (Lubnan).

Komite Perlawanan Rakyat (The Popular Resistance Committees )atau “Lijan Muqawwamah Sya'biyyah” adalah organisasi perlawanan rakyat Palestin yang beroperasi di Jalur Gaza dan juga dianggap sebagai organisasi teroris oleh Israel dan Amerika Syarikat.
Organisasi ini didirikan pada bulan september tahun 2000 oleh Jamal Abu Samhadana - yang telah syahid pada tanggal 8 Jun 2006, sewaktu serangan udara Zionis Israel bersama dengan tiga anggota KPR lainnya.
KPR merupakan mantan-mantan pejuang Fatah dan Briged Syuhada' al-Aqsa. Sayap militer organisasi ini bernama Briged Nashir Shalahuddin, sebagai simbol perlawanan mengikuti jejak dari Salahuddin Al-Ayyubi.
Briged Nashir Shalahuddin mempunyai kemahiran menanam bom pinggir jalan untuk menyerang konvoi militer Israel di jalur Gaza.

Barisan Rakyat Untuk Pembebasan Palestin (Popular Front for the Liberation of Palestine ) atau Al-Jabhah Al-Sha `biyyah li-Tahrir Filasṭīn adalah organisasi berideologi Marxist-Leninist, sekular, nasionalis dan merupakan organisasi politik yang juga bersifat kemiliteran, didirikan pada 1967 .
FRPP sebagai kelompok 'kiri' Palestin - mengambil sikap garis keras dan menentang sikap moderat yang dilakukan oleh Fatah.
Tetapi di tahun 1999, kelompok ini datang untuk membuat kesepakatan dengan kepemimpinan PLO mengenai perundingan dengan Israel. Sayap militer kelompok ini bernama Briged Abu Ali Mustapha .


Barisan Demokrasi untuk Pembebasan Palestin (Democratic Front for the Liberation of Palestine ) atau Al-Jabha al-Dimuqratiya Li-Tahrir Filastin adalah organisasi politik dan militer Palestin yang berideologi Marxist-Leninist, dan sekular. Kelompok ini termasuk sebahagian daripada dari PLO.
Kelompok ini juga sering disebut sebagai Barisan Demokrasi atau al-Jabha al-Dimuqratiyah.

N/B: Inilah serba sedikit pengenalan tentang pertubuhan-pertubuhan yang wujud di Palestin.Mereka berjuang dengan misi yang sama tetapi dengan visi yang berbeza.Ada diantara mereka yang mahu memerangi Zionis Israel secara habis-habisan,ada juga yang mahu berkompromi dan bersedia untuk membahagikan negara Palestin.Ada yang mahu membentuk negara Paletin dengan ideologi tertentu.Ada juga yang menolak daripada menyertai pilihan raya dengan andaian ianya bukan daripada sistem Islam.Lalu,dengan pelbagai permasalahan,bagaimanakah mereka akan bersatu? Persoalan yang sukar di jawab kerana kita sendiri yang telah memecahbelahkan ajaran/saranan yang terkandung didalam kitab suci Al-Quran.Kita sendiri yang memisahkan/mengambil sebahagian dan menolak sebahagian intipatinya.Kita juga ketiadaan seorang pemimpin/khalifah/wakil yang akan bertindak sebagai pemutus kata.

Ehsan:satuumat.blogspot.com(dengan sedikit suntingan)

Khamis, Mac 11, 2010

HATI KECILKU BERBICARA


Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

Selasa, Mac 09, 2010

DI MANA ISTIMEWANYA KARTIKA?


Pada mulanya,saya tidak mahu membuat artikel berkenaan isu sebat Kartika,tetapi selepas menonton buletin utama pada malam tadi(08/03/10).Saya mengambil keputusan untuk memberi pandangan serba sedikit tentang isu tersebut,walaupun telah banyak komentar mengenainya.Dimana istimewanya Kartina? Wajahnya, gayanya, @ kontrovesinya? Pada pandangan saya isu ini tiada istimewanya,kerana sebelum ini sudah ada individu yang disebat kerana pelbagai kesalahan.Adakah kerana Kartika seorang perempuan? Bukankah ada NGO yang mempromosikan kesaksamaan jantina? Jadi,jika lelaki boleh disebat,mengapa tidak wanita?oh,wanita insan yang lemah,tahu pula kamu wanita insan yang lemah.jadi mengapa menentang ajaran agama yang telah meletakkan wanita pada tempat/had yang sewajarnya.Kenapa ada individu yang beria-ria meminta Kartika membuat rayuan dan sebagainya. Bukankah tuan empunya badan sudah bersedia untuk disebat kerana menyesali tindakannya sebelum ini? Kalau beliau mahu merayu,sudah lama beliau akan merayu kepada mahkamah. Nampaknya bunga-bunga Islam tidak akan dibiarkan berkembang oleh golongan yang mengaku dirinya Islam Moderat,Islam Progesif dan bermacam-macam lagi istilah yang digunakan untuk menyedapkan halwa telinga. Di mana moderatnya, progesifnya, jika perkara asas dalam agama dikesampingkan seperti kewajipan menutup aurat dan lain-lain. Kenapa golongan ini menilai agama sendiri mengikut pandangan barat? hebat sangatkah barat itu? sudah terbukti negara2 mereka berkecamuk dengan pelbagai masalah sosial,dan sekarang baru mereka mencari agama selepas dicandukan oleh fahaman komunis dan liberal. Tahukah mereka ini,bahawa Barat sedang mengkaji/menggunakan pendekatan Islam dalam merawat jiwa manusia? Benarlah kata-kata Lord Cromer - Gabenor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jajahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat ". Saya merasakan mereka lebih tahu daripada saya kerana mereka ini golongan cerdik pandai dan datang dari keluarga baik-baik.Pada pendapat saya,mereka ini dipergunakan,merelakan diri dipergunakan @ mereka telah terkeliru dengan Tassawur Islam(Pandangan hidup). Akhir kata,walaupun manusia tiada hak menghakimi sesama manusia,sekurang-kurangnya kita nampak dengan mata zahir jalan mana yang dipilih mereka.Kalau yang mengikut jalan lurus pun belum tentu masuk syurga,bagaimana pula mereka yg mengikut jalan berliku? Sesungguhnya,Kartika menjadi mangsa keadaan.

Ahad, Mac 07, 2010

SIAPA LEBIH HEBAT?


"Aku akan rasa hebat kalau aku dijemput ke pejabat PM,"kata lelaki pertama.
"Ah,itu tidak hebat.Kalau aku dijemput ke pejabat PM dan PM berjabat tangan denganku,"kata lelaki kedua.
"Itu pun masih belum hebat.Bukan sahaja PM berjabat denganku,malah PM berbual-bual denganku.Itu baru hebat,"lelaki ketiga pula bersuara bangga.
"Aku rasa itu pun tidak hebat,"kata lelaki keempat.
"Apa yang lebih hebat?"
"Aku ke pejabat PM dan ketika itu PM sedang bercakap di telefon.Melihat aku datang,PM serta merta meletakkan telefon untuk meraikan aku."
"Hebat.."ujar mereka hampir serentak.
Namun lelaki kelima masih diam,selamba.
"Bagaimana denganmu?"
"Aku datang ke pejabat PM,dan telefon di mejanya berdering..PM mengangkatnya,lalu berkata kepadaku,"Panggilan telefon ini untukmu!"Perlahan tetapi jelas kata-kata lelaki kelima.
"Ha, ha, ha..Kau memang benar-benar hebat,"kata mereka kepada kepada lelaki kelima.

Moral:Orang yang hebat mempunyai harga diri yang tinggi.Mereka tidak meletakkan harga diri mereka berdasarkan "orang besar" yang mereka kenali.Oleh sebab itu,mereka tidak perlu membodek sesama manusia.Sebaliknya mereka merasa merdeka untuk bersuara dan menyatakan kebenaran tanpa dibelenggu oleh takut atau inferiority complexs.

Ehsan: Majalah Solusi isu 11(sedikit suntingan)

Khamis, Mac 04, 2010

IKLAN


Salam kepada semua sahabat.Saya bukanlah ahli Hisbut Tahrir,cuma saya berminat untuk melihat perspektif dari pelbagai pendokong aliran Islam.Lebih-lebih lagi ianya berkait dengan Khilafah dan sejarahnya.Jadi saya mengajak sahabat-sahabat yang mempunyai masa terluang @ yang tinggal berhampiran untuk kita hadir bersama bagi mendengar pendapat dan fakta berkaitan tajuk seminar.Manalah tahu seminar ini mampu menjana minda kita ke arah 1 Islam 1 Khalifah

POLITIK ITU BUSUK?


Bila berbicara soal politik,ramai diantara kita akan mengerutkan dahi tanda kurang senang.Adakah ini menunjukkan mereka tahu tentang politik @ mereka hanya tahu politik itu sekadar mengundi sewaktu pilihanraya?Timbul juga persoalan politik wang,politik kedai kopi,politik suku,agama suku dll.Mari kita fahami maksud politik di bawah:

Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia.Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" ( dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.
Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan.
Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia.
Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )
Sementara perkataan, "Politik" diambil dari perkataan Yunani 'Polis' yang bermaksud bandar. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan.
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di dalam bidang korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Politik itu busuk? Politik adalah percaturan dan gerak kerja,yang membusukkan politik itu adalah Pemain Politik itu sendiri.Tidak kira dalam disiplin apa pun.Walau apa pun istilah yang kita letakkan,ianya amat penting selagi kita berurusan dengan sistem kemasyarakatan.

Jadi,marilah kita berpolitik secara sihat.Matlamat tidak menghalalkan cara.Kita ada panduan untuk diikuti, iaitu Al-Quran.Ada persoalan di dalam Al-Quran dibiarkan supaya kita merangkanya sendiri,seperti undang-undang jalanraya,undang-undang kecil dll.Ada juga persoalan yang sudah terjawab,supaya kita tidak tersilap langkah seperti undang-undang jinayat(hudud,qisas)muamalat(ekonomi,sosial) dll.Allah S.W.T yang menjadikan kita,Dia mengetahui setakat mana kemampuan kita untuk membuat keputusan.Keputusan yang dibuat oleh kita berasaskan percaturan politik akan menentukan hala tuju sesebuah negara itu.Ke arah mana pegangan politik anda?

Sumber:Wikipedia.org/wiki/Politik dengan sedikit suntingan dan tambahan.

Selasa, Mac 02, 2010

SI PENGECUT

Bangsa pengecut dan bacul.Baru dibaling dengan batu pun sudah takut.bayangkan jika pejuang Palestin ini diberi kelengkapan secukupnya,sudah tentu keadaan berlaku sebaliknya.Sudah jelas pesenjataan yang lengkap tidak menjamin kemenangan kecuali disertai dengan keimanan kepada Allah S.W.T.Satu pengajaran untuk kita disini,yang masih merasa rendah diri dengan kekuatan kaum yang engkar.Ketahuilah jika kita merasa takut,musuh kita juga merasainya,yang membezakan kita adalah, apa yang menjadi ketakutan kita itu.Berjuanglah dengan apa yang ada pada tangan kita.salut kepada mereka!
Related Posts with Thumbnails