LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"

KARTUN HOLOCAUST

Ahad, Mac 28, 2010

MELAKA DAHULU DAN SEKARANG


Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.
Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. Hukum Kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.
Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.
Antara contoh lain iaitu hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf(menuduh seseorang melakukan zina tanpa mengemukakan saksi), merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Ini adalah sedikit dari contoh-contoh hukum hudud yang telah dijalankan di zaman dahulu yang pada masa ini amat digeruni bukan sahaja oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri yang takut kepada HUKUM yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat ini.

N/B: Apa alasan kita untuk menidakkan hukum Islam di Malaysia? Sedangkan dahulu kita mempunyai sistem yang menjamin kesejahteraan rakyat. Adakah ianya hanya harus dikenang sebagai subjek Sejarah semata-mata? seperti pengertian kita tentang jihad,(menceritakan Sejarah Nabi berperang mempertahankan Islam), tetapi kini subjek tersebut menjadi perkara taboo (larangan/pantang) untuk dibincangkan. Sungguh sedih melihat gelagat pemimpin Islam yang kononnya berjuang membela agama, bangsa dan negara. Negara sudah lama merdeka tetapi jiwa mereka masih dibelenggu oleh kisah silam. Jadi, dimanakah ukuran kemerdekaan itu?

MELAKA SEKARANG, klik disini tempat lain pun sama,cuma sekadar contoh, sesuai dengan artikel di atas.


Ehsan:hikmatun.wordpress dengan sedikit tambahan

8 ulasan:

piewahid berkata...

salam sahabat,
mmg kitab sejarah melayu lama dan undang2 laut melaka telah membuktikan bahawa tnh melayu hampir2 menghamalkan hukum syarak spenuhnya jika tidak kerana penjajahan barat.

maknanya kita tahu agenda sebenar barat ke sini. kesannya shingga sekarang masih ada penjajah di minda kita.

wallahu a'lam..

zulkbo berkata...

salam saudara pacifist..
undang2 islam (hudud)adalah hukum Allah tiada siapa mampu menafikannya..tapi lihatlah negara kita yang menafsirkan sebagai negara islam..islam pada "nama" sahaja..

Mazru Majid berkata...

salam pacifist,,
entry yg menarik..teruskan.

mohd hamidi wahid berkata...

Mohlah berjihad melawan hawa nafsu. Jihad paling besar menurut Nabi SAW.

anah adnan berkata...

salamullahi 'alaikum..
huu pabila kejayaan dunia menjadi suatu kewajipan; yg diketahui wajib pun dit0lak tepi..

just k0ngsi kata2 yg anah ambil dari nasihat s0rang teman..
"Islam tidak memandang enteng kejayaan dunia tetapi kejayaan itu hanya berfungsi pabila ia menjadi jalan utk kita mendapat kejayaan di akhirat.." huu mudah2an berjaya secara haknya, amiin

cemomoi berkata...

kita tak dapat kata tidak pada kenyataan sejarah tapi kita selalu kata tidak untuk mencipta semula sejarah

relevan berkata...

Jelas hukum islam yang semakin terpinggir..sabit kemerdekaan dalam 1 masyarakat serumpun bagi kawan tiada menjadi alasan..

Pacifist berkata...

salam semua,

EnPie-kita tahu itu semua agenda barat,ttp penerusnya adalah sebangsa,seagama,mengucap 2 khalimah syahadah,solat dll sama dgn kita.kejayaan yg cukup bermakna bagi mereka,supaya kita ragu2 utk menghukum 'si penerus' itu

EnZul-kini,sistem beraja dan agama hanya menjadi simbolik sahaja.kuasa terletak pd penguasa politik,yg menentukan turun naik 'kedudukannya'

EnMazru-terima kasih,sama-sama menyumbang

EnMidi-semua jihad adalah penting/besar mengikut kesesuaian masa/waktu/keadaan

CikAnah-hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih

EnCemomoi-setuju dgn anda

EnRelevan-pemimpin Islam yg meminggirkannya,selepas itu mengeluh kenapa umat Islam miskin,ditindas dan mcm2 lg.sedangkan mereka yg meminggirkan punca ketamadunan itu

Related Posts with Thumbnails