LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Sabtu, Disember 22, 2012

MAKSUD GENJATAN SENJATA


REGIM YAHUDI ZIONIS:
-berehat
-servis kereta kebal/jet pejuang
-tukar platun/batalion
-rancang strategi/siapa pula sasaran sesterusnya

PALESTIN/UMAT ISLAM:

-menungggu bantuan ubatan,makanan
-menguruskan upacara pengkebumian
-mencari mangsa di dalam runtuhan bangunan
-mengutuk regim yahudi zionis di pertas/dialog/sidang tergempar
-menanti serangan seterusnya semenjak puluhan tahun

bilakah drama air mata ini akan berkesudahan jika untuk disuruh memboikot barangan/perkhidmatan yang menyalurkan bantuan secara langsung kepada regim yahudi zionis di pandang enteng oleh kebanyakkan umat islam sendiri.Jawapan mudah mereka "umat islam tidak bersatu"(satu penyataan helah bela diri/escapism).Kita mungkin tidak dapat bersatu 100% kerana terikat dengan pelbagai ideologi/fahaman dan lain-lain.Jadi bersatulah dengan mereka yang mahukan penyatuan(walaupun kecil bilangannya).bersatulah dengan mereka yang "maaruf".berpisahlah dari mereka yang "mungkar".

Isnin, Disember 03, 2012

DIA DATANG LAGI

DIA datang lagi,
walaupun DIA selalu datang
tetapi kali ini dengan kemusnahan lebih dasyat,
dari sebelumnya,
walaupun siri-siri kedatangan DIA sebelum ini tetap meninggalkan kesan di sanubari MEREKA,
kali ini lebih memilukan kerana DIA hadir beraksi (menyerang) di kala MEREKA sedang menyambut tahun baru Islam,(Awal Muharram)

apa maknanya?
tidak lain tidak bukan adalah untuk memalukan MEREKA dan saudara seagama MEREKA yang bertebaran di muka bumi ini.
apa yang dapat MEREKA lakukan dengan serba kekurangan?
melawan yang termampu,
berdoa ke hadrat Ilahi supaya diberi kekuatan dan minta dikirimkan penolong/pembantu/penyelamat MEREKA.
siapa MEREKA itu?
lebih jelas, adalah MEREKA yang mengucapkan 2 kalimah syahadah.

dimanakah MEREKA?
oh..! MEREKA sedang enak bergembira di samping anak isteri dan harta kekayaan di sekeliling MEREKA.
oh..!pemahaman jihad MEREKA sekadar jihad melawan hawa nafsu.
maknanya MEREKA masih bergelumang dengan hawa nafsu yang enak-enak di tempat MEREKA tanpa keluar dari daerah/wilayah tersebut.

DIA datang lagi,
memanggil sidang tergempar di meja bulat,
di atas nama PBB dan OIC.
mengecam mengutuk di atas pentas,
sedang MEREKA di sana menanti ajal.

apa masalah KITA?
tidak bersatu?
tiada kelengkapan?
takut?

Tepuk dada tanya iman.....

N/B: Watak-watak seperti Dia,Mereka dan Kita ialah Umat Islam,Pemimpin Islam dan Yahudi Zionis


Jumaat, Jun 29, 2012

SEMPENA KEMENANGAN PARTI ISLAM DI MESIR DLL


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

PUJI BAGI ALLAH S.W.T
Sejak tahun 1930an Mereka berjuang kini (2012) Mereka menuai hasil, semoga Mereka terus beristiqomah kerana jalan perjuangan penuh berliku

APA YANG MEREKA TAKUTI (tulisan ini pernah tersiar pada 16 ogos 2010)

Sudah tentulah gerakan Ikhwanul Muslimin yang muncul selepas era kejatuhan Daulat usmaniyyah pada tahun 1924 dan masih aktif hingga kini. Gerakan yang menjadi model kepada gerakan Islam lain. Juga para Mujahiddin yang bertebaran di seluruh dunia selepas gagalnya Soviet Union menakluki Afganistan. Juga negara Iran yang mempunyai kepakaran teknologi Nuklear (walaupun mereka kelompok Syiah). Negara yang menjalankan syiar Islam dalam sukan, seni kebudayaan dll. Walaupun ada golongan/cabang Syiah yg berjalur keras bergitu juga kita yang menisbatkan diri sebagai ASWJ.Sebab itu perpecahan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. 73 golongan disabdakan oleh Rasul berpecah dalam kelompok Islam. Saya tidak berani menkafirkan mereka, biarlah bijak pandai agama membuat penilaian sesuai dengan ilmu yang dimiliki mereka.Bergitu juga pejuang Hisbullah di Lubnan, Hamas dan Jihad Islam (walaupun mereka (jihad Islam) tidak menyertai pilihanraya) di Palestin, pejuang di bumi Chehnya (dijajah oleh Soviet Union baru-Rusia) dll. Bergitu juga pengamal-mengamal sufi yang bertebaran di dunia, yang mempunyai sejarah penentangan kepada penceroboh/penjajah.
-model-model di atas juga merangkumi pertubuhan di seluruh dunia termasuk negara kita.cuma nama/labelnya pelbagai tetapi uslub/kaedah lebih kurang sama kerana berlandaskan al-Quran dan as'Sunnah. (sebab itu kita kena menyokong mereka)
Apa yang tidak menakutkan mereka adalah umat Islam yang menghindarkan peranan Jihad dalam masyarakat @ memahami jihad hanya dalam kontek tertentu. apa yang lebih mengembirakan mereka adalah jika umat Islam tidak mengangkat senjata kepada mereka. Mereka juga tahu yang umat Islam mampu dan mempunyai sumber/dana/pengetahuan utk menyaingi mereka. tetapi mereka telah memesongkan makna jihad kepada umat Islam. Umat Islam menilai urusan agama mengikut pandangan/kacamata mereka. Mereka telah menyibukkan umat Islam/negara umat islam dengan mencari kesenangan peribadi/duniawi. mereka tidak takut Menara Berkembar Petronas (KLCC), menara di Dubai dan yang terkini menara jam terbesar di kota Suci Mekah. Mereka telah membuatkan umat Islam melabur kepada sesuatu yang bersifat sementara. Apa yang mereka takuti adalah umat Islam yang mengangkat senjata setelah tempat umat Islam dinajisi oleh darah dan najis mereka.
Kenapa gerakan Islam masih tidak berjaya sepenuhnya? Kerana mereka telah menekan dari segenap penjuru, menggunakan pelbagai kaedah untuk melemahkan jati diri umat Islam. Di atas nama sukan, seni kebudayaan dan cara hidup baru. Umat Islam menanggal pakaian/jubah/hijap kehormatan. Tekanan juga datang dari pemimpin negara Islam yang meneruskan legasi kepimpinan setelah penjajah telah pergi. Mereka ini yang meneruskan dasar-dasar peninggalan penjajah. Tetapi gerakan Islam tidak mudah putus asa. Perlawanan mesti diteruskan hingga ke titisan darah terakhir. Bukan kesenangan dunia matlamat mereka tetapi keredhaan Allah ke atas Mereka.
-Al-Fatihah untuk mereka yang telah gugur membela agama Allah

N/B: Saya tidak menafikan cabang-cabang jihad yang ada dan yang telah difahami oleh kebanyakkan daripada kita, cuma mengingatkan tentang cabang jihad yang ditinggalkan/dilupakan.

Rabu, Mei 23, 2012

PERJUANGAN KEBEBASAN PALESTIN

Assalamualaikum saya ucapkan kepada rakan rakan sekalian.Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah S.W.T.Sudah lama saya tidak mengemaskini laman blog ini.Untuk makluman,untuk beberapa ketika,saya tidak dapat memasuki 'papan pemuka' blog saya ini.Atas sebab-sebab yang tidak dapat diketahui.Begitu banyak senario yang berlaku di sekitar kita pada waktu ini.Semoga kita semua diberi kekuatan dalam menempuh hari-hari mendatang.Saya mulakan catatan dengan utusan sampul surat dibawah.


Sampul Surat Hari Pertama merupakan sampul yang dikeluarkan pada hari yang sama setem peringatan dikeluarkan. Cop rasmi (tanda pos) hari pertama adalah berbeza dengan cop pembatalan biasa yang digunakan di pejabat pos pada hari-hari biasa.
Dalam bahasa mudah sampul surat hari pertama dikeluarkan untuk mengenangkan peristiwa penting dalam tahun tersebut.Sampul surat diatas telah dikeluarkan pada 21hb Ogos 1982.
Begitu banyak resolusi,persidangan,dialog mengenai permasalahan Palestin ini.Namun kerberhasilannya amatlah mendukacitakan kita semua.Sesuailah sangat dengan panggilan ringkas sebuah badan Islam di peringkat antarabangsa iaitu O.I.C.(oo i see).Mereka hanya mampu melihat,disamping memberikan komen-komen yang berlapik/lembut tentang sesuatu isu yang melibatkan umat Islam.Lihatlah berapa lama masa yang diambil mereka (OIC) dalam konflik yang berlaku di Bosnia awal tahun 1993?Apa yang dilakukan mereka (OIC).Berbeza dengan badan yang menaungi Barat/Kristian iaitu NATO (Pertubuhan Atlantik Utara).Mereka (NATO) begitu cepat campur tangan jika bersangkut dengan kepentingan mereka.
Adakah masalah dunia Islam tidak penting bagi kita? oo i see.Kita (kebanyakkan negara Islam berada dalam zon konflik berkepentingan.Ada sesuatu yang lebih penting dalam minda mereka (baca:pemimpin beragama Islam) iaitu KUASA,MAHZAB POLITIK/AGAMA,SUKU KETURUNAN,BONEKA dll

Related Posts with Thumbnails