LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Khamis, Mac 04, 2010

POLITIK ITU BUSUK?


Bila berbicara soal politik,ramai diantara kita akan mengerutkan dahi tanda kurang senang.Adakah ini menunjukkan mereka tahu tentang politik @ mereka hanya tahu politik itu sekadar mengundi sewaktu pilihanraya?Timbul juga persoalan politik wang,politik kedai kopi,politik suku,agama suku dll.Mari kita fahami maksud politik di bawah:

Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia.Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" ( dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.
Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan.
Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia.
Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )
Sementara perkataan, "Politik" diambil dari perkataan Yunani 'Polis' yang bermaksud bandar. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan.
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di dalam bidang korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Politik itu busuk? Politik adalah percaturan dan gerak kerja,yang membusukkan politik itu adalah Pemain Politik itu sendiri.Tidak kira dalam disiplin apa pun.Walau apa pun istilah yang kita letakkan,ianya amat penting selagi kita berurusan dengan sistem kemasyarakatan.

Jadi,marilah kita berpolitik secara sihat.Matlamat tidak menghalalkan cara.Kita ada panduan untuk diikuti, iaitu Al-Quran.Ada persoalan di dalam Al-Quran dibiarkan supaya kita merangkanya sendiri,seperti undang-undang jalanraya,undang-undang kecil dll.Ada juga persoalan yang sudah terjawab,supaya kita tidak tersilap langkah seperti undang-undang jinayat(hudud,qisas)muamalat(ekonomi,sosial) dll.Allah S.W.T yang menjadikan kita,Dia mengetahui setakat mana kemampuan kita untuk membuat keputusan.Keputusan yang dibuat oleh kita berasaskan percaturan politik akan menentukan hala tuju sesebuah negara itu.Ke arah mana pegangan politik anda?

Sumber:Wikipedia.org/wiki/Politik dengan sedikit suntingan dan tambahan.

6 ulasan:

zulkbo berkata...

salam rodong..
menarik entri nie..
koi tersentuh bila aok kabo politik tidak busuk..yang membusukkannya adalah pemain politik tersebut sendiri..memang itu yang terjadi di negara kita sekarang..byk sangat kita dengar "lompat-melompat" 2-3 hari ni..semuanya berkepentingan peribadi.."ada wang jadi"..politik HAMPURAS..he he(maroh sket nie)..

Tanpa Nama berkata...

salam..

kak tak minat dgn politik tp amik tau jg sket2..poitik ni mcm virus kan..bisa merosakkan hati dan iman.

al-mankaraqi berkata...

politik Islam sebagai penyelesaian?

mazru berkata...

politik= pengurusan hidup.

Pacifist berkata...

salam,
EnZul-memang ptt pun aok maroh. klu dah pandai melompat,pandai la letak jawatan dun @ parlimen.rakyat pangkoh parti bkn individu.tu sbb kenkadang ada calun cina menang kws melayu,dan sebaliknya.mengkianati undi yg diberi oleh rakyat.soal pembaziran tidak timbul,tp soal intergiti.ni harga yg perlu dibayar kerana kita beradu di gelanggang demokrasi

KakIntan-x minat xpe,janji kite amik tau ape yg berlaku di sekeliling.sbb hak2 kite sbg rakyat dah termaktub dlm pelembagaan,itu yg ramai x tahu.bile x tahu,mudahlah org mempekotak-katikkan kita.kite akan terkena virus,jika kita membelakangkan agama

EnMankaraqi-tepat sekali,Islam adalah penyelesaian.sbb 'mereka' berkate Islam itu Ad-Den @ cara hidup.jadi amalkan,jgn slogan semata-mata

EnMazru-ya,pengurusan hidup,perlu memilih dasar mana yg bertepatan dgn fitrah

shameel Iskandar berkata...

politik tidak busuk, tapi ia sangat bersih dan snagat murni. Ia tugas para Nabi. Namun , ia dibusukkan oleh pemainnya yang sehina najis.

Kita kena ajar pemain poitik/politikus sebegini.

Related Posts with Thumbnails