
Bila berbicara soal politik,ramai diantara kita akan mengerutkan dahi tanda kurang senang.Adakah ini menunjukkan mereka tahu tentang politik @ mereka hanya tahu politik itu sekadar mengundi sewaktu pilihanraya?Timbul juga persoalan politik wang,politik kedai kopi,politik suku,agama suku dll.Mari kita fahami maksud politik di bawah:
Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia.Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" ( dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.
Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan.
Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia.
Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )
Sementara perkataan, "Politik" diambil dari perkataan Yunani 'Polis' yang bermaksud bandar. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan.
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di dalam bidang korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Politik itu busuk? Politik adalah percaturan dan gerak kerja,yang membusukkan politik itu adalah Pemain Politik itu sendiri.Tidak kira dalam disiplin apa pun.Walau apa pun istilah yang kita letakkan,ianya amat penting selagi kita berurusan dengan sistem kemasyarakatan.
Jadi,marilah kita berpolitik secara sihat.Matlamat tidak menghalalkan cara.Kita ada panduan untuk diikuti, iaitu Al-Quran.Ada persoalan di dalam Al-Quran dibiarkan supaya kita merangkanya sendiri,seperti undang-undang jalanraya,undang-undang kecil dll.Ada juga persoalan yang sudah terjawab,supaya kita tidak tersilap langkah seperti undang-undang jinayat(hudud,qisas)muamalat(ekonomi,sosial) dll.Allah S.W.T yang menjadikan kita,Dia mengetahui setakat mana kemampuan kita untuk membuat keputusan.Keputusan yang dibuat oleh kita berasaskan percaturan politik akan menentukan hala tuju sesebuah negara itu.Ke arah mana pegangan politik anda?
Sumber:Wikipedia.org/wiki/Politik dengan sedikit suntingan dan tambahan.