Fatah atau "
Harakat at-Tahrir al-Wathani al-Filasthini" atau Gerakan Nasional Pembebasan Palestin, adalah sebuah parti politik di Palestin yang didirikan pada tahun
1958. Parti ini memiliki tujuan untuk mendirikan negara Palestin di daerah yang sedang menjadi tempat konflik Israel dan Palestin. Fatah sebenarnya secara teknik bukan merupakan parti politik, namun adalah pertubuhan terbesar dalam
PLO, sebuah gabungan pelbagai pertubuhan.
Fatah didirikan oleh sekelompok warga Palestin yang belajar di Kaherah, Mesir; salah satunya
Yasser Arafat. Setelah Perang Enam Hari pada tahun 1967, Fatah muncul sebagai kekuatan yang dominan dalam dunia politik di Palestin. Pada akhir 1960-an, Fatah bergabung dengan PLO dan pada tahun 1969 menjadi pemimpin dalam PLO. Sejak saat itu, Arafat menjadi pemimpin PLO dan Fatah hingga meninggal dunia pada tahun 2004. Kelompok ini terlibat konflik dengan Hamas setelah kemenangan Hamas pada pilihanraya parlimen tahun 2006 lalu di Palestin.
Organisasi perjuangan ini berhaluan
nasionalis – sekular. Para pegawainya banyak yang korup dan perjuangan organisasi ini lebih banyak menggunakan cara-cara '
persuasif'. Ini di tandai dengan bersedianya Fatah
menjalin komunikasi dan berdamai serta mengakui Israel. Saat ini Fatah dipimpin oleh
Mahmud Abbas – sama seperti pendahulunya Yaser Arafat, Abbas juga '
lunak' terhadap Israel.
Fatah memiliki sayap militer bernama Briged Martyr Al-Aqsha yang merupakan gabungan para pejuang yang seideologi dengan Fatah di Tebing Barat.
Pada waktu serangan militer Israel ke Gaza,
Brigad Martyr Al-Aqsha turut berjuang dan melawan Israel dan menurut informasi mereka juga bergabung dalam barisan pejuang-pejuang Palestin di Gaza.
hal ini cukup mengejutkan kerana pimpinan Fatah sendiri mengecam serangan-serangan ke Israel.

Hamas adalah akronim dari “
Ḥarakat al-Muqāwamat al-Islāmiyyah”, yang bermaksud "
Gerakan Perlawanan Islam" - adalah organisasi Islam Palestin yang meliputi organisasi sosial dan politik serta militer.
Hamas di dirikan pada tahun
1987 oleh
Syeikh Ahmad Yassin dan enam orang sahabat dan juga merupakan murid-muridnya. DR.Ibrahim al Bazuri, Muhammad Syam'ah (perwakilan kota Gaza), Abdul Fatah Dakhan (Perwakilan wilayah Tengah), Dr Abdul Aziz Ar-rantisi ( Perwakilan Khan Younis), Isa an Nasyar (perwakilan kota Rafah), Shalah Syahadah (perwakilan wilayah utara).
Hamas mendapat banyak
kritikan oleh kawan seperjuangan di Palestin dan tokoh-tokoh Al-Qaeda, sewaktu mereka memutuskan untuk menyertai
pilihanraya di Palestin kerana mereka dianggap telah '
terpesong' dari nilai-nilai perjuangan Islam dengan turut serta dalam
Demokrasi.
Hidayatullah.com melaporkan, meskipun menggunakan media demokrasi, Hamas selalu tunduk pada tuntunan para ulamanya dari hal-hal yang sifatnya besar dari masalah diplomasi dan kenegaraan sampai hal-hal terkecil.
Para pemimpin Hamas tunduk pada ulama, karena ulamanya berjihad, dan bukan sebaliknya ulama dipaksa tunduk pada kepentingan politik.

Hamas memiliki sayap militer yang dinamakan Briged Izzuddin Al-Qassam. Briged Al-Qassam di dirikan pada tahun
1992 di bawah arahan seorang jurutera bernama Yahya Ayyash. Yahya Ayyash sendiri termasuk pencipta 'Bom Syahid” yang banyak menyerang sasaran-sasaran Israel dengan aksi “bom syahid” nya.
Dalam serangan militer Israel baru-baru ini ke Gaza, sayap militer Hamas ini mendakwa berhasil membunuh 80 orang askar zionis Israel, dan melukai ratusan orang – juga berhasil menghancurkan 47 kereta kebal merkava, serta menjatuhkan 4 helikopter dan satu pesawat pengintip dan berhasil menembakkan ratusan roket Al-Qassam ke Israel. Seperti yang dinyatakan didalam laman rasmi mereka pada tanggal 19/01/2009.

Jihad Islami (The Palestinian Islamic Jihad )
Gerakan Jihad Islam Palestin atau “
Harakat al-Jihad al-Islami fi Filastīn” - adalah organisasi perlawanan dan perjuangan rakyat Palestin terhadap pendudukan Zionis Israel di Palestin. Jihad Islami sendiri secara rasmi dianggap sebagai kelompok teroris oleh Amerika Syarikat. Tujuan gerakan Jihad Islami adalah menghancurkan Zionis Israel, dan membentuk sebuah negara Islam Palestin dibawah payung Syariah Islam.
Jihad Islami secara signifikan lebih kecil dari Hamas. Jihad Islami dibentuk di Jalur Gaza dalam tahun
1970-an oleh Fathi Syaqaqi dan Abdul Aziz Al Awda sebagai cabang dari Jihad Islam Mesir, sebuah organisasi yang saat ini dipimpin oleh Muhammad Abdullah Ramadhan Shallah.
Berbeza dengan Hamas, Jihad Islami
menolak untuk mengikuti
pilihanraya yang di adakan di Palestin. Secara ideologi perjuangan mereka lebih merujuk ke perjuangan Usamah bin Laden dengan Al-Qaeda.
Seperti halnya Hamas, Jihad Islami juga memiliki sayap militer yang dinamakan
Briged Al-Quds. Sayap militer Jihad Islami telah menyatakan bertanggung jawab atas berbagai serangan serangan di Israel, termasuk serangan “bom syahid” ke wilayah Israel.
Briged Al-Quds telah memiliki kemampuan mengembangkan peralatan tempur dan juga kemudahan bom yang sama seperti roket Katyusha yang dimiliki oleh
Hizbullah (Lubnan).

Komite Perlawanan Rakyat (
The Popular Resistance Committees )atau “
Lijan Muqawwamah Sya'biyyah” adalah organisasi perlawanan rakyat Palestin yang beroperasi di Jalur Gaza dan juga dianggap sebagai organisasi teroris oleh Israel dan Amerika Syarikat.
Organisasi ini didirikan pada bulan september tahun
2000 oleh Jamal Abu Samhadana - yang telah syahid pada tanggal 8 Jun 2006, sewaktu serangan udara Zionis Israel bersama dengan tiga anggota KPR lainnya.
KPR merupakan mantan-mantan pejuang Fatah dan Briged Syuhada' al-Aqsa. Sayap militer organisasi ini bernama Briged Nashir Shalahuddin, sebagai simbol perlawanan mengikuti jejak dari
Salahuddin Al-Ayyubi.
Briged Nashir Shalahuddin mempunyai kemahiran menanam bom pinggir jalan untuk menyerang konvoi militer Israel di jalur Gaza.

Barisan Rakyat Untuk Pembebasan Palestin (
Popular Front for the Liberation of Palestine ) atau
Al-Jabhah Al-Sha `biyyah li-Tahrir Filasṭīn adalah organisasi berideologi
Marxist-Leninist, sekular, nasionalis dan merupakan organisasi politik yang juga bersifat kemiliteran, didirikan pada
1967 .
FRPP sebagai kelompok 'kiri' Palestin - mengambil sikap garis keras dan menentang sikap moderat yang dilakukan oleh Fatah.
Tetapi di tahun 1999, kelompok ini datang untuk membuat kesepakatan dengan kepemimpinan PLO mengenai perundingan dengan Israel. Sayap militer kelompok ini bernama
Briged Abu Ali Mustapha .
Barisan Demokrasi untuk Pembebasan Palestin (Democratic Front for the Liberation of Palestine ) atau
Al-Jabha al-Dimuqratiya Li-Tahrir Filastin adalah organisasi politik dan militer Palestin yang berideologi
Marxist-Leninist, dan
sekular. Kelompok ini termasuk sebahagian daripada dari PLO.
Kelompok ini juga sering disebut sebagai Barisan Demokrasi atau al-Jabha al-Dimuqratiyah.
N/B: Inilah serba sedikit pengenalan tentang pertubuhan-pertubuhan yang wujud di Palestin.Mereka berjuang dengan misi yang sama tetapi dengan visi yang berbeza.Ada diantara mereka yang mahu
memerangi Zionis Israel secara habis-habisan,ada juga yang mahu berkompromi dan bersedia untuk
membahagikan negara Palestin.Ada yang mahu membentuk negara Paletin dengan ideologi tertentu.Ada juga yang
menolak daripada menyertai pilihan raya dengan andaian ianya bukan daripada sistem Islam.Lalu,dengan
pelbagai permasalahan,bagaimanakah mereka akan
bersatu? Persoalan yang sukar di jawab kerana kita sendiri yang telah memecahbelahkan ajaran/saranan yang terkandung didalam kitab suci Al-Quran.
Kita sendiri yang memisahkan/mengambil sebahagian dan menolak sebahagian intipatinya.Kita juga ketiadaan seorang pemimpin/khalifah/wakil yang akan bertindak sebagai pemutus kata.
Ehsan:satuumat.blogspot.com(dengan sedikit suntingan)