(termasuk Menteri Besar Kelantan)Berlaku perdebatan dalam mentafsirkan "
adakah Malaysia sebuah negara Islam".Satu pihak mengiakan, satu pihak menafikan dan satu pihak lagi mengatakan Malaysia hanyalah sebuah negara majoriti umat Islam dan dipimpin oleh pemimpin yang berugama Islam.
Masih teringat semasa belajar di Sek.Men. dahulu, ustaz ada memberitahu, negara Islam adalah negara yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas pelembagaan.Berbalik kepada persoalan Malaysia, dapatkan kita mengagak negara kita dalam kategori mana? Walaupun apa tafsiran kita, mari kita susuri sejarah yang terpahat dalam ruang lingkup negara yang bernama Malaysia.
-
undang-undang hudud masih tidak dilaksanakan walaupun kemerdekaan telah mencapai usia 53 tahun. Pelbagai alasan dikemukakan untuk menidakkannya kerana sayangnya mereka pada undang-undang penjajah.-Kata mereka, undang-undang hudud hanya sebahagian kecil dari pembendaharaan Islam. Banyak lagi benda yang lebih penting dari itu.
-Kata saya, kecil besar saya tidak tahu, tetapi apa yang saya tahu kita dianjurkan masuk Islam secara keseluruhannya. Bukan separuh-separuh.
-
Amalan memberi lesen judi/arak telah bermula sejak negara mendapat kemerdekaan.-Kata mereka, judi/arak hanya untuk orang bukan Islam disamping kerajaan mendapat cukai.
-kata saya, tidak menafikan hak orang bukan Islam, tetapi kerajaan tidak mengawalnya malah galak mengembangkannya lagi. Memberi lesen pada kroni terdekat untuk kepentingan peribadi, malahan ada pemimpin Islam mempunyai saham dalam syarikat judi dan arak!
-
Nasihat Ulama tidak diikuti/tidak diendahkan, lebih mengutamakan pendapat/akal ahli politik pemerintah.-Contoh: memecat seorang Mufti kerana Mufti tersebut mengharamkan pentandingan ratu cantik satu masa dahulu.
-Menunggu selama 20 tahun untuk tidak menjalankan upacara mengalungkan bunga di tugu negara sempena peringatan Hari Pahlawan.
Setelah melihat suasana di atas, layakkah negara ini ditabalkan sebagai negara Islam? Banyak lagi contoh yang menunjukkan penentangan diantara golongan umara dan golongan ulama.
Suara nakal berkata "tunjukkan saya dimana negara Islam di dunia?
apa agak-agak jawapan kita?
Majoriti negara umat Islam di dunia mahu Islam menjadi cara hidup (ad-deen) termasuk soal pemerintahan. Tetapi yang menjadi batu penghalang adalah pemimpin Islam di negara umat Islam yang menganut fahaman ciptaan manusia.-Yang menafsirkan hukum agama mengikut akal dan hawa nafsu.
-Yang termakan dakyah-dakyah musuh Islam dan meneruskan dakyah tersebut kepada rakyat yang dipimpinnya.
Cara penyelesaiannya adalah dengan memilih/mengundi pemimpin yang betul-betul menjiwai Islam, pemimpin yang meletakkan Islam pada tempat yang sewajarnya.
Apabila negara-negara Islam dipimpin oleh pemimpin yang menjiwai Islam (selepas ini dipanggil wilayah Islam) barulah (Insya'allah) seorang Khalifah akan dipilih di kalangan mereka dan seterusnya meneruskan legasi kekhalifahan Islam di muka bumi.N/B: Nampak mustahil, tetapi tidak mustahil bagi mereka yang percaya janji Allah. Yang akan ditanya bukan hasilnya, tetapi adakah kita berusaha ke arah itu dalam menjalankan perintahnya, walaupun dibenci oleh hawa nafsu kita.