LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 31, 2010

NEGARAKU SUDAH MERDEKA TETAPI.......


Merdekakah kita jika masih ditadbir mengikut acuan British dan bukan acuan Islam dan sunnah nabi.
Merdekakah kita jika rakyat masih dijajah dengan budaya asing, budaya hiburan melampau yang lebih barat dari barat dan pendidikan akhlak dan agama di abaikan.
Merdekakah kita jika masih dibelenggu dengan masalah moral dan akhlak yang kian teruk sama seperti masyarakat jahiliah sedangkan kononnya diperintah oleh sebuah kerajaan Islam.
Merdekakah kita jika kita masih takut untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara kita sendiri.
Merdekakah kita jika masih lagi dibelenggu masalah rasuah,salahguna kuasa dan kronisme sedangkan rakyat dibawah yang terpaksa menanggung semua bebanan tanpa pembelaan.
Merdekakah kita jika rakyat masih lagi dibiarkan leka dengan hiburan sehingga lupa tangungjawab yang lebih berat menanti di akhirat dan hanya mengejar keuntungan dunia.
Merdekakah kita jika masih lagi berada dalam kebimbangan tentang masalah jenayah yang makin buntu seolah-olah tidak ada jalan penyelesaiannya sedangkan Islam yang menjadi agama rasmi hanya sebagai hiasan sahaja dan tidak dijadikan dasar.
Merdekakah kita jika rakyat masih lagi ditekan dengan politik ugut dan ampu, jika tidak sokong kerajaan pelbagai tekanan akan dikenakan dan jika menyokong pelbagai kemudahan disediakan.
Merdekakah kita jika hak rakyat untuk bersuara seakan dinafikan, apa saja keputusan pemerintah tidak boleh ditegur dan para cendiakawan seakan dirantai dan dikunci mulutnya.
Merdekakah kita jika Isu-isu perkauman masih lagi jadi bahan politik.
Fikir-fikirkan bersama...

ehsan: sahabat ijoks2009

N/B:Setiap manusia dilahirkan merdeka sejak fitrah kejadian,tetapi bukan bebas sebebasnya, tetapi bebas yang mempunyai batas/had. Datangnya Islam membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia.Dengan pelbagai ideologi dicipta untuk menyesat dan mengikat manusia. Manusia itu bebas bila mereka menjadi 'hamba' Allah. Bukankah kita sering berdoa agar 'title' 'hamba' diterima oleh ALLAH. Tetapi jika sesama manusia, kita cuba membebaskan diri dari penghambaan. Tetapi jiwa hamba sesama manusia masih wujud hingga kini, masakan negara yg merdeka masih terikat dengan isme2(fahaman) tinggalan penjajah dan merasakan tinggalan penjajah itu masih terbaik untuk negara. Sifat inferior complex (rendah diri) masih menebal walaupun penjajah telah pergi. Ini yang disukai penjajah, meneruskan legasi peninggalan penjajah @ gelaran yang diberi kepada mereka ini adalah "budak-budak British/Inggeris/Barat"
-salam kemerdekaan yang hakiki
-kita masih dalam proses memerdekakan minda
-keluar dari penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Al-Khaliq

Isnin, Ogos 23, 2010

BIARKAN SAHAJA.......


Jika anak-anak zina yang semakin bertambah, malahan dibuang tanpa rasa bersalah saban waktu. Biarkan sahaja penagih-penagih dadah berleluasa walaupun dadah adalah musuh negara nombor satu.
Biarkan sahaja masalah sosial semakin meruncing di kalangan remaja dan dewasa.
Kerana apa?
Kerana kita tidak memainkan peranan kita.
Ya,
Pendidikan bermula di rumah, ibubapa yang mencorakkan anak-anak samada nasrani,majusi @ islami.
Guru-guru yang menyebarkan ilmu, tauladan dan nasihat. Walaupun sang guru tidak lagi dihormati ibubapa dan murid.
Rakan-rakan yang mendampingi anak-anak, samada yang membawa haruman minyak wangi
@ bau busuk tempat kumbahan ( perumpamaan baik dan buruk)
Suasana sekeliling yang disogok/dihidangkan kepada anak-anak.
Dan diri sendiri yang kurang iman.
Kesemua di atas sering menjadi sasaran utama dan tohmahan jika berlaku kebejatan di dalam negara.
Tetapi ramai yg takut/segan/berdiam diri untuk menyalahkan pihak pemerintah secara total @ sebahagian kepada penyumbang masalah yang berlaku.
Kenapa?
Oh, politik bukan urusan kami, politik itu busuk (kata kita)
Tidakkah kita sedar bahawa perencanaan politiklah yang mewajarkan semua yg berlaku. Kuasa politiklah yang merubah landskap ekonomi, sosial, agama, seni budaya, pendidikan dll.
Semua bermula dengan pegangan politik kita. Jika kita berpaksikan ideologi tertentu, ideologi itulah yang akan mewarnai perjalanan pembinaan negara kita samada nasrani, majusi @ Islami. Apa rujukan kita (negara) apabila berdepan dengan sesuatu isu?

Hudud diyakini sebagai hukum Allah, kenapa tidak ikut? Isteri-isteri pemimpin tidak menunjukkan contoh yang baik kepada wanita-wanita Islam dengan tidak bertudung.(menutup aurat) Dua contoh klasik yang sentiasa menjadi buah mulut awam. masuklah Islam secara keseluruhan (kaffah) bukan separuh-separuh. Ayat a-Quran berkenaan puasa dan zakat dengan 'senang hati' diikuti. Ayat berkenaan Hudud dan Qisas dengan 'senang hati' juga ditinggalkan. Wah...ini Islam progesif, Islam moderat @ mungkin juga Islam Hadhari dalam 1Malaysia. Ini yang disukai Barat dan dengan 'senang hati' mereka mengiktiraf kita sebagai negara Islam contoh!
Nah..biarkan sahaja semuanya berlaku, andai kita tidak pernah cuba merubah( bukan setakat ambil tahu) sistem yang berjalan. Membiarkan pemimpin yang membunuh citra agama dan bangsa dalam diam. Jika satu pihak lagi tidak diuji @ diberi peluang usah memandai melabelkan itu dan ini. Nilailah mereka yang pernah memegang amanah puluhan tahun. Walaupun mereka 'baik' kita sebagai rakyat mahukan yang 'terbaik'.

N/B:Satu soalan menjelang sambutan kemerdekaan yang ke 53. Jika benar UMNO adalah pejuang Bangsa dan Agama (sudah tentunya akan dimusuhi Barat/British). Kenapa UMNO tidak diharamkan seperti yang berlaku kepada pertubuhan lain?
-artikel-artikel sejarah akan menyusul selepas ini (Insya'Allah)

Sabtu, Jun 19, 2010

NEGARA ISLAM MALAYSIA

(termasuk Menteri Besar Kelantan)

Berlaku perdebatan dalam mentafsirkan "adakah Malaysia sebuah negara Islam".Satu pihak mengiakan, satu pihak menafikan dan satu pihak lagi mengatakan Malaysia hanyalah sebuah negara majoriti umat Islam dan dipimpin oleh pemimpin yang berugama Islam.
Masih teringat semasa belajar di Sek.Men. dahulu, ustaz ada memberitahu, negara Islam adalah negara yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas pelembagaan.
Berbalik kepada persoalan Malaysia, dapatkan kita mengagak negara kita dalam kategori mana? Walaupun apa tafsiran kita, mari kita susuri sejarah yang terpahat dalam ruang lingkup negara yang bernama Malaysia.
-undang-undang hudud masih tidak dilaksanakan walaupun kemerdekaan telah mencapai usia 53 tahun. Pelbagai alasan dikemukakan untuk menidakkannya kerana sayangnya mereka pada undang-undang penjajah.
-Kata mereka, undang-undang hudud hanya sebahagian kecil dari pembendaharaan Islam. Banyak lagi benda yang lebih penting dari itu.
-Kata saya, kecil besar saya tidak tahu, tetapi apa yang saya tahu kita dianjurkan masuk Islam secara keseluruhannya. Bukan separuh-separuh.
-Amalan memberi lesen judi/arak telah bermula sejak negara mendapat kemerdekaan.
-Kata mereka, judi/arak hanya untuk orang bukan Islam disamping kerajaan mendapat cukai.
-kata saya, tidak menafikan hak orang bukan Islam, tetapi kerajaan tidak mengawalnya malah galak mengembangkannya lagi. Memberi lesen pada kroni terdekat untuk kepentingan peribadi, malahan ada pemimpin Islam mempunyai saham dalam syarikat judi dan arak!
-Nasihat Ulama tidak diikuti/tidak diendahkan, lebih mengutamakan pendapat/akal ahli politik pemerintah.
-Contoh: memecat seorang Mufti kerana Mufti tersebut mengharamkan pentandingan ratu cantik satu masa dahulu.
-Menunggu selama 20 tahun untuk tidak menjalankan upacara mengalungkan bunga di tugu negara sempena peringatan Hari Pahlawan.
Setelah melihat suasana di atas, layakkah negara ini ditabalkan sebagai negara Islam? Banyak lagi contoh yang menunjukkan penentangan diantara golongan umara dan golongan ulama.
Suara nakal berkata "tunjukkan saya dimana negara Islam di dunia?
apa agak-agak jawapan kita?
Majoriti negara umat Islam di dunia mahu Islam menjadi cara hidup (ad-deen) termasuk soal pemerintahan. Tetapi yang menjadi batu penghalang adalah pemimpin Islam di negara umat Islam yang menganut fahaman ciptaan manusia.
-Yang menafsirkan hukum agama mengikut akal dan hawa nafsu.
-Yang termakan dakyah-dakyah musuh Islam dan meneruskan dakyah tersebut kepada rakyat yang dipimpinnya.
Cara penyelesaiannya adalah dengan memilih/mengundi pemimpin yang betul-betul menjiwai Islam, pemimpin yang meletakkan Islam pada tempat yang sewajarnya. Apabila negara-negara Islam dipimpin oleh pemimpin yang menjiwai Islam (selepas ini dipanggil wilayah Islam) barulah (Insya'allah) seorang Khalifah akan dipilih di kalangan mereka dan seterusnya meneruskan legasi kekhalifahan Islam di muka bumi.

N/B: Nampak mustahil, tetapi tidak mustahil bagi mereka yang percaya janji Allah. Yang akan ditanya bukan hasilnya, tetapi adakah kita berusaha ke arah itu dalam menjalankan perintahnya, walaupun dibenci oleh hawa nafsu kita.
Related Posts with Thumbnails