LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Selasa, Jun 15, 2010

TENTERA MESIR SEBAIK TENTERA DI BUMI ?


Benarkah tentera Mesir itu hebat? Jika ditanya kepada pencitra kebangsaan Mesir, mereka tentu mengatakan "ya". Mereka mungkin akan mengatakan perihal mengenai kehebatan tentera Mesir disebutkan dalam sebuah hadis.
Sebuah hadis yang merupakan sebahagian daripada hadis panjang yang ditakhrijkan oleh Ibn Abd Hakim dalam Futuh Misra, Ad-daruqutni dalam al mu'talif wal mukhtalif dan disebutkan melalui jalan riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq dan Ibn Zulaq dalam Fadhail Misr daripada Abdullah bin Lahi'ah daripada Al-Aswad bin malik Al-Humairi daripada Bahir bin Zakhir al-Mu'afiri daripada Amru bin Al-As daripada Umar al-Khattab ( radiallahu anhuma) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إذا فتح الله عليكم مصر فاتخذوا فيها جندا كثيراً، فذلك الجند خير أجناد الأرض، فقال له أبو بكر: ولم يارسول الله؟ قال: لأنهم وأزواجهم في رباط إلى يوم القيامة

"Bila Allah membukakan buat kamu negeri Mesir, jadikan tenteranya paling banyak. Maka tentera itu adalah sebaik-baik tentera di bumi. Maka berkata Abu Bakar: Kenapa begitu ya Rasulullah? Jawab baginda : Kerana mereka dan isteri-isteri mereka sentiasa siap siaga hingga ke hari Qiamat".

Hadis ini dihukum oleh kebanyakan pengkaji hadis sebagai daif kerana kemajhulan (tidak dapat dikenali) beberapa orang perawinya seperti Al-Aswad bin Malik dan Bahir bin Zakhir.(Rujuk: Islamweb)
Ada hadis yang sahih mengenai negara Mesir dan penduduknya yang disebutkan dalam Sahih Muslim. Sabda Rasulullah SAW:

إنكم ستفتحون أرضاً يذكر فيها القيراط فاستوصوا بأهلها خيراً، فإن لهم ذمة ورحماً

"sesungguhnya kamu akan membuka satu bumi yang disebut padanya al-qirat, maka wasiatilah ahlinya dengan kebaikan maka sesungguhnya bagi mereka kehormatan dan rahmat"

Tentera Mesir memang telah melakar sejarah dengan tinta emas di masa lalu. Tentera Mesirlah yang dipimpin oleh Salehuddin Al-Ayubi kira-kira lebih 840 tahun yang lalu membebaskan Baitul Maqdis daripada tentera Salib. Tentera Mesir telah berjaya menumbangkan Raja Faruq lalu membentuk kerajaan Republik yang ada pada hari ini. Beberapa siri peperangan yang melibatkan tentera Mesir antara tahun-tahun 40-an sehinga 70-an memperlihatkan wibawa tentera Mesir.

Namun, itu dulu. Sekarang apa sudah jadi dengan tentera mesir?
Apakah ada kehormatan bagi tentera Republik Mesir yang rela membiarkan saudara Islam di Palestin dikeronyok Yahudi Zionis?
Apakah ada rahmah di kalangan tentera Mesir yang saban waktu mengongkong, memburu, menangkap pejuang-pejuang gerakan Islam Mesir seperti Ikwanul Muslimin dll yang cuba bangkit menongkah tadhur?
Siapakah pula ahli negeri Mesir yang Rasulullah katakan memiliki Zimmah dan Rahmah?
Apa yang pasti, tentera Mesir bukanlah sebaik-baik tentera dan hadis yang banyak dibacakan oleh pencitra kebangsaan Mesir itu tidak boleh disandarkan. Selain hadis itu daif, realiti hari ini tidak menggambarkan bahawa tentera Mesir adalah sebaik-baik tentera.
Baik lagi pejuang Mujahidin di Afghanistan. Pejuang Hizbullah di Lubnan. Pejuang Hamas di Palestin Mereka lebih mengenal jihad berbanding tentera mesir.
Ehsan: PERENUNGLANGIT

8 ulasan:

zulkbo berkata...

salam sahabat..
itulah kelebihan Yahudi Israel
mereka lebih dulu mengkaji Al-Quran dan Hadis2..apa yang bakal menghalang mereka akan cepat2 mereka musnahkan contohnya TENTERA MESIR ini..tanpa mereka sedari(mesir) tentera mereka telah di musnahkan dengan di beli oleh wang ringgit yakni DAKI DUNIA..wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

benar sekali, mujahidin afghanistan dan pejuang hamas di palestin agi hebat! mereka tidak mengenal penat dn lelah.
malah mereka merupakan orang awam yang tidak terlatih seperti tentera mesir, tapi berbekalkan ketakwaan mereka, mereka mampu bertahan! Allahu Akbar

TS Frima berkata...

ada benarnya juga..

XYZ berkata...

salam bro baru bace entri baru ni erm... tq share

Unknown berkata...

Setuju sgt2!

Cik SHiNJU berkata...

Mesir mmg x guna,
Sanggup menganiaya saudara seagama demi kepentingan sendiri..

terokai seni berkata...

rasanya kalau betul pun tentera mesir tu tentera yang baik (juga berdasarkan bukti sejarah mereka antara pembuka kerajaan spanyol) kita kena ambil ikhtibar dan kelebihan tersebut untuk membetulkan keadaan..

berikan mereka cabaran untuk membuktikan bahawa benarkah mereka tentera yang terbaik tersebut? lontarkan persoalan adakah kebaikan membunuh saudara seislam palestin itu sebagai lambang kehebatan mereka sebagai tentera

orang ikhwanul muslimin (orang mesir juga) telah membuktikan mereka adalah sebahagian tentera mesir (bukan tentera negara sebaliknya sukarelawan) sebagai tentera yang baik dan orang terkehadapan dalam peristiwa peperangan enam hari dan pencerobohan awal zionis di palestin

jadi mereka telah menunjukkan kebaikan mereka cuma 'pemimpin' mesir yang perlu digantikan

Muhammad berkata...

"(Wahai orang beriman) Kalau kamu berpaling, maka Dia (Allah) akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, kemudian mereka tidak serupa dengan kamu," (Quran, Surah Muhammad, 47:38) Wallahu a'lam, salam ziarah..^^

Related Posts with Thumbnails