LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Rabu, Jun 16, 2010

DIMANA EKSTREM DIMANA JIHAD


Diberitakan 30 pelajar Malaysia telah direkrut oleh rangkaian Jemaah Islamiyyah (JI) untuk menjalankan aktiviti jihad di luar negara. Ini berikutan tertangkapnya 10 rakyat asing yang dikatakan cuba mempengaruhi para pelajar kita dengan ideologi mereka.
Pada saya jika betul mereka ini penganas/ekstrimis @ apa sahaja istilah yang diberi. Tindakan ini harus dipuji atas faktor keselamatan. Tetapi apakah makna pengganas/teroris/ekstrimis yang mereka/kita/dan sesiapa sahaja fahami?
Jika aksi membunuh, mengebom orang yang tidak berdosa/tidak berkenaan, boleh kita kategorikan seperti label di atas.
Tetapi jika mereka yang benar-benar mahu berjihad di tempat berlakunya konflik seperti di Palestin, Chehnya, dan dimana bumi umat Islam yang ditindas/dinafikan hak. Adakah wajar kita melabelkan mereka sedemikian?
Adakah kita menerima bulat-bulat sananan/tafsiran Amerika Syarikat yang cuba menjadi polis dunia? @ istilah yang popular "bersama saya @ bersama mereka"
Di sini perlunya para ulama bersuara untuk membetulkan keadaan dalam mengupas makna jihad dengan pendekatan holistik (menyeluruh). Jangan hanya perkara lain dianggap sebagai jihad, tetapi apabila umat Islam perlu untuk mengangkat senjata, ianya tidak dikatakan sebagai jihad. Sedangkan keperluan setiap negara Islam adalah berbeza.
Memang jihad peperangan adalah fardu kifayah tetapi jika melihat realiti negara umat Islam yang bergolak adakah ianya masih fardu kifayah. Jika peperangan dianggap fardu kifayah, apakah usaha lain yang dilakukan kita untuk membantu umat Islam tersebut?
Jika cukup dengan berdoa, adakah perlu rasulullah turun ke medan jihad hingga mendapat kecederaan? Bukankah doa baginda lagi makbul daripada kita? Jika hawa nafsu menjadi halangan. Maknanya kita yang masih tetap di sini sebenarnya yang dibelenggu oleh penguasaan hawa nafsu yang tidak pernah padam selagi masih bernyawa.
Pelbagai helah yang diberi untuk menidakkan kewajipan jihad peperangan. Saya bukan mengajak pergi berperang, cuma biarlah tafsiran jihad ini diputihkan setelah dikaburkan oleh para Orientalis. Sehinggakan ada ulama yang mengetuai sebuah gerakan kerohanian telah mengharamkan memerangi pihak British di India pada waktu dahulu atas alasan, haram memerangi pemerintah! sedangkan pihak British itu adalah penjajah!
Saya tidak menafikan semua tafsiran yang beri oleh ulama kita adalah jihad.tetapi kita haruslah mengikut kesesuian masa dan waktu. yakni, apakah bentuk jihad yang perlu dilakukan jika keadaan begitu dan begini.
Ada saranan yang diberi disini dan disini untuk mereka yang beria-ria konon mahu berjihad membebaskan bumi umat Islam, sedangkan saranan itu harus diberi kepada mereka yang masih terlena, yang hidupnya hanya untuk makan dan minum dan tidak mengambil tahu masalah umat.

N/B: Saya tidak menidakkan saranan itu, malah saya menganggapnya sebagai perkongsian pintar sesama blogger.

"Ya Allah ampunilah dosaku, kebodohanku dan hal-hal yang engkau lebih mengetahuinya daripadaku."

10 ulasan:

saharul berkata...

kitapun boleh berjihad menentang yahudi.....dengan niat dan doa...

zulkbo berkata...

salam..
kes terbaru tu...
koi pun tak tahu nak kabor..
tapi apa yang aok kabor dan
luahkan koi setuju sahabat..
moga Allah bersama anda selalu

Crazee Lazzy berkata...

betul tu bro.. berjihad tuk jalan Allah tu x salah.. tapi kene harus bertempat.. zaman dulu dgn zaman skrng lain.. mase zaman Rasulullah s.a.w dulu jihad itu sgt perlu tuk perjuangan islam. zaman skrng byk pihak dah memanipulsikan maksud jihad tu sendri.. ade yg hanya tuk dakyah mereka sendri, ade yg hanya tuk perjuangan kumpulan mereka sahaja.

tak semua kumpulan itu jahat. tapi kita sebagai muslim yg beragama islam harus faham ape maksud jihad itu sendri kan? jihad x semestinya dengan berkorban nyawa.. kita bole berjihad melalui bantuan kewangan dan tenaga macam sukarelawan yg di serang dekat palestine tempoh hari.. kalo gua salah harap maaf k. bro.. semoga Allah memberkati umat Islam..

Unknown berkata...

Betul sgt tu bro...malu aku sbb masih boleh layan bola sedangkan sahabat aku sendiri kena tembak mati.huhuhu

My latest post:Kwn baik semua org

terokai seni berkata...

koi stuju kita terpengaruh dengan dakyah orang yang nak berjihad je merekalah pengganas.. mereka tutup kebenaran dengan ugutan dek kerana kita lemah, hubbud dunya pulak jadi kerajaan pon iakan je le

Penulis Rindu berkata...

salam ziarah tgh hari....kita orang Islam lemah...pihak kerajaan pun bagi kapal Israel hantar limau kat Malaysia cam mana ye..

endiem berkata...

salam..
hanya Allah yang maha mengetahui.

piewahid berkata...

salam sahabat,
maka terjadilah apabila ada yg mengejar syahid, mereka katakan terrorist TETAPI terrorist sebenar bunuh wanita, kanak2, bom masjid atau sekolah mereka katakan itu 'misi keamanan!'

Afzainizam berkata...

WELCOME.WORLDCUP  
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
SAY.NO.JUDI.BOLA
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

jihad kita kerana Allah...

bagi yang telah gugur syahid menegakkan agama Allah dan juga mempertahankan negara

Al Fatihah bagi yang telah pergi... perginya sebagai pejuang yang tak akan mati

AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Pacifist berkata...

salam semua

CikguJang-harta dan jiwa kita serahkan

EnZul-luahan insan kerdil

EnFhad-setuju dgn anda tp jgn kita nafikan jihad peperangan semuanya perlu dan penting

EnIqbal-kita bersama cuba baiki apa yg ptt

EnCemomoi-kita dah termasuk lubang biawak utk kali ke dua

EnAbu-pemimpin kita yg menambahkan lg kelemahan yg ada

EnEndiem-mudahan dibuka kebenaran

EnPie-2 jawapan utl 1 situasi

EnAfzainizam-terima kasih atas kunjungan.amin

Related Posts with Thumbnails