Gangguan Seksual merujuk kepada perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan.
Gangguan lisan
Teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik,membuat bunyi dan menyoal perkara-perkara yang tidak menyenangkan.
Gangguan dari segi isyarat
,Menjelir lidah atau membuat bunyi dengan nada yang tidak sesuai, menjilat bibir atau memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.
Gangguan visual
Menunjukkan material-material pornografi, melukis lakaran atau menulis sesuatu berasaskan seksual, mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual.
Ganguan psikologikal
Undangan-undangan sosial yang tidak diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji atau intimasi fizikal.
Gangguan fizikal
Sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, dan rabaan
gangguan seksual boleh terjadi kepada kedua-dua jantina @ sesama jantina. golongan wanita dikatakan paling terdedah dengan gangguan ini. Banyak faktor yang mendorong perlakuan ini. (paling disalahkan adalah golongan lelaki). Kerana mitos mengatakan wanita adalah mangsa dan lelaki adalah pemangsa. Masyarakat sama sekali tidak bersetuju dengan perlakuan ini atas sebab menjaga maruah dan hakhidup seseorang individu. Tetapi kita selalu terlepas pandang dan selalu memfokuskan mangsanya adalah wanita.
Pernahkan kita terfikir yang seorang wanita yang berpakaian menjolok mata( seksi) yang mendedahkah lurah payudara dan alur punggung di tengah khalayak (publik), juga telah melakukan gangguan seksual? Adegan yang selalu membuatkan khalayak (lebih-lebih kaum lelaki) membuat pelbagai tafsiran dan andaian? Mereka selalu mengatakan itu hak mereka untuk berekperimentasi. Sedangkan mereka berekperimentasi di tempat awam! Bagaimana pula hak awam? Adakah hak individu lebih besar/berharga daripada hak awam? Tidak salah untuk mereka berbogel @ melakukan apa-apa aksi yang melampau, tetapi biarlah di ruangan peribadi mereka seperti di dalam rumah @ tempat tertutup. Artikel ini bukan menafikan hak individu, tetapi sekadar pendapat/peringatan/saranan untuk semua. Sekurangnya biarlah berpakaian sopan di khalayak ramai, Jangan hanya memikirkan diri sediri sahaja, tanpa mempedulikan orang lain. Bilakah akan ada satu akta/ enakmen/peruntukan undang-undang yang sama @ lebih kurang dengan akta gangguan seksual seperti diatas yg boleh menjamin kesejahteraan masyarakat keseluruhan.
N/B: jika dikaitkan dengan persoalan agama,mereka sering mengatakan jika ada iman kita tidak akan terdedah dengan dengan perlakuan buruk akibat daripada keseksian tadi. Tetapi bagaimana pula dengan iman si pelakunya(mereka yg berpakaian seksi)? Adakah mereka hidup hanya untuk menguji iman orang lain?
*Seorang ulama Australia pernah berkata" wanita-wanita seksi umpama seketul daging mentah yang mempersiapkan diri/ menunggu masa untuk diratah/dibaham"
26 ulasan:
Ops... ni sebenornye nak kate gangguan seksual terhadap kaum lelaki la ni?
Btul gak tu ek. Kita slalu pk pompuan jer yang sering diganggu. tp yang pompuan pakai seksi2 tu, idak ke mengganggu iman si lelaki? Jarang org pk tang ni.
Sy sbgai sorang pompuan kadang2 malu gak tgk pompuan2 ni pakai seksi dikhalayak. Camnelah lelaki tak terliur? Rase geram kat dorang ni mcm nak sound jer.. tp kene l
tp kene le mengomen dlm hati je, sebab sy ni bkn minah laser.
Sbnarnya Islam dah gariskan panduan berpakaian utk muslimah. nak kata old fesyen...eh skg fesyen2 muslimah dah up to date. Tp klu jenis yang tak makan saman tu idaknye dipelik.
Smoga dibukakan pintu hati mereka utk berubah... Amin.
p/s- sori ulasan yg 1st td terputus plak. Baby sy ni kacau.
salam..
realiti yg semakin menjadi2..
salahnya mungkin pada kami kaum hawa,
fitrah lelaki mmg x lari dari asakan nafsu..
saat syariat diperlekehkan,
bila larangan dikerjakan,
dan suruhan ditinggalkan..
alasan menguji iman org lain itu mmg agak keterlaluan.. sepatutnya keluarlah dari kepompong diri..melihat situasi dari sudut pndangn org lain.. apa2 pun yg engkau tunjukkan buat tatapan halayak adalah amanah Allah yg perlu kau jaga..
isunya sekarang bukan lagi hak individu, tp suruhan yg x tertunai..
wallahualam~
salam sdr..
gangguan seksual di tempat keja,kalau nk dibincangkan seharipun tk habis.....insyaallah andai ada yg cuba2 melakukan begitu pada sy pasti nahas...
perempuan sering dikaitkan dgn isu begini..namun kdg kala kes rogol terhadap kanak2 dan ada juga nenek..adakah kerana keseksian mereka..
Yang penting kalau seseorg itu kuat imannya insyaallah boleh dihindarkan perkara yg buruk..
sama samalah kita renung kekurangan yang ada... mana yang terlondeh, tutup tutuplah.. mana yang tercakap.. minta maaflah.. mana yang ter'aksi'.. hmm entahlah...
:)
salam..
ouh.. perempuan seksi pun tergolong dalam gangguan seksual rupanya..
baru kutahu~
salam pakcik>>
hmm..part perempuan berpakaian seksi 2..dik nek sokong sangat..kadang2..dik nek pun malu tengok..bukan kadang2 la..selalu cegitu..lelaki tengok,kami golongan hawa yang xbuat ni yang malu..nak tegur dikatakan bz body kan?tapi..tak kisah la..nanti kalau si seksi seksa 2 mati..xkan mayat dia berjalan sendiri masuk kubur kan?tol tak?maaf la ye kalau terkasar bahasa..dik nek pun ada gak kekurangan..
http://nurkasihsuci.blogspot.com/2010/03/ehkau-da-miskin-sgt-ke-nk-beli-baju.html
salam saudara,
zaman ini ramai org yg tengok hati kononnya...
pakai seksi pun
tak tutup aurat
kalau hati baik
akhlak baik
baik lah,
yg penting hati....
zaman sekarang,
wanita berlambak2
berlumba2 mengikut fesyen terkini
tak sendat tak nampak body cantik
kuno la namanya... katanya
lelaki zaman sekarang pun
mencari2 gadis2 yg up to date
yg tutup2 ni
kuno katanya?
betul ke?
saya pernah kena mcm2 kat pejabat tuh
naik muak dgn sembang2 lucah lelaki2 nih...
hanya mampu buat2 tak paham jerk
kan kalau di sampuk, panjang lagi ceritanya...
tq dengan n3 ini
sentiasa ingatkan diri dan periksa diri..
wassalam..
salam...
ingtkan ape yg seksi tu td?
pompuan seksi? ermmm..tugas ayah,abang,adik lelaki dan suami la
yg membimbing mereka...bukankah lelaki itu khalifah ALLAH?
bukankah lelaki itu lebih byk akalnya drpd wanita? bukankah wanita itu hanyalah tulang yg bengkok dr rusuk lelaki? wajarkah lelaki menyalahkan wanita yg seksi tu? dah sah2 mereka ni akalnya kurang dan nafsunya byk...
salam,
Gangguan seksual sebagai ujian keimanan kita seharian dimuka bumi ini.
Tahanlah dengan godaan syaitan yg ada berbentuk jisim manusia.
Kalau ditegur lagi baik..dpt pahala dan bala sebab yg kena tegur kepala tak betul dimaki kita balik.
Walau apa-apa pun malam ini mood penulis tak baik. Sbb yahudi menang.
doakn hidayah sentiasa bersama kita
salam
suke sgt dgn entry ni..
stuju yg amat knpa la msia ni xnk bt rule dedah aurat ni..
klo bab ttp aurat mcm diperlekehkan..
aurat umpama berlian bg seorg wnita Islam mlmbg kan wanita Islam tu bgaimana..
sedih mlihat shabat2 alpa ttg isu begini..
Benar apa yang dicoret, kadang - kadang saya terfikir, apakah maksud autar bagi mereka?, adakah sekadar menutup apa yang perlu tetapi berpakaian ketat. Bukan menuduh atau mengata mereka ini, namun garis panduan sebenar menutup aurat harus mereka tahu dan pratikkan.
salam ziarah..
huhu..sangat2 setuju dengan entry ni..tiba2 teringat kata ustaz ana, perempuan yG terdedah sana sini bukan sj memberi gangguan seksual pd si teruna, malah gangguan em0si & psikologi..sampai satu tahap kajian Barat menunjukkan lelaki terdedah kepada sejenis penyakit (ana da lupa namanya) berkaitan perubahan h0rmon apabila selalu terdedah dengan imej2 sebegini..
act undang2 dah ada, banyak enakmen perundangan Islam negeri yG memperuntukan kesalahan bG berpakaian menj0lok mata ini, juz pGuatkuasaanya sj yG hampa!
salam..
setuju dgn pendpt aok tu..
salam sahabat..
menarik info...
sesuai dengan kerjaya anda
byk terjadi kebelakangan ini
yang menakutkan jika perempuan
yang mula dulu...
erm...
pada saya apa yg penting jaga diri sendiri dulu... tepati kehendak syariat walau macam mana susah pun. InsyaALLAH Allah akan menjaga kita. andainya berlaku yg tak diingini juga anggaplah itu ujian...
tak kira untuk siapa pun....
jaga diri hiasi peribadi =)
untuk seksi sanggup seksa...
gangguan seksual hednaklah dilihat dari kacamata islam.
Ia sebenarnya berlaku kepada mana2 pihak dan dimana2 tempat. Perempaun seksi yg mendedahkan sebahagian besar tubuhnya( termasuk bentuk tubunya dgn berpakaian ketat) juga telah melakukan serangan seksusal ke atas lelaki.
Islam menyurh lleaki menjaga pandagan dan dlm masa yg sama islam amat menekankan agar perempuan menjaga batas auratnya.
satu kejadian sewatu plihanraya umum 2008 dahulu. Puteri UMNO dgn penuh keseksian telah menjadi perayu undi. terbeliak mata anak2 muda. Tapi seksi itu haya utk dilihat sahaja sebab anak2 muda tetap pilih bulan
salam sahabat,
lama tak ziarah sahabat.
sedih tapi benar, suatu ketika dulu saya pernah mengalami gangguan seksual secara fizikal daripada seorang perempuan (bujang).
apabila kita menolaknya, akhirnya fitnah bermarajalela sehingga cerita menjadi sebaliknya dan tidak ada seorangpun yang mempercayai kcuali teman2 rapat.
sesungguhnya kejadian tersebut sgt2 mengaibkan!
herm..
kalau tengok lelaki,perempuan boleh terliur ke?
asyik2 lelaki je terliur..hu2.
nak tau juga,mane tau terbuat aksi
yang tidak patut..
btw,gambar di atas memang seksi abes~
salam semua.
artikel ini bkn bermaksud menghina mereka yg sedemikian.cuma ingin melihat dr perspektif yg berbeza.kerana selami ini kita hanya melihat pihak wanita shj yg banyak terkena gangguan seksual.sedar tidak sedar,mereka yg berpakaian menjolok mata(wanita) juga memberi gangguan seksual,terutama kpd kaum lelaki.
terima kasih kepada semua kerana memberi pandangan, agar kita semua mendapat manfaat.
salam sejahtera..
saya setuju dengan pendapat cik Shin~Ju...
ya, mereka pikir siapa mereka sehingga berhak menguji iman orang lain dengan berpakaian seksi di ruang punlik?
saya suka posting ini, kawan :)
Salam..siang x leh msuk kt chat room...tu yg lepak sini..Tenkiu sbb lawat blog sy!!
Catat Ulasan