LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"

KARTUN HOLOCAUST

Khamis, April 08, 2010

BERITA TERKINI DARI BAITULMAQDIS



Salam kepada semua sahabat blog .Pada artikel lepas kita diberitahu tentang bagaimana pihak Yahudi Zionis mengelirukan umat dunia berkenaan mercu tanda Masjid Al-Aqsa bagi menjalankan kerja-kerja pencerobohan/permusnahan . Kini ianya telah berlangsung, mereka telah membuka sebuah kuil yang dinamakan Hurba (Al-Kharab) terletak berhampiran Masjid Al-Aqsa ! (gambar kuil tersebut belum diperolehi)
Ini adalah permulaan kepada proses pembinaan/pembukaan kuil Haikal Sulaiman yang bakal mengambil tempat Masjid Al-Aqsa kelak. Perancangan jahat ini berjalan lancar dalam suasana kebisuan umat Islam.
Mereka juga menyebut bahawa terdapat ramalan dalam agama mereka sejak kurun ke 18 bahawa permulaan pembinaan semula kuil Haikal Sulaiman adalah bertepatan/bermula dengan tarikh 16 Mac 2010!
Kita nantikan episod seterusnya selagi pemimpin2 (Islam) kita terus lena dibuai dan dibaluti selimut beracun Yahudi dan sekutu-sekutunya.

N/B: 16 Mac adalah bersamaan dengan tarikh lahir saya!

23 ulasan:

zulkbo berkata...

salam sahabat..
memang hati yahudi tak kan senang..
hairan sungguh..mana pemimpin dunia islam..membutakan mata..memekakkan telinga sahaja..

shinju berkata...

salam...
pemimpin islam leka,
x bersatu..nak2 negara arab..paling
geram kat Mesir...sama2 la kita berdoa utk saudara kita di Palestine...

Kunang-Kunang berkata...

Salam Pacifist,

Sedihnya, umat islam ramai didunia tetapi kita tak mampu berbuat apa-apa kerana kita tidak bersatu terutama negara Arab.

sofi berkata...

salam pacifist.

Memang yahudi laknat ni panjang umur lagi sbb dunia Islam lemah..
senjata batu dan lastik lawan senjata canggih. Mana larat nak lawan. Pak Arab lain asyik perabis duit dan enjoy kat Europe.
Kali ini pacifist daftar diri sebagai Mujahiddin, mau tak mati syahid dunia dan akhirat?

capt berkata...

salam pacifist.

Yang sofi tu sy punya. silap tak tukar nama masa nak published sbb geram sangat dgn Zionis...gerrrr

NichKhun berkata...

16 mac.. maknenye da stat la pembinaan tu eh? huhu..

ijoks2009 berkata...

Salam,
saya setuju dg zulkbo

maCy berkata...

salam abg..

berani dan melampau mereka ni..
apa yang kita boleh buat ye..

Mazru Majid berkata...

salam..

kenape umat islam terutamanye org arab wat tak tau je..

Muhammad Ibnu Nazir berkata...

salam buat moderator dan sekelian sahabat.

In The Name of Allah.

Penglibatan pihak yahudi ini untuk menghancurkan Islam telah lama tersemat, mereka merancang dengan teliti. Inilah yang disabdakan oleh Nabi SAW bahawa :

"Kelak di akhir zaman nanti, umatku terlalu ramai, tetapi ia hanya sekadar seperti buih di lautan".

cemomoi berkata...

selamat hari lahir smoga berkah usia..

dengan kudrat yang kecil kita patut membantu mereka biarpun dengan suara hati, tanda lemahnya iman kita

Mariella berkata...

nauzubillah...
insyallah, kuasa Allah SWT kita tak mungkin terpedaya dan berdiam diri sahaja. Jom sebarkan berita ni dan bina kesedaran dikalangan saudara kite

http://mariellasays.blogspot.com/2010/04/tips-cantik-jelita-makeup-pilihan-ku.html

Pacifist berkata...

salam semua
EnZul-mereka dijangkiti penyakit wahan-cinta dunia takut mati(kerana unsur yakin dan percaya itu)

CikShinju-ia mesir jiran paling tidak guna.pimpinannya anti kpd ikhwanul muslimin.jd mereka lebih rela melihatnya shj.

PuanAni-ya umat islam hanya kuantiti tetapi kurang kualiti

Capt-ya sy impikannya,jika api jihad tidak bernyala,baranya usah biar padam

Nichkhun-ya kuil pertama sudah siap pd 16 mac 2010.tunggu masjid al-aqsa runtuh pula

EnIjoks2009-bersama kita pertahankannya

DikMacy-buat mengikut daya kita,doa,boikot,penulisan,demonstrasi,dan kalau mampu jihad al-qital

EnMazru-kerana mereka terkongkong dgn ideologi buatan manusia

EnMuhammad-setuju dgn anda

EnCemomoi-terima kasih,ya dan kita cuba pertingkatkan

PuanMariella-ini yg kita hadapi sekarang.ya sebarkan kpd mereka yg tidak tahu@terlupa

Pn Kartini berkata...

Salam...

tksh atas info yang membuat kan hati terasa terharu dgn kelemahan kita utk terus berdepan dgn komplot tipu muslihat yahudi..:(

shameel Iskandar berkata...

Pemimpun dunia islam(terutamnaya negara Arab) masih lena dari tidur. Mereka lupa satu masa nanti Yahudi akan mara dan meratah negara mereka satu persatu.

Penganut Yahudi terlalu sedikit( mengiut bancian 2004, tak sampai 20 juta pun= maaf kalau saya tersilap sebab dah hilang data tu dari simpanan saya). Kalau nak dibandingkan dgn umat islam, umpama gunung dgn butiran pasir. Nahdatul ulama di indoensia pun dikatakan mepunyai keahlian hampir 30 juta orang.

Kesimpulannya yahudi bukannnya kuat tetapi umat islam yg lemah. Dulu waktu ikhwan muslimin bangkit menenatang israil, negara mesir pula yg sibuk menekan ikhwan sampai mmebunuh pemimpin2 ikhwan. Hari ni, Hamas pula ditekan oleh mesir.

Na'im Nikmat berkata...

Ya Ikhwanul Muslimin marilah kita semua satu hati,buang perbezaan cari titik persamaan yakni Islam...

piewahid berkata...

slm pacifist,
tahniah kerana sentiasa berkongsi n3 yg bharga, sahabat.

slagi kita tinggalkan alquran dan hadis serta gagal bersatu, apa saja yg kita jeritkan yahudi cuma akan kata:
"ada aku kesah?"

maaf kalau komen kontra sikit. sedih...!!

annfrendly berkata...

salam sejahtera..
paling kesal.. arab yg dekat dengan palestin pun tak nak membantu.. takutkan orang yahudi..
sanggup jadi boneka yahudi..
sedih..

Ayue Aishah berkata...

sedihnye...
sbg umat islam. tp xmampu wat ape2.. hanya mampu berdoa.. semoga Allah sentiasa bersama dlm setiap langkah pejuang Islam..

Ya Allah, lindungi lah agama ini dan selamatknlah saudara2 seagamaku...

Aishah Jamal berkata...

Nice blog. Orang Islam patut lebih peka dgn isu ini.

anah adnan berkata...

salamullahi 'alaikum..
huuu strateginya perancangan di0rang (kuffar) nak jatuhkan Islam..
namun, ingatlah;
"mereka(manusia)merancang, Kami(Allah) merancang dan sesungguhnya Allah jualah sebaik2 perancang..." juga "Dialah sebaik2 penggagal.."
insyaAllah..
Islam pasti menang dgn bantuan muslimin atas izin Allah..

Miecyber berkata...

Pemimpin negara-negara Islam telah di cucuk hidung oleh Amerika dan Israel.

INTAN RH berkata...

Tanda2 kecil kiamat dah menjelma.

Related Posts with Thumbnails