Tulisan ini bukanlah untuk memburukkan sesiapa, tetapi terpulang kepada persepsi/penilaian anda tentang apa yang diutarakan oleh saya. Saya hanya menghidangkan sesuatu yang telah terhidang di depan kita selama ini, jika ada keburukkan, keburukkan itu terdedah melalui tindakan 'mereka' sendiri.
Umum mengetahui bahawa negara kita secara lahiriah tidak mempunyai hubungan dengan negara Israel. Pendekatan ini diambil kerana negara kita tidak mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Tetapi apabila melihat bendera Israel berkibar megah di ruang udara kita, telah menimbulkan satu persoalan tentang kesungguhan/keberanian/kejujuran/ dalam membela nasib saudara seagama kita di Palestin.
Bendera ini berkibar megah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Khabarnya bendera ini dinaikkan sempena pernyertaan kontijen Israel dalam pentandingan hoki piala dunia yg berlangsung di KL pada satu masa dahulu.Walau apa pun alasan mereka, ianya tetap mengguris perasaan umat Islam yang membenci kekejaman yahudi zionis.
Bagaimana mereka dibenarkan masuk ke negara kita, sedangkan negara kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka? Melainkan mereka ini rakyat negara lain yang diktiraf tetapi berketurunan yahudi.
Kita tidak membenci kaum, tetapi fahaman yang dianuti mereka. Kerana fahaman inilah lahirnya sebuah negara haram yang bernama Israel!
N/B: Dakwaan DSAI baru-baru ini tentang penglibatan syarikat Israel dalam urusan penyelenggaraan sistem komputer PDRM telah menimbulkan satu polemik baru terhadap keselamatan negara kita dan telah disahkan oleh KPN sendiri dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.
Satu persoalan lagi, adakah mereka terlepas pandang?
-
13 ulasan:
adakah kita tertipu lagi....??. Jelas dan tepat nahawa bangsa yahudi adalah musuh islam...
salam sahabat..
koi suka nor entri gini..
panas dah ada tanda tanya
kita diharamkan ke israel
tapi kenapa kerajaan masih
berhubungan dengan kerajaan israel
dalam sesuatu agenda yang koi rasa
rakyat perlu penjelasan..israel yang memang tak senang dengan islam seolah berjaya menyelinap masuk dalam agensi kita di Malaysia tanpa kita sedari dan sedikit sebanyak telah berusaha mempengaruhi idealogi pemimpin kita..
"Bendera ini berkibar megah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)"
mmg simbolik tmpat tu sbb tu tmpat puak2 tu bkumpul...
pahter baru2 ni tempat perkasa berkumpul tunjuk handal!
haaa... pe lagi pak brahim, gunalah keris tu....
apabila semuanya dipandang remeh..
wajar ada kesedaran soal begini. jgn hanya enak berkata-kata. luaskan pandangan mata... agar kita tidak leka....
adakah itu tanda sokongan pemimpin kita kpda mereka? walaupun bukan dengan kata-kata...
entri yang bagus. syabas!!! =)
mereka menafikannya.. tapi ada bukti..macamana tu?
sayang selasih kami lurutkan, benci yahudi diurut-urutkan
Salam saudara Pacifist,
Inilah dikata, mulut kata benci, hati kata sayang.
Allahu akbar!!!!
huu, pabila manusia takutkan manusia lantaran aturan dunia jadi tunjangan...
"....Allahumma inna na'uzubika min ghalabatiddaini waqahrir rijal"...
perkara yg tak sepatutnye berlaku disebuah negara ISLAM
pelik juga ya..
salam semua.
CikguJang-kita sentiasa cuba ditipu,syukurlah pd mereka yg sedar 'permainan' ini
EnZul-terima kasih,mmg penuh tanda tanya.apa pendirian negara kita sebenarnya.
EnPie-berkibar megah,sesuai dgn keangkuhan mereka.PERKASA(ke?),tak tahu apa yg diperjuangkan mereka.hanya slogan semata2,sedangkan yg merintah selama ini adalah puak mereka sendiri.menunjukkan kegagalan pemerintah yg ada
DikMacy-betul tu,semua remeh pd pandangan mereka walaupun berkait dgn agama
MissXYZ-terima kasih,walaupun pahit,ini yg ptt diluahkan.sekurangnya kita respon apa yg berlegar disekeliling kita
EnEndiem-terpulang pd rakyat untuk menilai/mempertahankan kerajaan yg ada
EnCemomoi-satu nukilan yg menarik
PnAni-saya setuju hanya sebagai umpan menarik perhatian dunia islam(bangga dipuji sbg negara Islam yg progresif)
CikAnah-benar 'manusia' disana mengatur 'manusia' di sini
EnMazru-tepat sekali
Saudara ra-kun-memang pelik,dan ianya telah berlaku
Kawan sangat bersetuju dgn pendapat zulkbo. Dalam pasport malaysia cakap kita tak boleh masuk israel sebab malaysia tak mengikhtiraf israel sbg sebuah negara. Tapi yang sebaliknya berlaku. Itu belum sebut bab APCO lagi. Haisshhhhh.. heran aku dgn pemimpin yg ada ni....
Catat Ulasan