-
Isnin, April 12, 2010
MADU DAN RACUN
TANGAN KANAN BERI MADU
-Agama Islam menjadi agama rasmi
-Memperbanyakkan masjid yang indah-indah
-Menganjurkan musabaqah/tilawah Al-Quran peringkat negeri/dunia
-Dalam proses menjadi hub-halal sedunia
(sedangkan sudah 52 tahun merdeka masih tiada akta halal)
-Tanpa gagal menganjurkan perarakan sambutan Maulidul Rasul setiap tahun
TANGAN KIRI BERI RACUN
-luluskan lesen judi (ada yang haram dan halal)
-luluskan lesen arak (sedangkan mengetahui arak ibu segala kejahatan)
-masih menggunapakai undang-undang penjajah yang membelakangkan undang-undang Islam
-Perkara maksiat subur tanpa kawalan (tidak memperkasakan Jabatan Agama Negeri-Negeri) yang bermasalah dari segi logistik dan had kuasa.
Bolehkah madu dan racun disatukan? Ini adalah ciri-ciri Sekular, iaitu membenarkan keduanya bercampur dan memberi pilihan kepada rakyat/pengguna untuk memilih atas alasan hak individu. Seorang itu boleh jadu sealim-alimnya jika dia mahu dan sesorang itu boleh jadi sejahat-jahatnya mengikut kemahuannya. Negara/pemerintah berlepas tangan kerana agama adalah hak individu. Tiada istilah 'polis moral' pada mereka. Hanya antara mereka (pelaku) dengan Tuhan. Jadi untuk apa undang-undang diwujudkan? Baik kita bubarkan sahaja undang-undang, kerana manusia tidak boleh menghukum. Kita biarkan perompak, penipu, perasuah, pembunuh dan perogol bebas kerana kita tidak tahu isi hati mereka (persoalan hati/terlihat dari segi zahir sahaja ) dan belum tentu kita masuk syurga dan mereka masuk neraka!
N/B: Apa yang penting adalah kesungguhan/kemahuan negara itu sendiri dalam mendaulatkan Islam sebagai sumber hukum tertinggi. Bukan memberi alasan seperti negara ini negara majmuk, tiada kepakaran, tiada negara yang 100% Islam, takut dilabel sebagai autokratik/jumud/ekstrim dll. Andai kebejatan masih berlaku jika segala usaha telah dilakukan, barulah kita boleh berlepas tangan dan menyerahkan pada Yang Maha Kuasa kerana ianya di luar kemampuan kita. Peribahasa Melayu ada menyebut "mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
27 ulasan:
salam..
kemanusiaan sering hilang
bila kedewasaan kita
tiak mengenal derita
dala kehidupan...
bukan madu dan racun aje... air dah minyak pon tak bercampur dorang kata... baikkk punya alasan
Racun & Madu tak mungkin bersatu....
Salam Pasifist..
Pandai memilih antara madu dan racun.. pasti racun itu tak boleh menjadi madu.. tapi madu itu boleh menjadi racun jika telah tamat tempoh..
menanti perubahan..
salam saudaraku pacifist..
beginilah nasib kita realiti menjadi hamba di negeri sendiri..ikut telunjuk mencucuk mata..
alhamdulillah berjumpa kita akhirnnya..belanja makan?no hei..bila2 senang..aok ada no koi.he he
salam abg..
mungkin kah perubahan akan ada?
segunung harapan, bagai penantian tiada bertepian..
Salam Ukhuwah....
mungkin kalau madu dan racun bila dicampurkan akan jadi natural. 0-0 seri kot.
salam...
hurm....
andai hati kurangnye iman, madu dan racun pn susah nk beza..
dua2 pn ambik!
haih...
salam ziarah..
enta faham maksudnya bukan..
ini la yG dikatakan amik separuh buanG separuh..h0k suka & untung dia amik, h0k tak suka, tak untung tak payah ikut..bila kecetekan akal mengatasi kebijaksanaan Tuhan, cam ni la jadinya..
usah la berdalih berbagai alasan, sedangkan syariat & perundangan Islam boleh melentur mGikut kemajuan zaman
salam ziarah saudaraku pacifist!
ana minta maaf kerana lambat berkunjung semula kerana brau sahaja pulang dari program..
artikel2 di blog tuan sangat menarik dan membuka minda..
saya bersetuju dgn artikel ini..
ini adalah membuktikan bahawa pimpinan negara kita mengamalkan budaya sekular, tak ubah seperti turki.
pada saya, budaya ambil separuh tolak separuh inilah yang membuatkan amerika memuji malaysia sebagai negara islam contoh..
kita pula tersengih2 suka,haha!
umpan sudah mengena! islam di malaysia hanyalah islam kosmetik..nampak pada luaran tapi isinya kosong..
sekian dulu dari saya
saya juga pohon ambil isi dari artikel di atas utk saya tambah utk artikel br di blog saya..
kita hanya mampu melihat sahaja...
Salam,
Saya suka komen releven,sungguh mendalam maksudnya.
to Bean Moreno,takkan tengok saja,takkan nak membiarkan anak-anak kita diberikan madu bercampur racun setiap hari.
Amal makruf nahi mungkar,itulah prinsip Islam yang tdk boleh kita tinggalkan dlm diri kita.
Dimana saja kita berada dan tidak kira siapa kita,kecil atau besar pengaruh kita.kita wajib mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata,walaupun membenci dlm hati.
Kata Rasulullah membenci dlm hati saja adalah selemah-lemah iman.
Yang penting kita lakukan apa saja sekadar kemampuan kita,yang selebihnya serahkan pada Allah.sekurang-kurangnya kita dapat terlepas dari tangungjawab di hadapan Allah nanti.
Artikel yang sangat relevan ya akhi..teruskan perjuangan menentang kerajaan SEKULAR UMNO....Takbir!!Ana sentiasa akan menyokong akhi ....
slm sahabat,
nmpaknya komen kengkawan dh mlengkapkan segala2nya.
mmg patut pun sesekali lihat manual hak penguna. kalau expired date, nak simpan apa lagi.jgn sampai madu meracun diri, rugi smpai bergenerasi...
Susah nak cerita perkara ini apa pun terkadang kalu bender dah lama tentu datang bahayanya.
Salam,
"Yang halal itu jelas, yang haram itu jelas"
salam.
kemanisan madu itu akan dtg bila kita mgngikut jalan ALlah. sekiranya kita tolak Jalan Allah.. kita tidak ikot ajaran islam.. maka racunlah jadinya. sama2 kita kuatkan iman. agar racun yg semakin merebak ini dapat kita hapuskan dengan madu keimanan kita semua.
sistem down
assalamu'alaikum...
huuu "kullukum raiun..."
"atii'ulllaha wa atii'ur rasul wa ULUL AMRI minkum.."
~~~huuu pemimpinku~~~
nway; 'hubbul watan minal iman'.... hadis
"Ya Allah, bukakanlah hati2 kami walau kami bukan al-Farouk tapi jgnlah Kau biarkan ia terus tertutup.. amiin"
sy sokong pendapat nii...
"Perkara maksiat subur tanpa kawalan"
yg ni pun sama..hampir setiap hari..
dekat berita..paper pun..
dok semedang cerita sal benda ni..
sometime t'pikir gak..
Bukan ke m'sia ada undang2?tapi..
napa mcm xde?
Contohnyee..isu minum arak 2..
bukan sorunk dua yg minum arak..
byk sgt..tapi..perkara ni berlaku
mcm xde pape...
p/s;sori la..sy ni xdewasa g.
tp..sy ckp berdasar pe sy lihat..kalau salah..harap maaf ek..
madu adalah penawar kepada racun.
jangan biarkan racun terus terbiar begitu saja. kita berhak memilih dan memulih...
jangan hanya tunggu dan lihat
sesiapa berbuat jahat
lekas-lekas sedar sebelum terlewat
=)
salam semua
EnKelompen-manusia itu sendri yg menghilangkan sifat kemanusiaan mereka
EnCemomoi-madu+racun=beracun,
racun+madu=pun beracun(yg jelas sudah jelas)
EnMie-seruju dgn anda
EnSyed-setuju dgn anda juga
CikManna-perubahan dirintis oleh kita
EnZul-terima kasih.kita yg memperhambakan diri sendri di tanah air,walaupun penjajah sudah pergi
DikMacy-perubahan ttp berlaku,bergantung pd usaha dan tawakal kita
PnAtie-salam ukhwah kembali
EnEndiem-deme ikut sifir(perkiraan) barat kot
CikAyu-pemerintah berkuasa lebih dgn segala enakmen, akta dll
EnAzrai-setuju,mereka mencatur agama,sepatutnya agama yg mencatur mereka.
EnRazin-kedatangan saudara dialu-alukan,terima kasih.ya negara sekular,islam hanya di pinggiran
EnBean-kita juga harus berusaha utk mengubahnya,ke arah yg lebih baik kerana hidup kita bukan setakat ini sahaja
EnIjoks2009-setuju dgn anda,terima kasih memberi tambahan
EnNa'im-terima kasih,bersama kita menentang kemungkaran
EnPie-ya setiap benda di dunia ada tamat tempoh,spt kita manusia.begitu juga ideologi ciptaan manusia.kembali kpd fitrah
EnYassin-memang payah utk dikata,tp perlu juga dikata
Ros llliyyuun-tepat sekali,ttp mereka masih....?
EnAman-sama2 kuatkan iman,sama2 berpadu tenaga menyokong golongan yg mahukan islam
EnMazru-ya,sistem yg semakin jauh terpesong
CikAnah-Amin....
MissXYZ-pilihan di tangan kita,utk meletakkan Islam di tempat yg sewajarnya
DikBieyra-Alhamdullilah,dik seorg yg matang.dik peka keadaan sekeliling.teruskan..
terima kasih kpd semua sahabat yg sudi berkongsi masa dan masa dalam kita "merungkai kemelut umat" sy amat-amat menghargainya
Salam, Alhamdulillah jadi Ummat Muhammad. Sama-samalah menegur. Kongsilah lagi, keh suka juga membaca entri gini. Bior kesat jangan sesat! Sepuluh bintang kasi markah!
Kerajaan kita cakap tak serupa bikin...
Catat Ulasan