LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Jumaat, April 02, 2010

HALAL oh HALAL


Sudah 52 tahun kita merdeka, tetapi kita masih terkial-kial mencari yang halal di luar sana. Bukan halal yang melibatkan perkara yang diketahui umum seperti judi, arak, zina, dll (itupun ramai yang berani melanggarnya) maksud disini, halal yang melibatkan penyediaan makanan @ logo halal. Memang sebagai pengguna kita kena bijak memilih, tetapi jika mempunyai logo halal pun diragui kehalalannya. Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah pengguna itu sendiri? Peniaga? @ pihak berwajib yang diberi amanah untuk menjaga hal ehwal umat Islam? Sesuatu yang amat pelik, negara yang ditadbir oleh pimpinan Islam gagal @ terlepas pandang dengan apa yang berlaku. Adakah masalah ini kurang penting pada pandangan mereka? Adakah aspek pembangunan fizikal lebih penting daripada aspek pembangunan rohani? Jika perkara ini berlarutan, kepada siapa kita hendak bersandarkan harapan? Perlukah kita akur semata-mata ianya datang dari kerajaan pusat? Sampai bial kita harus dipermainkan oleh peniaga yang mementingkan keuntungan sehala dan pihak berwajib yang hanya bermanis muka sewaktu musim pilihanraya? Pada pandangan saya, tempoh 52 tahun sudah cukup untuk merangka pembangunan negara kerana kita ditadbir oleh parti yang sama. Lainlah jika kita sering bertukar kerajaan! Kenapa mereka (peniaga) berani bertindak sedemikian? Jawapannya, kerana tiada ketegasan/ketelusan/kesungguhan dalam pentadbiran. Adakah kita hanya mengharap kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membela kita, sedangkan kita mempunyai satu sistem kenegaraan iaitu kerajaan?
-Saya akui khalayak tentu sedar tulisan saya ini mempersalahkan/mempersoalkan pihak atasan atas apa yang berlaku.
-pada saya, mereka harus dipertanggungjawabkan, kerana mereka adalah ketua/kepala/pemimpin kepada kita, melainkan mereka sudah menjalankan amanah dan kita pula sengaja memilih yg haram.
-Al-Quran juga menyatakan pemimpin harus bertanggungjawab ke atas orang bawahannya.
-saya juga berharap mereka bermuhasabah dan sedar-cukuplah umat Islam diuji selama ini.
-Di sini, pengguna Islam telah menjalankan peranan mereka dalam memilih perkhidmatan yang mempamerkan logo halal (yakin kepada kerajaan).
-Sekarang, pihak kerajaan pula kena bertindak tegas kepada mereka yang sengaja mempermainkan sensitiviti umat Islam, jika mereka benar-benar menjaga hal ehwal umat Islam. Jika tidak, sudah tidak relevan kita masih mempertahankan kerajaan yang ada.

Ikuti wawancara ini, klik di sini-Malaysia tiada akta halal sejak merdeka-Renung-renungkan


18 ulasan:

piewahid berkata...

assalamualaikum sahabat,

mmmph... dah 52 tahun kita merdeka, masih xmampu selesaikan isu ini ya..

bak kata almankaraqi:
logo HALAL yg HARAM!

zulkbo berkata...

salam pasifist..
berbuih dah mulut bila mebicarakan soal ini..betul apa yang entri saudara katakan..saya setuju..MENCARI YANG HALAL ITU WAJIB..wallahualam..

mazru berkata...

salam..

Isu yg tak pernah selesai..

terokai seni berkata...

assalamualalaikum.

eh napa orang tak letak logo halal kat kedai toto erk, kan ada orang buat sendikit judi haram kena tangkap?

Pacifist berkata...

salam kembali,
EnPie-52 tahun telah berlalu dan dgn apa yg berlaku telah menunjukkan setakat mana Islam didaulatkan di bumi Malaysia

EnZul-kita selalu menjaga sensitiviti kaum lain, tetapi sensitiviti agama dan kaum sendiri sering diabaikan kerana mereka telah mengambil kesempatan atas psikologi org melayu yg bertolak ansur/lemah lembut/pemaaf/terlalu mengenang budi.

EnMazru-tidak akan selesai jika Islam sekadar di pinggiran

EnCemomoi-pandangan sinis pd 'mereka'.apabila yg halal diharamkan,yg haram dihalalkan

endiem berkata...

Di negara kita sendiri, banyak pihak berkuasa yg memberi pengiktirafan logo halal. Antaranya JAKIM, Jabatan Agama Negeri negeri seperti Pahang, Selangor, Perak dan logo masing masing pun berbeza. Ada juga pengiktirafan Halal di beri oleh swasta. Nak beri taraf tu satu hal kemudian dan buat pemantaun dan audit pun satu hal yang lain jugak.

Relevan berkata...

Salam pasifist..
Halal pada logo..perlu diambil kira juga dari aspek kebersihan sesatu barangan itu walaupun didapati ianya halal..baru baru ini terdapat penyembelihan ayam yang cukup sempurna..tapi setelah disiap proses ayam2 tersebut diletak kan diatas lantai simen sahaja..

uj berkata...

bukan setakat HALAL tapi juga kena TOYYIBAH so HPA ialah jawapanya hehhee

Jamal Ali berkata...

Salam sahabat,
benar-benar, walaupun ada logo halal kadang-kadang ragu-ragu juga kita nak membelinya...
Hmmmm....

shameel Iskandar berkata...

Isu ini takna selesai rasanya. Masing2 ada peranan. Pengguna dan NGO pun ada peranan. tapi peranan mereka amat terhad dan terbatas. Yang Paling Berkuasa ialah KERAJAAN.Amat malang kerana kerajaan lebih ghairah dgn perkara yg krg bermkna.

Kadang2 saya tertanya2 juga. Halalkah undi yg diberi kepada kerajaan yg tak cakna terhadap isu halal haram ni.

Unknown berkata...

Kerajaan sendiri dah lupa tanggung jawab sebagai Pemerintah,mereka hanya tahu berpolitik,jika timbul isu politik baru nak sibuk.

kelompen berkata...

salam rodong
rasa kecewa yang bukan sedikit, mengenang perkara ini yg berlarutan tanpa satu keputusan konkrit, melibatkan tudung mrnuding jari pihak berkenaan, terlalu protokol kerana ketidakmampuan menangani kes kes melibatkan ummah. desakan demi desakan kita tidak dipedulikan..

Pacifist berkata...

salam semua,

EnEndiem-apa yg kita mahukan adalah kesungguhan pihak berwajip.jgn spt melepaskan batuk dtangga,ni bkn pkara remeh.

EnSyed-betul tu,secara keseluruhan jgn logo je halal

uncle-betul tu,sy pun dah jadi ahli HPA

EnIJ-sesuatu yg tidak kena dgn pentadbiran sekarang

EnShameel-menarik ttg akhiran"halal ke undi yg yg diberi kpd kerajaan yg tak cakna dgn isu tersebut"

EnIjoks2009-sensitif hanya sebentar,sebelum isu lain pula timbul

EnKelompen-ramai yg kecewa ttp tidak bertindak utk menghukum..

annfrendly berkata...

salam...
kadang2..takut nak makan diluar..
cha ya nun aif terlebih bijak nak menipu..
letak org indo yg bertudung di kaunter makanan.. bila selidik2.. baru tahu stall makan tu org cha ya nun alif yg punya.
apa yg penting kena selidik dulu sebelum makan.. rasanya hati lebih selesa kalau makan makanan yg dimasak sendiri di rumah..

Hairun Azmi berkata...

Pihak berkuasa mestilah kosisten perlaksanaan Sijil Halal di Malaysia.

NorshahilaSabarudin berkata...

ermm betul tu,isu yg x penah selesai wpon dh 52 thn merdeka..Tp skrg kalau ada sijil halal pon,cammaner ngan kebersihan penyediaan makanannya..Nk tgk aduan rakyat mlm ni,tgk preview kt belakang kedai tu cukup meloyakan tekak..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

kakak maCy pernah cakap ade fishball yang tak halal. dia blajar biotech. dari 20 sample, 19 tak halal. sebab ada bahan ape tah. maCy lupa nama dia.

tapi.. benda2 makanan mcm tu kan byk dijual... susahnya~

Pacifist berkata...

salam semua
CikAnn-setuju dengan anda umat Islam perlu lbh selektif.

EnMie-setuju dgn anda juga

MokBudok-itu yg memuskilkan kwn,52 thn...lame tu...

DikMacy-itulah masalahnya,pembekal yg bermasalah tidak didedahkan supaya pengguna boleh tahu dan mengelakkan dr terbeli.

Related Posts with Thumbnails