-
Jumaat, April 16, 2010
AYUH BERJIHAD
DENGAN SEGALA KEKUATAN/KESUNGGUHAN/KESEDARAN (segarkan)
Pengertian JIHAD dalam bahasa yang mudah adalah "melakukan sesuatu perkara dengan dengan nama Allah/berjuang kerana ALLAH. Jadi apa-apa perbuatan yg dilakukan kerana Allah oleh kita sebelum ini/sekarang/akan datang adalah Jihad.
Dalam laman blog ini menyentuh aspek persoalan Jihad membebaskan bumi Palestin yang sekian lama menderita selepas kejatuhan Daulah Uthmaniah pada tahun 1924.
Jadi Jihad apakah yang harus dilakukan?
DOA
-Berdoa kepada Allah supaya mereka di sana diberi kekuatan untuk menghadapi tribulasi/mehnah/dugaan yg melanda.
-Berdoa juga untuk diri sendiri supaya kita juga diberi kekuatan supaya boleh bertindak lebih daripada sekadar berdoa.
DERMA
-Mendermakan apa sahaja yg termampu seperti wang ringgit, makanan, pakaian, ubat-ubatan dan juga senjata supaya mereka dapat mempertahankan diri. Bukan sekadar makanan, pakaian dan ubat-ubatan.
-Mereka bukan seperti haiwan di dalam reban yang menunggu masa gemuk untuk disembelih oleh para Thagut!
BOIKOT
-Memboikot ekonomi/perkhidmatan yang nyata memberi dana kepada pertubuhan Yahudi Zionis. Walaupun syarikat tersebut hanya francais kepada mereka.(mereka tetap mendapat dana tersebut). Malaysia tidak terkecuali.
PENULISAN
-Menulis/menyebarkan artikel berkenaan permasalahan umat Islam di serata dunia dengan harapan dapat membuka mata dunia khususnya umat Islam yang tidak ditimpa 'malapetaka' seperti mereka. Sedarkan mereka dari lamunan. Hidup ini bukan setakat makan, minum dan berhibur, tetapi lebih dari itu!
DEMONSTRASI
-Bersama berkumpul bersama mereka bagi menunjukkan sokongan atas isu-isu yang melibat permasalahan umat Islam. Ingat! hak untuk berhimpun dijamin oleh perlembagaan, Jangan termakan oleh dakyat mereka "demostrasi bukan budaya kita". Habis, yang Armahum Dato' Onn Bin Jaafar buat dulu apa? Bukan demostrasi untuk menarik sokongan orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Dan lihat pula bila berapa buah negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat, mereka menjilat semula ludah mereka dengan mengadakan demostrasi!
SUKARELAWAN
-Membentuk/membimbing pasukan sukarelawan untuk dihantar ke tempat konflik. Kerana dengan bersatu/sepakat, kita akan menang.
-Kerana apa? Kerana pihak Zionis berjaya mempersiapkan pemuda/tentera untuk menyembelih umat Islam.
-Dan mustahil kita hanya mampu melihat, Ini semua kerana kalimah Jihad berjaya disempitkan. Persoalan Jihad menjadi perkara taboo (pantang) untuk dibicarakan kini.
JIHAD HAWA NAFSU/EKONOMI/ILMU
-Akan terus berlangsung andai hayat masih dikandung badan. Jihad ini boleh disemai jika negara itu tidak mengalami konflik. Tetapi jika apa yang berlaku seperti di Palestin dan dimana sahaja tiada Jihad selain Al-Qital (peperangan). Untuk membebaskan dan mengembalikan semula maruah diri.
-Sesuatu yang amat pelik, jika Yahudi Zionis berjaya mempersiapkan para pemuda untuk menyembelih umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu. Ya, menahan nafsu untuk kesana demi memuaskan nafsu di sini.
-Tiada tanda aras/kayu pengukur untuk menunjukkan kita sebenarnya berjaya berjihad hawa nafsu/ekonomi/ilmu. Melainkan mereka yang berjihad dengan semua Jihad yang ada. Bukan mengambil sebahagian dan menolak sebahagian lagi dengan pelbagai alasan untuk menunjukkan ada jihad yang lebih besar. Ingatlah sesuatu perkara yang dilakukan kerana Allah adalah BESAR. -Persoalan Palestin menuntut pengorbanan kita semua. Segarkan/cerahkan minda dalam memahami erti JIHAD.
JIHAD DI MALAYSIA
-Menyokong/membantu/mengundi organisasi yang mahu memartabatkan Islam pada tempat yang sewajarnya. Tidak kira mereka itu Badan Bukan Kerajaan (NGO) @ Parti Politik. Kita semua bertanggungjawab jika Islam di Malaysia tempang (dihina/tidak dihormati). Kita adalah sebahagian daripada sistem kenegaraan. Mahukah kita, jika negara kita dipimpin oleh mereka yang meletakkan Islam hanya di pinggiran?
-Jawapannya ada pada kita semua, buka hati,buka minda, kenali mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
20 ulasan:
Salam drp saya..
Amat luas pengertian JIHAD ini paling penting jihad melawan hawa nafsu.
Semoga kita sama2 berjihad dijalan kebenaran allahhuakbar!
dapat berjihad boikot barangan mereka pon suatu pertolongan yang amat kecil
cegah kemungkaran walaupun dengan hati.. itu le selemah-lemah iman
Allah Hu Akbar...
Salam saudaraku,
Berjuang, berjihad lah ikut kemampuan Iman.. Kekuatan bangun malam dan berdoa buat mereka yang berada di medan perang..
Salam Ya Akhi,
Ya ayuh kita berjihad menentang kezaliman!!!
Salah satu bentuk Jihad:
Bersabda Nabi Muhammad S.A.W
Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim.
(HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi
Tapi jangan lupa Jihad dalam peperangan untuk kita gugur sebagai Syuhada'...Nikmatnya menjadi syuhada' ialah para syuhada' tergolong dlm golongan yng tidak akan disoal diakhirat kelak dan para2 syuhada' akan terus ke Syurga..Takbir...
“ALLAH matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perlembagaan kami, Jihad perjuangan kami & Syahid setinggi-tinggi harapan kami". Takbir ALLAHUAKBAR!
boikot..
terasanya..
maCy awal2 dlu beberapa bulan boikot mcD, etc..
tak ikut pun kawan2 makan situ semua..
tp last2 rindu sangat kat mcFlurry dia..
nak kena mula boikot semula ni..
salam sahabat,
jazakallah...
ada beberapa cdgn sahabat tu seperti doa, boikot, penulisan, jihad nafsu memang mampu boleh kita lakukan bila2 masa. jadi, saya menyeru kepada diri sendiri dan kengkawan yang lain, adakah darah saudara kita lebih mahal dari sebotol air coke atau seketul ayam goreng (yg tersembunyi racun di dalamnya)?
paling penting, bebaskan minda daripada di jajah kerana sentiasa berfikir bahawa semua barang amerika dan yahudi tu bagus, sedap, lazat dan berkualiti.
jihad melalui apa saja lorong yg ada...
mudahan kita semua dilindungiNYA
amin... =)
Salam saudara,
Orang kite ni kalau sebut pasal jihad dorang pk jihad hawa nafsula yang paling besar, dan itu yg mereka kata nak cuba lakukan hingga ketepikan jihad al-qital. tapi masalahnya nak boikot barang yahudi laknatullah ni pun punyelah payah. mcm2 alasan. Iklan kat tv pulak menjadi2...sedangkan
BOIKOT adalah salah salah satu jihad hawa nafsu! Em nampaknya org kita KALAH dengan jihad ni. mgkin dah terlalu bergantung pada syarikat2 berkenaan. Kerajaan patut amek tindakan,patutnya sekat brg2 dorang masuk cni. Jgn hangat-hangat taik ayam jer.
jihad dari konteks yang aman, adalah jihad yang menyihatkan. Buat apa kita berjihad kalau mengorbankan nyawa orang yang tidak bersalah
jihad tegakkan kebenaran ! yaah...
salam,
terima kasih atas pandangan sahabat2 semua.saya amat menghargainya.jihad akan terus berlangsung selagi kita bernyawa.jihad juga menuntut pengorbanan.
Salam.. dah 9 tahun boikot.. Sejak saya 9 tahun.. Bermula dengan protes tak mau makan di Mc Donald, Starbucks, tak beli Levis dll, keluarga saya mengalah dan memahami.. Sampai sekarang kami masih boikot.. Tak mati pun.. Kecewa dengan ramai umat Islam yang tak istiqamah.. Nampaknya jualan amal Israel lebih berjaya daripada tabung derma Palestin.. Sedarkah kita lebih banyak menyumbang kepada Israel daripada kepada Palestin? Sekali 'derma' Israel? RM 50! Derma Palestin? 50 sen? Tak payah lah mengaku penyokong palestin jika mentaliti anda masih seperti yang saya sebutkan..
love this post!terutamanya bahagian jihad melawan nafsu..ah..malunya~
jihad melalui apa yang kita mamapu.. selagi ape yang boleh dilakukan seperti memboikot produk2 mereka, menulis tentang kekejaman mereka.. good work bro...
salam sahabat..
yahudi ni ada juga berbilang
yang paling zalim zionis yahudi
puak ni lah yang membunuh orang palestin..
salam sahabat...
ayuh semua umat islam bangkit melawan israel dan sekutunya amerika..boikot semua barang buatan israel dan amerika sehingga mereka menyerah kalah...
mari kita semua berdoa, dan melakukan solat hajat supaya israel dan amerika dikenakan bala daripada Allah swt..
(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok.(Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras;engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah(disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, keranamereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yangmemberi kebaikan kepada mereka).Surah Al-Hasyr ayat 14
salam buat sahabt.
Kata org bodoh a.k.a banggang, mmboikot produk Yahudi umpama menabur sesudu gula ke lautan yg luas. Mustahil dpt memaniskan atau menghilangkan kemasinan lautan yg Maha Masin. Tapi, org cerdik yg beriman berkata, w/pun ia usaha yg kecil tapi mampu mjadi kuat jika dilakukan scra brtrusan & tuntas. umpama titisan hujan yg sgt kerdil tp jika brtrusan mampu mendatangkn banjir.
Bile sebut je Israel koi rase panas je.Bukan hari ini tapi sejak dari dulu lagi.
Catat Ulasan