-
Rabu, Mac 31, 2010
YAKIN DAN PERCAYA
Kita sebagai seorang Islam percaya adanya Allah s.w.t dengan sifat 20 yang wajib, sifat 20 yang mustahil dan 99 nama-namaNya (asmaul husna), namun kita kurang yakin dari segi:
REZEKI
Kita takut rezeki kita tiada sedangkan rezeki kita telah ditentukan kadarnya sejak azali. Yakin hanya dengan pekerjaan/kerjaya tertentu sahaja akan memberikan kita rezeki sedangkan rezeki Allah s.w.t meliputi langit dan bumi, janji kita berusaha dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.
Takut ditukar/dibuang kerja jika menyatakan kebenaran, mengkritik, membongkar penyelewengan dan berlepas tangan daripada persubahatan-jika bekerja dengan kerajaan @ majikan, jika bekerja swasta @ perniagaan akan merosot jika bekerja sendiri.
MATI
Takut mati syahid, sedangkan mati itu pasti dan kematian boleh datang dengan pelbagai cara, tidak semestinya kematian menjemput sewaktu berperang membantu saudara seislam yang ditindas dan membela agama Allah. Kita juga tidak mengetahui bila, di mana, dan bagaimana kita akan mati.
Kerana kurang yakinlah kita lemah dari segala segi, kerana kita yakin manusialah yang menentukan perjalanan dan hala tuju hidup kita.
Jika kita benar-benar yakin dan percaya, hidup, mati, jodoh, rezeki di tangan Allah s.w.t, kita tidak akan bergantung/berharap/takut sesama manusia. Cukuplah Allah sebaik-baik penolong, perbendaharaanNya meliputi seisi alam (tidak pernah berkurang), tiada daya upaya melainkan Dia, daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali kerana nyawa kita berada di genggamanNya.
wallahu a'lam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 ulasan:
assalamualaikum,
kerana tak percaya rezeki dari Allah tu le yang membuatkan ramai yang saling hasad dengki, berebut dan sanggup pijak kepala orang, guna kabel dan sebagainya untuk memperolehinya... percaya le kalau bukan hak kita dan kita peroleh secara tidak yang hak pasti Allah akan rampas ketika kita dalam keadaan mabuk dunia
assalamu'alaikum sahabat..
tahniah kerana sudi bkongsi & menyampaikan.
mungkin ramai yang tahu tetapi hanya yg bnr² beriman dan dibuka akal fikiran sahaja yg mampu mengerti.
paling menakutkan, sekalipun mengerti & memahami tetapi ada masanya bukan dlm bentuk keyakinan dan keimanan yg total...
sgala pinjaman Allah kdgkala dianggap hak milik kekal.
nau'zubillahu min zaalik!
salam...
mmg pun kdg2 kita rase kuasa seseorang itu terlalu besar sdgkan dia pun manusia biasa...Allah la yang maha berkuasa..
salamullahi 'alaik..
huuu betul3, semuanya dah Allah tentukan..
"intansurullaha yansurkum wa yusabbit aqdamakum"..
yakinlah, Allah bersama orang2 yg benar yg yakin dengan ayat2Nya..
mudah2an kita sentiasa brsama jalan2 ahli ulul albab.. amiin
Ye btol tu. Ramai orang yang percaya akan Qada' dan Qadar Allah taala, tp kurang yakin. Tp orang yang benar-benar yakin pasti akan percaya dengan ketentuan Allah. Semoga kita dalam golongan itu (yakin dan percaya itu bersatu).
Amin.
in God, we trust.
hopefully we can strengthen our faith in God.
have a nice day :)
salam saudaraku..
memang benar kata saudara
rasanya diri saya pun masih banyak yang perlu di perbaiki..wallahualam
Salam,
artikel yang ringkas tapi bermakna besar,
dua poin diketengah, rezeki dan mati,
dua isu yang kerap bermain dalam minda, membuat manusia kerap berfikir,
manusia itu hanya merancang tapi Allah menentukan segala-galanya.
Yang penting adalah kepercayaan kepada Tuhan, menerima qada dan qadarnya dengan redha.
Percaya kepada pertolongan-Nya tidak kepada kuasa manusia yang tidak wujud dan tipu.
bersyukurlah apa yg ade...
hopefully we can strengthen our faith :)
Satu peringatan yang baik untuk memperbaiki keyakinan dan kepercayaan diri kita
Rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah.
Allah yang bersifat Ar-Razzaq akan sentiasa bermurah untuk memberikan rezeki kepada hamba-Nya.Allah yg bersifat Al- Mumit, berkuasa mematikan segala makhluk pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
kerana masih berprasangka buruk terhadap Allah, manusia jadi cemburu dgn rezeki org lain. Lagi malang hingga sanggup memekakkan telinga dan membutakan mata dgn kemungkran yg bermaharajalela. Lagi malang kerana, di sesetengah jabatan, golongan yang menyokong dasar2 kejam dinaikan pangkat manakala golongan yang berhaluan islam dilontarkan ke pendalaman.
Kekadang kita terharu pabila mengenangkan keyakinan tokoh-tokoh ikhwan muslimin terhadap Allah yang bersifat Al Mumit. Sebab itu Hassan al-banna rela dadanya ditembusi peluru demi kebenaran. sebab itu syed qutb rela digantung demi menoktahkan kebatilan.
Asalamualaiku,
Saya cukup setuju dengan cemomoi.
"kerana tak percaya rezeki dari Allah tu le yang membuatkan ramai yang saling hasad dengki, berebut dan sanggup pijak kepala orang, guna kabel dan sebagainya untuk memperolehinya..."
Jika kita dapat kerja atau projek dengan cara guna cable menyebabkan org lain yng sepatutnya dapat tapi di berikan pada kita ,siapa berani kata yang rezeki kita tu halal.
Rezeki itulah yang akan kita gunakan untuk menyara keluarga ,membeli keperluan hidup.
Adakah ibadah kita di terima dengan rezeki haram itu?
Rezeki adalah antara perkara yg paling sukar sekali di hisab di akhirat nanti.
dari mana sumbernya,
Kemana di belanjakan,
Adakah kita bijak berbelanja atau boros,
Adakah sudah bayar zakat mengikut kadar yg ditetapkan.
banyak sangat persoalan harta yang bakal di tanya di akhirat nanti..
Maaf huruf"m" dlm lafaz Asalamualaikum tak keluar.
salam kembali kpd semua,
EnCemomoi-sy setuju dgn anda.
EnPie-terima kasih atas sokongan,sampai menyampai sesama kita
CikShinju-hanya Allah yg berkuasa ke atas makhluknya
CikAnah-Amin ya Rabb allamin..
PuanRania-semoga kita semua tergolong dlm golongan tersebut
EnRa-kun-may Allah Bless all of us
EnZul-sesama kita perbaiki diri
EnJamal-terima kasih,manusia saling bergantungan,pd Allah jua kita berharap
CikguJang-semoga kita menjadi hamba yg sentiasa bersyukur dgn segala pemberianNya
EnMie-ingat mengingati sesama kita
EnShameel-setuju dgn anda-mehnah dlm berjuang
EnIjoks2009-semoga setiap sen rezeki kita diberkati
terima kasih semua sahabat kerana sudi berkongsi pandangan
Catat Ulasan