LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Ahad, Mac 07, 2010

SIAPA LEBIH HEBAT?


"Aku akan rasa hebat kalau aku dijemput ke pejabat PM,"kata lelaki pertama.
"Ah,itu tidak hebat.Kalau aku dijemput ke pejabat PM dan PM berjabat tangan denganku,"kata lelaki kedua.
"Itu pun masih belum hebat.Bukan sahaja PM berjabat denganku,malah PM berbual-bual denganku.Itu baru hebat,"lelaki ketiga pula bersuara bangga.
"Aku rasa itu pun tidak hebat,"kata lelaki keempat.
"Apa yang lebih hebat?"
"Aku ke pejabat PM dan ketika itu PM sedang bercakap di telefon.Melihat aku datang,PM serta merta meletakkan telefon untuk meraikan aku."
"Hebat.."ujar mereka hampir serentak.
Namun lelaki kelima masih diam,selamba.
"Bagaimana denganmu?"
"Aku datang ke pejabat PM,dan telefon di mejanya berdering..PM mengangkatnya,lalu berkata kepadaku,"Panggilan telefon ini untukmu!"Perlahan tetapi jelas kata-kata lelaki kelima.
"Ha, ha, ha..Kau memang benar-benar hebat,"kata mereka kepada kepada lelaki kelima.

Moral:Orang yang hebat mempunyai harga diri yang tinggi.Mereka tidak meletakkan harga diri mereka berdasarkan "orang besar" yang mereka kenali.Oleh sebab itu,mereka tidak perlu membodek sesama manusia.Sebaliknya mereka merasa merdeka untuk bersuara dan menyatakan kebenaran tanpa dibelenggu oleh takut atau inferiority complexs.

Ehsan: Majalah Solusi isu 11(sedikit suntingan)

9 ulasan:

zulkbo berkata...

Salam Saudara ku..
wah hebat entri baru ni..
banyak maksud tersirat di dalamnya..

mazru berkata...

Allah Maha Hebat..

al-mankaraqi berkata...

bacaan akal.......

orang muo berkata...

orang yang hebat ialah mereka yg merasakan dirinya tidak hebat...tetapi melaksanakan tugasnya dengan hebat...lalu orang akan mengakui dan mengiktirafnya dia memang hebat

uminas berkata...

Entry yg menarik..
orang hebat tidak memerlukan baris baris ayat...
Kehebatan terpancar pada keperibadiannya yang tersendiri..

shameel Iskandar berkata...

Kehebatan manusia akan berakhir tapi kehebatan Allah akan kekal selamannya.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli berkata...

setakat dapat jumpe pm tue apelah hebatnya.. dapat berjumpa Allah lah baru hebat.. berjumpa dengan penuh ketaqwaan, kezuhudan, tawadduk.. :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
Laman Web Stormreaders - http://www.stormreaders.co.cc/
Kedai Buku "Online" Stormreaders - http://www.stormreadersstore.co.cc/

Jom sertai Stormreaders! Dapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat Stormreaders, produk-produk ilmiah edarannya & cara-cara untuk menjadi ahli dan pengedar di http://www.stormreaders.co.cc/ sekarang!

piewahid berkata...

analogi yg bagus!

Pacifist berkata...

salam buat semua sahabat.terima kasih memberi komen pd artikel ini.manusia yg lupa diri sahaja yg mendabik dada bhw mereka itu hebat.sedarkah kita yg kita ini keluar dari tempat kencing 2 kali?bunyinya kasar tp itu baris ayat yg digunakan ulama silam utk menurun ego manusia yg ego dan bongkak.apabila para pemimpin tidak mendampingi ulama @ tidak mendegar nasihat ulama,maka sifat keAKUan akan muncul dlm diri.merasa diri ini hebat,berkuasa,hanya aku yg mampu memusnahkan dan merendahkan martabat musuh.sejarah menunjukkan pengakhiran pemimpin yg bersifat demikian,dan juga pemimpin yg masih belum diberi'ganjaran'akibat perlakuan masa lalu.ambillah peluang utk bertaubat dan menyesali perbuatan2 lalu.

Related Posts with Thumbnails