Belum terlambat bagi saya untuk berkongsi tarikh yang amat 'istimewa' bagi umat Islam. Satu tarikh yang sering dilupakan @ kita memang tidak tahu @ kita tidak mahu ambil tahu. Di saat kebanyakkan umat Islam mengetahui tarikh 14 Februari, 1 April(April Fool), Hari Wanita, Hari Ibu dan pelbagai hari lagi, marilah kita kenang dan bermuhasabah diri untuk mengambil iktibar atas apa yang berlaku.
Tanggal 3 Mac pada setiap tahun merupakan satu tarikh yang amat meruntun jiwa bagi setiap umat Islam di zaman moden ini.
Demikian menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar ketika ditanya mengenai ulangtahun kejatuhan Khilafah Islamiyah di bawah pemerintahan Kamal Attaturk laknatullah.
Menurut beliau, tarikh 3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan Khilafah Uthmaniyah yang mana pada detik itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW.
Perkara ini sepatutnya amat mendukacitakan buat seluruh umat Islam di dunia. Tiada lagi kekuasaan menghalang kemungkaran dan juga kekuatan membela agama Allah di dunia ini. Islam dinodai dengan berbagai-bagai pengharaman ciptaan manusia yang bernama Mustafa Kamal Attaturk untuk menghalang penguasaan kerajaan Allah di muka bumi. Namun demikian, setelah lama dibuai mimpi, kesedaran mulai timbul dari pengajaran yang cukup pedih buat umat Islam ketika itu.
Kesedaran tentang kewajipan mewujudkan khilafah Islamiyah, yang mana tidak dapat tidak, wajib wujudnya khilafah ini yang memerintah dunia mengikut syariat Allah.
Maka, bermula pada tahun 1928, atas inisiatif seorang insan bernama Imam Hasan al-Banna telah merintis jalan untuk mengembalikan khilafah Islamiyah dengan menubuhkan satu jamaah Islam yang dinamakan Ikhwanul Muslimin.
Penubuhan Ikhwanul Muslimin ini telah mendorong penubuhan jamaah-jamaah Islam lain di serata dunia. Islam mulai bertebaran di serata dunia selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Benarlah janji Allah SWT di dalam al-Quran ” Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang ” – Al Maidah : 56
Ayat di atas menerangkan tentang janji Allah SWT yang tidak ada syak padanya. Kemenangan Islam telah dijanjikan oleh Allah SWT. Hanya mereka yang berpegang teguh kepada agama Allah dijanjikan kemenangan olehNya. Hasil daripada penubuhan Ikhwanul Muslimin, Malaysia juga tidak ketinggalan untuk sama berada di dalam gelombang usaha menegakkan kembali khilafah Islamiyah. Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah bersama dengan Ikhwanul Muslimin untuk menegakkan khilafah Islamiyah khususnya di Malaysia.
Berpegang kepada aqidah yang satu, gerakan Islam di seluruh dunia meyakini khilafah minhaj ’alan Nubuwwah pasti akan kembali untuk mentadbir muka bumi Allah SWT. Allah tidak akan membiarkan manhaj ciptaan manusia untuk terus memerintah muka bumiNya.
Menurut Ustaz Abu Bakar lagi, sebagai umat Islam, kita wajib meyakini kemenangan Islam. Cuma pada ketika ini, ujar beliau, kita tidak tahu negara mana yang akan menjadi Daulah Khilafah. Kita juga masih tidak tahu siapa khalifahnya untuk dibai’ah. Sebagai umat Islam, kita wajib berjuang memerah setiap titik keringat dan darah yang ada untuk memenangkan Islam. Sebagai akhirnya, beliau menyatakan, Allah tidak akan bertanyakan tentang hasilnya, akan tetapi Allah akan bertanya apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.
Ehsan: http://perak.pas.org.my/ dengan sedikit suntingan
12 ulasan:
Semoga jalan yang dirintis Assyahid Hasan Al-Banna dapat sama2 kita ikuti.
Salam sahabat,
Kamal attaturk mmg pengkhianat..mayatnye juge tak di terima bumi..azab sungguh cara dia meninggal..
semuga satu hari nt khilafah yg dinantikan itu akan bangkit..insyallah.
Salam rodong..Orang kita banyak mengingatkan tarikh tarikh penting peristiwa dalam negara dan luar negara sahaja..Tarikh tarikh penting dalam Islam banyak dilupakan..
terima kasih atas perkongsian.. kalau tak maCy memang tak tahu.. syukran sangat :)
malu nak ngaku tapi itu lah hakikatnya, sy pun xtau tarikh tu...:(
Sesungguhnya kita yang bersenang lenang kat Malaysia ni sering lupa dan abaikan tarikh2 penting dalam sejarah Islam...Semoga Allah memberi rahmat ke atas tuan hambe di atas perkongsian dan peringatan ini. InsyaAllah.
salam saudaraku..
sesamalah kita memperjuangkan peninggalan rasul kita nabi MOhammad SAW..ALLAHUAKBAR 3X..
iye betui, kita selalu malu dan rasa remeh untuk mengingatkan sesuatu yang penting yang berkaitan dengan agama kita
salam sahabat,terima kasih kerna sudi berkongsi pandangan,
EnFathi-Insya'allah,mari kita saling ingat mengingati
EnMazru-ya,betul,kelahiran yg membawa bencana pd seluruh dunia Islam,kita pun kena muhasabah diri kenapa ini semua terjadi
EnReleven-betul apa yg dikata,pemerintah pun tidak mempromosikannya,ulama salaf memberi menukilkan "seseorang hanya menyibukkan atas apa yg dicintainya"
AdikMacy-sama-sama,berkongsi apa yg ptt
EnPie-pengetahuan kita samada lambat @ cepat,kita sama-sama mencari redha Ilahi
Rania-terima kasih,ia bergantung pd kesungguhan kita dan sistem yg sedang berjalan.
EnZul-Insya'allah,bersama kita berganting bahu,memerah keringat yg ada,Allahuakbar 3x
EnCemomoi-umat Islam kini mengalami perasaan rendah diri yg amat sangat,sampai malu utk mengaku sesuatu yg menjadi kepunyaan sendiri
satu faktor kejatuhan khalifah uthmaniyah,ialah fahaman nasionalis yg melampau. org Turki disemarakkan agar mencintai Turki dan mengangungkan turl isebagai bangsa Eropah. X heran jika si gila bernama mustyafa kamal sanggup tukarkan azan dan solat ke bhasa turki.
Org arab pula dimomokn oleh sentimen arab yg berlebihan.
Jd berhati2lh kita dgn ultra-nasionalis. terlalu berbahaya. Tapi, jika sifar nasionalis pun bahaya juga. Jadi, jadilah nasionalis yg berpaksikan agama. Agama mendahulukan bnagsa.
Semuga pemerintahan Islam tertegak dan terbela di Malayasia
salam semua,
saudara shameel-sy setuju dgn anda
EnMie-itu yg kita harapkan tp kita kena mendpt sokongan rakyat,lbh2 lg yg mengaku berugama Islam,Amin...
Catat Ulasan