LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Isnin, Mac 22, 2010

KENALI PERTUBUHAN YAHUDI

1.Temple Mount Rabbinical Court
lanya merupakan sebuah pertubuhan pengganas Yahudi yang bermotifkan agama. Mereka bergerak di kalangan rabbi-rabbi Yahudi yang beriman dengan kewajipan menegakkan Haykal sebelum kedatangan Messiah dan bukan selepas kemunculannya.
Mereka mempunyai pengaruh yang amat signifikan ke atas golongan terpelajar agama Yahudi. Ianya dianggotai oleh para rabbi yang begitu obsessed untuk mendirikan semula Haykal seperti Dov Lior, Nahman Kahane dan Israel Ariel. Pada bulan Ogos 2000, pertubuhan ini telah mengeluarkan fatwa mereka kepada orang-orang Yahudi untuk merempuh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa yang mereka dakwa sebagai tapak Haykal yang dijanjikan Tuhan Yahweh untuk bangsa Yahudi.

2. Ateret Cohanim
Merupakan sebuah “non-profit” NGO (Amutot) yang bertugas untuk membeli tanah-tanah dan segala hartanah di al-Quds dan juga kawasan sekitar “Mountof Temple” (Masjid al-Aqsa). Mereka berpusat di al-Quds dan aktif membeli hartanah dari kalangan warga Arab yang materialistik. Ditubuhkan oleh anggota kumpulan Yeshivat HaGolan pada tahun 1978 sebagai Yeshiva (pusat pengajian agama Yahudi) untuk mempelajari hukum hakam berkaitan dengan kohanim dan upacara penyembelihan.
Dua kali dalam setahun, iaitu ketika perayaan”Passover” dan juga perayaan “Sukkoth’. Pertubuhan ini dan kementerian agama rejim Yahudi akan bersama mempelajari dan mengulang kaji semula hukum-hakam berkaitan dengan Haykal dan upacara ritual di dalamnya. Rabbi Shlomo Aviner iaitu rabbi di dalam pertubuhan ini mengatakan bahawa pengajian mengenai Haykal adalah untuk menjadikan Haykal itu sentiasa bersama dengan orang-orang Yahudi di dalam jiwa, spiritual dan intelektual mereka sebelum ianya dibina.

3. Shofar Benim
Sebuah kumpulan pengganas radikal yang mempunyai persenjataan dan mengambil pendekatan yang radikal untuk membina semula Haykal. Kumpulan ini mempunyai rangkaian kerjasamanya dengan kumpulan-kumpulan radikal sepertinya, antaranya ialah kumpulan YESHA (singkatan dari perkataan Yehuda, Samaria dan Gaza), kumpulan Zo Artzenu, Mateh MAAMATZ dan juga beberapa kumpulan-kumpulan lain yang dianggotai oleh individu-individu dan juga para hakham Yahudi.

4. Shocharey HaMikdash (Temple Lovers Group)
Ianya merupakan sebuah pertubuhan yang menghimpunkan beberapa pertubuhan Yahudi yang mempunyai aspirasi untuk membina kembali Haykal. Ianya juga dianggap sebagai pertubuhan yang paling berpengaruh dalam kalangan kumpulan-kumpulan radikal dan pengganas Yahudi yang bergerak dalam negara haram Israel. Pertubuhan ini diketuai oleh Profesor Hillel Weiss.Menurut Yehuda Etzion, seorang aktivis radikal Yahudi, cita-cita pertubuhan ini adalah untuk menghimpunkan semua kumpulan pengganas Yahudi yang bercita-cita untuk membina Haykal di bawah satu payung front yang besar agar semua usaha mereka dapat diselaraskan. Antara individu yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam organisasi ini ialah Hakham Baruch Kahane, anak kepada Hakham Meir Kahane, pengasas kumpulan radikal dan pengganas yang paling agresif di dalam negara rejim Zionis, iaitu kumpulan “Kach”.(gambar)
Ketika perhimpunan agungnya pada tahun 1999, kumpulan ini telah dibiayai oleh Kementerian Agama kerajaan rejim Zionis. Pada asal penubuhannya pertubuhan ini kurang mendapat sambutan, sehinggalah lima tahun kebelakangan ini, keahliannya meningkat secara mendadak dan mendapat sokongan dari ramai rakyat rejim.

5. The Temple Establishment Movement
Di awal penubuhannya ia diketuai oleh David Elbaum, Kini ianya diketuai oleh Rabbi Yosef Elbaum. Aktivisnya yang paling menonjol ialah Yoel Lerner. Pertubuhan ini ditugaskan khas untuk menjaga dan mengajarkan kepada para penjaga Haykal tatacara ibadat di dalam Haykal. Para penjaga Haykal dipilih berdasarkan keturunan mereka.
Mereka juga pada asal penubuhannya telah mengkaji dan menyusun semula tatacara ibadat-ibadat yang sepatutnya dilakukan di dalam Haykal. Ini adalah sesuatu yang rumit, kerana orang Yahudi telah kehilangan apa yang mereka dakwa sebagai “Haykal” (kedua) semenjak hampir 2000 tahun yang lalu. Mereka juga pada waktu ini sedang mempersiapkan pakaian para kohanem (paderi) dan rabbi yang akan berkhidmat di dalam Haykal, menyiapkan segala perhiasan-perhiasan di dalam Haykal dan juga menyusun jadual kerja para kohanem.

6. Machon HaMikdash (Temple Institute)
Ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Rabbi Israel Ariel, Moshe Neiman dan Michael Ben Horin di kawasan penempatan Yahudi dalam kota Baitul Maqdis. Rabbi Ariel merupakan orang nombor dua dalam gerakan Kach pada tahun 70-an, namun pada 1980 beliau telah dikeluarkan dari pertubuhan tersebut kerana mengeluarkan idea yang radikal berkenaan pembinaan semula Haykal.
Dalam Persidangan Haykal yang diadakan pada tahun 1998 di International Conference Center, Baitul Maqdis, beliau telah menyeru agar para peserta menyertai persidangan itu pada tahun berikutnya. Pada tahun berikutnya, beliau telah datang dengan memakai baju pekerja buruh binaan dengan katanya, “Saya bersedia untuk membinanya sekarang!”. Tindakan beliau ini didorong oleh ideanya bahawa Haykal mestilah dibina sekarang dan bukannya dibina oleh Messiah.
Manakala Neiman dan Ben Horin merupakan bekas ahli pertubuhan Kach yang aktif, mereka turut mempunyai aspirasi yang sama dengan Ariel. Pertubuhan ini telah membina pasu (balang) untuk mengisi kitab suci (200 commandments), namun ia hanya boleh digunakan apabila terbinanya Haykal.
Pertubuhan ini mendapatkan dana dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Pendidikan rejim Zionis dan pertubuhan Sherut Leumi, iaitu pertubuhan wanita-wanita beragama Yahudi. Mereka juga menerima bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan Kristian Protestan dari Amerika dan Eropah yang bercita-cita untuk menubuhkan Haykal.

7. Hai Ve Kayam (Enduring)

Ditubuhkan pada tahun 1990 oleh sekumpulan aktivis radikal dan pengganas Yahudi bawah tanah. Di antara penggerak mereka ialah Yehuda Etzion dan sekumpulan ekstremis dari kawasan penempatan Yahudi di Bat Ayin, Gush Etzion. Kumpulan ini mendakwa bahawa mereka adalah kumpulan yang telah ditugaskan oleh Tuhan untuk membina semula kegemilangan “Negara Israel” dan mereka juga mendakwa bahawa kehidupan mereka adalah berdasarkan adat istiadat “Haykal ketiqa”.

Di antara aktivis mereka yang terkenal ialah Yoav Lerner, orang yang bertanggungjawab menubuhkan gerakan radikal bawah tanah Yahudi ekstrimis yang bernama Gal. Kumpulan Gal mempunyai matlamat untuk menubuhkan sebuah negara “agama” Yahudi berdasarkan ajaran Halachah dan juga bercita-cita untuk meletupkan Masjid al-Aqsa yang didakwa sebagai sebuah bangunan “haram” yang didirikan di atas tanah Haykal.
Beliau telah ditangkap sebanyak tiga kali oleh pihak rejim kerana percubaan meletupkan Masjid al-Aqsa dari tahun-tahun 70 an sehingga tahun 90-an. Di antara anggota lain kumpulan Hai Ve Kayam yang terkenal adalah dari kalangan tokoh-tokoh radikal dan pengganas Yahudi seperti Kapten Moti Karpel dan Noam Livnat (saudara Limor Livnat) yang merupakan seorang penuntut di sebuah institut pengajian agama Yahudi radikal yang terkenal iaitu “Joseph’s Tomb Yeshiva” di Hebron.

N/B: Haykal @ Haikal Sulaiman (dinamakan demikian kerana didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s) ini mengikut pengertian mereka (Yahudi) ia adalah rumah ibadat pertama Yahudi di Baitulmaqdis. (tapak di mana Masjid Al-Aqsa sekarang !). Oleh kerana itu, usaha pencerobohan dan perobohan Masjid Al-Aqsa giat dijalankan sehingga sekarang.

Ehsan: (sahabatpalestin) dengan sedikit suntingan

11 ulasan:

piewahid berkata...

assalamua'laikum wahai sahabat.
t kasih atas perkongsian maklumat yg sungguh berfaedah.

slh 1 senjata utama akhir zaman ialah menguasai maklumat.

utk mengetahui kelemahan musuh, kita mesti mengenali musuh supaya dapat mencari kelemahan dan kekuatannya. dari situ kita dpt mengatur strategi yg sesuai.

antara kelebihan yahudi ialah kemampuannya bersatu padu & sikap jati dirinya thadap akar bangsa.

senjata utama mereka adalah knowledge, wisdom dan ekonomi.

mereka sedang memerhatikan kita, mengetahui maklumat dan lokasi kita serta menganalisis kita dgn hanya 1 akaun emel yg memaparkan data asas peribadi individu, website, blog, emel atau pencarian google.

sambil2 berblog, apa salahnya sesekali kita selitkan peringatan tentang bahaya yg menanti kita.

besar ertinya n3 sahabat kita ini.

mazru berkata...

salamm...

Thanks sharing..

zulkbo berkata...

salam saudaraku..
amat menarik di baca..penuh ilmiah..terima kasih kongsi sama..
yahudi tidak akan senang selagi umat islam beriman pada Allah dan bersatu..ada sahaja yang mereka lakukan untuk memecah belah sesama muslim dan menyesatkan kita..antara yang terbesar akan datang PIALA DUNIA 2010 nanti,jangan sampai lalai dalam menonton perlawanan itu nanti..kita tak dapat lari dari menyaksikannya..tapi hendaklah kita berwaspada agenda Yahudi laknatullah ini..wallahualam..

Relevan berkata...

Salam rodong..terima kasih dapat berkongsi kongsi maklumat berguna ini..

Hairun Azmi berkata...

Semuga pertubuhan-pertubuhan ini di laknati Allah..

terokai seni berkata...

waaa selama ni baca cerita yahudi amerika yang kuat lobi kat sana... tima kasih atas maklumat baru ni..

Pacifist berkata...

salam semua,

EnPie,betul aok cakak tu,kita seme berblog sambil berdakwah/menyampai/tabligh stakat hok kite tau,x tau kite tanye.

EnMazru-same-same,mudahan ade manfaatnye

EnZul-same-same,kwn pun layan piale dunie,ttp kite kene dulukan hok mane lbh utame

EnRelevan-same-same,perkongsian pintar

EnMie-itu yg kite harapkan

EnCemomoi-same-same,yahudi afa dimana-mana

-salut utk rodong2 seme-

shameel Iskandar berkata...

Org Yahudi terlalu sedikit di dunia ini. Majoritinya berada di israel dan yg lain2 bertaburan di dunia( ttp tertumpu di Amerika dan Eropah). Bangsa laknat yg pernh disumpah menjadi kera dan dibunuh oleh Hitler dlm korban Hollucost kini mula menguasai dunia.

umat islam yg teramai di dunia( mengikut apa yg ditulis oleh saiful islam) tetapi semakin hari smekain lemah. umpama buih di lautan dan dijadikan makann oleh kuasa kuffar

annfrendly berkata...

saya meman berminat baca pasal orang yahudi disebabkan mereka bijak mengatur strategy..

dalam diam mereka cuba menguasai ekonomi setiap negara dalam dunia.
mereka begitu merbahaya..

yang penting saya benci mereka..
sebab tulah saya tiada akaun facebook..
disebabkan pengasasnya adalah orang YAHUDI.

"teruskan perjuangan penulis.. mendedahkan YAHUDI"

Pacifist berkata...

salam semua,

Saudara Shameel-pepecahan sesuatu yg tidak dpt dielakkan pd waktu ini.apa yg penting kita kena bergabung dgn golongan yg mahu mendaulatkan islam dan cuba mengembalikan zaman kegemilangannya.walaupun jumlahnya kecil,perjuangan ttp diteruskan

CikAnn-terima kasih kerana sudi memberi pendapat, minat kita sama,ingin mengetahui perihal bangsa yahudi.tahniah,kerana berani memilih antara kepentingan peribadi @ kepentingan ummah.ttp jika ada manfaatnya boleh digunakan andai itu tidak bercanggah dgn pandangan agama.

Tanpa Nama berkata...

teringat tak habis baca lagi buku 'gerakan freemansory, musuh dalam menghancurkan Islam'

maCy kurang sangat ilmu tntang semua ni. baru berjinak jinak dan baru sedar pentingnya tahu, dan faham tntang smua ni..

syukran abg byk bg ilmu dr blog ni :)

Related Posts with Thumbnails