LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Jumaat, Februari 12, 2010

DIALAH PENGKIANAT ITU









MUSTAFA KAMAL ATATURK
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
Dari sumber lain pula, mencerita kan?Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.
  1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
  2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
  3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
  4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
  5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
  7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
  10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
  12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
  17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia seperti
  • Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  • Sakit jantung
  • Penyakit darah tinggi
  • Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!". Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

N/B:Secebis kisah yang telah berlaku dan menjadi sejarah.Kisah seorang manusia yang menolak agama sebagai cara hidup dan lebih teruk lagi menghina/memburuk/merendahkan martabat agamanya sendiri.Walaupun ada pendapat yang mengatakan beliau adalah ciptaan golongan tertentu,pembalasan tetap pembalasan.Janji Allah tetap pasti.Semoga kita semua sentiasa di bawah naunganNya.Kepada pemimpin di luar sana, sementara masih bernafas renunglah setiap tindakan supaya tidak terkeluar dari landasan.Sejarah akan berulang!

Ehsan daripada:(redkijang.blogspot.com) dengan sedikit suntingan

12 ulasan:

terokai seni berkata...

berasal dari keturunan yahudi daudamah, sampai sekarang bangsa turki masih sukar untuk bangkit menjadi bangsa muslim yang gagah... lenyap sudah sejarah muhammad al-fatih di tangan mereka sendiri

Pacifist berkata...

salam cemomoi.ya,satu usaha terancang menjatuhkan sistem kalifah,dan mereka berjaya memecahbelahkan kesatuan umat islam dgn sempadan geografi,bangsa dll.sy percaya sinar kebangkitan mula menyinar di turki.rakyatnya sudah muak dgn sekularisma.parti dan organisasi islam mula mendpt tempat.penggerak islam telah cuba melunturkan fahaman yg menebal dlm diri mereka.mungkin memakan masa,ttp usaha kearah itu sedang berlaku.bersama kita mendoakan kemenangan Islam.

n/b:kalau agama tidak boleh diaplikasikan dlm sistem politik,bagaimana agaknya?

piewahid berkata...

dlm begitu byk tanda2 balasan Allah pun... masih ada pemuja kamal ataturk & mniru doktrin beliau..

mazru berkata...

kebangkitan khilafah akan berlaku di nusantara?

saharul berkata...

sepatutnya kisah ni diajar di dalam subjek sejarah kat sekolah menengah...biar jadi pengajaran buat umatv islam zaman sekarang ni...

Lebih baik lagi jadikan salah satu soalan tentang riwayat hidupnya dalam peperiksaan utama...

:: hayati :: berkata...

btol, sejarah akn berulang....
sejarah sbg pengajaran....
sejarah juga teladan.....
sejarah sukar dinafikn.....
walaupn kita kadang membenci subjek sejarah tp sebenarny sejarah perlu diketahui....

Pacifist berkata...

salam
piewahid-legasi MKA masih menebal walaupun beliau sudah tiada.ada yg masih percaya sekularisma adalah ciptaan terbaik utk manusia.

mazru-ada pendpt mengatakan ianya muncul di sebelah timur.tp tidak diketahui timur mana yg dimaksudkan.timur-timor kot...

cikgu jang-betol aok cakap,subjek tokoh2 yg mencipta kontrovesi

hayati-betol,tetapi masih ada yg tidak mahu mengambil iktibar atas apa yg berlaku

al-mankaraqi berkata...

salam ziarah.

terima kasih atas perkongsian ini.

Tanpa Nama berkata...

dia jahat!

shameel Iskandar berkata...

Si mustafa kamal attartuk itu pernah dinobatkan sebagai bapa pembaharuan islam. Padahakl si laknat itulah yg menjahanmakan khalifah turki uhmaniyyah. Sekular yg ditajanya masih lagi gagah perkasa di turki malah kuat juga di malaysia.

Unknown berkata...

sehingga ke hari ini dia kan dibenci

Hairun Azmi berkata...

Memang patut dia di seksa oleh Allah di saat kematian beliau.

Related Posts with Thumbnails