LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"

KARTUN HOLOCAUST

Selasa, Ogos 31, 2010

NEGARAKU SUDAH MERDEKA TETAPI.......


Merdekakah kita jika masih ditadbir mengikut acuan British dan bukan acuan Islam dan sunnah nabi.
Merdekakah kita jika rakyat masih dijajah dengan budaya asing, budaya hiburan melampau yang lebih barat dari barat dan pendidikan akhlak dan agama di abaikan.
Merdekakah kita jika masih dibelenggu dengan masalah moral dan akhlak yang kian teruk sama seperti masyarakat jahiliah sedangkan kononnya diperintah oleh sebuah kerajaan Islam.
Merdekakah kita jika kita masih takut untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara kita sendiri.
Merdekakah kita jika masih lagi dibelenggu masalah rasuah,salahguna kuasa dan kronisme sedangkan rakyat dibawah yang terpaksa menanggung semua bebanan tanpa pembelaan.
Merdekakah kita jika rakyat masih lagi dibiarkan leka dengan hiburan sehingga lupa tangungjawab yang lebih berat menanti di akhirat dan hanya mengejar keuntungan dunia.
Merdekakah kita jika masih lagi berada dalam kebimbangan tentang masalah jenayah yang makin buntu seolah-olah tidak ada jalan penyelesaiannya sedangkan Islam yang menjadi agama rasmi hanya sebagai hiasan sahaja dan tidak dijadikan dasar.
Merdekakah kita jika rakyat masih lagi ditekan dengan politik ugut dan ampu, jika tidak sokong kerajaan pelbagai tekanan akan dikenakan dan jika menyokong pelbagai kemudahan disediakan.
Merdekakah kita jika hak rakyat untuk bersuara seakan dinafikan, apa saja keputusan pemerintah tidak boleh ditegur dan para cendiakawan seakan dirantai dan dikunci mulutnya.
Merdekakah kita jika Isu-isu perkauman masih lagi jadi bahan politik.
Fikir-fikirkan bersama...

ehsan: sahabat ijoks2009

N/B:Setiap manusia dilahirkan merdeka sejak fitrah kejadian,tetapi bukan bebas sebebasnya, tetapi bebas yang mempunyai batas/had. Datangnya Islam membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia.Dengan pelbagai ideologi dicipta untuk menyesat dan mengikat manusia. Manusia itu bebas bila mereka menjadi 'hamba' Allah. Bukankah kita sering berdoa agar 'title' 'hamba' diterima oleh ALLAH. Tetapi jika sesama manusia, kita cuba membebaskan diri dari penghambaan. Tetapi jiwa hamba sesama manusia masih wujud hingga kini, masakan negara yg merdeka masih terikat dengan isme2(fahaman) tinggalan penjajah dan merasakan tinggalan penjajah itu masih terbaik untuk negara. Sifat inferior complex (rendah diri) masih menebal walaupun penjajah telah pergi. Ini yang disukai penjajah, meneruskan legasi peninggalan penjajah @ gelaran yang diberi kepada mereka ini adalah "budak-budak British/Inggeris/Barat"
-salam kemerdekaan yang hakiki
-kita masih dalam proses memerdekakan minda
-keluar dari penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Al-Khaliq

14 ulasan:

cemomoi berkata...

sambut merdeka pon macam orangg jahiliyyah

AzketOm berkata...

tulah, tak ramai yg tau erti merdeka sebenar.

Hisyam Muhibah berkata...

sedang mencari semula teks ucapan dasar Islam dan Jiwa Merdeka, Dr. Mohd Noor Manuty

zulkbo berkata...

salam..
betul tu sahabat
merdeka pada nama sahaja
realitinya byk perkara
lagi kita belum merdeka.

ziarah76 berkata...

salam ziarah,

dijemput ke blog saya

http://ziarah76.blogspot.com/2010/09/isu-bukan-islam-masuk-masjid-bagaimana.html

SkreMpes! berkata...

Salam, Betul sgt tu saudara. Ntah hapa yg Merdeka xtau la.

Lebih baik kita duk diam, perbaiki diri dari terjebak dgn dunia yg semakin menggila nih.

Kunang-Kunang berkata...

Salam

Mestikan merdeka disambut dengan pesta 'ambang merdeka'. Apa lagi di bulan Ramadhan. Tak sensitif langsung bulan puasa.

Fakeh berkata...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

محمد زهراوي berkata...

kagum dgn sambutan kemerdekaan di i city..alhamdulillah..ada pebezaan ;)

SkreMpes! berkata...

Salam, Risalah (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat: Hanya org yg faham je yg memahami, hanya yg kenal saja yang mengenali. InsyaAllah. Kena hadir masa tazkirah tu baru tahu plot2 penerangannya tu, klu tidak susah juga nk berpandangan. xde masalah pun dgn tazkirah tu klu kita faham. Tapi bahaya juga kalau fikir beria sgt.InsyaAllah

Komen yg bagus

Afzainizam berkata...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat


dengar lah rintihan dan padamkan lah air mata mereka disana... menuntut pembebasan bumi negara tanah air dan agama sebagai seorang pejuang fisabilillah

piewahid berkata...

salam sahabat,
tidak bermakna sebuah kemerdekaan jika kekal memilih jiwa hamba & saudara seagama dibiarkan menderita.

****************************************

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

4. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan.

5. Berhati-hati di jalanraya.

Mazru Majid berkata...

salam lebaran dan salam kemaafan andai ade terkasor bahse dari koi sekeluarge..

hati2 dijaln raye...

maCy berkata...

salam abg..

lama sepi. harap2 baik2 isteri dan anak~

kalau ada rezeki macy mahu jmput abang ke knduri kakak macy..

Related Posts with Thumbnails