Blog saya memaparkan buah fikir saya mengenai isu Palestin dan belum tentu semua khalayak dapat menerimanya kerana saya memaparkan perspektif dari sudut yang berbeza.
Terma ‘perang’ dan ‘jihad’ sering menjadi kata kunci kepada tulisan saya. Boleh jadi khalayak akan mengatakan saya seorang yang ekstrim, keras dsb. Ya, saya seorang yang ekstrim, keras, hanya kepada mereka yang juga ekstrim dan keras kepada umat Islam. Walaupun fokus kepedulian nampak cenderung kepada umat Islam tetapi tempiasnya juga meliputi seisi alam kerana Islam menjunjung keadilan kepada semua makhluk.
Saya juga berharap mendapat teguran/kritikan daripada sahabat-sahabat blog agar saya tidak terkeluar dari landasan keimanan.
Walaupun berisiko, ia tetap/mesti/ dilakukan atas dasar kecintaan/kepedulian sesama Islam. Walaupun saya tahu ia akan/mungkin mendatangkan risiko kepada saya.
“Jika takut dengan risiko, usah bicara tentang perjuangan”
“Kita bukanlah yang memulai @ mengakhirinya tetapi kita adalah rantai-rantai perjuangan”
Petikan artikel saya pada 31 Mac 2010
YAKIN DAN PERCAYA
Kita sebagai seorang Islam percaya adanya Allah s.w.t dengan sifat 20 yang wajib, sifat 20 yang mustahil dan 99 nama-namaNya (asmaul husna), namun kita kurang yakin dari segi:
REZEKI
Kita takut rezeki kita tiada sedangkan rezeki kita telah ditentukan kadarnya sejak azali. Yakin hanya dengan pekerjaan/kerjaya tertentu sahaja akan memberikan kita rezeki sedangkan rezeki Allah s.w.t meliputi langit dan bumi, janji kita berusaha dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.
Takut ditukar/dibuang kerja jika menyatakan kebenaran, mengkritik, membongkar penyelewengan dan berlepas tangan daripada persubahatan-jika bekerja dengan kerajaan @ majikan, jika bekerja swasta @ perniagaan akan merosot jika bekerja sendiri.
MATI
Takut mati syahid, sedangkan mati itu pasti dan kematian boleh datang dengan pelbagai cara, tidak semestinya kematian menjemput sewaktu berperang membantu saudara seislam yang ditindas dan membela agama Allah. Kita juga tidak mengetahui bila, di mana, dan bagaimana kita akan mati.
Kerana kurang yakinlah kita lemah dari segala segi, kerana kita yakin manusialah yang menentukan perjalanan dan hala tuju hidup kita.
Jika kita benar-benar yakin dan percaya, hidup, mati, jodoh, rezeki di tangan Allah s.w.t, kita tidak akan bergantung/berharap/takut sesama manusia. Cukuplah Allah sebaik-baik penolong, perbendaharaanNya meliputi seisi alam (tidak pernah berkurang), tiada daya upaya melainkan Dia, daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali kerana nyawa kita berada di genggamanNya.
wallahu a'lam
9 ulasan:
Teruskan perjuangan anda dgn cara anda, saya ttp menyokong kebaikkan yang ada perjuangankan.
allahumma a'uzubika minal jubni wal buhli wa na'uzubikia minal ghalibatid daini wa 'qahri rijal'
sahabat,
secara peribadi,
bukan sedikit jasa yg sahabat berjaya lakukan untuk menyedarkan saya daripada lena yg panjang supaya lebih peka terhadap perjuangan saudara seagama kita melalui entries sahabat.
dan dlm soal ini, saya bukanlah 'terlalu bodoh' utk mengikut secara membuta tuli.
apa yg saya tahu, tidak ada 1 pun yg sahabat perkatakan setakat ini bercanggah dgn ajaran islam yg saya pelajari sejak kecil.
teruskan perjuangan dan sesungguhnya benar prinsip sahabat dlm soal ini.
jika sesekali kita diuji, redhakan sahaja ujian tersebut kerana kita tahu jalan mana yang kita ikut!
teruskan perjuangan sdra itu..
UNTUK HIDUP KITA PERLU BERJUANG DAN BUKANNYA MEMBERONTAK. TETAPI, KEKADANG KITA PERLU MENJADI PEJUANG YANG MEMBERONTAK. NAMUN, JANGAN SESEKALI MENJADI PEMBERONTAK YANG BERJUANG.
Inilah tema saya. Sentiasa berjuang, namun sesekali trpaksa mnjadi pemberontak yg berjuang demi kelestarian sebuah perjuangan. tiada perjuangan yg lebih suci melainkan memperjuangkan kalimah tauhid. perjuagan memartabatkan islam ke takhta yg teratas.
Salam dr saya..teruskan perjuangan saudara.tidak ada sbb tuk kita memperjuangkan hak2 saudara kita yg telah lama tertindas...
semoga apa yang kita perjuangkan menuai hasil :)
slm bsr jasa bro. jgn heran ckp org. yg penting menuju ke arah kebaikan. nt kita jugak yg akan disoal....
p/s: isu palestin kdg2 org x kesah. ikot mud dlm TV
salam kembali semua.
terima kasih atas sokongan sahabat sekalian.saya tidak meminta pandangan saya dihadam membuta tuli.sy cuma melontarkan idea untuk kita berfikir dan respon atas apa yg berlaku.moga usaha kecil ini akan memberi impak yg besar di masa depan.moga kalian semua dirahmati.
Catat Ulasan