LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"

KARTUN HOLOCAUST

Ahad, Julai 04, 2010

MUJAHIDDIN MELAYU

Berbicara tentang Mujahidin, pasti ramai antara kita tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kerdil ini juga mampu melahirkan barisan Tentera Allah yang sanggup berdada/berdepan dengan tentera Kuffar laknatullah. Kini, hamba persembahkan kepada kalian sebuah kisah yang amat jarang untuk didengari dari lidah-lidah agamawan Malaysia, kisah yang tak semua sanggup & berani untuk diceritakan kepada pelapis-pelapis anak jantan Islam berbangsa Melayu, mahupun hendak dijadikan cerita sebelum tidur anak-anak Muslim.
Inilah kisah dari seribu kisah, kisah kerdil disaluti darah, darah sang Pejuang demi membela Islam nan Suci. Bacalah, hayatilah, tangisilah, insafilah, sebuah kisah klasik untuk masa depan...
ALLAH HU AKBAR!!!

As Syahid Fauzi Ismail

Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang untuk jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh At Taubah:111

Tahun 1980an banyak merakamkan peristiwa penumpahan darah para syuhada tanahair ini sebagaimana yang dicatatkan di Memali dan Lubuk Merbau. Dalam pada itu, ribuan para mujahiddin bermandikan keringat dan darah di Afghanistan, Chechnya, Iran, Arakan, Moro, Kashmir, Pattani, penyembelihan di Tanjung Periuk dan bumi Aceh di Indonesia. Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama.

Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Yang pertama bernama Abdul Aziz Samad dari Selangor pada pertengahan 1988 namun tiada rekod untuk diceritakan lebih lanjut. Yang kedua ialah Assyahid Fauzi Ismail. Bagi mengenang gugurnya putera Melayu itu maka saya muat-turunkan selingkar kisah dari buku Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan tulisan saudara C.N Al Afghani @ Zainon Ismail untuk tatapan pengunjung laman web ini.

Latar Belakang As Syahid
Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Fitnah Menduga Jiwa
Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.

Berjihad
Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

Dagangnya Dibeli Allah
As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!

Tanda Kesyahidan
As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.

Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki - Ali Imran 169

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.
Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur.

Nota:Terima kasih dan jazakumullah Khairan kathira kepada C.N Al Afghani kerana membukukan kisah perjuangan ini. Semoga Allah memberi ganjaran dan rahmat kepada saudara. Bersabarlah dalam merintis onak dan duri tribulasi ini. Amin.

Ehsan: Jihad Maya

14 ulasan:

piewahid berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
piewahid berkata...

slm, t kasih sahabat.
para syuhada tjamin tempatnya ke syurga...

p/s- kita memanggil mereka dengan panggilan as syahid dan alangkah malangnya pula apabila (sesama islam sendiri) ada yg sanggup menggelarkan mereka terrorist atau militan.

zulkbo berkata...

salam ..
kisah yang menarik untuk
di baca..rasa syahdu sekejap
kenapa kita tak sepertinya..
inilah cara berjihad yang sebenarnya
membantu saudara seislam kita
mempertahankan negara dan agama
mereka..wallahualam..

cemomoi berkata...

terharu dan alhmadulillah belaiu menemui janji Allah

pernah baca kisah ni dalam buku yang telah lupa tajuknya

semoga akan ada lagi mujahidin melayu wlau ati ni kekadang terlintas jua namun janji Allah belum lagi kot

Captain berkata...

salam pacifist,

Mereka orang-orang yang beruntung di akhirat..kita yg masih tercarix.

Jazakallah Khairan.

dEngineer berkata...

salam..moga Allah permudahkan diri ini utk termasuk salah seorang calon syuhada..bleh tau dimana nak dapatkan buku zainon ismail ni..reply ke blog saya ya..

Syed Ahmad Fathi berkata...

Cerita yang cukup
bagus bagi memotivasikan anak muda.
Jikalau dihayati betul2 kisah2
seperti ini
tidak perlulah kita pening kepala
nak mendidik golongan muda
yang penuh dgn masalah sosial.

Muhammad Ibnu Nazir berkata...

salam.

In The Name Of Allah.

Satu motivasi tarbiyah Tazkiatun Nafs yang menarik. Sesuai dengan keadaan semasa sekarang. Ramai kala ini yang menjiwai kemahsyuran dan kemewahan duniawi sehingga melupai tujuan asal kita di alam ini. Kalau di lihat dari paparan, kisah ini adalah kisah pembimbing diri untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah mengenai bangsa melayu di arena perjuangan menegakkan Islam melalui Jihad, Sebagai contohnya kematian 3 orang pelajar malaysia dalam peperangan Iraq-Amerika beberapa tahun yang lalu, tetapi kisah ini dipadamkan oleh mereka-mereka yang munafik.

Sebagai contohnya yang lain, bangsa melayu juga sebenarnya telah lama menyusuri ke bumi Palestin melalui sempadan Mesir untuk pergi berjuang menentang pihak zionis, tetapi kisah ini juga telah dilenyapkan oleh media-media kita yang masih lagi berpaksikan media yahudi.

Inilah perjuangannya yang kita semua contohi!.

Secara peribadinya, Saya kurang senang dengan modul perarakan demontrasi menentang rejim zionis yang sering kita lakukan apabila bumi Palestin serta dunia Islam itu di goncang dengan bom-bom yahudi.

Apa yang saya bimbangkan adalah saf-saf ketika solat subuh itu sebenarnya yang telah mengamit situasi ini. Berapa ramai kita yang hadirkan diri untuk solat berjamaah ketika solat subuh, berapa ramai di antara kita yg sanggup membuang terus rokok2 buatan yahudi, berapa ramai di antara kita yang sanggup mengikuti sunnah SAW dalam bab2 berkaitan Akhlak dan Aqidah. Lupakah kita bahawa, Yahudi pernah berkata bahawa mereka amat takut apabila saf-saf ketika solat subuh itu dipenuhi oleh orang2 Islam. Fikir-fikirkan.....

Jika inipun agak sukar untuk dilakukan dengan perasaan jihad dalam diri.


Maka...


Maka..


Maka...


Lupakan sahaja jihad di bumi Islam...


WaAllahua'lam.

Cik SHiNJU berkata...

Salam...

Bertuah la mereka yg berpeluang berjihad d medan perang n mati syahid..kalau yg x berpeluang mcm kita ni boleh berjihad dgn cara lain...
katne nk dptkan buku ni erk?

Mohamadazhan hjDesa berkata...

salam sabahat, menarik untuk peringatan sekalian pembaca :)

hijabul crewz berkata...

salam saudara...

syukran ka krn post artikel nie...x pernah dngar pon sbelom nie...

banyk pgjrannya kpd kita nie...moga kita pon akan mngikuti jejak beliau...


InsyaAllah...

Webmaster@Echam berkata...

Al Fatihah... mulia sungguh perjuangan assyahid ni....

MissXYZ a.k.a Abaikan berkata...

tq utk info...
nk carik la buku ni hehehe =))

blueCITY® berkata...

salam


takbir!!!

allah hu akbar.....

Related Posts with Thumbnails