LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Jumaat, Mei 28, 2010

BAYANGKAN


Bayangkan jika PM Malaysia 10 tahun dahulu adalah Lim Kit Siang (DAP), setelah mengangkat sumpah sebagai PM, langkah awal dalam kerajaannya ialah menyekat peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Sudah tentu orang Melayu 'itu' akan mengamuk, Lim Kit Siang akan dituduh anti-Melayu dan Islam. Barangkali secara merangkak dan tidak sempat berkenderaan, orang Melayu akan ke KL untuk menunjuk perasaan anti-DAP.
Tetapi orang Melayu 'itu' tidak berbuat apa-apa bila yang mengumumkan penarikan bantuan ke SAR adalah PM Melayu !
Orang Melayu 'itu' tidak pula menuduh PM Melayu tersebut sebagai pengkhianat Melayu dan Islam.
Bayangkan MB Johor 15 tahun dahulu adalah Dr Boo (DAP). MB ini membuat perubahan dengan menukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad. Pasti orang Melayu 'itu' akan menuduh Dr Boo anti-Melayu dan Islam kerana merendahkan hari kemuliaan umat Islam, tetapi yang menukarkan hari cuti Jumaat kepada Ahad adalah MB Melayu tersebut. Maka, orang Melayu 'itu' diam sahaja dan mereka boleh terima.
Bayangkan pula jika PM hari ini adalah Karpal Singh (DAP) dan beliau bersetuju untuk memberi ruang kepada judi bola, pasti orang Melayu 'itu' merasakan Islam dihimpit dari segenap lapisan. Tetapi yang cuba/akan/berkira-kira meluluskan itu adalah PM Melayu! lalu mereka redha atas apa yang berlaku.
Sepatutnya apa yang berlaku diatas patut ditentang oleh semua umat Islam walaupun dibuat oleh mana-mana pemimpin daripada mana-mana kaum. Bukan bermain dengan fahaman asabiah sempit.
Sudahkan kalian bayangkan?

bayangan ini diberi oleh Abang Mat dari Kedah dengan sedikit olahan

21 ulasan:

zulkbo berkata...

salam sahabat..
koi cuba bayangkan juga
tapi apakan daya kita
insan kerdil..perkhabaran
terbaru subsidi
secara perlahan2 akan
di tarik balik..bagaimana
agaknya nasib rakyat
marhaen nanti???

XYZ berkata...

salam
kita semua kna bersatu nk tegakan kebenaran... bergerak dlm kelompok lebih di dnegra suaranya dari sendirian...

mudahan kita semua diberi ketenangan fikiran & akal yang panjang untuk menangani masalah ni =)

Rafi Harumin berkata...

tak terbayangkan saya.. cuma sakit hati dengan keadaan sekarang

Na'im Nikmat berkata...

Salam ya akhi,
Entry yang sangat baik..tapi sayangnya org2 Melayu tidak dapat membayangkan kerana mereka masih dibelenggu ASOBIYAH ciptaan UMNO....
Mereka mempertahankan ketuanan Melayu seperti Quraisy Jahililiyah mempertahan Ketuanan Quraisy...........

Relevan berkata...

Salam Pacifist..Maruah yang perlu dijaga..harap tidak bangsa lain yang memerintah..

Terkini : http://relevansokmo.blogspot.com/2010/05/senyum-dipagi-hari-jumaat-bola.html

TS Frima berkata...

begitu ya..

Tanpa Nama berkata...

apa makna "itu"

moga Islam agama para pemimpin kita selamanya.

bukan islam pada nama~

Cik SHiNJU berkata...

Pemimpin yg ade perlu ditegur dan dinasihati oleh ahli agama yg tiada berkepentingan politik utk kebaikan umat islam...
x dpt bygkan kalau org bkn islam yg jd pemimpin kita nt...

piewahid berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
piewahid berkata...

salam sahabat,
semoga seisi keluarga sihat dan dlm redha-Nya.

begitulah melayu,
cukup snsitif jika non muslim menghina atau mengambil hak kita tetapi bangga dperbodoh2kan bangsa sendiri.

double standard kategori apa bila begini ya?

shameel Iskandar berkata...

Bayangkan , sekiranya si buta teraba anak dara( sbnrya semua ppuan dan x khusus kpd anak dara). perlukah kita mmebelasahnya. mungkin dia tak sengaja sebab dia buta. Wajar dan waras utk kita maafkannya.

Tapi, bagaimana pula kalau si celik yg meraba anak dara. wajar dan waras utk kita marah dan belasah.

Itu sekadar tamsilan, ceriternya mcm ni, kalau bukan islam tersslah cakap ttg islam. Kita tak boleh terus melenting sbb mereka tak faham tentag islam. Contohnya bila karpal singh kata " langkah mayatku dahulu baru bina negara islam". Itu dijadikan isu utk memperkecilkan kerjasama Pas dan DAP.

secara pribadi saya maafkan karpal singh sbb dia x faham islam dan krn dia x dilahrikan sbg seorg islam.

Tapi, bila Dr rais Yatim kata " Tiada siapapun berhak mendakwa agamanya sbg agama yg terbaik." Ini kenyataan gila dari seorg pemimpin melayu UMNO. Yg ni berhak kita marah dan benci , sbb rais Yatim adalah islam. Dia bersunat mcm kita. Tapi kenyataannya tersasar jauh dari paksi akidah. Tapi, pakcik2 mufti diam jer.

Sebenarnya, UMNOlh yg menakutkan org bukan islam kpd islam. pemimpin umno yg cakap hukuman islam (hudud) itu kejam. kalau hudud dilaksanakan habis batu2 tepi jalan utk merejam. Negara mundur sebab takde tangan.

Waktu pilihnaraya 2004, berkali2 zainudin Maidi narahkan rtm siarkan keganasan Taliban( hakikat sebenar taliban tak sebegitu kejam). motifnya satu sahaja agar rakyat gerun kepada golongan pro-islam. Leas tu disiarkan pula peristiwa memali.


Lihat sendiri siapa yg anti islam. DAP atau UMNO. Jawapan saya senang sahaja. UMNOlah yg sebenar-benanrya memusuhi islam.

terokai seni berkata...

apabila maksiat berleluasa, tunggulah allah akan gantikan dengan suatu kaum yang lain yang akan memerintah... maksud al-Quran

sori rasanya tak terlewat nak ucap tahniah dah jadi aboh yerk... nama anok pon dasat semoga mempunyai semangat jihad yang kental sebagaimana namanya kelak

Nekmo berkata...

lama mendiam..dik nek jarang on9..
baby pakcik sihat?hehe..mesti comel..

hmm..judi bola 'dihalalkan' untuk tidak 'diharamkan' sedangkan dlm islam..perkara tu haram...
err..tol kan?klu salah..sori ek pakcik..

CITY® berkata...

salam,

sebab rakyat kini ramai yang takut pada org yang punya kuasa dan wang
kalau ditentang miss soru
kalau di lawan sendiri dan anak bini susah..
jadi nak tak nak berdiam sahaja
kalau tak suka pun cakap2 belakang
nak tunggu ada seorang pemimpin yg berani melawan,
tu pun di kata macam2 juga
sudahnya?
jadi lah kita seperti hari ini

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ berkata...

meLAYU semakin LAYU

Prof. Era Pasca berkata...

sokong2... tak yah tgu cina buat semua nih... UMNO yang lebih2 akan buat

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum, sebenarnya orang slam sendiri yang meruntuhkan Islam...

HEMY berkata...

sangat benar apa yg ko kongsi ni..haishhh

Al - Mu'allim berkata...

Menarik bayangan yang diberikan...
Benar, kita akan melatah jika non-Muslim melakukannya tetapi kita hanya mengangguk bila pemimpin yg mengaku muslim itu melakukannya

Hairun Azmi berkata...

Laknat israel....

najihah berkata...

pandangan yang sangat menarik..saya suka dengan pendapat anda..

saya kira ORANG MELAYU DAN MB MELAYU ITU islamnya hanya di kad pengenalan sahaja.ALLAHU A'LAM!

Related Posts with Thumbnails