LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"

KARTUN HOLOCAUST

Rabu, Julai 13, 2011

APA KHABAR KALIAN


Apa khabar sahabat2 blog, apa khabar saudara muslim di Selatan Thailand, Selatan Filipina (Mindanao), Khasmir (India/Pakistan), Chehnya (Russia), Bumi Jihad Utama Palestin dan seluruh dunia. Diharap kalian semua di bawah naungan dan lindungan Allah S.W.T. Semoga kalian terus tabah menghadapi dugaan dan cabaran bergelar seorang Muslim yang ketiadaan seorang Khalifah. Khalifah yang akan membela kalian daripada terus dilanyak oleh tentera2 Salib yang akan terus memdendami umat Islam selagi umat Islam tidak tunduk pada mereka. Mereka berjaya membonekakan pemimpin2 tertinggi Negara Umat Islam untuk mengikut telunjuk mereka dengan habuan dunia. Tetapi mereka tidak berjaya memadamkan roh jihad yang tersemat di dalam dada sebahagian umat Islam. Mereka inilah yang bangkit menentang penjajahan (gold,glory,gospel). Walaupun terpaksa mengorbankan harta dan jiwa demi Islam. Tetapi yang amat memilukan, ada umat Islam sendiri yang memandang sinis usaha mereka, bahkan ada yang menjadi talibarut kepada penjajah ini.
Pelbagai label dan tuduhan yang dilemparkan kepada Para Mujahiddin ini. Kononnya tidak mengikut syariat Islam. Tetapi dimana cerdik pandai ini apabila umat Islam merintih sayu mengharapkan pertolongan saudara seagama! Adakah cerdik pandai ini masih belum dapat merangka solusi yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini, walhal ianya telah berlaku sejak puluhan tahun dahulu.
Nyata nyawa saudara seagama tiada nilai bagi mereka. Mereka mengharapkan Sang Penjajah itu yang mengaturkan hidup umat Islam. Selagi jihad hanya dilakukan hanya dalam konteks2 tertentu. Selagi itulah drama ini tiada kesudahan.

N/B: Maaf kerana menghilang tanpa berita kerana kita kita tidak mengetahui kesudahan hidup kita dan bagaimana/bila dan di bumi mana kita akan mati. Pada Allah jualah tempat kita bergantung harap.Takbir!

1 ulasan:

Na'im Nikmat berkata...

Salam ya akhi,
selamat kembali kedunia blog sahabat.

Related Posts with Thumbnails