
Berdasarkan pemerhati saya pasca serangan LL4G di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini . Ramai umat Islam tanpa segan silu meninggalkan jejak di premis yang dicanangkan menyumbangkan dana kepada kelangsungan hayat yahudi Zionis seperti McD, Starbuck dll. Amat mendukacitakan disaat rakyat Palestin merintih pertolongan kita, ramai diantara kita bersuka ria menikmati perkhidmatan yang disediakan.
Ini bukan tuduhan membuta tuli dan mahu merosakkan ekonomi peniaga Islam (francais Muslim) tetapi berdasarkan kajian yang dibuat oleh badan-badan antarabangsa yang memantau aliran tunai yang mengalir kepada Yahudi Zionis. Perubahan yang dibuat memerlukan keazaman yang tinggi semua pihak. Sebelah pihak perlu berkorban jika mahu menunaikan hak sesama muslim. Saya tahu implikasi yang akan berlaku, tetapi apa pilihan kita? berubah @ rebah.
Ada orang hanya bersandar kepada doa semata-mata. Ramai yang menganjurkan supaya kita berdoa untuk kemenangan mereka tanpa melakukan tindakan susulan. Sepatutnya doa+usaha+tawakkal =kejayaan (insya'Allah). Saya tidak menafikan fadilat berdoa, dan Allah juga mampu memakbulkan doa kita. Malahan Allah juga mampu mengirimkan burung Ababil untuk memusnahkan Yahudi Zionis, tetapi cukupkah hanya dengan berdoa? Dan ada yang mengatakan jihad hawa nafsu lebih penting/utama/besar. Bukankah orang yang mahu berperang sudah berjaya menundukkan nafsunya daripada menetap didalam daerah yang penuh tipu daya?(harta/pangkat/anak isteri dll) Nabi dan para sahabat berjihad hawa nafsu selepas kembali dari medan perang, bukan menidakkan perang. Kalau hanya berdoa menjadi sandaran, bukankah doa Nabi lebih mustajab daripada doa kita? Tetapi kenapa Nabi turut berperang dan mendapat kecederaan? Itu menunjukkan peperangan juga satu jalan. (hingga ke hari ini) bukan hanya menjadi subjek sejarah untuk dikenang oleh umat Islam. Mengapa takut menyatakan perang adalah jawapan kepada kebiadapan Zionis? Kita bukan tidak mampu, tetapi kita dihinggapi penyakit 'cinta dunia takut mati' .Lihatlah kemewahan yang dilimpahkan kepada negara Arab/Islam, tetapi masih tidak dapat menggegarkan Zionis. Malahan menjadi talibarut mereka dengan menyediakan pengkalan tentera asing/kafir . Anjuran untuk membentuk kekuatan dalaman individu muslim itu satu kaedah dan tidak dapat dinafikan tetapi perang adalah jawapannya. Bila sudah menemui jawapannya. Terpulanglah kepada kita untuk berorganisasi/mempersiapkan diri @ lebih selesa dengan pengertian jihad yang kita pegang/yakini.
Jarum yahudi juga meresap dalam gerakan Islam. Contoh: sebuah gerakan kerohanian telah menggugurkan rukun jihad menentang penjajah di India suatu masa dahulu, atas alasan taat kepada pemerintah. Sedangkan British pada waktu itu adalah penjajah! Sebab itu mereka (gerakan tadi) dibiarkan bebas di mana-mana negara, kerana mereka bukan menjadi ancaman kepada Imperialis.mereka ‘asyik’ dengan ibadat tanpa mempedulikan nasib yang menimpa saudara seagama. Hinggakan seorang abid (ahli ibadah) yg berjuaraian airmata beribadat di dalam masjid ditegur kerana asyik beribadat tanpa mempedulikan masalah umat.
Saya tertarik dgn frasa’ yahudi tidak takut kepada umat Islam jika saf solat subuhnya tidak penuh’(kita terima bulat-bulat dakwaan mereka?). Jika penuh sekalipun tanpa diterapkan semangat jihad dan masalah umat, jadilah juga mereka seperti ahli ibadah tadi.
-Adakah penghantaran bantuan yang berupa makanan, ubat-ubatan, bahan binaan kepada rakyat Palestin menggegarkan Yahudi Zionis?
-Ya, bantuan itu meringankan penderitaan mereka tetapi kita mahu membebaskan tanah air mereka @ kita hanya menghantar/mengirimkan bekalan sara hidup kepada banduan di penjara? (mereka terpenjara/banduan di negara sendiri)
-Apa tekanan dunia Islam kepada Yahudi Zionis di peringkat antarabangsa? boikot? sekatan ekonomi? @ sekadar mesyuarat/sidang tergempar?
-Bagaimana kita mahu memahamkan mereka (Zionis) jika mereka sendiri yang mahu memusnahkan Palestin.
-Saya tidak menafikan bantuan yang diberikan selama ini, cuma persoalannya. Apakah sikap sebenar dan harapan kita pada Palestin? dan dimanakah kesungguhan kita melawan/mengekang Yahudi Zionis?
N/B: Saya yang menulis ini pun bukannya ilmu penuh di dada dan gagah perkasa. Cuma ingin memberi pandangan tentang cara penyelesaian tragedi ini. (saya rasa semua tahu jawapannya, cuma telah dipesongkan/memesongkan makna jihad/menyempitkan/meninggalkan sebahagiannya kerana mengejar jihad yang memberi habuan mengikut selera masing-masing dan bersikap lunak kepada orang kafir yang memerangi kita) Apabila semua sudah jelas. Barulah tindakan susulan akan menyusul kerana kita telah menemui jawapannya.
Wallahu'alam.