LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Jumaat, Januari 15, 2010

NEGARA HARAM



Negara haram ini terhasil daripada tajaan gerakan Yahudi Antarabangsa yang muncul setelah pertemuan di Paal,Swiss yang memutuskan untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah di Turki kerana ia menolak untuk memberikan PALESTIN kepada bangsa Yahudi.Juga akibat masalah dalaman kerana gerakan Freemasonry yang berjaya menyusup masuk ke dalam perkumpulan Ittihad ve Terekki di Istanbul untuk menjatuhkan kerajaan Utsmaniah di pusatnya.Mereka juga meresap ke dalam fahaman rasionalisme Arab sebagai usaha untuk memisahkan ikatan persaudaraan dan kesatuan yang ada.Dengan motto made in kaum yahudi pengikut Fremasonry:"persatuan,kebebasan dan persamaan" dan dengan slogan yang diangkat oleh Britain:"satu umat arab dengan satu misi abadi dan kekhalifahan Arab",tiba-tiba kaum Muslimin dikejutkan dengan Perjanjian Sykes Picot(1916) dan perjanjian Balfour(1917) seta pendudukan pasukan penjajah Kristian ke atas wilayah Syria,Lubnan di bawah kekuasaan Perancis,Iraq dan Mesir di bawah kekuasaan Britain dan PALESTIN dikuasai kaum Yahudi di balik bayangan Britain.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails