
Si Ambiga adalah seorang perempuan berketurunan India, warganegara 1Malaysia dan seorang peguam ( dan presiden Majlis Peguam 1Malaysia). Kenapa beliau terkenal? Ini kerana beliau mengetuai 1 gelombang kuning untuk berarak di jalanan untuk menuntut sebuah pilihanraya yang bersih di bumi 1malaysia dan memyampaikan memorandum kepada DYMM Sultan Mizan selaku Ketua Negara Malaysia.
Kenapa pula beliau dicerca, dihina, dan diadu domba untuk melagakan orang Melayu/Islam dan orang bukan Islam? Ini kerana beliau adalah pendokong kuat kebebasan beragama di Malaysia dan pernah menjadi peguam bela kes2 murtad di Malaysia, termasuklah kes Azlina (Lina Joy) yang menggemparkan negara satu masa dulu.
Sebenarnya tiada yang perlu digembar-gemburkan/digemparkan, kerana Si Ambiga ini seorang bukan Islam dan seorang peguam yang memahami selok belok perundangan di Malaysia. dan sudah tentulah beliau akan menggunakan ruang/ketempangan undang2 yang sedia untuk mewakili anak guamnya. Juga sebagai jalan mencari makan kerana profesyennya adalah sebagai seorang peguam!
Melainkan yang mewakili Lina Joy ini seorang peguam Muslim. Dan saya percaya tiada peguam Muslim yang akan mewakili kes2 murtad.
Yang patut dicerca/dihina/dididik/diolah/dibentuk adalah pelaku murtad itu sendiri dan Undang2 yang digubal di Malaysia. Iaitu adakah undang2 sedia ada cukup menjamin suvival umat Islam.
Jadi dalam senario ini, siapa yang mempunyai persen yang cukup tinggi untuk dipersalahkan? Tepuk dada tanya iman @ tanya pengamal perundangan tentang ruang lingkup undang2 di bumi bertuah Malaysia.
Jangan hanya tahu menghunus keris tanpa usul periksa takut nanti terhunus diri sendiri. Salam kemaafan andai hamba terlanjur kata. Kerana hamba ini orang yang kadang2 menentang arus. Kerana jika selalu mengikut harus takut hanyut ke lembah kebinasaan.





















