LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Memaparkan catatan dengan label Pemberitahuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemberitahuan. Papar semua catatan

Khamis, April 14, 2011

SALAM BUAT SAHABAT


Assalamualaikum....
Puji ke hadrat Ilahi dengan kekuatanNya dapat saya menaip entri ini setelah 7 bulan menyepi.Pohon maaf diminta kepada teman-teman kerana membiarkan teman-teman tertanya-tanya dimanakah saya selama ini.
Untuk makluman, saya setakat ini masih seperti mula-mula berjinak dengan penulisan di laman blog.Cuma, mood untuk berblog telah hilang seketika.Tidak diketahui apa puncanya.Tetapi apa yang pasti, saya tidak pernah menoleh ke belakang tentang apa-apa yang diutarakan saya dalam blog yang tidak seberapa ini.
Sekali-sekala saya juga ada menyelinap masuk ke dalam laman teman-teman.cuma tidak meninggalkan jejak (maaf sebab x beri salam-he he he).Saya puji dengan semangat kalian, yang tidak jemu-jemu menulis.
Saya juga dapati ada diantara teman-teman kita yang diuji Allah dengan pelbagai ujian, namun tabah menghadapinya.(saya salut kalian).maaf kerana tidak dapat menyuarakan suara hati seorang sahabat.Namun saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk teman-teman.
Dalam tempoh bertenang itu, semangat untuk menulis membuak-buak cuma tidak kesampaian.Mungkin pada tanggapan sesetengah orang,ini adalah masalah kecil/biasa.
Ini juga sebahagian daripada ujianNya juga.Untuk melihat sejauh mana kemahuan dan kesabaran hambaNya.Ujian datang dan pergi dalam pelbagai bentuk.Sesuai dengan tanggungan manusia.Apa yang kecil pada kacamata insan lain,tetapi amat besar pada kita dan bergitulah sebaliknya.
Tetapi apa yang pasti, apa yang ditanggung(dugaan/cabaran) oleh kita sebenarnya mampu ditanggung oleh kita.Kerana Allah memberatkan/meringankan sesuai dengan kemampuan kita.Cuma kita ini, sebagai insan biasa sering mengeluh dengan ujian yang diberikan.Walaupun selama berpuluh tahun kita hidup.kita tidak pernah diuji dengan sesuatu yang berat.(Ya Allah, jadikan kami orang-orang yang bersyukur)
Akhir kata, teruskan perjuangan kalian.Takbir....

Rabu, Ogos 11, 2010

DIA KEMBALI LAGI


Alhamdullilah.Puji ke hadrat Ilahi, dapat kita bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Bulan untuk kita memperbaiki lompong-lompong yang yang semakin meluas dalam diri kita. Lompong-lompong yg mengecilkan kecintaan kita pada sang Pencipta. Bulan untuk kita merenung kembali setiap derap langkah-langkah yang dilalui sepanjang perjalanan hidup kita. Adakah kita telah menunaikan hak-hak kepada yang sepatutnya? hak kepada diri, keluarga, sahabat, masyarakat,umat Islam dan seterusnya hak yang paling agung iaitu hak kepada Allah S.W.T. Hak kepada Allah adalah refleksi kepada hak-hak lain. Ketahui lah hakikat kehidupan bukan hanya untuk makan, minum, bersyahwat, mencari pahala untuk diri sendiri sahaja.(persis diri sendiri sahaja yang mahu masuk syurgaNya).
Bertindak/bergeraklah secara holistik. Tunaikan hak sepanjang perjalanan hidup kita. Ramai insan diluar sana yang mengharap perhatian/pertolongan kita. Disamping kita bersimpati (merasa kasihan) marilah kita cuba merasai keperitan/kepedihan yang dialami oleh mereka (empati). Baru lah kita dapat merasai denyut nadi mereka dan berusaha dengan lebih keras untuk membantu mereka dan memberi kesedaran tentang peri pentingnya, mengambil tahu perihal umat.
Entah ini kali ke berapa umat Islam di bumi yang tertindas menyambut bulan Ramadhan. Sambutan yang berbeza dengan kita. Sebelah pihak merasakan Allah memakmurkan/merahmati bumi ini, sebab itu tiada kekacauan/kebuluran/peperangan yang berlaku. Sebelah pihak merasakan, Allah sudah menunaikan janji "tidak dianggap beriman seseorang itu, jika tidak diuji".

N/B: dikesempatan ini,saya mengambil peluang memohon maaf kepada sahabat blog kerana tidak dapat mengerapkan diri untuk melawat blog sahabat-sahabat dan menitipkan ulasan. Ini kerana hambatan waktu, urusan yang perlu diselesaikan. Saya masih menggunakan cara konvesional dalam berintenet. Saya hanya ber 'on-line' jika berada di rumah. Masih belum menggunakan telofon pintar dsb. Akhir kalam, selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Selasa, Julai 20, 2010

WALAUPUN BERISIKO

Saya berblog untuk meluahkan apa yang berlaku di sekeliling saya. Lebih-lebih lagi berkenaan sekitar dunia Islam. Pada saya, berblog adalah medium baru dalam penyampaian. Sebelum ini saya hanya meluahkan apa yang terbuku di hati kepada rakan-rakan dan sesekali menghantar buah fikir ke media cetak. Khalayak medium baru (blog) ini lebih meluas dan pelbagai ragam. Pemblog akan mendapat respon dengan lebih cepat kerana dunia di hujung jari.

Blog saya memaparkan buah fikir saya mengenai isu Palestin dan belum tentu semua khalayak dapat menerimanya kerana saya memaparkan perspektif dari sudut yang berbeza.

Terma ‘perang’ dan ‘jihad’ sering menjadi kata kunci kepada tulisan saya. Boleh jadi khalayak akan mengatakan saya seorang yang ekstrim, keras dsb. Ya, saya seorang yang ekstrim, keras, hanya kepada mereka yang juga ekstrim dan keras kepada umat Islam. Walaupun fokus kepedulian nampak cenderung kepada umat Islam tetapi tempiasnya juga meliputi seisi alam kerana Islam menjunjung keadilan kepada semua makhluk.

Saya juga berharap mendapat teguran/kritikan daripada sahabat-sahabat blog agar saya tidak terkeluar dari landasan keimanan.

Walaupun berisiko, ia tetap/mesti/ dilakukan atas dasar kecintaan/kepedulian sesama Islam. Walaupun saya tahu ia akan/mungkin mendatangkan risiko kepada saya.

“Jika takut dengan risiko, usah bicara tentang perjuangan”

“Kita bukanlah yang memulai @ mengakhirinya tetapi kita adalah rantai-rantai perjuangan”

Petikan artikel saya pada 31 Mac 2010

YAKIN DAN PERCAYA


Kita sebagai seorang Islam percaya adanya Allah s.w.t dengan sifat 20 yang wajib, sifat 20 yang mustahil dan 99 nama-namaNya (asmaul husna), namun kita kurang yakin dari segi:

REZEKI
Kita takut rezeki kita tiada sedangkan rezeki kita telah ditentukan kadarnya sejak azali. Yakin hanya dengan pekerjaan/kerjaya tertentu sahaja akan memberikan kita rezeki sedangkan rezeki Allah s.w.t meliputi langit dan bumi, janji kita berusaha dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.
Takut ditukar/dibuang kerja jika menyatakan kebenaran, mengkritik, membongkar penyelewengan dan berlepas tangan daripada persubahatan-jika bekerja dengan kerajaan @ majikan, jika bekerja swasta @ perniagaan akan merosot jika bekerja sendiri.

MATI
Takut mati syahid, sedangkan mati itu pasti dan kematian boleh datang dengan pelbagai cara, tidak semestinya kematian menjemput sewaktu berperang membantu saudara seislam yang ditindas dan membela agama Allah. Kita juga tidak mengetahui bila, di mana, dan bagaimana kita akan mati.
Kerana kurang yakinlah kita lemah dari segala segi, kerana kita yakin manusialah yang menentukan perjalanan dan hala tuju hidup kita.
Jika kita benar-benar yakin dan percaya, hidup, mati, jodoh, rezeki di tangan Allah s.w.t, kita tidak akan bergantung/berharap/takut sesama manusia. Cukuplah Allah sebaik-baik penolong, perbendaharaanNya meliputi seisi alam (tidak pernah berkurang), tiada daya upaya melainkan Dia, daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali kerana nyawa kita berada di genggamanNya.
wallahu a'lam

Sabtu, April 03, 2010

CERAMAH PALESTIN

Assalamualaikum,
kepada semua sahabat blog, sesiapa yang ada kelapangan bolehlah hadir ke ceramah palestin di masjid Saidina Ali KW, yang terletak di Kg.Padang Balang Sentul KL. Ceramah akan diadakan pada tarikh dan waktu seperti tertera di atas. Sekian, harap maklum
Related Posts with Thumbnails