LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Rabu, Ogos 11, 2010

DIA KEMBALI LAGI


Alhamdullilah.Puji ke hadrat Ilahi, dapat kita bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Bulan untuk kita memperbaiki lompong-lompong yang yang semakin meluas dalam diri kita. Lompong-lompong yg mengecilkan kecintaan kita pada sang Pencipta. Bulan untuk kita merenung kembali setiap derap langkah-langkah yang dilalui sepanjang perjalanan hidup kita. Adakah kita telah menunaikan hak-hak kepada yang sepatutnya? hak kepada diri, keluarga, sahabat, masyarakat,umat Islam dan seterusnya hak yang paling agung iaitu hak kepada Allah S.W.T. Hak kepada Allah adalah refleksi kepada hak-hak lain. Ketahui lah hakikat kehidupan bukan hanya untuk makan, minum, bersyahwat, mencari pahala untuk diri sendiri sahaja.(persis diri sendiri sahaja yang mahu masuk syurgaNya).
Bertindak/bergeraklah secara holistik. Tunaikan hak sepanjang perjalanan hidup kita. Ramai insan diluar sana yang mengharap perhatian/pertolongan kita. Disamping kita bersimpati (merasa kasihan) marilah kita cuba merasai keperitan/kepedihan yang dialami oleh mereka (empati). Baru lah kita dapat merasai denyut nadi mereka dan berusaha dengan lebih keras untuk membantu mereka dan memberi kesedaran tentang peri pentingnya, mengambil tahu perihal umat.
Entah ini kali ke berapa umat Islam di bumi yang tertindas menyambut bulan Ramadhan. Sambutan yang berbeza dengan kita. Sebelah pihak merasakan Allah memakmurkan/merahmati bumi ini, sebab itu tiada kekacauan/kebuluran/peperangan yang berlaku. Sebelah pihak merasakan, Allah sudah menunaikan janji "tidak dianggap beriman seseorang itu, jika tidak diuji".

N/B: dikesempatan ini,saya mengambil peluang memohon maaf kepada sahabat blog kerana tidak dapat mengerapkan diri untuk melawat blog sahabat-sahabat dan menitipkan ulasan. Ini kerana hambatan waktu, urusan yang perlu diselesaikan. Saya masih menggunakan cara konvesional dalam berintenet. Saya hanya ber 'on-line' jika berada di rumah. Masih belum menggunakan telofon pintar dsb. Akhir kalam, selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

13 ulasan:

zulkbo berkata...

salam..
marhaban ya ramadahan
selamat berpuasa dan beramal buat andadan keluarga..moga mendapat keampunan,keberkatan dari Allah di bulan penuh rahmat ini...

Abd Razak berkata...

Salam..

Selamat menjalankan ibadah puasa..
hayati Ramadhan itu bersungguh-sungguh agar kamu beroleh Taqwa..
Maaf atas segala silap dan salah..

Teruskan perjuangan saudara..

endiem berkata...

selamat menjalani ibadat puasa, semoga mendapat keberkatan jua..

Aku Anak Pahang berkata...

Salam Ramadhan almubarak.
Selamat menjalani ibadah puasa.

piewahid berkata...

salam sahabat,
semoga kita beroleh keampunan dan taqwa sempena ramadhan kali ini.

t kasih kerana sentiasa mengingatkan tentang kewajiban diri terhadap saudara seagama.

CITY® berkata...

salam,

semoga ibadah kita diterima Allah swt. amin...

yup, mmg ramai kita selalu ucap syukur kerana diri keluarga aman damai tidak seperti umat islam di luar sana, di gaza antaranya. boleh ke bersyukur dengan sebegitu?
syukur sebab aku terlepas tapi org lain teruk?

maaf juga kalau ada salah silap...

Tanpa Nama berkata...

selamat datang ramadhan..
semoga ramadan kali ini dilimpahi dengan rahmatNya~

semoga ibadah kita diterima..
salam ikhlas buat abang sekeluarga..

terokai seni berkata...

MOGA RAMADHAN LEBIH MENDIDIK KITA TENTANG PERSAUDARAAN

Tanpa Nama berkata...

syukur.. berkat Ramadan ada rakyat Malaysia dapat masuk ke Gaza menyampaikan bantuan.

Hairun Azmi berkata...

Selamat berpuasa Tuan...

hijabul crewz berkata...

salam ramadhan...

semoga saudara sentiasa sihat sentiasa dan dapat menjalani ibadat puasa dengan penuh khusyu'....

XYZ berkata...

slm bro
slmt berpuasa.... lme rasenye x dpt berkunjung ke sini =)

ozzy berkata...

salam..
bersyukurlah krn kita jauh lebih bernasib baik dari mereka.
Selamat menjalani ibadah puasa.

Related Posts with Thumbnails