LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Rabu, Julai 13, 2011

AMBIGA OH AMBIGA....


Si Ambiga adalah seorang perempuan berketurunan India, warganegara 1Malaysia dan seorang peguam ( dan presiden Majlis Peguam 1Malaysia). Kenapa beliau terkenal? Ini kerana beliau mengetuai 1 gelombang kuning untuk berarak di jalanan untuk menuntut sebuah pilihanraya yang bersih di bumi 1malaysia dan memyampaikan memorandum kepada DYMM Sultan Mizan selaku Ketua Negara Malaysia.
Kenapa pula beliau dicerca, dihina, dan diadu domba untuk melagakan orang Melayu/Islam dan orang bukan Islam? Ini kerana beliau adalah pendokong kuat kebebasan beragama di Malaysia dan pernah menjadi peguam bela kes2 murtad di Malaysia, termasuklah kes Azlina (Lina Joy) yang menggemparkan negara satu masa dulu.
Sebenarnya tiada yang perlu digembar-gemburkan/digemparkan, kerana Si Ambiga ini seorang bukan Islam dan seorang peguam yang memahami selok belok perundangan di Malaysia. dan sudah tentulah beliau akan menggunakan ruang/ketempangan undang2 yang sedia untuk mewakili anak guamnya. Juga sebagai jalan mencari makan kerana profesyennya adalah sebagai seorang peguam!
Melainkan yang mewakili Lina Joy ini seorang peguam Muslim. Dan saya percaya tiada peguam Muslim yang akan mewakili kes2 murtad.
Yang patut dicerca/dihina/dididik/diolah/dibentuk adalah pelaku murtad itu sendiri dan Undang2 yang digubal di Malaysia. Iaitu adakah undang2 sedia ada cukup menjamin suvival umat Islam.
Jadi dalam senario ini, siapa yang mempunyai persen yang cukup tinggi untuk dipersalahkan? Tepuk dada tanya iman @ tanya pengamal perundangan tentang ruang lingkup undang2 di bumi bertuah Malaysia.
Jangan hanya tahu menghunus keris tanpa usul periksa takut nanti terhunus diri sendiri. Salam kemaafan andai hamba terlanjur kata. Kerana hamba ini orang yang kadang2 menentang arus. Kerana jika selalu mengikut harus takut hanyut ke lembah kebinasaan.

8 ulasan:

Aku Anak Pahang berkata...

Salam Sahabat tertarik dng kata2 anda jika selalu mengikut harus takut hanyut ke lembah kebinasaan. Sekarang macam2 harus yang memunahkan... Semoga anda ceria sentiasa :)

Cik SHiNJU berkata...

Assalam...

Welcome back..

Sesungguhnya undang2 Islam sudah cukup sempurna dan adil bg semua termasuk bukan islam..

Yg membuat Mahkamah Syariah sering diperlekehkan adalah kerana kelemahan pelaksanaannya...Kes tertunggak bertahun2..Bukan salah Islam tapi salah bangsa yg selalu bersikap melepaskan batuk di tangga itu sendiri...oleh kerana bangsa itu majoritinya Islam,maka imej islam la yg nampak buruk...

shameel Iskandar berkata...

andainya ditentang dan dibenci ambiga kerana beliau pendokong IFC, maka lebih baik kita pakat benckan Rais Yatim sbb Rais Yatim juga merstui iFC. ingata\ lagi kata2 Rais yatim ketika merasmikan IFC " tiada sesiapa pun ( trmsuk org islam) yg berhak mengaku agamanaya sebagai agama yg terbaik."

Tanpa Nama berkata...

abg, sangat suka hilang2. apa khabar anak isteri?

jemputlah ke kenduri september nanti. puas cari abang.

zulkbo berkata...

salam sahabat..
lama menghilang?
ermm..saya setuju
dengan anda..dan
pandangan kita mengenai
politik sesama selalunya
sama..
:)

CITY® berkata...

salam....

saya juga setuju dengan saudara...

si para para berkata...

orang yang tak tahu je yang mengeksploitasi isu ni...



islam itu lengkap dan sempurna..

BERMASALAH berkata...

ideologi kita sama. sokong entri saudara 100%

Related Posts with Thumbnails