LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 31, 2010

NEGARAKU SUDAH MERDEKA TETAPI.......


Merdekakah kita jika masih ditadbir mengikut acuan British dan bukan acuan Islam dan sunnah nabi.
Merdekakah kita jika rakyat masih dijajah dengan budaya asing, budaya hiburan melampau yang lebih barat dari barat dan pendidikan akhlak dan agama di abaikan.
Merdekakah kita jika masih dibelenggu dengan masalah moral dan akhlak yang kian teruk sama seperti masyarakat jahiliah sedangkan kononnya diperintah oleh sebuah kerajaan Islam.
Merdekakah kita jika kita masih takut untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara kita sendiri.
Merdekakah kita jika masih lagi dibelenggu masalah rasuah,salahguna kuasa dan kronisme sedangkan rakyat dibawah yang terpaksa menanggung semua bebanan tanpa pembelaan.
Merdekakah kita jika rakyat masih lagi dibiarkan leka dengan hiburan sehingga lupa tangungjawab yang lebih berat menanti di akhirat dan hanya mengejar keuntungan dunia.
Merdekakah kita jika masih lagi berada dalam kebimbangan tentang masalah jenayah yang makin buntu seolah-olah tidak ada jalan penyelesaiannya sedangkan Islam yang menjadi agama rasmi hanya sebagai hiasan sahaja dan tidak dijadikan dasar.
Merdekakah kita jika rakyat masih lagi ditekan dengan politik ugut dan ampu, jika tidak sokong kerajaan pelbagai tekanan akan dikenakan dan jika menyokong pelbagai kemudahan disediakan.
Merdekakah kita jika hak rakyat untuk bersuara seakan dinafikan, apa saja keputusan pemerintah tidak boleh ditegur dan para cendiakawan seakan dirantai dan dikunci mulutnya.
Merdekakah kita jika Isu-isu perkauman masih lagi jadi bahan politik.
Fikir-fikirkan bersama...

ehsan: sahabat ijoks2009

N/B:Setiap manusia dilahirkan merdeka sejak fitrah kejadian,tetapi bukan bebas sebebasnya, tetapi bebas yang mempunyai batas/had. Datangnya Islam membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia.Dengan pelbagai ideologi dicipta untuk menyesat dan mengikat manusia. Manusia itu bebas bila mereka menjadi 'hamba' Allah. Bukankah kita sering berdoa agar 'title' 'hamba' diterima oleh ALLAH. Tetapi jika sesama manusia, kita cuba membebaskan diri dari penghambaan. Tetapi jiwa hamba sesama manusia masih wujud hingga kini, masakan negara yg merdeka masih terikat dengan isme2(fahaman) tinggalan penjajah dan merasakan tinggalan penjajah itu masih terbaik untuk negara. Sifat inferior complex (rendah diri) masih menebal walaupun penjajah telah pergi. Ini yang disukai penjajah, meneruskan legasi peninggalan penjajah @ gelaran yang diberi kepada mereka ini adalah "budak-budak British/Inggeris/Barat"
-salam kemerdekaan yang hakiki
-kita masih dalam proses memerdekakan minda
-keluar dari penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Al-Khaliq

Isnin, Ogos 23, 2010

BIARKAN SAHAJA.......


Jika anak-anak zina yang semakin bertambah, malahan dibuang tanpa rasa bersalah saban waktu. Biarkan sahaja penagih-penagih dadah berleluasa walaupun dadah adalah musuh negara nombor satu.
Biarkan sahaja masalah sosial semakin meruncing di kalangan remaja dan dewasa.
Kerana apa?
Kerana kita tidak memainkan peranan kita.
Ya,
Pendidikan bermula di rumah, ibubapa yang mencorakkan anak-anak samada nasrani,majusi @ islami.
Guru-guru yang menyebarkan ilmu, tauladan dan nasihat. Walaupun sang guru tidak lagi dihormati ibubapa dan murid.
Rakan-rakan yang mendampingi anak-anak, samada yang membawa haruman minyak wangi
@ bau busuk tempat kumbahan ( perumpamaan baik dan buruk)
Suasana sekeliling yang disogok/dihidangkan kepada anak-anak.
Dan diri sendiri yang kurang iman.
Kesemua di atas sering menjadi sasaran utama dan tohmahan jika berlaku kebejatan di dalam negara.
Tetapi ramai yg takut/segan/berdiam diri untuk menyalahkan pihak pemerintah secara total @ sebahagian kepada penyumbang masalah yang berlaku.
Kenapa?
Oh, politik bukan urusan kami, politik itu busuk (kata kita)
Tidakkah kita sedar bahawa perencanaan politiklah yang mewajarkan semua yg berlaku. Kuasa politiklah yang merubah landskap ekonomi, sosial, agama, seni budaya, pendidikan dll.
Semua bermula dengan pegangan politik kita. Jika kita berpaksikan ideologi tertentu, ideologi itulah yang akan mewarnai perjalanan pembinaan negara kita samada nasrani, majusi @ Islami. Apa rujukan kita (negara) apabila berdepan dengan sesuatu isu?

Hudud diyakini sebagai hukum Allah, kenapa tidak ikut? Isteri-isteri pemimpin tidak menunjukkan contoh yang baik kepada wanita-wanita Islam dengan tidak bertudung.(menutup aurat) Dua contoh klasik yang sentiasa menjadi buah mulut awam. masuklah Islam secara keseluruhan (kaffah) bukan separuh-separuh. Ayat a-Quran berkenaan puasa dan zakat dengan 'senang hati' diikuti. Ayat berkenaan Hudud dan Qisas dengan 'senang hati' juga ditinggalkan. Wah...ini Islam progesif, Islam moderat @ mungkin juga Islam Hadhari dalam 1Malaysia. Ini yang disukai Barat dan dengan 'senang hati' mereka mengiktiraf kita sebagai negara Islam contoh!
Nah..biarkan sahaja semuanya berlaku, andai kita tidak pernah cuba merubah( bukan setakat ambil tahu) sistem yang berjalan. Membiarkan pemimpin yang membunuh citra agama dan bangsa dalam diam. Jika satu pihak lagi tidak diuji @ diberi peluang usah memandai melabelkan itu dan ini. Nilailah mereka yang pernah memegang amanah puluhan tahun. Walaupun mereka 'baik' kita sebagai rakyat mahukan yang 'terbaik'.

N/B:Satu soalan menjelang sambutan kemerdekaan yang ke 53. Jika benar UMNO adalah pejuang Bangsa dan Agama (sudah tentunya akan dimusuhi Barat/British). Kenapa UMNO tidak diharamkan seperti yang berlaku kepada pertubuhan lain?
-artikel-artikel sejarah akan menyusul selepas ini (Insya'Allah)

Isnin, Ogos 16, 2010

APA YANG MEREKA TAKUTI


Sudah tentulah gerakan Ikhwanul Muslimin yang muncul selepas era kejatuhan Daulat usmaniyyah pada tahun 1924 dan masih aktif hingga kini. Gerakan yang menjadi model kepada gerakan Islam lain. Juga para Mujahiddin yang bertebaran di seluruh dunia selepas gagalnya Soviet Union menakluki Afganistan. Juga negara Iran yang mempunyai kepakaran teknologi Nuklear (walaupun mereka kelompok Syiah). Negara yang menjalankan syiar Islam dalam sukan, seni kebudayaan dll. Walaupun ada golongan/cabang Syiah yg berjalur keras bergitu juga kita yang menisbatkan diri sebagai ASWJ.Sebab itu perpecahan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. 73 golongan disabdakan oleh Rasul berpecah dalam kelompok Islam. Saya tidak berani menkafirkan mereka, biarlah bijak pandai agama membuat penilaian sesuai dengan ilmu yang dimiliki mereka.Bergitu juga pejuang Hisbullah di Lubnan, Hamas dan Jihad Islam (walaupun mereka (jihad Islam) tidak menyertai pilihanraya) di Palestin, pejuang di bumi Chehnya (dijajah oleh Soviet Union baru-Rusia) dll. Bergitu juga pengamal-mengamal sufi yang bertebaran di dunia, yang mempunyai sejarah penentangan kepada penceroboh/penjajah.
-model-model di atas juga merangkumi pertubuhan di seluruh dunia termasuk negara kita.cuma nama/labelnya pelbagai tetapi uslub/kaedah lebih kurang sama kerana berlandaskan al-Quran dan as'Sunnah. (sebab itu kita kena menyokong mereka)
Apa yang tidak menakutkan mereka adalah umat Islam yang menghindarkan peranan Jihad dalam masyarakat @ memahami jihad hanya dalam kontek tertentu. apa yang lebih mengembirakan mereka adalah jika umat Islam tidak mengangkat senjata kepada mereka. Mereka juga tahu yang umat Islam mampu dan mempunyai sumber/dana/pengetahuan utk menyaingi mereka. tetapi mereka telah memesongkan makna jihad kepada umat Islam. Umat Islam menilai urusan agama mengikut pandangan/kacamata mereka. Mereka telah menyibukkan umat Islam/negara umat islam dengan mencari kesenangan peribadi/duniawi. mereka tidak takut Menara Berkembar Petronas (KLCC), menara di Dubai dan yang terkini menara jam terbesar di kota Suci Mekah. Mereka telah membuatkan umat Islam melabur kepada sesuatu yang bersifat sementara. Apa yang mereka takuti adalah umat Islam yang mengangkat senjata setelah tempat umat Islam dinajisi oleh darah dan najis mereka.
Kenapa gerakan Islam masih tidak berjaya sepenuhnya? Kerana mereka telah menekan dari segenap penjuru, menggunakan pelbagai kaedah untuk melemahkan jati diri umat Islam. Di atas nama sukan, seni kebudayaan dan cara hidup baru. Umat Islam menanggal pakaian/jubah/hijap kehormatan. Tekanan juga datang dari pemimpin negara Islam yang meneruskan legasi kepimpinan setelah penjajah telah pergi. Mereka ini yang meneruskan dasar-dasar peninggalan penjajah. Tetapi gerakan Islam tidak mudah putus asa. Perlawanan mesti diteruskan hingga ke titisan darah terakhir. Bukan kesenangan dunia matlamat mereka tetapi keredhaan Allah ke atas Mereka.
-Al-Fatihah untuk mereka yang telah gugur membela agama Allah

N/B: Saya tidak menafikan cabang-cabang jihad yang ada dan yang telah difahami oleh kebanyakkan daripada kita, cuma mengingatkan tentang cabang jihad yang ditinggalkan/dilupakan.

Isnin, Julai 26, 2010

SOALAN DAN JAWAPAN

Bagaimanakah kita mahu membebaskan bumi Palestin? Apakah cara yang perlu digunakan? Adakah kita selama ini telah melakukan sesuatu? Banyak persolan yang perlu dijawab. Lebih-lebih lagi umat Islam yang mengaku bersaudara dari sudut akidah.
Berdasarkan pemerhati saya pasca serangan LL4G di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini . Ramai umat Islam tanpa segan silu meninggalkan jejak di premis yang dicanangkan menyumbangkan dana kepada kelangsungan hayat yahudi Zionis seperti McD, Starbuck dll. Amat mendukacitakan disaat rakyat Palestin merintih pertolongan kita, ramai diantara kita bersuka ria menikmati perkhidmatan yang disediakan.
Ini bukan tuduhan membuta tuli dan mahu merosakkan ekonomi peniaga Islam (francais Muslim) tetapi berdasarkan kajian yang dibuat oleh badan-badan antarabangsa yang memantau aliran tunai yang mengalir kepada Yahudi Zionis. Perubahan yang dibuat memerlukan keazaman yang tinggi semua pihak. Sebelah pihak perlu berkorban jika mahu menunaikan hak sesama muslim. Saya tahu implikasi yang akan berlaku, tetapi apa pilihan kita? berubah @ rebah.
Ada orang hanya bersandar kepada doa semata-mata. Ramai yang menganjurkan supaya kita berdoa untuk kemenangan mereka tanpa melakukan tindakan susulan. Sepatutnya doa+usaha+tawakkal =kejayaan (insya'Allah). Saya tidak menafikan fadilat berdoa, dan Allah juga mampu memakbulkan doa kita. Malahan Allah juga mampu mengirimkan burung Ababil untuk memusnahkan Yahudi Zionis, tetapi cukupkah hanya dengan berdoa? Dan ada yang mengatakan jihad hawa nafsu lebih penting/utama/besar. Bukankah orang yang mahu berperang sudah berjaya menundukkan nafsunya daripada menetap didalam daerah yang penuh tipu daya?(harta/pangkat/anak isteri dll) Nabi dan para sahabat berjihad hawa nafsu selepas kembali dari medan perang, bukan menidakkan perang. Kalau hanya berdoa menjadi sandaran, bukankah doa Nabi lebih mustajab daripada doa kita? Tetapi kenapa Nabi turut berperang dan mendapat kecederaan? Itu menunjukkan peperangan juga satu jalan. (hingga ke hari ini) bukan hanya menjadi subjek sejarah untuk dikenang oleh umat Islam. Mengapa takut menyatakan perang adalah jawapan kepada kebiadapan Zionis? Kita bukan tidak mampu, tetapi kita dihinggapi penyakit 'cinta dunia takut mati' .Lihatlah kemewahan yang dilimpahkan kepada negara Arab/Islam, tetapi masih tidak dapat menggegarkan Zionis. Malahan menjadi talibarut mereka dengan menyediakan pengkalan tentera asing/kafir . Anjuran untuk membentuk kekuatan dalaman individu muslim itu satu kaedah dan tidak dapat dinafikan tetapi perang adalah jawapannya. Bila sudah menemui jawapannya. Terpulanglah kepada kita untuk berorganisasi/mempersiapkan diri @ lebih selesa dengan pengertian jihad yang kita pegang/yakini.
Jarum yahudi juga meresap dalam gerakan Islam. Contoh: sebuah gerakan kerohanian telah menggugurkan rukun jihad menentang penjajah di India suatu masa dahulu, atas alasan taat kepada pemerintah. Sedangkan British pada waktu itu adalah penjajah! Sebab itu mereka (gerakan tadi) dibiarkan bebas di mana-mana negara, kerana mereka bukan menjadi ancaman kepada Imperialis.mereka ‘asyik’ dengan ibadat tanpa mempedulikan nasib yang menimpa saudara seagama. Hinggakan seorang abid (ahli ibadah) yg berjuaraian airmata beribadat di dalam masjid ditegur kerana asyik beribadat tanpa mempedulikan masalah umat.
Saya tertarik dgn frasa’ yahudi tidak takut kepada umat Islam jika saf solat subuhnya tidak penuh’(kita terima bulat-bulat dakwaan mereka?). Jika penuh sekalipun tanpa diterapkan semangat jihad dan masalah umat, jadilah juga mereka seperti ahli ibadah tadi.
-Adakah penghantaran bantuan yang berupa makanan, ubat-ubatan, bahan binaan kepada rakyat Palestin menggegarkan Yahudi Zionis?
-Ya, bantuan itu meringankan penderitaan mereka tetapi kita mahu membebaskan tanah air mereka @ kita hanya menghantar/mengirimkan bekalan sara hidup kepada banduan di penjara? (mereka terpenjara/banduan di negara sendiri)
-Apa tekanan dunia Islam kepada Yahudi Zionis di peringkat antarabangsa? boikot? sekatan ekonomi? @ sekadar mesyuarat/sidang tergempar?
-Bagaimana kita mahu memahamkan mereka (Zionis) jika mereka sendiri yang mahu memusnahkan Palestin.
-Saya tidak menafikan bantuan yang diberikan selama ini, cuma persoalannya. Apakah sikap sebenar dan harapan kita pada Palestin? dan dimanakah kesungguhan kita melawan/mengekang Yahudi Zionis?

N/B: Saya yang menulis ini pun bukannya ilmu penuh di dada dan gagah perkasa. Cuma ingin memberi pandangan tentang cara penyelesaian tragedi ini. (saya rasa semua tahu jawapannya, cuma telah dipesongkan/memesongkan makna jihad/menyempitkan/meninggalkan sebahagiannya kerana mengejar jihad yang memberi habuan mengikut selera masing-masing dan bersikap lunak kepada orang kafir yang memerangi kita) Apabila semua sudah jelas. Barulah tindakan susulan akan menyusul kerana kita telah menemui jawapannya.
Wallahu'alam.

Selasa, Julai 20, 2010

WALAUPUN BERISIKO

Saya berblog untuk meluahkan apa yang berlaku di sekeliling saya. Lebih-lebih lagi berkenaan sekitar dunia Islam. Pada saya, berblog adalah medium baru dalam penyampaian. Sebelum ini saya hanya meluahkan apa yang terbuku di hati kepada rakan-rakan dan sesekali menghantar buah fikir ke media cetak. Khalayak medium baru (blog) ini lebih meluas dan pelbagai ragam. Pemblog akan mendapat respon dengan lebih cepat kerana dunia di hujung jari.

Blog saya memaparkan buah fikir saya mengenai isu Palestin dan belum tentu semua khalayak dapat menerimanya kerana saya memaparkan perspektif dari sudut yang berbeza.

Terma ‘perang’ dan ‘jihad’ sering menjadi kata kunci kepada tulisan saya. Boleh jadi khalayak akan mengatakan saya seorang yang ekstrim, keras dsb. Ya, saya seorang yang ekstrim, keras, hanya kepada mereka yang juga ekstrim dan keras kepada umat Islam. Walaupun fokus kepedulian nampak cenderung kepada umat Islam tetapi tempiasnya juga meliputi seisi alam kerana Islam menjunjung keadilan kepada semua makhluk.

Saya juga berharap mendapat teguran/kritikan daripada sahabat-sahabat blog agar saya tidak terkeluar dari landasan keimanan.

Walaupun berisiko, ia tetap/mesti/ dilakukan atas dasar kecintaan/kepedulian sesama Islam. Walaupun saya tahu ia akan/mungkin mendatangkan risiko kepada saya.

“Jika takut dengan risiko, usah bicara tentang perjuangan”

“Kita bukanlah yang memulai @ mengakhirinya tetapi kita adalah rantai-rantai perjuangan”

Petikan artikel saya pada 31 Mac 2010

YAKIN DAN PERCAYA


Kita sebagai seorang Islam percaya adanya Allah s.w.t dengan sifat 20 yang wajib, sifat 20 yang mustahil dan 99 nama-namaNya (asmaul husna), namun kita kurang yakin dari segi:

REZEKI
Kita takut rezeki kita tiada sedangkan rezeki kita telah ditentukan kadarnya sejak azali. Yakin hanya dengan pekerjaan/kerjaya tertentu sahaja akan memberikan kita rezeki sedangkan rezeki Allah s.w.t meliputi langit dan bumi, janji kita berusaha dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.
Takut ditukar/dibuang kerja jika menyatakan kebenaran, mengkritik, membongkar penyelewengan dan berlepas tangan daripada persubahatan-jika bekerja dengan kerajaan @ majikan, jika bekerja swasta @ perniagaan akan merosot jika bekerja sendiri.

MATI
Takut mati syahid, sedangkan mati itu pasti dan kematian boleh datang dengan pelbagai cara, tidak semestinya kematian menjemput sewaktu berperang membantu saudara seislam yang ditindas dan membela agama Allah. Kita juga tidak mengetahui bila, di mana, dan bagaimana kita akan mati.
Kerana kurang yakinlah kita lemah dari segala segi, kerana kita yakin manusialah yang menentukan perjalanan dan hala tuju hidup kita.
Jika kita benar-benar yakin dan percaya, hidup, mati, jodoh, rezeki di tangan Allah s.w.t, kita tidak akan bergantung/berharap/takut sesama manusia. Cukuplah Allah sebaik-baik penolong, perbendaharaanNya meliputi seisi alam (tidak pernah berkurang), tiada daya upaya melainkan Dia, daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali kerana nyawa kita berada di genggamanNya.
wallahu a'lam

Sabtu, Jun 19, 2010

NEGARA ISLAM MALAYSIA

(termasuk Menteri Besar Kelantan)

Berlaku perdebatan dalam mentafsirkan "adakah Malaysia sebuah negara Islam".Satu pihak mengiakan, satu pihak menafikan dan satu pihak lagi mengatakan Malaysia hanyalah sebuah negara majoriti umat Islam dan dipimpin oleh pemimpin yang berugama Islam.
Masih teringat semasa belajar di Sek.Men. dahulu, ustaz ada memberitahu, negara Islam adalah negara yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas pelembagaan.
Berbalik kepada persoalan Malaysia, dapatkan kita mengagak negara kita dalam kategori mana? Walaupun apa tafsiran kita, mari kita susuri sejarah yang terpahat dalam ruang lingkup negara yang bernama Malaysia.
-undang-undang hudud masih tidak dilaksanakan walaupun kemerdekaan telah mencapai usia 53 tahun. Pelbagai alasan dikemukakan untuk menidakkannya kerana sayangnya mereka pada undang-undang penjajah.
-Kata mereka, undang-undang hudud hanya sebahagian kecil dari pembendaharaan Islam. Banyak lagi benda yang lebih penting dari itu.
-Kata saya, kecil besar saya tidak tahu, tetapi apa yang saya tahu kita dianjurkan masuk Islam secara keseluruhannya. Bukan separuh-separuh.
-Amalan memberi lesen judi/arak telah bermula sejak negara mendapat kemerdekaan.
-Kata mereka, judi/arak hanya untuk orang bukan Islam disamping kerajaan mendapat cukai.
-kata saya, tidak menafikan hak orang bukan Islam, tetapi kerajaan tidak mengawalnya malah galak mengembangkannya lagi. Memberi lesen pada kroni terdekat untuk kepentingan peribadi, malahan ada pemimpin Islam mempunyai saham dalam syarikat judi dan arak!
-Nasihat Ulama tidak diikuti/tidak diendahkan, lebih mengutamakan pendapat/akal ahli politik pemerintah.
-Contoh: memecat seorang Mufti kerana Mufti tersebut mengharamkan pentandingan ratu cantik satu masa dahulu.
-Menunggu selama 20 tahun untuk tidak menjalankan upacara mengalungkan bunga di tugu negara sempena peringatan Hari Pahlawan.
Setelah melihat suasana di atas, layakkah negara ini ditabalkan sebagai negara Islam? Banyak lagi contoh yang menunjukkan penentangan diantara golongan umara dan golongan ulama.
Suara nakal berkata "tunjukkan saya dimana negara Islam di dunia?
apa agak-agak jawapan kita?
Majoriti negara umat Islam di dunia mahu Islam menjadi cara hidup (ad-deen) termasuk soal pemerintahan. Tetapi yang menjadi batu penghalang adalah pemimpin Islam di negara umat Islam yang menganut fahaman ciptaan manusia.
-Yang menafsirkan hukum agama mengikut akal dan hawa nafsu.
-Yang termakan dakyah-dakyah musuh Islam dan meneruskan dakyah tersebut kepada rakyat yang dipimpinnya.
Cara penyelesaiannya adalah dengan memilih/mengundi pemimpin yang betul-betul menjiwai Islam, pemimpin yang meletakkan Islam pada tempat yang sewajarnya. Apabila negara-negara Islam dipimpin oleh pemimpin yang menjiwai Islam (selepas ini dipanggil wilayah Islam) barulah (Insya'allah) seorang Khalifah akan dipilih di kalangan mereka dan seterusnya meneruskan legasi kekhalifahan Islam di muka bumi.

N/B: Nampak mustahil, tetapi tidak mustahil bagi mereka yang percaya janji Allah. Yang akan ditanya bukan hasilnya, tetapi adakah kita berusaha ke arah itu dalam menjalankan perintahnya, walaupun dibenci oleh hawa nafsu kita.

Rabu, Jun 16, 2010

DIMANA EKSTREM DIMANA JIHAD


Diberitakan 30 pelajar Malaysia telah direkrut oleh rangkaian Jemaah Islamiyyah (JI) untuk menjalankan aktiviti jihad di luar negara. Ini berikutan tertangkapnya 10 rakyat asing yang dikatakan cuba mempengaruhi para pelajar kita dengan ideologi mereka.
Pada saya jika betul mereka ini penganas/ekstrimis @ apa sahaja istilah yang diberi. Tindakan ini harus dipuji atas faktor keselamatan. Tetapi apakah makna pengganas/teroris/ekstrimis yang mereka/kita/dan sesiapa sahaja fahami?
Jika aksi membunuh, mengebom orang yang tidak berdosa/tidak berkenaan, boleh kita kategorikan seperti label di atas.
Tetapi jika mereka yang benar-benar mahu berjihad di tempat berlakunya konflik seperti di Palestin, Chehnya, dan dimana bumi umat Islam yang ditindas/dinafikan hak. Adakah wajar kita melabelkan mereka sedemikian?
Adakah kita menerima bulat-bulat sananan/tafsiran Amerika Syarikat yang cuba menjadi polis dunia? @ istilah yang popular "bersama saya @ bersama mereka"
Di sini perlunya para ulama bersuara untuk membetulkan keadaan dalam mengupas makna jihad dengan pendekatan holistik (menyeluruh). Jangan hanya perkara lain dianggap sebagai jihad, tetapi apabila umat Islam perlu untuk mengangkat senjata, ianya tidak dikatakan sebagai jihad. Sedangkan keperluan setiap negara Islam adalah berbeza.
Memang jihad peperangan adalah fardu kifayah tetapi jika melihat realiti negara umat Islam yang bergolak adakah ianya masih fardu kifayah. Jika peperangan dianggap fardu kifayah, apakah usaha lain yang dilakukan kita untuk membantu umat Islam tersebut?
Jika cukup dengan berdoa, adakah perlu rasulullah turun ke medan jihad hingga mendapat kecederaan? Bukankah doa baginda lagi makbul daripada kita? Jika hawa nafsu menjadi halangan. Maknanya kita yang masih tetap di sini sebenarnya yang dibelenggu oleh penguasaan hawa nafsu yang tidak pernah padam selagi masih bernyawa.
Pelbagai helah yang diberi untuk menidakkan kewajipan jihad peperangan. Saya bukan mengajak pergi berperang, cuma biarlah tafsiran jihad ini diputihkan setelah dikaburkan oleh para Orientalis. Sehinggakan ada ulama yang mengetuai sebuah gerakan kerohanian telah mengharamkan memerangi pihak British di India pada waktu dahulu atas alasan, haram memerangi pemerintah! sedangkan pihak British itu adalah penjajah!
Saya tidak menafikan semua tafsiran yang beri oleh ulama kita adalah jihad.tetapi kita haruslah mengikut kesesuian masa dan waktu. yakni, apakah bentuk jihad yang perlu dilakukan jika keadaan begitu dan begini.
Ada saranan yang diberi disini dan disini untuk mereka yang beria-ria konon mahu berjihad membebaskan bumi umat Islam, sedangkan saranan itu harus diberi kepada mereka yang masih terlena, yang hidupnya hanya untuk makan dan minum dan tidak mengambil tahu masalah umat.

N/B: Saya tidak menidakkan saranan itu, malah saya menganggapnya sebagai perkongsian pintar sesama blogger.

"Ya Allah ampunilah dosaku, kebodohanku dan hal-hal yang engkau lebih mengetahuinya daripadaku."

Selasa, Jun 15, 2010

TENTERA MESIR SEBAIK TENTERA DI BUMI ?


Benarkah tentera Mesir itu hebat? Jika ditanya kepada pencitra kebangsaan Mesir, mereka tentu mengatakan "ya". Mereka mungkin akan mengatakan perihal mengenai kehebatan tentera Mesir disebutkan dalam sebuah hadis.
Sebuah hadis yang merupakan sebahagian daripada hadis panjang yang ditakhrijkan oleh Ibn Abd Hakim dalam Futuh Misra, Ad-daruqutni dalam al mu'talif wal mukhtalif dan disebutkan melalui jalan riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq dan Ibn Zulaq dalam Fadhail Misr daripada Abdullah bin Lahi'ah daripada Al-Aswad bin malik Al-Humairi daripada Bahir bin Zakhir al-Mu'afiri daripada Amru bin Al-As daripada Umar al-Khattab ( radiallahu anhuma) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إذا فتح الله عليكم مصر فاتخذوا فيها جندا كثيراً، فذلك الجند خير أجناد الأرض، فقال له أبو بكر: ولم يارسول الله؟ قال: لأنهم وأزواجهم في رباط إلى يوم القيامة

"Bila Allah membukakan buat kamu negeri Mesir, jadikan tenteranya paling banyak. Maka tentera itu adalah sebaik-baik tentera di bumi. Maka berkata Abu Bakar: Kenapa begitu ya Rasulullah? Jawab baginda : Kerana mereka dan isteri-isteri mereka sentiasa siap siaga hingga ke hari Qiamat".

Hadis ini dihukum oleh kebanyakan pengkaji hadis sebagai daif kerana kemajhulan (tidak dapat dikenali) beberapa orang perawinya seperti Al-Aswad bin Malik dan Bahir bin Zakhir.(Rujuk: Islamweb)
Ada hadis yang sahih mengenai negara Mesir dan penduduknya yang disebutkan dalam Sahih Muslim. Sabda Rasulullah SAW:

إنكم ستفتحون أرضاً يذكر فيها القيراط فاستوصوا بأهلها خيراً، فإن لهم ذمة ورحماً

"sesungguhnya kamu akan membuka satu bumi yang disebut padanya al-qirat, maka wasiatilah ahlinya dengan kebaikan maka sesungguhnya bagi mereka kehormatan dan rahmat"

Tentera Mesir memang telah melakar sejarah dengan tinta emas di masa lalu. Tentera Mesirlah yang dipimpin oleh Salehuddin Al-Ayubi kira-kira lebih 840 tahun yang lalu membebaskan Baitul Maqdis daripada tentera Salib. Tentera Mesir telah berjaya menumbangkan Raja Faruq lalu membentuk kerajaan Republik yang ada pada hari ini. Beberapa siri peperangan yang melibatkan tentera Mesir antara tahun-tahun 40-an sehinga 70-an memperlihatkan wibawa tentera Mesir.

Namun, itu dulu. Sekarang apa sudah jadi dengan tentera mesir?
Apakah ada kehormatan bagi tentera Republik Mesir yang rela membiarkan saudara Islam di Palestin dikeronyok Yahudi Zionis?
Apakah ada rahmah di kalangan tentera Mesir yang saban waktu mengongkong, memburu, menangkap pejuang-pejuang gerakan Islam Mesir seperti Ikwanul Muslimin dll yang cuba bangkit menongkah tadhur?
Siapakah pula ahli negeri Mesir yang Rasulullah katakan memiliki Zimmah dan Rahmah?
Apa yang pasti, tentera Mesir bukanlah sebaik-baik tentera dan hadis yang banyak dibacakan oleh pencitra kebangsaan Mesir itu tidak boleh disandarkan. Selain hadis itu daif, realiti hari ini tidak menggambarkan bahawa tentera Mesir adalah sebaik-baik tentera.
Baik lagi pejuang Mujahidin di Afghanistan. Pejuang Hizbullah di Lubnan. Pejuang Hamas di Palestin Mereka lebih mengenal jihad berbanding tentera mesir.
Ehsan: PERENUNGLANGIT

Khamis, Jun 10, 2010

IKTIRAF HAMAS


Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menempelak kerajaan Malaysia yang seolah-olah tidak mengiktiraf Hamas selaku parti yang menerajui Palestin. Beliau menggesa Malaysia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas dan kerajaan Hamas adalah pilihan rakyat Palestin.
Beliau juga menggesa Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, membawa Malaysia bersama-sama Turki mengheret negara haram Israel ke mahkamah antarabangsa berikutan keganasan terhadap penduduk Palestin dan konvoi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

"Jika rakyat Palestin telah memilih parti Hamas untuk mewakili mereka, maka Amerika Syarikat dan negara lain yang kononnya mendokong prinsip demokrasi. Umpama demokrasi adalah ciptaan manusia paling agung dalam mengiktiraf hak manusia. Mereka perlu mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah di Palestin dan menyuarakan pendapat apabila sesuatu ketidakadilan berlaku tanpa mengira pihak."

Jumaat, Mei 28, 2010

BAYANGKAN


Bayangkan jika PM Malaysia 10 tahun dahulu adalah Lim Kit Siang (DAP), setelah mengangkat sumpah sebagai PM, langkah awal dalam kerajaannya ialah menyekat peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Sudah tentu orang Melayu 'itu' akan mengamuk, Lim Kit Siang akan dituduh anti-Melayu dan Islam. Barangkali secara merangkak dan tidak sempat berkenderaan, orang Melayu akan ke KL untuk menunjuk perasaan anti-DAP.
Tetapi orang Melayu 'itu' tidak berbuat apa-apa bila yang mengumumkan penarikan bantuan ke SAR adalah PM Melayu !
Orang Melayu 'itu' tidak pula menuduh PM Melayu tersebut sebagai pengkhianat Melayu dan Islam.
Bayangkan MB Johor 15 tahun dahulu adalah Dr Boo (DAP). MB ini membuat perubahan dengan menukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad. Pasti orang Melayu 'itu' akan menuduh Dr Boo anti-Melayu dan Islam kerana merendahkan hari kemuliaan umat Islam, tetapi yang menukarkan hari cuti Jumaat kepada Ahad adalah MB Melayu tersebut. Maka, orang Melayu 'itu' diam sahaja dan mereka boleh terima.
Bayangkan pula jika PM hari ini adalah Karpal Singh (DAP) dan beliau bersetuju untuk memberi ruang kepada judi bola, pasti orang Melayu 'itu' merasakan Islam dihimpit dari segenap lapisan. Tetapi yang cuba/akan/berkira-kira meluluskan itu adalah PM Melayu! lalu mereka redha atas apa yang berlaku.
Sepatutnya apa yang berlaku diatas patut ditentang oleh semua umat Islam walaupun dibuat oleh mana-mana pemimpin daripada mana-mana kaum. Bukan bermain dengan fahaman asabiah sempit.
Sudahkan kalian bayangkan?

bayangan ini diberi oleh Abang Mat dari Kedah dengan sedikit olahan

Ahad, April 25, 2010

WAH ! SEKSINYA DIA

Apakah gangguan seksual?

Gangguan Seksual merujuk kepada perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan.

Gangguan lisan

Teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik,membuat bunyi dan menyoal perkara-perkara yang tidak menyenangkan.

Gangguan dari segi isyarat

,Menjelir lidah atau membuat bunyi dengan nada yang tidak sesuai, menjilat bibir atau memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.

Gangguan visual

Menunjukkan material-material pornografi, melukis lakaran atau menulis sesuatu berasaskan seksual, mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual.

Ganguan psikologikal

Undangan-undangan sosial yang tidak diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji atau intimasi fizikal.

Gangguan fizikal

Sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, dan rabaan

http://www.wao.org.my

gangguan seksual boleh terjadi kepada kedua-dua jantina @ sesama jantina. golongan wanita dikatakan paling terdedah dengan gangguan ini. Banyak faktor yang mendorong perlakuan ini. (paling disalahkan adalah golongan lelaki). Kerana mitos mengatakan wanita adalah mangsa dan lelaki adalah pemangsa. Masyarakat sama sekali tidak bersetuju dengan perlakuan ini atas sebab menjaga maruah dan hakhidup seseorang individu. Tetapi kita selalu terlepas pandang dan selalu memfokuskan mangsanya adalah wanita.

Pernahkan kita terfikir yang seorang wanita yang berpakaian menjolok mata( seksi) yang mendedahkah lurah payudara dan alur punggung di tengah khalayak (publik), juga telah melakukan gangguan seksual? Adegan yang selalu membuatkan khalayak (lebih-lebih kaum lelaki) membuat pelbagai tafsiran dan andaian? Mereka selalu mengatakan itu hak mereka untuk berekperimentasi. Sedangkan mereka berekperimentasi di tempat awam! Bagaimana pula hak awam? Adakah hak individu lebih besar/berharga daripada hak awam? Tidak salah untuk mereka berbogel @ melakukan apa-apa aksi yang melampau, tetapi biarlah di ruangan peribadi mereka seperti di dalam rumah @ tempat tertutup. Artikel ini bukan menafikan hak individu, tetapi sekadar pendapat/peringatan/saranan untuk semua. Sekurangnya biarlah berpakaian sopan di khalayak ramai, Jangan hanya memikirkan diri sediri sahaja, tanpa mempedulikan orang lain. Bilakah akan ada satu akta/ enakmen/peruntukan undang-undang yang sama @ lebih kurang dengan akta gangguan seksual seperti diatas yg boleh menjamin kesejahteraan masyarakat keseluruhan.

N/B: jika dikaitkan dengan persoalan agama,mereka sering mengatakan jika ada iman kita tidak akan terdedah dengan dengan perlakuan buruk akibat daripada keseksian tadi. Tetapi bagaimana pula dengan iman si pelakunya(mereka yg berpakaian seksi)? Adakah mereka hidup hanya untuk menguji iman orang lain?

*Seorang ulama Australia pernah berkata" wanita-wanita seksi umpama seketul daging mentah yang mempersiapkan diri/ menunggu masa untuk diratah/dibaham"

Isnin, April 19, 2010

DUHAI IBU

Lihat gambar di atas, seorang wanita yang tidak ubah seperti ibu kita. Diperlakukan sedemikian oleh mereka yang boleh diibaratkan seperti anak sendiri, tetapi mereka ( kebanyakkan yahudi) telah diasuh sejak kecil supaya membenci umat Islam/agamanya/segala bentuk ritual @ imej. Nasib seorang ibu di tanah air sendiri, tetapi ganjarannya amat besar kerana ibu ini telah melahirkan para syuhada yang telah berkorban nyawa demi Islam tercinta. Tidak sedikit pun riak menyesal pada wajah si ibu kerana si ibu percaya janji Allah terhadap hamba-hambaNya yang sabar/redha menempuh dugaan.
Sepatutnya golongan lebih tua dihormati dan bukan disakiti. Nyata permusuhan mereka bukan hanya disebabkan perebutan tanah Palestin tetapi berakar umbi sejak ribuan tahun dahulu akibat dendam dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa ada nabi yang diutuskan selain daripada bangsa mereka (yahudi). Jadi bagaimana kita hendak menjernihkan kembali sifat kemanusiaan sesama kita? Walaupun kita berbeza agama dan bangsa, itu bukan halangan untuk kita hidup secara harmoni. Walaupun kita tahu permusuhan mereka pada kita amat keras, tetapi agama kita tetap menganjurkan kasih sayang. Kita (umat Islam) hanya mahu mengambil hak kita kembali tanpa menafikan hakhidup orang lain. Persoalan Palestin menguji kebijaksanaan para Pemimpin untuk mengembalikan semula suasana seperti zaman Syaidina Umar Al-Khattab dan Salahuddin AL-Ayubbi semasa menguasai Baitulmaqdis satu ketika dahulu.

N/B: Beruntunglah kita di sini yang masih dapat bersama ibu sendiri dalam melayari kehidupan. Walaupun susah tetapi tidak seperit mereka di Palestin yang mengalami trauma sepanjang zaman akibat perang yang berat sebelah.
kepada para ibu, anak-anak adalah anugerah dan milik agama. Andai ada seruan jihad suatu hari nanti, lepaskanlah mereka, untuk mereka bersama anak-anak yang lain keluar bagi mengembalikan kemuliaan (izzah) Islam. Ketahuilah, pemergian mereka bukan sesuatu yang sia-sia. Sesungguhnya solat kita, hidup kita, mati kita hanya untuk Allah.
Ya Allah ya

Jumaat, April 16, 2010

AYUH BERJIHAD


DENGAN SEGALA KEKUATAN/KESUNGGUHAN/KESEDARAN (segarkan)

Pengertian JIHAD dalam bahasa yang mudah adalah "melakukan sesuatu perkara dengan dengan nama Allah/berjuang kerana ALLAH. Jadi apa-apa perbuatan yg dilakukan kerana Allah oleh kita sebelum ini/sekarang/akan datang adalah Jihad.
Dalam laman blog ini menyentuh aspek persoalan Jihad membebaskan bumi Palestin yang sekian lama menderita selepas kejatuhan Daulah Uthmaniah pada tahun 1924.
Jadi Jihad apakah yang harus dilakukan?

DOA
-Berdoa kepada Allah supaya mereka di sana diberi kekuatan untuk menghadapi tribulasi/mehnah/dugaan yg melanda.
-Berdoa juga untuk diri sendiri supaya kita juga diberi kekuatan supaya boleh bertindak lebih daripada sekadar berdoa.

DERMA
-Mendermakan apa sahaja yg termampu seperti wang ringgit, makanan, pakaian, ubat-ubatan dan juga senjata supaya mereka dapat mempertahankan diri. Bukan sekadar makanan, pakaian dan ubat-ubatan.
-Mereka bukan seperti haiwan di dalam reban yang menunggu masa gemuk untuk disembelih oleh para Thagut!

BOIKOT
-Memboikot ekonomi/perkhidmatan yang nyata memberi dana kepada pertubuhan Yahudi Zionis. Walaupun syarikat tersebut hanya francais kepada mereka.(mereka tetap mendapat dana tersebut). Malaysia tidak terkecuali.

PENULISAN
-Menulis/menyebarkan artikel berkenaan permasalahan umat Islam di serata dunia dengan harapan dapat membuka mata dunia khususnya umat Islam yang tidak ditimpa 'malapetaka' seperti mereka. Sedarkan mereka dari lamunan. Hidup ini bukan setakat makan, minum dan berhibur, tetapi lebih dari itu!

DEMONSTRASI
-Bersama berkumpul bersama mereka bagi menunjukkan sokongan atas isu-isu yang melibat permasalahan umat Islam. Ingat! hak untuk berhimpun dijamin oleh perlembagaan, Jangan termakan oleh dakyat mereka "demostrasi bukan budaya kita". Habis, yang Armahum Dato' Onn Bin Jaafar buat dulu apa? Bukan demostrasi untuk menarik sokongan orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Dan lihat pula bila berapa buah negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat, mereka menjilat semula ludah mereka dengan mengadakan demostrasi!

SUKARELAWAN
-Membentuk/membimbing pasukan sukarelawan untuk dihantar ke tempat konflik. Kerana dengan bersatu/sepakat, kita akan menang.
-Kerana apa? Kerana pihak Zionis berjaya mempersiapkan pemuda/tentera untuk menyembelih umat Islam.
-Dan mustahil kita hanya mampu melihat, Ini semua kerana kalimah Jihad berjaya disempitkan. Persoalan Jihad menjadi perkara taboo (pantang) untuk dibicarakan kini.

JIHAD HAWA NAFSU/EKONOMI/ILMU
-Akan terus berlangsung andai hayat masih dikandung badan. Jihad ini boleh disemai jika negara itu tidak mengalami konflik. Tetapi jika apa yang berlaku seperti di Palestin dan dimana sahaja tiada Jihad selain Al-Qital (peperangan). Untuk membebaskan dan mengembalikan semula maruah diri.
-Sesuatu yang amat pelik, jika Yahudi Zionis berjaya mempersiapkan para pemuda untuk menyembelih umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu. Ya, menahan nafsu untuk kesana demi memuaskan nafsu di sini.
-Tiada tanda aras/kayu pengukur untuk menunjukkan kita sebenarnya berjaya berjihad hawa nafsu/ekonomi/ilmu. Melainkan mereka yang berjihad dengan semua Jihad yang ada. Bukan mengambil sebahagian dan menolak sebahagian lagi dengan pelbagai alasan untuk menunjukkan ada jihad yang lebih besar. Ingatlah sesuatu perkara yang dilakukan kerana Allah adalah BESAR. -Persoalan Palestin menuntut pengorbanan kita semua. Segarkan/cerahkan minda dalam memahami erti JIHAD.

JIHAD DI MALAYSIA
-Menyokong/membantu/mengundi organisasi yang mahu memartabatkan Islam pada tempat yang sewajarnya. Tidak kira mereka itu Badan Bukan Kerajaan (NGO) @ Parti Politik. Kita semua bertanggungjawab jika Islam di Malaysia tempang (dihina/tidak dihormati). Kita adalah sebahagian daripada sistem kenegaraan. Mahukah kita, jika negara kita dipimpin oleh mereka yang meletakkan Islam hanya di pinggiran?
-Jawapannya ada pada kita semua, buka hati,buka minda, kenali mereka.

Rabu, April 14, 2010

SATU PERSOALAN

Tulisan ini bukanlah untuk memburukkan sesiapa, tetapi terpulang kepada persepsi/penilaian anda tentang apa yang diutarakan oleh saya. Saya hanya menghidangkan sesuatu yang telah terhidang di depan kita selama ini, jika ada keburukkan, keburukkan itu terdedah melalui tindakan 'mereka' sendiri.
Umum mengetahui bahawa negara kita secara lahiriah tidak mempunyai hubungan dengan negara Israel. Pendekatan ini diambil kerana negara kita tidak mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Tetapi apabila melihat bendera Israel berkibar megah di ruang udara kita, telah menimbulkan satu persoalan tentang kesungguhan/keberanian/kejujuran/ dalam membela nasib saudara seagama kita di Palestin.
Bendera ini berkibar megah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Khabarnya bendera ini dinaikkan sempena pernyertaan kontijen Israel dalam pentandingan hoki piala dunia yg berlangsung di KL pada satu masa dahulu.Walau apa pun alasan mereka, ianya tetap mengguris perasaan umat Islam yang membenci kekejaman yahudi zionis.
Bagaimana mereka dibenarkan masuk ke negara kita, sedangkan negara kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka? Melainkan mereka ini rakyat negara lain yang diktiraf tetapi berketurunan yahudi.
Kita tidak membenci kaum, tetapi fahaman yang dianuti mereka. Kerana fahaman inilah lahirnya sebuah negara haram yang bernama Israel!

N/B: Dakwaan DSAI baru-baru ini tentang penglibatan syarikat Israel dalam urusan penyelenggaraan sistem komputer PDRM telah menimbulkan satu polemik baru terhadap keselamatan negara kita dan telah disahkan oleh KPN sendiri dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.
Satu persoalan lagi, adakah mereka terlepas pandang?

Isnin, April 12, 2010

MADU DAN RACUN


TANGAN KANAN BERI MADU
-Agama Islam menjadi agama rasmi
-Memperbanyakkan masjid yang indah-indah
-Menganjurkan musabaqah/tilawah Al-Quran peringkat negeri/dunia
-Dalam proses menjadi hub-halal sedunia
(sedangkan sudah 52 tahun merdeka masih tiada akta halal)
-Tanpa gagal menganjurkan perarakan sambutan Maulidul Rasul setiap tahun

TANGAN KIRI BERI RACUN
-luluskan lesen judi (ada yang haram dan halal)
-luluskan lesen arak (sedangkan mengetahui arak ibu segala kejahatan)
-masih menggunapakai undang-undang penjajah yang membelakangkan undang-undang Islam
-Perkara maksiat subur tanpa kawalan (tidak memperkasakan Jabatan Agama Negeri-Negeri) yang bermasalah dari segi logistik dan had kuasa.

Bolehkah madu dan racun disatukan? Ini adalah ciri-ciri Sekular, iaitu membenarkan keduanya bercampur dan memberi pilihan kepada rakyat/pengguna untuk memilih atas alasan hak individu. Seorang itu boleh jadu sealim-alimnya jika dia mahu dan sesorang itu boleh jadi sejahat-jahatnya mengikut kemahuannya. Negara/pemerintah berlepas tangan kerana agama adalah hak individu. Tiada istilah 'polis moral' pada mereka. Hanya antara mereka (pelaku) dengan Tuhan. Jadi untuk apa undang-undang diwujudkan? Baik kita bubarkan sahaja undang-undang, kerana manusia tidak boleh menghukum. Kita biarkan perompak, penipu, perasuah, pembunuh dan perogol bebas kerana kita tidak tahu isi hati mereka (persoalan hati/terlihat dari segi zahir sahaja ) dan belum tentu kita masuk syurga dan mereka masuk neraka!

N/B: Apa yang penting adalah kesungguhan/kemahuan negara itu sendiri dalam mendaulatkan Islam sebagai sumber hukum tertinggi. Bukan memberi alasan seperti negara ini negara majmuk, tiada kepakaran, tiada negara yang 100% Islam, takut dilabel sebagai autokratik/jumud/ekstrim dll. Andai kebejatan masih berlaku jika segala usaha telah dilakukan, barulah kita boleh berlepas tangan dan menyerahkan pada Yang Maha Kuasa kerana ianya di luar kemampuan kita. Peribahasa Melayu ada menyebut "mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih"

Jumaat, April 02, 2010

HALAL oh HALAL


Sudah 52 tahun kita merdeka, tetapi kita masih terkial-kial mencari yang halal di luar sana. Bukan halal yang melibatkan perkara yang diketahui umum seperti judi, arak, zina, dll (itupun ramai yang berani melanggarnya) maksud disini, halal yang melibatkan penyediaan makanan @ logo halal. Memang sebagai pengguna kita kena bijak memilih, tetapi jika mempunyai logo halal pun diragui kehalalannya. Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah pengguna itu sendiri? Peniaga? @ pihak berwajib yang diberi amanah untuk menjaga hal ehwal umat Islam? Sesuatu yang amat pelik, negara yang ditadbir oleh pimpinan Islam gagal @ terlepas pandang dengan apa yang berlaku. Adakah masalah ini kurang penting pada pandangan mereka? Adakah aspek pembangunan fizikal lebih penting daripada aspek pembangunan rohani? Jika perkara ini berlarutan, kepada siapa kita hendak bersandarkan harapan? Perlukah kita akur semata-mata ianya datang dari kerajaan pusat? Sampai bial kita harus dipermainkan oleh peniaga yang mementingkan keuntungan sehala dan pihak berwajib yang hanya bermanis muka sewaktu musim pilihanraya? Pada pandangan saya, tempoh 52 tahun sudah cukup untuk merangka pembangunan negara kerana kita ditadbir oleh parti yang sama. Lainlah jika kita sering bertukar kerajaan! Kenapa mereka (peniaga) berani bertindak sedemikian? Jawapannya, kerana tiada ketegasan/ketelusan/kesungguhan dalam pentadbiran. Adakah kita hanya mengharap kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membela kita, sedangkan kita mempunyai satu sistem kenegaraan iaitu kerajaan?
-Saya akui khalayak tentu sedar tulisan saya ini mempersalahkan/mempersoalkan pihak atasan atas apa yang berlaku.
-pada saya, mereka harus dipertanggungjawabkan, kerana mereka adalah ketua/kepala/pemimpin kepada kita, melainkan mereka sudah menjalankan amanah dan kita pula sengaja memilih yg haram.
-Al-Quran juga menyatakan pemimpin harus bertanggungjawab ke atas orang bawahannya.
-saya juga berharap mereka bermuhasabah dan sedar-cukuplah umat Islam diuji selama ini.
-Di sini, pengguna Islam telah menjalankan peranan mereka dalam memilih perkhidmatan yang mempamerkan logo halal (yakin kepada kerajaan).
-Sekarang, pihak kerajaan pula kena bertindak tegas kepada mereka yang sengaja mempermainkan sensitiviti umat Islam, jika mereka benar-benar menjaga hal ehwal umat Islam. Jika tidak, sudah tidak relevan kita masih mempertahankan kerajaan yang ada.

Ikuti wawancara ini, klik di sini-Malaysia tiada akta halal sejak merdeka-Renung-renungkan


Rabu, Mac 31, 2010

YAKIN DAN PERCAYA


Kita sebagai seorang Islam percaya adanya Allah s.w.t dengan sifat 20 yang wajib, sifat 20 yang mustahil dan 99 nama-namaNya (asmaul husna), namun kita kurang yakin dari segi:

REZEKI
Kita takut rezeki kita tiada sedangkan rezeki kita telah ditentukan kadarnya sejak azali. Yakin hanya dengan pekerjaan/kerjaya tertentu sahaja akan memberikan kita rezeki sedangkan rezeki Allah s.w.t meliputi langit dan bumi, janji kita berusaha dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.
Takut ditukar/dibuang kerja jika menyatakan kebenaran, mengkritik, membongkar penyelewengan dan berlepas tangan daripada persubahatan-jika bekerja dengan kerajaan @ majikan, jika bekerja swasta @ perniagaan akan merosot jika bekerja sendiri.

MATI
Takut mati syahid, sedangkan mati itu pasti dan kematian boleh datang dengan pelbagai cara, tidak semestinya kematian menjemput sewaktu berperang membantu saudara seislam yang ditindas dan membela agama Allah. Kita juga tidak mengetahui bila, di mana, dan bagaimana kita akan mati.
Kerana kurang yakinlah kita lemah dari segala segi, kerana kita yakin manusialah yang menentukan perjalanan dan hala tuju hidup kita.
Jika kita benar-benar yakin dan percaya, hidup, mati, jodoh, rezeki di tangan Allah s.w.t, kita tidak akan bergantung/berharap/takut sesama manusia. Cukuplah Allah sebaik-baik penolong, perbendaharaanNya meliputi seisi alam (tidak pernah berkurang), tiada daya upaya melainkan Dia, daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali kerana nyawa kita berada di genggamanNya.
wallahu a'lam

Khamis, Mac 11, 2010

HATI KECILKU BERBICARA


Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

Selasa, Mac 09, 2010

DI MANA ISTIMEWANYA KARTIKA?


Pada mulanya,saya tidak mahu membuat artikel berkenaan isu sebat Kartika,tetapi selepas menonton buletin utama pada malam tadi(08/03/10).Saya mengambil keputusan untuk memberi pandangan serba sedikit tentang isu tersebut,walaupun telah banyak komentar mengenainya.Dimana istimewanya Kartina? Wajahnya, gayanya, @ kontrovesinya? Pada pandangan saya isu ini tiada istimewanya,kerana sebelum ini sudah ada individu yang disebat kerana pelbagai kesalahan.Adakah kerana Kartika seorang perempuan? Bukankah ada NGO yang mempromosikan kesaksamaan jantina? Jadi,jika lelaki boleh disebat,mengapa tidak wanita?oh,wanita insan yang lemah,tahu pula kamu wanita insan yang lemah.jadi mengapa menentang ajaran agama yang telah meletakkan wanita pada tempat/had yang sewajarnya.Kenapa ada individu yang beria-ria meminta Kartika membuat rayuan dan sebagainya. Bukankah tuan empunya badan sudah bersedia untuk disebat kerana menyesali tindakannya sebelum ini? Kalau beliau mahu merayu,sudah lama beliau akan merayu kepada mahkamah. Nampaknya bunga-bunga Islam tidak akan dibiarkan berkembang oleh golongan yang mengaku dirinya Islam Moderat,Islam Progesif dan bermacam-macam lagi istilah yang digunakan untuk menyedapkan halwa telinga. Di mana moderatnya, progesifnya, jika perkara asas dalam agama dikesampingkan seperti kewajipan menutup aurat dan lain-lain. Kenapa golongan ini menilai agama sendiri mengikut pandangan barat? hebat sangatkah barat itu? sudah terbukti negara2 mereka berkecamuk dengan pelbagai masalah sosial,dan sekarang baru mereka mencari agama selepas dicandukan oleh fahaman komunis dan liberal. Tahukah mereka ini,bahawa Barat sedang mengkaji/menggunakan pendekatan Islam dalam merawat jiwa manusia? Benarlah kata-kata Lord Cromer - Gabenor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jajahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat ". Saya merasakan mereka lebih tahu daripada saya kerana mereka ini golongan cerdik pandai dan datang dari keluarga baik-baik.Pada pendapat saya,mereka ini dipergunakan,merelakan diri dipergunakan @ mereka telah terkeliru dengan Tassawur Islam(Pandangan hidup). Akhir kata,walaupun manusia tiada hak menghakimi sesama manusia,sekurang-kurangnya kita nampak dengan mata zahir jalan mana yang dipilih mereka.Kalau yang mengikut jalan lurus pun belum tentu masuk syurga,bagaimana pula mereka yg mengikut jalan berliku? Sesungguhnya,Kartika menjadi mangsa keadaan.

Khamis, Mac 04, 2010

POLITIK ITU BUSUK?


Bila berbicara soal politik,ramai diantara kita akan mengerutkan dahi tanda kurang senang.Adakah ini menunjukkan mereka tahu tentang politik @ mereka hanya tahu politik itu sekadar mengundi sewaktu pilihanraya?Timbul juga persoalan politik wang,politik kedai kopi,politik suku,agama suku dll.Mari kita fahami maksud politik di bawah:

Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia.Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" ( dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.
Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan.
Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia.
Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )
Sementara perkataan, "Politik" diambil dari perkataan Yunani 'Polis' yang bermaksud bandar. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan.
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di dalam bidang korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Politik itu busuk? Politik adalah percaturan dan gerak kerja,yang membusukkan politik itu adalah Pemain Politik itu sendiri.Tidak kira dalam disiplin apa pun.Walau apa pun istilah yang kita letakkan,ianya amat penting selagi kita berurusan dengan sistem kemasyarakatan.

Jadi,marilah kita berpolitik secara sihat.Matlamat tidak menghalalkan cara.Kita ada panduan untuk diikuti, iaitu Al-Quran.Ada persoalan di dalam Al-Quran dibiarkan supaya kita merangkanya sendiri,seperti undang-undang jalanraya,undang-undang kecil dll.Ada juga persoalan yang sudah terjawab,supaya kita tidak tersilap langkah seperti undang-undang jinayat(hudud,qisas)muamalat(ekonomi,sosial) dll.Allah S.W.T yang menjadikan kita,Dia mengetahui setakat mana kemampuan kita untuk membuat keputusan.Keputusan yang dibuat oleh kita berasaskan percaturan politik akan menentukan hala tuju sesebuah negara itu.Ke arah mana pegangan politik anda?

Sumber:Wikipedia.org/wiki/Politik dengan sedikit suntingan dan tambahan.
Related Posts with Thumbnails