LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Isnin, Ogos 23, 2010

BIARKAN SAHAJA.......


Jika anak-anak zina yang semakin bertambah, malahan dibuang tanpa rasa bersalah saban waktu. Biarkan sahaja penagih-penagih dadah berleluasa walaupun dadah adalah musuh negara nombor satu.
Biarkan sahaja masalah sosial semakin meruncing di kalangan remaja dan dewasa.
Kerana apa?
Kerana kita tidak memainkan peranan kita.
Ya,
Pendidikan bermula di rumah, ibubapa yang mencorakkan anak-anak samada nasrani,majusi @ islami.
Guru-guru yang menyebarkan ilmu, tauladan dan nasihat. Walaupun sang guru tidak lagi dihormati ibubapa dan murid.
Rakan-rakan yang mendampingi anak-anak, samada yang membawa haruman minyak wangi
@ bau busuk tempat kumbahan ( perumpamaan baik dan buruk)
Suasana sekeliling yang disogok/dihidangkan kepada anak-anak.
Dan diri sendiri yang kurang iman.
Kesemua di atas sering menjadi sasaran utama dan tohmahan jika berlaku kebejatan di dalam negara.
Tetapi ramai yg takut/segan/berdiam diri untuk menyalahkan pihak pemerintah secara total @ sebahagian kepada penyumbang masalah yang berlaku.
Kenapa?
Oh, politik bukan urusan kami, politik itu busuk (kata kita)
Tidakkah kita sedar bahawa perencanaan politiklah yang mewajarkan semua yg berlaku. Kuasa politiklah yang merubah landskap ekonomi, sosial, agama, seni budaya, pendidikan dll.
Semua bermula dengan pegangan politik kita. Jika kita berpaksikan ideologi tertentu, ideologi itulah yang akan mewarnai perjalanan pembinaan negara kita samada nasrani, majusi @ Islami. Apa rujukan kita (negara) apabila berdepan dengan sesuatu isu?

Hudud diyakini sebagai hukum Allah, kenapa tidak ikut? Isteri-isteri pemimpin tidak menunjukkan contoh yang baik kepada wanita-wanita Islam dengan tidak bertudung.(menutup aurat) Dua contoh klasik yang sentiasa menjadi buah mulut awam. masuklah Islam secara keseluruhan (kaffah) bukan separuh-separuh. Ayat a-Quran berkenaan puasa dan zakat dengan 'senang hati' diikuti. Ayat berkenaan Hudud dan Qisas dengan 'senang hati' juga ditinggalkan. Wah...ini Islam progesif, Islam moderat @ mungkin juga Islam Hadhari dalam 1Malaysia. Ini yang disukai Barat dan dengan 'senang hati' mereka mengiktiraf kita sebagai negara Islam contoh!
Nah..biarkan sahaja semuanya berlaku, andai kita tidak pernah cuba merubah( bukan setakat ambil tahu) sistem yang berjalan. Membiarkan pemimpin yang membunuh citra agama dan bangsa dalam diam. Jika satu pihak lagi tidak diuji @ diberi peluang usah memandai melabelkan itu dan ini. Nilailah mereka yang pernah memegang amanah puluhan tahun. Walaupun mereka 'baik' kita sebagai rakyat mahukan yang 'terbaik'.

N/B:Satu soalan menjelang sambutan kemerdekaan yang ke 53. Jika benar UMNO adalah pejuang Bangsa dan Agama (sudah tentunya akan dimusuhi Barat/British). Kenapa UMNO tidak diharamkan seperti yang berlaku kepada pertubuhan lain?
-artikel-artikel sejarah akan menyusul selepas ini (Insya'Allah)

7 ulasan:

zulkbo berkata...

Salam sahabat..
selamat menyambut
hari kemerdekaan
Malaysia 31 ogos
sesama menghayati
makna merdeka yang
sebenar..

Relevan berkata...

Salam Pasifist..

Masalah sosial yang senantiasa berlegar..

politik akan jadi terumbang ambing ..jika pemimpin sering bertelagah..

Kome sedang mencari landasan kepada kebenaran dalam politik ini..

terokai seni berkata...

kita semua akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah mereka lakukan? ya Allah selamatkanlah kami daripada fitnah Dajjal dan kerosakan pada akhir zaman ini

Pacifist berkata...

salam kembali.

EnZul-ya, bersama kita menghayati erti kemerdekaan...

EnSyed-sy setuju,semoga kebenaran muncul ttp ia tidak akan muncul sendiri.kerana kebenaran dan kebatilan berjalan seiring.
-seperti sy,sy akan mengikut contoh ahli agama yg dikenali dlm negara kita suatu masa dahulu (sebelum di gam dsb).yg ramai diantara kita mengakui ilmu mereka.ttp kenapa selepas mereka memilih wadah tertentu,kita menyisihkan mereka.bukankah mereka mahu membawa kebaikan kpd masyarakat dan politik adalah salah satu jln dakwah.kenapa kita membenci mereka apabila mereka berpolitik.sedangkan islam itu cara hidup.dan kita memerlukan mereka utk meluruskan fahaman kita.

EnCemomoi-jika kita sudah berusaha,insya'Allah kita akan dilepaskan.Amin.....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

sila singgah sudah di terjemahkan

hans berkata...

kecewa dan sedih tgok bangsa sendiri skrg

hijabul crewz berkata...

salam sahabatku, pacifist..

memang sedih...kita bukannya biarkan bapak2 pemimpin kita yang korup nie.. sudah banyak yang menegur pemimpin2 negara nie...

mereka sendiri yang yang memilih jalan mereka, mereka lEbih berminat kepada jawatan,wang dan wanita2 seksi...huhu..

sedih...kalau nak 'dibiarkan' jee..tak boleh jugak sebab usaha dakwah tiada kenal erti putus asa..

akhir kata, hanya satu cara dakwah je kot yang berkesan keatas orang2 cam nie iaitu gulingkan mereka dengan pilihan raya...

InsyaAllah, perjuangan islam akan menang akhirnya...

AMINNNNN....

Related Posts with Thumbnails