
Merdekakah kita jika masih ditadbir mengikut acuan British dan bukan acuan Islam dan sunnah nabi.
Merdekakah kita jika rakyat masih dijajah dengan budaya asing, budaya hiburan melampau yang lebih barat dari barat dan pendidikan akhlak dan agama di abaikan.
Merdekakah kita jika masih dibelenggu dengan masalah moral dan akhlak yang kian teruk sama seperti masyarakat jahiliah sedangkan kononnya diperintah oleh sebuah kerajaan Islam.
Merdekakah kita jika kita masih takut untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara kita sendiri.
Merdekakah kita jika masih lagi dibelenggu masalah rasuah,salahguna kuasa dan kronisme sedangkan rakyat dibawah yang terpaksa menanggung semua bebanan tanpa pembelaan.
Merdekakah kita jika rakyat masih lagi dibiarkan leka dengan hiburan sehingga lupa tangungjawab yang lebih berat menanti di akhirat dan hanya mengejar keuntungan dunia.
Merdekakah kita jika masih lagi berada dalam kebimbangan tentang masalah jenayah yang makin buntu seolah-olah tidak ada jalan penyelesaiannya sedangkan Islam yang menjadi agama rasmi hanya sebagai hiasan sahaja dan tidak dijadikan dasar.
Merdekakah kita jika rakyat masih lagi ditekan dengan politik ugut dan ampu, jika tidak sokong kerajaan pelbagai tekanan akan dikenakan dan jika menyokong pelbagai kemudahan disediakan.
Merdekakah kita jika hak rakyat untuk bersuara seakan dinafikan, apa saja keputusan pemerintah tidak boleh ditegur dan para cendiakawan seakan dirantai dan dikunci mulutnya.
Merdekakah kita jika Isu-isu perkauman masih lagi jadi bahan politik.
Fikir-fikirkan bersama...
ehsan: sahabat ijoks2009
N/B:Setiap manusia dilahirkan merdeka sejak fitrah kejadian,tetapi bukan bebas sebebasnya, tetapi bebas yang mempunyai batas/had. Datangnya Islam membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia.Dengan pelbagai ideologi dicipta untuk menyesat dan mengikat manusia. Manusia itu bebas bila mereka menjadi 'hamba' Allah. Bukankah kita sering berdoa agar 'title' 'hamba' diterima oleh ALLAH. Tetapi jika sesama manusia, kita cuba membebaskan diri dari penghambaan. Tetapi jiwa hamba sesama manusia masih wujud hingga kini, masakan negara yg merdeka masih terikat dengan isme2(fahaman) tinggalan penjajah dan merasakan tinggalan penjajah itu masih terbaik untuk negara. Sifat inferior complex (rendah diri) masih menebal walaupun penjajah telah pergi. Ini yang disukai penjajah, meneruskan legasi peninggalan penjajah @ gelaran yang diberi kepada mereka ini adalah "budak-budak British/Inggeris/Barat"
-salam kemerdekaan yang hakiki
-kita masih dalam proses memerdekakan minda
-keluar dari penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Al-Khaliq