LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Isnin, Jun 21, 2010

PESANAN BUAT Sahabat Baik


Aku, engkau dan mereka sama sahaja.
Ya, manusia yang punyai hati dan perasaan

Jika aku dan mereka punyai anak, isteri, ibu, ayah, kaum keluarga dan sahabat handai.
begitu juga engkau wahai Sahabat Baik.

Jika engkau menurut perintah.
Begitu juga aku dan mereka.
Bezanya perintah yang bagaimana kita ikuti?

Jika engkau menyakiti jasad dan jiwa kami.
Jangan ingat engkau tidak akan disakiti.

Aku dan mereka tidak pertikaikan tugas yang engkau lakukan
cuma, biarlah berpaksikan agama dan hukum kemanusiaan.

Ingat Allah S.W.T menilai aksi kita di dunia.
Jika tidak dibayar tunai.
akan tertunda ke satu masa.

Ingatlah tujuan hidup kita.
Untuk memperhambakan diri pada Sang Pencipta
atau sesama manusia.

Siapa Sahabat Baik itu?
Bayangannya di sini

Sabtu, Jun 19, 2010

NEGARA ISLAM MALAYSIA

(termasuk Menteri Besar Kelantan)

Berlaku perdebatan dalam mentafsirkan "adakah Malaysia sebuah negara Islam".Satu pihak mengiakan, satu pihak menafikan dan satu pihak lagi mengatakan Malaysia hanyalah sebuah negara majoriti umat Islam dan dipimpin oleh pemimpin yang berugama Islam.
Masih teringat semasa belajar di Sek.Men. dahulu, ustaz ada memberitahu, negara Islam adalah negara yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas pelembagaan.
Berbalik kepada persoalan Malaysia, dapatkan kita mengagak negara kita dalam kategori mana? Walaupun apa tafsiran kita, mari kita susuri sejarah yang terpahat dalam ruang lingkup negara yang bernama Malaysia.
-undang-undang hudud masih tidak dilaksanakan walaupun kemerdekaan telah mencapai usia 53 tahun. Pelbagai alasan dikemukakan untuk menidakkannya kerana sayangnya mereka pada undang-undang penjajah.
-Kata mereka, undang-undang hudud hanya sebahagian kecil dari pembendaharaan Islam. Banyak lagi benda yang lebih penting dari itu.
-Kata saya, kecil besar saya tidak tahu, tetapi apa yang saya tahu kita dianjurkan masuk Islam secara keseluruhannya. Bukan separuh-separuh.
-Amalan memberi lesen judi/arak telah bermula sejak negara mendapat kemerdekaan.
-Kata mereka, judi/arak hanya untuk orang bukan Islam disamping kerajaan mendapat cukai.
-kata saya, tidak menafikan hak orang bukan Islam, tetapi kerajaan tidak mengawalnya malah galak mengembangkannya lagi. Memberi lesen pada kroni terdekat untuk kepentingan peribadi, malahan ada pemimpin Islam mempunyai saham dalam syarikat judi dan arak!
-Nasihat Ulama tidak diikuti/tidak diendahkan, lebih mengutamakan pendapat/akal ahli politik pemerintah.
-Contoh: memecat seorang Mufti kerana Mufti tersebut mengharamkan pentandingan ratu cantik satu masa dahulu.
-Menunggu selama 20 tahun untuk tidak menjalankan upacara mengalungkan bunga di tugu negara sempena peringatan Hari Pahlawan.
Setelah melihat suasana di atas, layakkah negara ini ditabalkan sebagai negara Islam? Banyak lagi contoh yang menunjukkan penentangan diantara golongan umara dan golongan ulama.
Suara nakal berkata "tunjukkan saya dimana negara Islam di dunia?
apa agak-agak jawapan kita?
Majoriti negara umat Islam di dunia mahu Islam menjadi cara hidup (ad-deen) termasuk soal pemerintahan. Tetapi yang menjadi batu penghalang adalah pemimpin Islam di negara umat Islam yang menganut fahaman ciptaan manusia.
-Yang menafsirkan hukum agama mengikut akal dan hawa nafsu.
-Yang termakan dakyah-dakyah musuh Islam dan meneruskan dakyah tersebut kepada rakyat yang dipimpinnya.
Cara penyelesaiannya adalah dengan memilih/mengundi pemimpin yang betul-betul menjiwai Islam, pemimpin yang meletakkan Islam pada tempat yang sewajarnya. Apabila negara-negara Islam dipimpin oleh pemimpin yang menjiwai Islam (selepas ini dipanggil wilayah Islam) barulah (Insya'allah) seorang Khalifah akan dipilih di kalangan mereka dan seterusnya meneruskan legasi kekhalifahan Islam di muka bumi.

N/B: Nampak mustahil, tetapi tidak mustahil bagi mereka yang percaya janji Allah. Yang akan ditanya bukan hasilnya, tetapi adakah kita berusaha ke arah itu dalam menjalankan perintahnya, walaupun dibenci oleh hawa nafsu kita.

Rabu, Jun 16, 2010

DIMANA EKSTREM DIMANA JIHAD


Diberitakan 30 pelajar Malaysia telah direkrut oleh rangkaian Jemaah Islamiyyah (JI) untuk menjalankan aktiviti jihad di luar negara. Ini berikutan tertangkapnya 10 rakyat asing yang dikatakan cuba mempengaruhi para pelajar kita dengan ideologi mereka.
Pada saya jika betul mereka ini penganas/ekstrimis @ apa sahaja istilah yang diberi. Tindakan ini harus dipuji atas faktor keselamatan. Tetapi apakah makna pengganas/teroris/ekstrimis yang mereka/kita/dan sesiapa sahaja fahami?
Jika aksi membunuh, mengebom orang yang tidak berdosa/tidak berkenaan, boleh kita kategorikan seperti label di atas.
Tetapi jika mereka yang benar-benar mahu berjihad di tempat berlakunya konflik seperti di Palestin, Chehnya, dan dimana bumi umat Islam yang ditindas/dinafikan hak. Adakah wajar kita melabelkan mereka sedemikian?
Adakah kita menerima bulat-bulat sananan/tafsiran Amerika Syarikat yang cuba menjadi polis dunia? @ istilah yang popular "bersama saya @ bersama mereka"
Di sini perlunya para ulama bersuara untuk membetulkan keadaan dalam mengupas makna jihad dengan pendekatan holistik (menyeluruh). Jangan hanya perkara lain dianggap sebagai jihad, tetapi apabila umat Islam perlu untuk mengangkat senjata, ianya tidak dikatakan sebagai jihad. Sedangkan keperluan setiap negara Islam adalah berbeza.
Memang jihad peperangan adalah fardu kifayah tetapi jika melihat realiti negara umat Islam yang bergolak adakah ianya masih fardu kifayah. Jika peperangan dianggap fardu kifayah, apakah usaha lain yang dilakukan kita untuk membantu umat Islam tersebut?
Jika cukup dengan berdoa, adakah perlu rasulullah turun ke medan jihad hingga mendapat kecederaan? Bukankah doa baginda lagi makbul daripada kita? Jika hawa nafsu menjadi halangan. Maknanya kita yang masih tetap di sini sebenarnya yang dibelenggu oleh penguasaan hawa nafsu yang tidak pernah padam selagi masih bernyawa.
Pelbagai helah yang diberi untuk menidakkan kewajipan jihad peperangan. Saya bukan mengajak pergi berperang, cuma biarlah tafsiran jihad ini diputihkan setelah dikaburkan oleh para Orientalis. Sehinggakan ada ulama yang mengetuai sebuah gerakan kerohanian telah mengharamkan memerangi pihak British di India pada waktu dahulu atas alasan, haram memerangi pemerintah! sedangkan pihak British itu adalah penjajah!
Saya tidak menafikan semua tafsiran yang beri oleh ulama kita adalah jihad.tetapi kita haruslah mengikut kesesuian masa dan waktu. yakni, apakah bentuk jihad yang perlu dilakukan jika keadaan begitu dan begini.
Ada saranan yang diberi disini dan disini untuk mereka yang beria-ria konon mahu berjihad membebaskan bumi umat Islam, sedangkan saranan itu harus diberi kepada mereka yang masih terlena, yang hidupnya hanya untuk makan dan minum dan tidak mengambil tahu masalah umat.

N/B: Saya tidak menidakkan saranan itu, malah saya menganggapnya sebagai perkongsian pintar sesama blogger.

"Ya Allah ampunilah dosaku, kebodohanku dan hal-hal yang engkau lebih mengetahuinya daripadaku."

Selasa, Jun 15, 2010

TENTERA MESIR SEBAIK TENTERA DI BUMI ?


Benarkah tentera Mesir itu hebat? Jika ditanya kepada pencitra kebangsaan Mesir, mereka tentu mengatakan "ya". Mereka mungkin akan mengatakan perihal mengenai kehebatan tentera Mesir disebutkan dalam sebuah hadis.
Sebuah hadis yang merupakan sebahagian daripada hadis panjang yang ditakhrijkan oleh Ibn Abd Hakim dalam Futuh Misra, Ad-daruqutni dalam al mu'talif wal mukhtalif dan disebutkan melalui jalan riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq dan Ibn Zulaq dalam Fadhail Misr daripada Abdullah bin Lahi'ah daripada Al-Aswad bin malik Al-Humairi daripada Bahir bin Zakhir al-Mu'afiri daripada Amru bin Al-As daripada Umar al-Khattab ( radiallahu anhuma) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إذا فتح الله عليكم مصر فاتخذوا فيها جندا كثيراً، فذلك الجند خير أجناد الأرض، فقال له أبو بكر: ولم يارسول الله؟ قال: لأنهم وأزواجهم في رباط إلى يوم القيامة

"Bila Allah membukakan buat kamu negeri Mesir, jadikan tenteranya paling banyak. Maka tentera itu adalah sebaik-baik tentera di bumi. Maka berkata Abu Bakar: Kenapa begitu ya Rasulullah? Jawab baginda : Kerana mereka dan isteri-isteri mereka sentiasa siap siaga hingga ke hari Qiamat".

Hadis ini dihukum oleh kebanyakan pengkaji hadis sebagai daif kerana kemajhulan (tidak dapat dikenali) beberapa orang perawinya seperti Al-Aswad bin Malik dan Bahir bin Zakhir.(Rujuk: Islamweb)
Ada hadis yang sahih mengenai negara Mesir dan penduduknya yang disebutkan dalam Sahih Muslim. Sabda Rasulullah SAW:

إنكم ستفتحون أرضاً يذكر فيها القيراط فاستوصوا بأهلها خيراً، فإن لهم ذمة ورحماً

"sesungguhnya kamu akan membuka satu bumi yang disebut padanya al-qirat, maka wasiatilah ahlinya dengan kebaikan maka sesungguhnya bagi mereka kehormatan dan rahmat"

Tentera Mesir memang telah melakar sejarah dengan tinta emas di masa lalu. Tentera Mesirlah yang dipimpin oleh Salehuddin Al-Ayubi kira-kira lebih 840 tahun yang lalu membebaskan Baitul Maqdis daripada tentera Salib. Tentera Mesir telah berjaya menumbangkan Raja Faruq lalu membentuk kerajaan Republik yang ada pada hari ini. Beberapa siri peperangan yang melibatkan tentera Mesir antara tahun-tahun 40-an sehinga 70-an memperlihatkan wibawa tentera Mesir.

Namun, itu dulu. Sekarang apa sudah jadi dengan tentera mesir?
Apakah ada kehormatan bagi tentera Republik Mesir yang rela membiarkan saudara Islam di Palestin dikeronyok Yahudi Zionis?
Apakah ada rahmah di kalangan tentera Mesir yang saban waktu mengongkong, memburu, menangkap pejuang-pejuang gerakan Islam Mesir seperti Ikwanul Muslimin dll yang cuba bangkit menongkah tadhur?
Siapakah pula ahli negeri Mesir yang Rasulullah katakan memiliki Zimmah dan Rahmah?
Apa yang pasti, tentera Mesir bukanlah sebaik-baik tentera dan hadis yang banyak dibacakan oleh pencitra kebangsaan Mesir itu tidak boleh disandarkan. Selain hadis itu daif, realiti hari ini tidak menggambarkan bahawa tentera Mesir adalah sebaik-baik tentera.
Baik lagi pejuang Mujahidin di Afghanistan. Pejuang Hizbullah di Lubnan. Pejuang Hamas di Palestin Mereka lebih mengenal jihad berbanding tentera mesir.
Ehsan: PERENUNGLANGIT

Khamis, Jun 10, 2010

IKTIRAF HAMAS


Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menempelak kerajaan Malaysia yang seolah-olah tidak mengiktiraf Hamas selaku parti yang menerajui Palestin. Beliau menggesa Malaysia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas dan kerajaan Hamas adalah pilihan rakyat Palestin.
Beliau juga menggesa Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, membawa Malaysia bersama-sama Turki mengheret negara haram Israel ke mahkamah antarabangsa berikutan keganasan terhadap penduduk Palestin dan konvoi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

"Jika rakyat Palestin telah memilih parti Hamas untuk mewakili mereka, maka Amerika Syarikat dan negara lain yang kononnya mendokong prinsip demokrasi. Umpama demokrasi adalah ciptaan manusia paling agung dalam mengiktiraf hak manusia. Mereka perlu mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah di Palestin dan menyuarakan pendapat apabila sesuatu ketidakadilan berlaku tanpa mengira pihak."

Khamis, Jun 03, 2010

rentetan peristiwa demi peristiwa


satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah air di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar sebagai Ominous Declaration (Pengisytiharan Celaka).


3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan Khilafah Uthmaniyah yang mana pada detik itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW.


9 APRIL 1948 Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali

sebagai kumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam
ke
atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan Baitul Maqdis.


15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai 'nakba'.
Nakba bermaksud malapetaka atau bencana besar.

5 JUN 1967 Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab.Peperangan ini dikenali sebagaiPerang Enam Hari.’ Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing barat dan Gaza.

16 September 1982, rejim Zionis telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Palestin di Sabra dan Satila. Mangsa yang dibunuh kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan orang tua

31 mei 2010, konvoi LL4Gaza yang membawa sukarelawan dari serata dunia telah diserang dan ditawan oleh tentera Yahudi zionis. Menyebabkan 19 sukarelawan terbunuh dan ramai yang tercedera.

dan banyak lagi siri-siri kekejaman yahudi zionis ke atas umat Islam khasnya di Palestin yang begitu meruntun jiwa kita.

-Mendermakan apa sahaja yg termampu seperti wang ringgit, makanan, pakaian, ubat-ubatan dan juga senjata supaya mereka dapat mempertahankan diri. Bukan sekadar makanan, pakaian dan ubat-ubatan.
-Mereka bukan seperti haiwan di dalam reban yang menunggu masa gemuk untuk disembelih oleh para Thagut!
-Membentuk/membimbing pasukan sukarelawan untuk dihantar ke tempat konflik. Kerana dengan bersatu/sepakat, kita akan menang.
-Kerana apa? Kerana pihak Zionis berjaya mempersiapkan pemuda/tentera untuk menyembelih umat Islam.
-Dan mustahil kita hanya mampu melihat, Ini semua kerana kalimah Jihad berjaya disempitkan. Persoalan Jihad menjadi perkara taboo (pantang) untuk dibicarakan kini.

Jumaat, Mei 28, 2010

BAYANGKAN


Bayangkan jika PM Malaysia 10 tahun dahulu adalah Lim Kit Siang (DAP), setelah mengangkat sumpah sebagai PM, langkah awal dalam kerajaannya ialah menyekat peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Sudah tentu orang Melayu 'itu' akan mengamuk, Lim Kit Siang akan dituduh anti-Melayu dan Islam. Barangkali secara merangkak dan tidak sempat berkenderaan, orang Melayu akan ke KL untuk menunjuk perasaan anti-DAP.
Tetapi orang Melayu 'itu' tidak berbuat apa-apa bila yang mengumumkan penarikan bantuan ke SAR adalah PM Melayu !
Orang Melayu 'itu' tidak pula menuduh PM Melayu tersebut sebagai pengkhianat Melayu dan Islam.
Bayangkan MB Johor 15 tahun dahulu adalah Dr Boo (DAP). MB ini membuat perubahan dengan menukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad. Pasti orang Melayu 'itu' akan menuduh Dr Boo anti-Melayu dan Islam kerana merendahkan hari kemuliaan umat Islam, tetapi yang menukarkan hari cuti Jumaat kepada Ahad adalah MB Melayu tersebut. Maka, orang Melayu 'itu' diam sahaja dan mereka boleh terima.
Bayangkan pula jika PM hari ini adalah Karpal Singh (DAP) dan beliau bersetuju untuk memberi ruang kepada judi bola, pasti orang Melayu 'itu' merasakan Islam dihimpit dari segenap lapisan. Tetapi yang cuba/akan/berkira-kira meluluskan itu adalah PM Melayu! lalu mereka redha atas apa yang berlaku.
Sepatutnya apa yang berlaku diatas patut ditentang oleh semua umat Islam walaupun dibuat oleh mana-mana pemimpin daripada mana-mana kaum. Bukan bermain dengan fahaman asabiah sempit.
Sudahkan kalian bayangkan?

bayangan ini diberi oleh Abang Mat dari Kedah dengan sedikit olahan

KEMBALI BERHUBUNG

Salam kepada semua sahabat-sahabat blog. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah lama tidak bersiaran. Kepada sahabat-sahabat yang sudi bertandang ke laman yang tidak seberapa ini, saya ucapkan jutaan terima kasih. Ini disebabkan saya bercuti panjang untuk menemani isteri berpantang di rumah keluarganya. Alhamdullilah, anak dan isteri saya berada dalam keadaan baik. Kepada sahabat-sahabat yang didatangkan musibah, di harap bersabar dengan dugaan dan saya berdoa semoga cepat sembuh. Satu lagi, saya adalah pengguna PI wimax dan di kampung isteri saya masih tiada liputan untuk P1 wimax. Diharap sahabat-sahabat semua di dalam redha Ilahi. Perjuangan harus diteruskan.....

Khamis, April 29, 2010

MENJAWAB TAG CIK FATIN

Saya telah di'tag' oleh sahabat blog Cik Fatin
Terima kasih atas ingatan ini, moga ukhwah berpanjangan.



Jawapan untuk soalan anda:


1.APA YANG ANDA AKAN BUAT BILA ANDA TAHU KAWAN ANDA TIKAM BELAKANG ANDA?

-Saya akan tanya dia" eh kenapa tikam saya? apa yang telah saya lakukan hingga awk/enka/engkau/kau/hang/demo/mu/ sanggup menikam saya?"

-Saya akan harap beliau berubah, kerana saya jenis yang susah memutuskan persahabatan, kerana dia pernah menjadi sahabat saya.sekali bersahabat,terus bersahabat.

2. 6 ORANG DI HATI ANDA?

Semua yg pernah hadir di hati saya adalah mereka yang sentiasa/selalu di hati termasuklah sahabat-sahabat blog. Bersyukur atas kurniaanNya.

3. ANDA RASA ANDA COMEL?

Tidak kot, kerana umur makin meningkat, kecomelan pun hilang, yang timbul hanyalah kematangan sesuai dengan peredaran zaman.

4. SINGLE OR TAKEN?

Sudah berkahwin dan insya'Allah jika ada rezeki akan mendapat cahayamata pertama dalam bulan 6 ini (tolong doakan semoga segala berjalan lancar)

5. BLOG YANG ANDA SUKA?

Semua jenis blog, kerana pengisiannya yang berbeza-beza. Mungkin kita dapat manfaat darinya.

6. ADAKAH BILIK ANDA KEMAS SETIAP HARI?

Sudah tentu ya, kerana saya kini telah mempunyai teman hidup. Teman hidup yang dapat melengkapi kekurangan yang ada

7. LAGU TERAKHIR YANG ANDA DENGAR?

Merah saga (lagu tentang palestin)

8. LAST TEXT MESSAGE

kepada isteri, tanya beliau sama ada mahu makan berger atau tidak.

9. LAST PHONE CALL

Juga kepada isteri, selepas mesej tidak dijawab. Telefon untuk mendapatkan kepastian.

10. HARI TERAKHIR ANDA MENANGIS

Biarlah tersimpan di hati saya sahaja.

11. 5 LIST WARNA KEGEMARAN ANDA

Hijau, biru, coklat, hitam dan putih

BONUS

Pacifist ialah:
-Melayu/islam/pahang
-Berumur 29 tahun

-Bukan lulusan agama, tetapi berminat dengan agama
-Pernah menuntut di sebuah kolej-mengambil jurusan psikologi
-Pernah mengajar di Pusat Pendidikan Khas (untuk mereka yang mempunyai masalah Autisme)
-Meminati bidang Sains Sosial/Sains kemanusiaan (politik, sejarah, psikologi, sosiologi, falsafah)
-Palestin sentiasa di hati
-Bercita-cita untuk berkelana suatu hari nanti

Ahad, April 25, 2010

WAH ! SEKSINYA DIA

Apakah gangguan seksual?

Gangguan Seksual merujuk kepada perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan.

Gangguan lisan

Teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik,membuat bunyi dan menyoal perkara-perkara yang tidak menyenangkan.

Gangguan dari segi isyarat

,Menjelir lidah atau membuat bunyi dengan nada yang tidak sesuai, menjilat bibir atau memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.

Gangguan visual

Menunjukkan material-material pornografi, melukis lakaran atau menulis sesuatu berasaskan seksual, mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual.

Ganguan psikologikal

Undangan-undangan sosial yang tidak diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji atau intimasi fizikal.

Gangguan fizikal

Sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, dan rabaan

http://www.wao.org.my

gangguan seksual boleh terjadi kepada kedua-dua jantina @ sesama jantina. golongan wanita dikatakan paling terdedah dengan gangguan ini. Banyak faktor yang mendorong perlakuan ini. (paling disalahkan adalah golongan lelaki). Kerana mitos mengatakan wanita adalah mangsa dan lelaki adalah pemangsa. Masyarakat sama sekali tidak bersetuju dengan perlakuan ini atas sebab menjaga maruah dan hakhidup seseorang individu. Tetapi kita selalu terlepas pandang dan selalu memfokuskan mangsanya adalah wanita.

Pernahkan kita terfikir yang seorang wanita yang berpakaian menjolok mata( seksi) yang mendedahkah lurah payudara dan alur punggung di tengah khalayak (publik), juga telah melakukan gangguan seksual? Adegan yang selalu membuatkan khalayak (lebih-lebih kaum lelaki) membuat pelbagai tafsiran dan andaian? Mereka selalu mengatakan itu hak mereka untuk berekperimentasi. Sedangkan mereka berekperimentasi di tempat awam! Bagaimana pula hak awam? Adakah hak individu lebih besar/berharga daripada hak awam? Tidak salah untuk mereka berbogel @ melakukan apa-apa aksi yang melampau, tetapi biarlah di ruangan peribadi mereka seperti di dalam rumah @ tempat tertutup. Artikel ini bukan menafikan hak individu, tetapi sekadar pendapat/peringatan/saranan untuk semua. Sekurangnya biarlah berpakaian sopan di khalayak ramai, Jangan hanya memikirkan diri sediri sahaja, tanpa mempedulikan orang lain. Bilakah akan ada satu akta/ enakmen/peruntukan undang-undang yang sama @ lebih kurang dengan akta gangguan seksual seperti diatas yg boleh menjamin kesejahteraan masyarakat keseluruhan.

N/B: jika dikaitkan dengan persoalan agama,mereka sering mengatakan jika ada iman kita tidak akan terdedah dengan dengan perlakuan buruk akibat daripada keseksian tadi. Tetapi bagaimana pula dengan iman si pelakunya(mereka yg berpakaian seksi)? Adakah mereka hidup hanya untuk menguji iman orang lain?

*Seorang ulama Australia pernah berkata" wanita-wanita seksi umpama seketul daging mentah yang mempersiapkan diri/ menunggu masa untuk diratah/dibaham"

Related Posts with Thumbnails