LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Khamis, Jun 03, 2010

rentetan peristiwa demi peristiwa


satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah air di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar sebagai Ominous Declaration (Pengisytiharan Celaka).


3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan Khilafah Uthmaniyah yang mana pada detik itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW.


9 APRIL 1948 Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali

sebagai kumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam
ke
atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan Baitul Maqdis.


15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai 'nakba'.
Nakba bermaksud malapetaka atau bencana besar.

5 JUN 1967 Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab.Peperangan ini dikenali sebagaiPerang Enam Hari.’ Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing barat dan Gaza.

16 September 1982, rejim Zionis telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Palestin di Sabra dan Satila. Mangsa yang dibunuh kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan orang tua

31 mei 2010, konvoi LL4Gaza yang membawa sukarelawan dari serata dunia telah diserang dan ditawan oleh tentera Yahudi zionis. Menyebabkan 19 sukarelawan terbunuh dan ramai yang tercedera.

dan banyak lagi siri-siri kekejaman yahudi zionis ke atas umat Islam khasnya di Palestin yang begitu meruntun jiwa kita.

-Mendermakan apa sahaja yg termampu seperti wang ringgit, makanan, pakaian, ubat-ubatan dan juga senjata supaya mereka dapat mempertahankan diri. Bukan sekadar makanan, pakaian dan ubat-ubatan.
-Mereka bukan seperti haiwan di dalam reban yang menunggu masa gemuk untuk disembelih oleh para Thagut!
-Membentuk/membimbing pasukan sukarelawan untuk dihantar ke tempat konflik. Kerana dengan bersatu/sepakat, kita akan menang.
-Kerana apa? Kerana pihak Zionis berjaya mempersiapkan pemuda/tentera untuk menyembelih umat Islam.
-Dan mustahil kita hanya mampu melihat, Ini semua kerana kalimah Jihad berjaya disempitkan. Persoalan Jihad menjadi perkara taboo (pantang) untuk dibicarakan kini.

Isnin, April 05, 2010

INI BUKAN MASJID AL-AQSA

Salam buat sahabat blog. Ramai diantara kita pernah melihat gambar Masjid di atas sama ada melalui media massa dan media cetak. Masjid ini selalu ditonjolkan, konon ianya masih dipelihara walaupun Palestin dijajah oleh Regim Yahudi Zionis. Masjid ini selalu menjadi latarbelakang apabila membicarakan perihal palestin. Masjid ini ditonjolkan sebagai Masjid al-Aqsa, dengan tujuan mahu mengalihkan perhatian dunia kepada kerosakkan dan pencerobohan yang berlaku kepada Masjid Al-Aqsa yang sebenar. Masjid ini sebenarnya adalah Masjid Al-Sakhrah @ dikenali sebagai Masjid Batu/Kubah Emas.

Di sinilah, lokasi sebenar Masjid Al-Aqsa. Masjid yang menjadi pertikaian antara umat Islam dan Yahudi Zionis. Bagi umat Islam di sinilah kiblat pertama umat Islam, dan bagi Yahudi Zionis, di sinilah tapak dimana Haikal Sulaiman tertanam. Oleh itu usaha pencerobohan dan penggalian giat dijalankan bagi memenuhi impian dan hasrat mereka. Bagi kita umat, kita wajar mempertahankannya walau dengan cara apa sekalipun.
Related Posts with Thumbnails