

Salam kepada semua sahabat blog .Pada artikel lepas kita diberitahu tentang bagaimana pihak Yahudi Zionis mengelirukan umat dunia berkenaan mercu tanda Masjid Al-Aqsa bagi menjalankan kerja-kerja pencerobohan/permusnahan . Kini ianya telah berlangsung, mereka telah membuka sebuah kuil yang dinamakan Hurba (Al-Kharab) terletak berhampiran Masjid Al-Aqsa ! (gambar kuil tersebut belum diperolehi)
Ini adalah permulaan kepada proses pembinaan/pembukaan kuil Haikal Sulaiman yang bakal mengambil tempat Masjid Al-Aqsa kelak. Perancangan jahat ini berjalan lancar dalam suasana kebisuan umat Islam.
Mereka juga menyebut bahawa terdapat ramalan dalam agama mereka sejak kurun ke 18 bahawa permulaan pembinaan semula kuil Haikal Sulaiman adalah bertepatan/bermula dengan tarikh 16 Mac 2010!
Kita nantikan episod seterusnya selagi pemimpin2 (Islam) kita terus lena dibuai dan dibaluti selimut beracun Yahudi dan sekutu-sekutunya.
N/B: 16 Mac adalah bersamaan dengan tarikh lahir saya!



