LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Isnin, Julai 18, 2011

MACAM MUSIM DURIAN LA.....



Salam sahabat2 blog. Saya tertanya2 di mana kesudahan kempen anti Israel di blog2 yang mengambil bahagian/seruan pada satu masa dulu. pemblog2 yang dahulunya bersemangat dalam meniupkan kebencian kepada Israel. Pemblog yang memaparkan banner/panji2 di blog masing2 demi menunjukkan soladiriti umat Islam. Dan saya sendiri amat terkesan dengan kempen tersebut dan memberi kredit kepada mereka. Kerana mereka menjadikan arena blog ini sesuatu yang bermakna. Bukan hanya menceritakan perihal diri, fesyen terbaru, gossip selebriti tempatan dan luar negara, pemindahan pemain bolasepak ke kelab lain dsb.
Oh adakah mereka menjadikan derita Palestin dan umat Islam lain tidak ubah seperti musim durian yang sudah tiba ini. Sekejap ada, sekejap tiada. Risikan saya mendapati hampir semua telah menanggalkan banner/panji yang dipasang dalam blog mereka.
Ya, tidak semestinya mereka itu tidak cakna (ambil peduli) kerana semua mengatakan ini persoalan hati. (hanya aku yang mengerti diriku).
Berat ke untuk meletakkan banner/panji itu sebaris dengan banner/panji yang boleh mendatangkan imbuhan/keuntungan setiap bulan? @ takut dilabel sebagai ektrimis/pengganas Siber?
Sekurang-kurangnya jika kita @ orang lain terpandang banner/panji tersebut, hati kita terus tersentap dengan penderitaan mereka dan menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmat sementara ini.
Apa pun terpulang kepada diri sendiri yang mencorakkan warna pada kanvas masing2. Jalan mana yang kita pilih dan bagaimana kita semua melihat alam ini wujud/berdiri. Kerana kita telah meletakkan persangkaan kita dalam mengenal Allah S.W.T.
Maaf dipinta andai ada yang terasa, ini luahan hati kecil ku sahaja.

8 ulasan:

zulkbo berkata...

salam saudara..

teruskan perjuangan
moga di berkati Allah selalu
:)

Mohamadazhan.com berkata...

makin sepi semangat Palestin sekarang..tenggelam dengan isu yang merapu sana sni.

teruskan perjuangan =)

Cik SHiNJU berkata...

As salam...

Semoga sihat2 sokmo...
Dah besar Muhammad Ezzudeen tu yer...

Selamat kembali aktif..
Perjuangan perlu diteruskan..

si para para berkata...

diri sendiri..
kelaurga..
masayarakat..
jgk pemimpin negara..
semua kena main peranan...
betul tak sahabat..

zulkbo berkata...

salam Sahabat..
koi pun hilang no tel aok
pun tukar hp baru..banyak
no yang lama hilang termasuk
no aok..maaf la wehh..
aok email koi no hp aok ter..


zulkbo@gmail.com

BERMASALAH berkata...

Salam ukhuwwah, marilah kita cakna akan nasib saudara kita http://www.avaaz.org/en/independence_for_palestine_9/?copy

Tanpa Nama berkata...

salam. akhi. afwan off topik. bley x cari bukti kejahatan KFC dalam menyokong ISRAEL utk kita boikot KFC nie?

mazru berkata...

Assalamualaikum sahabat,..

Ya Allah lama betul tak dtg ke blog ni..muga sehat2 sokmo hendknye bro..

perjuangan terus perjuangan dlm diri mencabar.

Related Posts with Thumbnails