-
Khamis, April 14, 2011
SALAM BUAT SAHABAT
Assalamualaikum....
Puji ke hadrat Ilahi dengan kekuatanNya dapat saya menaip entri ini setelah 7 bulan menyepi.Pohon maaf diminta kepada teman-teman kerana membiarkan teman-teman tertanya-tanya dimanakah saya selama ini.
Untuk makluman, saya setakat ini masih seperti mula-mula berjinak dengan penulisan di laman blog.Cuma, mood untuk berblog telah hilang seketika.Tidak diketahui apa puncanya.Tetapi apa yang pasti, saya tidak pernah menoleh ke belakang tentang apa-apa yang diutarakan saya dalam blog yang tidak seberapa ini.
Sekali-sekala saya juga ada menyelinap masuk ke dalam laman teman-teman.cuma tidak meninggalkan jejak (maaf sebab x beri salam-he he he).Saya puji dengan semangat kalian, yang tidak jemu-jemu menulis.
Saya juga dapati ada diantara teman-teman kita yang diuji Allah dengan pelbagai ujian, namun tabah menghadapinya.(saya salut kalian).maaf kerana tidak dapat menyuarakan suara hati seorang sahabat.Namun saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk teman-teman.
Dalam tempoh bertenang itu, semangat untuk menulis membuak-buak cuma tidak kesampaian.Mungkin pada tanggapan sesetengah orang,ini adalah masalah kecil/biasa.
Ini juga sebahagian daripada ujianNya juga.Untuk melihat sejauh mana kemahuan dan kesabaran hambaNya.Ujian datang dan pergi dalam pelbagai bentuk.Sesuai dengan tanggungan manusia.Apa yang kecil pada kacamata insan lain,tetapi amat besar pada kita dan bergitulah sebaliknya.
Tetapi apa yang pasti, apa yang ditanggung(dugaan/cabaran) oleh kita sebenarnya mampu ditanggung oleh kita.Kerana Allah memberatkan/meringankan sesuai dengan kemampuan kita.Cuma kita ini, sebagai insan biasa sering mengeluh dengan ujian yang diberikan.Walaupun selama berpuluh tahun kita hidup.kita tidak pernah diuji dengan sesuatu yang berat.(Ya Allah, jadikan kami orang-orang yang bersyukur)
Akhir kata, teruskan perjuangan kalian.Takbir....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
salam buat mu juga, sahabat ^^
Semoga sentiasa di beri ketenangan oleh Allah...
Selamat kembali..
abg! abg kemana lamanya?
salam..
selamat kembali saudara
harapan sihat hendaknya
di samping tersayang..
:)
Ya Allah, jadikan kami orang-orang yang bersyukur.... Amin...
moga dah ada kekuatan semula
As salam rodong..
Welcome back...
Semoga kembali aktif memperjuangkan
nasib saudara seagama...
Moga sihat sokmo di samping family yer...
Assalamualaikum...
Selamat kembali, moga Allah kurniakan kekuatan
abg, lama abg hilang ni. macy harap semuanya baik2.. sibuk ya? :)
insyaAllah bulan 9 nanti ada kenduri kawin kakak di rumah. ada ruang masa jemputlah. macy risau betul abg langsung tak online lagi..
sampaikan salam pada isteri dan baby :)
Salam buat sahabat.
lama benar sahabat menghilang,tapi syukurlah sahabat kini kembali berjuang sebagai blogger. risau juga dulu, sebab sahabat menghilang tanpa khabar berita, hinggakan saya terpaksa buat entry khas untuk menjejak kasih kat blog saya
http://www.bicaradariaku.com/2011/02/pacifist-blogger-yang-hilang-tanpa.html
"sampaikan dariku walaupun satu ayat." Itu pesan baginda yg mentauliahkan kita utk melaksanakan kerja2 dakwah.
Catat Ulasan