LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Memaparkan catatan dengan label khalifah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khalifah. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 19, 2010

MEREKA YANG DICURIGAI



Mereka yang sering dicurigai adalah:
  • Mereka yang selalu membicarakan perihal Islam.
  • Mereka yang selalu merujuk kepada agama dalam membahaskan sesuatu isu.
  • Mereka yang selalu mengatakan Islam itu cara hidup (pendekatan holistik).
  • Mereka yang mahu Islam ditegakkan secara total dalam negara.
  • Mereka yang menyokong parti siasah (politik) selain daripada yang diamalkan oleh pemerintah.
  • mereka yang selalu membicarakan perihal khalifah dan kewajipan mendirikan semula khilafah Islamiyyah.
  • Mereka yang membicarakan perihal Jihad dan peranannya dalam masyarakat, lebih-lebih lagi apabila menyentuh tentang perlunya kita berjihad melawan kaum kaffir yang menentang dan menindas umat Islam walau dimana mereka berada.
Kita juga tidak setuju dengan keganasan dan pembunuhan yang dilakukan atas nama agama, jika tindakan itu terkeluar daripada suruhan agama.
Apa yang ditekankan adalah, adakah kita sedar dengan anjuran itu,@ kita masih terlena dengan segala macam dakyah yang 'dikurniakan' oleh para orientalis?
Nampak macam pelik jika membicarakan perihal sedemikian pada zaman moden, tetapi jika kita menyusuri akarnya, barulah kita tahu kemerdekaan dan kebebasan yang kita kecapi adalah keringat dan air mata darah umat terdahulu.
Kita tidak perlu takut untuk mengatakan yang hak, walaupun kita dikelilingi musuh yang tidak diketahui samada dari dalam @ luar negara.
Kita perlu yakin perancangan Allah lagi hebat daripada perancangan mereka. Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik penolong, Allah yang menentukan hidup dan mati kita dan dibumi mana kita akan mati, kita mengharapkan redha Ilahi bukan pujian dan kejian daripada manusia. DaripadaNya kita datang kepadaNya kita akan kembali.Yakin dan percaya adalah kekuatan kita.Mudah-mudahan kita dapat mengharungi segala yang menanti, Amin...

Rabu, Mac 17, 2010

MARI KITA INGAT TARIKH INI

Belum terlambat bagi saya untuk berkongsi tarikh yang amat 'istimewa' bagi umat Islam. Satu tarikh yang sering dilupakan @ kita memang tidak tahu @ kita tidak mahu ambil tahu. Di saat kebanyakkan umat Islam mengetahui tarikh 14 Februari, 1 April(April Fool), Hari Wanita, Hari Ibu dan pelbagai hari lagi, marilah kita kenang dan bermuhasabah diri untuk mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Tanggal 3 Mac pada setiap tahun merupakan satu tarikh yang amat meruntun jiwa bagi setiap umat Islam di zaman moden ini.
Demikian menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar ketika ditanya mengenai ulangtahun kejatuhan Khilafah Islamiyah di bawah pemerintahan Kamal Attaturk laknatullah.
Menurut beliau, tarikh 3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan Khilafah Uthmaniyah yang mana pada detik itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW.
Perkara ini sepatutnya amat mendukacitakan buat seluruh umat Islam di dunia. Tiada lagi kekuasaan menghalang kemungkaran dan juga kekuatan membela agama Allah di dunia ini. Islam dinodai dengan berbagai-bagai pengharaman ciptaan manusia yang bernama Mustafa Kamal Attaturk untuk menghalang penguasaan kerajaan Allah di muka bumi. Namun demikian, setelah lama dibuai mimpi, kesedaran mulai timbul dari pengajaran yang cukup pedih buat umat Islam ketika itu.
Kesedaran tentang kewajipan mewujudkan khilafah Islamiyah, yang mana tidak dapat tidak, wajib wujudnya khilafah ini yang memerintah dunia mengikut syariat Allah.
Maka, bermula pada tahun 1928, atas inisiatif seorang insan bernama Imam Hasan al-Banna telah merintis jalan untuk mengembalikan khilafah Islamiyah dengan menubuhkan satu jamaah Islam yang dinamakan Ikhwanul Muslimin.
Penubuhan Ikhwanul Muslimin ini telah mendorong penubuhan jamaah-jamaah Islam lain di serata dunia. Islam mulai bertebaran di serata dunia selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Benarlah janji Allah SWT di dalam al-Quran ” Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang ” – Al Maidah : 56

Ayat di atas menerangkan tentang janji Allah SWT yang tidak ada syak padanya. Kemenangan Islam telah dijanjikan oleh Allah SWT. Hanya mereka yang berpegang teguh kepada agama Allah dijanjikan kemenangan olehNya. Hasil daripada penubuhan Ikhwanul Muslimin, Malaysia juga tidak ketinggalan untuk sama berada di dalam gelombang usaha menegakkan kembali khilafah Islamiyah. Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah bersama dengan Ikhwanul Muslimin untuk menegakkan khilafah Islamiyah khususnya di Malaysia.
Berpegang kepada aqidah yang satu, gerakan Islam di seluruh dunia meyakini khilafah minhaj ’alan Nubuwwah pasti akan kembali untuk mentadbir muka bumi Allah SWT. Allah tidak akan membiarkan manhaj ciptaan manusia untuk terus memerintah muka bumiNya.
Menurut Ustaz Abu Bakar lagi, sebagai umat Islam, kita wajib meyakini kemenangan Islam. Cuma pada ketika ini, ujar beliau, kita tidak tahu negara mana yang akan menjadi Daulah Khilafah. Kita juga masih tidak tahu siapa khalifahnya untuk dibai’ah. Sebagai umat Islam, kita wajib berjuang memerah setiap titik keringat dan darah yang ada untuk memenangkan Islam. Sebagai akhirnya, beliau menyatakan, Allah tidak akan bertanyakan tentang hasilnya, akan tetapi Allah akan bertanya apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Ehsan: http://perak.pas.org.my/ dengan sedikit suntingan

Khamis, Januari 14, 2010

MENANTI SANG KHALIFAH


KEMELUT UMAT ISLAM ZAMAN MODEN BERMULA SELEPAS ERA KEJATUHAN DAULAH UTHMANIAH DI TANGAN PARA KONSPIRATOR YAHUDI DAN KELEMAHAN PEMERINTAHAN ISLAM YANG DIKELILINGI KEMEWAHAN DUNIAWI PADA WAKTU ITU.SELEPAS ITU SATU PERSATU NEGARA UMAT ISLAM DIJAJAH OLEH NEGARA YANG MEMENDAM DENDAM AKIBAT KEKALAHAN PERANG SALIB (PANDANGAN MEREKA).SEHINGGA KE HARI INI UMAT ISLAM MASIH DIBELENGGU DENGAN MASALAH POLITIK,PENDIDIKAN,KEBUDAYAAN DAN KENEGARAAN.SETIAP NEGARA MEMPUNYAI PANDANGAN MASING-MASING BERKAITAN SESUATU ISU.AMAT PAYAH UNTUK MENEMUI KESATUAN SESAMA MEREKA.PERSOALANNYA,APAKAH PUNCA UTAMA DISEBALIK HIJAB INI?UMAT ISLAM BUKANNYA MUNDUR SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH SESETENGAH PIHAK.IA BERLAKU AKIBAT KECELARUAN POLITIK DI NEGARA MASING-MASING.SETERUSNYA MENYEBABKAN PEMBINAAN NEGARA TERBANTUT.AJARAN ISLAM TIDAK DITERAPKAN SEPENUHNYA DALAM PERUNDANGAN NEGARA.KITA MENILAI AJARAN AGAMA KITA MELALUI KACA MATA ORANG LAIN.TAKUT DENGAN LABEL YANG DILEMPARKAN SEPERTI KETINGGALAN ZAMAN,RADIKAL,MENYEKAT HAK ASASI MANUSIA DAN PELBAGAI LAGI.PARA CENDIAKAWAN KITA TIDAK PUTUS-PUTUS MEMBUAT SEMINAR UNTUK MENCARI PENYELESAIKAN KEMELUT INI.KITA MEMERLUKAN PEMIMPIN PERINGKAT GLOBAL(KHALIFAH) YANG AKAN MENERAPKAN KEMBALI AJARAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH KE DALAM SELURUH SISTEM KEHIDUPAN KITA.ISLAM DATANG BERSAMA KHALIFAH DAN PERLU DISERAHKAN BALIK KEPADA SEORANG KHALIFAH YANG DIBAI'AH OLEH SELURUH UMAT ISLAM.PARA ULAMA PERLU BANGKIT UNTUK MELURUSKAN IDEOLOGI POLITIK.JANGAN BIARKAN NEGARA DITADBIR OLEH PENGUASA-PENGUASA YANG MEMBELAKANGKAN AGAMA DALAM MEMUTUSKAN SESUATU KEPUTUSAN.SAYA YAKIN DAN PERCAYA.KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DAN SEORANG KHALIFAH DAPAT MERUNGKAI KEMELUT YANG MELANDA UMAT ISLAM.KEPADA ALLAH S.W.T JUA KITA BERHARAP.AMIN.
Related Posts with Thumbnails