
"Aku akan rasa hebat kalau aku dijemput ke pejabat PM,"kata lelaki pertama.
"Ah,itu tidak hebat.Kalau aku dijemput ke pejabat PM dan PM berjabat tangan denganku,"kata lelaki kedua.
"Itu pun masih belum hebat.Bukan sahaja PM berjabat denganku,malah PM berbual-bual denganku.Itu baru hebat,"lelaki ketiga pula bersuara bangga.
"Aku rasa itu pun tidak hebat,"kata lelaki keempat.
"Apa yang lebih hebat?"
"Aku ke pejabat PM dan ketika itu PM sedang bercakap di telefon.Melihat aku datang,PM serta merta meletakkan telefon untuk meraikan aku."
"Hebat.."ujar mereka hampir serentak.
Namun lelaki kelima masih diam,selamba.
"Bagaimana denganmu?"
"Aku datang ke pejabat PM,dan telefon di mejanya berdering..PM mengangkatnya,lalu berkata kepadaku,"Panggilan telefon ini untukmu!"Perlahan tetapi jelas kata-kata lelaki kelima.
"Ha, ha, ha..Kau memang benar-benar hebat,"kata mereka kepada kepada lelaki kelima.
Moral:Orang yang hebat mempunyai harga diri yang tinggi.Mereka tidak meletakkan harga diri mereka berdasarkan "orang besar" yang mereka kenali.Oleh sebab itu,mereka tidak perlu membodek sesama manusia.Sebaliknya mereka merasa merdeka untuk bersuara dan menyatakan kebenaran tanpa dibelenggu oleh takut atau inferiority complexs.
Ehsan: Majalah Solusi isu 11(sedikit suntingan)

