LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Memaparkan catatan dengan label Khutbah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khutbah. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 05, 2010

PALESTIN MEMANGGIL KITA PULANG KEPADA ISLAM

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]

Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.
Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]

Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.
Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.
Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.
Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil.Itulah ’sumbangan’ Yahudi.Kerosakan demi kerosakan.
Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.
Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?
Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.Tindakan pertama, adalah dengan mengecam.
Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.
Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai binatang ternak.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” [al-A'raaf 7: 179]

Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu makan, minum, kerja, rehat dan kahwin.
Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka.
Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Arahan Nabi Muhammad sallalaahu ‘alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk mengubah keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.
Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas mengecam adalah mencegah.Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk.
Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.
Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.
Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.
Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.
Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya” [Al-Israa' 17: 6]

Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.
Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.
Laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.
Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.
Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.
Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat mengubah.Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua.

Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?

Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?

Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu,seperti" anjing menyalak bukit". Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?
Apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti”� (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah)�, al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.
Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung pemimpin tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil? Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?
Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.
Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.
Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.
Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan.
Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.
Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Palestin adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..” [al-Israa' 17: 8]

Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!

Ehsan:ABU SAIF @ www.saifulislam.com(dengan sedikit suntingan)



Jumaat, Januari 22, 2010

PALESTIN MENUNGGU KITA


Al Quds Tidak Akan Dapat Dibebaskan Hanya Dengan Demonstrasi
Jumaat, 16 Oktober 2009 10:51

بسم الله الرحمن الرحيم

هَذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ

Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan dengannya, manusia diberi peringatan (TMQ Ibrahim [14]: 52)

Al-Quds, Tidak Akan Dapat Kembali ke Pangkuan Kaum Musliminin dengan Protes dan Demonstrasi. Ia Akan Hanya Kembali Dengan Menggerakkan Tentera Untuk Mencabut Entiti Yahudi.

Yahudi memprovokasi kaum Musliminin di masjid al-Aqsa pagi dan petang. Kadang-kala dengan menggali bahagian bawah masjid dan kadang-kadang dengan merosakkan bahagian atasnya. Pada kesempatan yang lain provokasi terjadi dengan memberikan kesulitan ke atas umat Islam untuk melaksanakan solat, kadang-kala Yahudi memberikan izin dan kadang-kala melarang. Mereka juga meletakkan orang-orang mereka untuk mendeklarasi ritual mereka dan apabila umat Islam menghalang mereka, orang-orang Yahudi akan menembak mereka sehingga kaum Musliminin ada yang terbunuh, tercedera dan ditangkap. Sedangkan para penguasa di negeri-negeri kaum Muslimin hanya menghitung bilangan mereka yang terbunuh, tercedera dan ditangkap. Sikap ‘terbaik’ yang mereka tunjukkan hanyalah ‘mengurniakan’ kepada masyarakat keizinan untuk melakukan aksi protes dan demonstrasi menentang Yahudi tanpa penangkapan!

Hakikatnya, semua ini tidak langsung membuatkan Yahudi merasa takut atau bimbang. Ia juga tidak membuat Yahudi mundur selangkah pun. Sesungguhnya Yahudi bersama para penguasa itu memiliki catatan hitam atas Masjid al-Ibrahimi di al-Khalil. Yahudi telah membuat pembahagian yang tidak adil: pihak musuh yang menduduki tanah al-Khalil (Yahudi) boleh pergi dan bersenang-senang pagi dan petang bila sahaja yang mereka ingini sedangkan bagi penduduk al-Khalil, tempat di mana masjid al-Ibrahimi berada, pihak musuh –Yahudi- “membuat undang-undang” yang mengatur bagaimana dan bila penduduk al-Khalil boleh memasuki masjid al-Ibrahimi!

Wahai Kaum Muslimin

Mungkin ianya merupakan perkara yang agung dan mulia, yang layak dicatat di atas lembaran putih, sekiranya mereka yang ada di bawah pendudukan Yahudi melakukan protes dan demonstrasi untuk membela masjid al-Aqsa, namun, ianya bukanlah upaya yang agung dan mulia sekiranya kaum Muslimin yang ada di luar tanah yang diduduki mencukupkan diri hanya dengan protes dan demonstrasi melalui pidato yang berapi-api!! Aksi sebegini tidak layak dicatat di atas lembaran putih malah hanya layak di catat di atas lembaran yang hitam dan asing!

Dahulu Palestin telah diduduki oleh kaum salib. Mereka membuat kerosakan di masjid al-Aqsa. Darah para syuhada kaum Muslimin menggenang di kawasan masjid sampai ke atas buku lali! Kaum salib menghancurkan mimbar al-Aqsa. Mereka merubah masjid menjadi tempat untuk menambatkan kuda-kuda mereka… Akan tetapi kaum Muslimin tidak menyibukkan diri melakukan aksi protes dan demonstrasi untuk membebaskan al-Aqsa. Mereka juga tidak menyibukkan diri membangunkan mimbar yang mereka buat di bawah pendudukan untuk memakmurkan al-Aqsa. Akan tetapi usaha mereka siang dan malam adalah menyiapkan pasukan, menggerakkan tentara mukmin yang benar dengan kepemimpinan Shalahuddin, wali Mesir dan Syam di bawah khilafah yang memerintah menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan berjihad di jalan Allah.

Dahulu protes kaum Muslimin adalah dalam bentuk gempuran tentara terhadap benteng-benteng kaum salib. Demonstrasi mereka adalah berupa pukulan yang menghancurkan kepala orang-orang yang melampaui batas itu. Pidato membakar kaum Muslimin adalah teriakan takbir di medan pertempuran. Dan mimbar dimasukkan ke masjid al-Aqsa hanya pada saat pembebasannya, bukan di bawah pendudukan. Mereka menolong Allah maka Allah menolong mereka.

إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (QS al-Hajj [20]: 40)

Begitulah kaum Muslimin dahulu. Mereka mulia dengan agama mereka dan kuat kerana pertolongan Rabb mereka. Mereka menyibukkan diri dalam menyiapkan pasukan untuk membebaskan al-Aqsa dari najis kaum salib dan menerangi al-Aqsa dengan cahaya para tentera yang meneriakkan takbir berkat pertolongan dan kemenangan yang nyata. Dengan cara inilah hendaknya para aktivis berjuang. Sesungguhnya kaedah membela al-Aqsa dan sekitarnya bukannya sesuatu yang tidak diketahui, malah hal itu sangat jelas dan sangat terang, lebih terang dari pada api yang menyala-nyala.

Kaedahnya adalah dengan menggerakkan tentera kaum Muslimin dan menghimpun mereka yang mampu menjadi tentera untuk bergabung di dalam pasukan kaum Muslimin untuk mencabut entiti Yahudi dari akar umbinya dan mengembalikan al-Aqsa bebas, mulia dan bersih dari kotoran Yahudi dan siapa sahaja yang ada di belakang Yahudi…


Sesungguhnya itulah apa yang harus dilakukan bagi Palestin sebagai satu kesatuan dari sungai hingga lautnya, tanpa membezakan antara bahagian yang diduduki pada tahun 1948 dan yang diduduki pada tahun 1967. Siapa saja yang menarik diri dari sebahagian kecil tanah Palestina maka ia pasti akan mundur dari bahagian yang lain dan bahagian yang lainnya lagi. Dan siapa saja yang menghinakan diri maka ia mempermudah kehinaan terhadapnya…

Sesungguhnya kaedah membela al-Aqsa adalah dengan menginjak-injak kaki pada rencana perundingan dengan Yahudi yang berupa peta jalan menuju kepada pembentukan dua negara… bahkan harus dipijak-pijak bahagian atas dan bawahnya dan huruf-hurufnya dan para pengusung panjinya berulang-ulang kali. Palestin tidak akan menerima pembahagian ini. Palestin adalah tanah yang diberkati, semuanya adalah tanah Islami, tidak ada satu jengkal pun yang kosong dari darah para mujahid atau debu kuda-kuda para mujahid.

Sesungguhnya kaedah membela al-Aqsa adalah dengan umat berdiri di hadapan para penguasanya agar para penguasa itu menggerakkan tenteranya untuk berperang. Jika mereka tidak mahu melakukannya, maka umat akan mengangkat seorang penguasa yang mukmin dan benar, seorang Khalifah ar-rasyid, yang mana umat akan berperang di belakangnya, yang sanggup menjual dirinya demi mendapatkan keredhaan Allah. Seorang Khalifah yang tidak akan menempatkan pasukan yang terus berdiam di kemnya hanya untuk perhiasan dan perayaan. Akan tetapi ia akan menempatkan para tentera untuk meraih salah satu dari dua kebaikan dan pembebasan kiblat pertama di antara dua kiblat.

Wahai Kaum Muslimin

Musuh-musuh Islam telah berhasil memutuskan Palestin dari pokok dan akarnya. Mereka telah “mengkerdilkannya” dari masalah Islam menjadi masalah Arab, kemudian menjadi masalah Palestin dan masalah “nasionalisme”. Kemudian mereka membahaginya menjadi Gaza dan Tebing Barat sehinggalah ia kemudian menjadi masalah pemukiman. Mereka “menyelami” retorika - Apakah pemukiman akan dihentikan, dibekukan, dibatasi, diatur… sebahagian atau seluruhnya?! Maka terjadilah diskusi, dan diskusi sementara entiti Yahudi langsung tidak mempedulikan semua itu. Bahkan bertentangan dengan aspirasi semua diskusi tentang pemukiman, meninggikan asas-asas, pilar atau dinding, entiti Yahudi terus meninggikan bangunan dan menyalutnya dengan marmar. Mereka meninggikan suara dengan kata-kata gurauan!

Begitulah, musuh-musuh Islam berhasil memperkecilkan masalah dari ketinggiannya. Mereka membebaskan siapa saja yang menjadi pengikut mereka dari kesalahan … Sehingga masalah itu menjadi masalah Palestin atau lebih kecil dari itu! Para penguasa muslim hanya melihatnya dari jauh. Para penguasa itu bersikap neutral atau malah lebih dekat kepada musuh! Dilaknati Allah lah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling? Yang lebih menyakitkan adalah bahawa di antara penduduk Palestin ada yang cuba mendapatkan kemuliaan dengan perbuatan dosa. Dia berteriak: “Wahai para penguasa , kami tidak menginginkan tentara kamu, kami sudah cukup! Padahal semua orang yang berakal boleh memahami, bahawa menghilangkan entiti Yahudi dan mengembalikan Palestin ke pangkuan negeri Islam tidak akan sempurna kecuali sebuah negara menggerakkan tentera yang akan menghancurkan entiti Yahudi. Tanpa perbuatan ini pelenyapan entiti Yahudi tidak akan terealisasi dan Palestin tidak akan dapat dikembalikan secara total ke pangkuan negari-negeri Islam. Sesungguhnya setiap orang Islam di dalam atau di luar Palestin, baik individu maupun kelompok, yang menasihati para penguasa kaum Muslimin agar tidak memobilisasi tentera untuk menyelamatkan Palestin dan menyerahkan pembebasan Palestin kepada penduduknya sesungguhnya telah mengkhianati Allah, RasulNya dan kaum Mukmin. Hakikatnya, dengan perbuatan mereka itu mereka telah mempertahankan Palestin untuk terus berada di bawah penjajahan…

Wahai Kaum Muslimin
Wahai bapa-bapa dan saudara-saudara pasukan tentera kaum Muslimin…
Wahai para mujahid!

Sesungguhnya al-Aqsa sedang memanggil kalian dan Palestin meminta pertolongan kalian. Para wanita kaum Muslimin menyeru kalian. Maka apakah kalian tidak akan menjawab panggilan mereka dan mencari salah satu dari dua kebaikan, kemenangan atau syahid, bahkan keduanya sekaligus dengan izin Allah, sehingga wajah-wajah orang Yahudi menjadi buruk, dan kalian memasuki masjid al-Aqsa sebagaimana para pembebas memasukinya pertama kali, dan membersihkan kotoran yang melekat di al-Aqsa dan sekitarnya? Tidakkah kalian ingin memenuhinya?

Bukankah kalian melihat al-Aqsa ditawan, dilukai, bahkan dibunuh? Sementara kalian hanya berdiam diri memenuhi perintah para thaghut yang zalim? Tidakkah kalian takut akan ditimpa apa yang telah menimpa kaum yang bermaksiat kepada Allah dan mentaati pemimpin mereka, sehingga mereka
disesatkan dan dijerumuskan ke dalam neraka Jahannam?

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولاَ * وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلاَ

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata: “Alangkah baiknya, sekiranya kami ta`at kepada Allah dan ta`at (pula) kepada Rasul”. Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta`ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). (QS al-Ahzâb [33]: 66-67)

Bukankah kalian merupakan pemilik kekuatan dan kekuasaan yang ada di tangan kalian lah yang boleh menghancurkan mahkota orang-orang zalim jika mereka menghalang kalian dalam memerangi musuh-musuh kalian? Tidakkah pendengaran kalian tersentak oleh ayat-ayat Allah SWT

إِلاَّ تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih (QS at-Tawbah [9]: 39)

Wahai Kaum Muslimin
Wahai bapa-bapa dan saudara-saudara pasukan tentera kaum Muslimin…
Wahai Para tentera yang terikat di kem-kem:

Tidak adakah di antara kalian orang yang berfikir, sehingga mahu menuntut balas untuk al-Aqsa kiblat pertama di antara dua kiblat? Tidak adakah di antara kalian orang berfikir untuk menuntut balas atas penderitaan orang-orang tua, anak-anak yatim, dan wanita-wanita kaum Muslimin?

Tidak adakah di antara kalian seorang yang berfikir yang berani berdiri di hadapan para penguasa zalim yang menghalang kalian untuk meraih satu dari dua kebaikan dan menyelamatkan kiblat pertama di antara dua kiblat? Tidak adakah di antara kalian seorang yang berfikir yang akan menghancurkan thaghut-thaghut itu dan memimpin pasukan tentera sebagai mujahid di jalan Allah dan penguasa yang memerintah dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, mengingat Allah di dalam kekuasaan yang berasal dari sisi-Nya dan membuat iri orang-orang pilihan dan para malaikat langit?

Tidak adakah di antara kalian seorang yang berfikir, yang memahami firman Allah SWT tentang Yahudi:

}لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلاَّ أَذًى وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الأَدْبَارَ ثُمَّ لاَ يُنْصَرُونَ {

Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan. (QS Ali Imran [3]: 111)

Dan memahami sabda Rasulullah saw:

«لَتُقَاتِلُنَّ الْيَهُودَ فَلَتَقْتُلُنَّهُمْ حَتَّى يَقُولَ الْحَجَرُ يَا مُسْلِمُ هَذَا يَهُودِيٌّ فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ»

Sungguh Engkau akan memerangi Yahudi sehingga Engkau membunuh mereka sampai bebatuan pun berkata “Hai Muslimin ini Yahudi kemarilah bunuh dia”

Tidak adakah di antara kalian seorang yang berfikir, yang suka dimuliakan oleh Allah yang Mahaperkasa dengan kepemimpinan para tentera untuk melenyapkan entiti Yahudi dan membebaskan al-Aqsa sebagai tujuan Isra’ dan tempat awal Mi’raj Rasul SAW ke langit yang tinggi?

Di manakah tentera-tentera Mesir tanah Kinanah? Di mana tentera negeri Syam ibukota Khilafah? Di mana tentera Iraq tanah kaum rafidhin? Di mana tentera Iran, Turki, dan Pakistan?

Bukankah tidak masuk akal bahawa mereka ini mengelilingi entiti Yahudi seperti gelang melingkari pergelangan tangan namun mereka tidak cenderung untuk menyerang entiti Yahudi itu sebagai satu kekuatan dan melenyapkannya serta mengembalikan Palestin secara total ke negeri Islam, meninggikan suara azan dari menara al-Aqsa, azan yang bebas dan mulia, lepas dari kotoran Yahudi, dan mereka akan meraih kemuliaan di dunia dan akhirat?

}قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ{

Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman (QS at-Tawbah [9]: 14)

Wahai Kaum Muslimin

Sesungguhnya pemimpin tidak akan mendustai penduduknya. Sungguh Hizbut Tahrir telah memberikan penjelasan yang benar kepada kalian, memurnikan nasihat dan peringatan kepada kalian … Hizbut Tahrir sekali lagi memperingatkan Kalian:

Siapa saja yang mencintai Palestin, al-Quds dan al-Aqsa; siapa saja yang mencintai tempat Isra’ dan Mi’raj Rasul SAW dan tanah yang diberkati; siapa saja yang marah kepada kejahatan Yahudi di al-Aqsa; siapa saja yang darah di nadinya mendidih kerana tindakan Yahudi yang ganas terhadap orang-orang yang sedang beri’tikaf di al-Aqsa … maka hendaklah ia berjuang membelanya. Dan sebagai seorang mukmin, hendaklah ia berjuang bersungguh-sungguh bersama para aktivis dan pejuang untuk menggerakkan pasukan kaum Muslimin ke medan perang. Jika para penguasa itu enggan maka hendaklah ia merubah mereka dan mewujudkan penguasa mukmin mujahid, seorang Khalifah ar-Rasyid, di mana kaum Muslimin berperang di belakangnya dan menjadikannya pelindung. Mobilisasi pasukan tentera kaum Muslimin untuk memerangi Yahudi dan menghimpun orang-orang yang mampu agar menjadi sebahagian dari tentera itu, merupakan satu-satunya jalan, tidak ada jalan lain untuk melenyapkan entiti Yahudi, menyelamatkan al-Quds dan mengembalikan Palestina secara total ke pangkuan negeri-negeri Islam.

هَذَا بَلاَغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الأَلْبَابِ

Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran. (QS Ibrahim [14]: 52)

18 Syawal 1430 H
6 Oktober 2009 M
Hizbut Tahrir
Related Posts with Thumbnails